Oleh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 30 Aug 2023 06:42:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Oleh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gangguan bekalan elektrik di KKIA bukan disebabkan oleh SESB – Idris https://sabahmedia.com/2023/08/30/gangguan-bekalan-elektrik-di-kkia-bukan-disebabkan-oleh-sesb-idris/ https://sabahmedia.com/2023/08/30/gangguan-bekalan-elektrik-di-kkia-bukan-disebabkan-oleh-sesb-idris/#respond Wed, 30 Aug 2023 06:42:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41008
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada malam Selasa adalah disebabkan masalah teknikal dalaman pihak KKIA.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd, Ir. Idris Mohd Noor berkata, tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA pada hari kejadian.

SESB menerima aduan mengenai gangguan bekalan yang berlaku di KKIA pada 29 Ogos 2023 jam 9.38 malam dan pemeriksaan segera mendapati punca bekalan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama KKIA adalah normal.

“Pengesahan telah dibuat dengan pihak Pengurusan Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan dimaklumkan bahawa kerosakan tersebut adalah berpunca dari kerosakan pendawaian dalaman bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/30/gangguan-bekalan-elektrik-di-kkia-bukan-disebabkan-oleh-sesb-idris/feed/ 0 41008
MAFI Ambil Perhatian Masalah Dihadapi Oleh Pengusaha Pertanian Di Kundasang https://sabahmedia.com/2022/01/15/mafi-ambil-perhatian-masalah-dihadapi-oleh-pengusaha-pertanian-di-kundasang/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/mafi-ambil-perhatian-masalah-dihadapi-oleh-pengusaha-pertanian-di-kundasang/#respond Sat, 15 Jan 2022 04:13:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11126
Read Time:2 Minute, 10 Second

KUNDASANG: Luahan masalah yang dihadapi para pengusaha pertanian khususnya penamaan sayur-sayuran di tanah tinggi Kundasang mendapat perhatian dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri  Makanan (MAFI) Malaysia.

Setiausaha MAFI Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, beliau mendengar luahan masalah yang membelenggu para petani bagi mengusahakan pertanian mereka seperti kemudahan jalan raya yang sempurna, bekalan air bersih dan bekalan  letrik sepatutnya sudah lama dinikmati khususnya untuk tanaman pelbagai jenis sayur-sayuran tanah tinggi di Kundasang.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Kundasang semalam, dan berkesempatan meninjau permasalahan yang dihadapi para pengusaha tanaman di kawasan itu.

“Masalah  ini saya akan kemukakan kepada pihak MAFI dan harapan kita akan dapat tindakan yang positif daripada  pihak kementerian berkaitan untuk mengatasi masalah yang dihadapi,” tegas Badrul, selepas mendengar luahan Persatuan  Pengusaha Pertanian Kundasang menerusi ucapan aluan Pengerusinya, Simon  Leong selepas  rombongan mengadakan tinjauan para penjaja sayur-sayuran di gerai pekan Kundasang dan lawatannya ke beberapa lokasi penanaman sayur di Kundasang terutama kawasan Mosilou dan Montoki.

Simon dalam ucapan alu-aluannya, merakam penghargaan dan berterima kasih atas kunjungan Datuk Badrul dan rombongannya ke Kundasang dan meninjau permasalahan yang menimpa para pengusaha tanaman sayur di sini.

“Saya mewakili seluruh warga petani di sini, berterima kasih atas kunjungan Datuk Badrul dan rombongan serta  amat mengharapkan ada bantuan daripada MAFI untuk menyelesai permasalahan kami di sini yang sudah sekian lama berlaku tetapi tiada penyelesaian dan bantuan dari pihak berwajib”, tegas Simon sambil menjelaskan yang selama ini para petani hanya berusaha sendiri untuk membolehkan mereka mengusahakan kebun mereka masing-masing.

“Ada banyak masalah yang kami hadapi untuk mengusaha pertanian khususnya tanaman sayuran bukan sahaja laluan jalan raya ke kawasan tanah pertanian, bekalan air bersih dan letrik malah dari aspek lain termasuk lokasi Pasar Borong yang tidak sesuai, tiada dapat subsidi, harga racun, baja dan harga peralatan pertanian juga melambung tinggi, MyGap dan kekurangan tenaga kerja berikutan ramai pekerja yang sudah balik ke tempat asal mereka berikutan pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Simon lagi, mereka juga memerlukan kursus pertanian, Green House yang boleh menjamin hasil keluaran yang berkualiti dan berterusan.

