olimpik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Aug 2024 14:11:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png olimpik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Olimpik Paris 2024 : Zii Jia hadiahkan pingat kedua buat Malaysia https://sabahmedia.com/2024/08/05/olimpik-paris-2024-zii-jia-hadiahkan-pingat-kedua-buat-malaysia/ https://sabahmedia.com/2024/08/05/olimpik-paris-2024-zii-jia-hadiahkan-pingat-kedua-buat-malaysia/#respond Mon, 05 Aug 2024 14:11:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58592
Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menghadiahkan pingat kedua buat Malaysia apabila merangkul pingat gangsa selepas menumpaskan Lakshya Sen dari India malam ini.

Kemenangan itu sekaligus menebus kekecewaan gagal mara ke final Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Dalam aksi di Porte de La Chapelle itu Zii Jia menewaskan Lakshya Sen dalam aksi rubber set 13-21, 21-16, 21-11.

Kejayaan itu juga membolehkan Zii Jia menjadi pemain perseorangan Malaysia ketiga yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik.

Pemenang pertama ialah Datuk Rashid Sidek pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 apabila memenangi gangsa, disusuli Datuk Lee Chong Wei yang merangkul perak pada edisi di Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2012. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/05/olimpik-paris-2024-zii-jia-hadiahkan-pingat-kedua-buat-malaysia/feed/ 0 58592
Olimpik Paris 2024 : Aaron-Wooi Yik pertahan gangsa, hadiahkan pingat pertama buat Malaysia https://sabahmedia.com/2024/08/04/olimpik-paris-2024-aaron-wooi-yik-pertahan-gangsa-hadiahkan-pingat-pertama-buat-malaysia/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/olimpik-paris-2024-aaron-wooi-yik-pertahan-gangsa-hadiahkan-pingat-pertama-buat-malaysia/#respond Sun, 04 Aug 2024 15:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58560
Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Pasangan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo apabila merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.

Kemenangan itu sekaligus menghadiahkan pingat pertama buat Malaysia selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.

Pasangan beregu nombor satu negara itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menumpaskan lawan mereka di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan di set ketiga.

Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/olimpik-paris-2024-aaron-wooi-yik-pertahan-gangsa-hadiahkan-pingat-pertama-buat-malaysia/feed/ 0 58560
Acara Keirin Jadi Tumpuan Malaysia Di Olimpik Tokyo Hari Ini https://sabahmedia.com/2021/08/07/acara-keirin-jadi-tumpuan-malaysia-di-olimpik-tokyo-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/acara-keirin-jadi-tumpuan-malaysia-di-olimpik-tokyo-hari-ini/#respond Sat, 07 Aug 2021 02:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4184
Read Time:1 Minute, 15 Second

Cyberjaya : Tempoh rehat sehari semalam digunakan sepenuhnya Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom untuk menambah tenaga dalam misi memburu pingat emas acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas ‘mengorbankan’ perlumbaan pecut bagi menyimpan tenaga, Azizulhasni berkata rehat sehari itu digunakan untuk mengambil lebih banyak nutrisi, melakukan regangan­ serta mencatur strategi sebelum memulakan misi memburu pi­ngat keirin hari ini katanya seperti yang dilaporkan portal Utusan hari ini.

“