“Banyak yang boleh diusahakan para petani di sini, memandangkan kawasan Kundasang adalah antara destinasi pelancongan dengan daya tarikan Gunung Kinabalu serta cuaca sejuk amat sesuai sebagai lokasi pewujudan Agro Tourism, apa tah lagi jika ada Kilang Tomato, Tanaman Bawang Merah yang kelak boleh dihantar ke luar negeri”, tambah Simon.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Penasihat Persatuan Pengusaha  Pertanian Kundasang, Datuk Jimmy Tham Yok Leong, Pengarah Mardi Dato’ Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan  Naib  Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Umar Sarim Saidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/mafi-ambil-perhatian-masalah-dihadapi-oleh-pengusaha-pertanian-di-kundasang/feed/ 0 11126
Kampung Batu Puteh Terima Anugerah Kampung Pelancongan Terbaik Oleh UNWTO https://sabahmedia.com/2021/12/03/kampung-batu-puteh-terima-anugerah-kampung-pelancongan-terbaik-oleh-unwto/ https://sabahmedia.com/2021/12/03/kampung-batu-puteh-terima-anugerah-kampung-pelancongan-terbaik-oleh-unwto/#respond Fri, 03 Dec 2021 07:01:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9233
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kampung Batu Puteh, Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh Koperasi Pelancongan Komuniti Batu Puteh, KOPEL Bhd., telah diiktiraf sebagai salah sebuah Kampung Pelancongan Terbaik oleh United Nation World Tourism Organization (UNWTO) pada inisiatif edisi pertama ini.

Kekayaan budaya dan semulajadi serta komitmennya terhadap kelestarian dalam tiga terasnya, Kampung Batu Puteh telah dipilih daripada lebih 170 permohonan dari 75 negara, satu demonstrasi yang jelas tentang nilai dan tindakan cemerlangnya ke arah pembangunan pelancongan luar bandar.

Permohonan secara eksklusif dibentangkan secara dalam talian oleh Negara Anggota UNWTO, Malaysia sebagai salah satu ahlinya. Keperluan permohonan termasuk kepadatan penduduk adalah rendah dan maksimum 15,000 penduduk. Terletak dalam landskap dengan menjalankan aktiviti tradisional yang penting seperti pertanian, perhutanan, penternakan dan/atau perikanan, dan perkongsian nilai dan gaya hidup masyarakat.

Justeru itu, Kampung Batu Puteh telah dicalonkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk pengiktirafan ini.

Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh KOPEL bermula pada tahun 2000 dengan pembukaan program inap desa (homestay) pertama Sabah Miso Walai Homestay. Di samping perkhidmatan bot kampung, perkhidmatan panduan, muzik kebudayaan dan program tarian, inisiatif pemuliharaan hutan KOPEL telah berkembang menjadi perusahaan sosial berskala sederhana yang menyokong pekerjaan, matlamat sosial dan alam sekitar serta komited untuk melindungi dan memulihkan ekosistem dan biodiversiti di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan yang menjadikan Sabah begitu unik dan signifikan pada skala global.

“Pasukan KOPEL sangat gembira apabila mereka mendengar berita itu, ia adalah satu rangsangan besar mengembalikan semangat selepas 18 bulan kerugian akibat pandemik dan sifar pendapatan pelancongan antarabangsa. Kami lebih teruja apabila mendapat tajaan untuk menghadiri majlis anugerah bersama Kementerian Pelancongan.

“KOPEL berharap pengiktirafan ini membantu mempromosikan pelancongan berasaskan luar bandar dan komuniti di Malaysia dan membantu membawa pulang pelancong antarabangsa terutamanya ke Sabah dan Wilayah Kinabatangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KOPEL Bhd. Martin Vogel.

“Anugerah ini memantapkan usaha yang dilakukan oleh masyarakat Batu Puteh dan menjadi motivasi besar bagi mereka untuk meneruskan usaha baik mereka dalam kelestarian,” komen Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffn.

“Saya sedar Pelancongan Luar Bandar bukanlah satu segmen khusus baharu untuk pelancongan di Sabah. Namun, melihat kepentingan untuk terus mengembangkan dan menyokong pemain industri tersebut, Pelancongan Sabah telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan usaha promosi sejak 2014. Ini menyebabkan Kadamaian menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean pada 2019 dan juga Majlis Pelancongan yang dimulakan di setiap daerah untuk membantu usaha itu,” tambahnya.

Pengerusi KOPEL Abd Sanih Nasri, Timbalan Pengerusi Mohamad Juhari Kadir dan Pengurus Pemuliharaan KOPEL Bhd Saidal Udin, sebahagiannya ditaja oleh Lembaga Pelancongan Sabah untuk hadir di Madrid untuk menerima anugerah Kampung Pelancongan Terbaik, yang telah diadakan semasa Perhimpunan Agung UNWTO ke-24 pada 2 Disember 2021 di Pusat Persidangan Auditorium Marriott di Madrid, Sepanyol.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/03/kampung-batu-puteh-terima-anugerah-kampung-pelancongan-terbaik-oleh-unwto/feed/ 0 9233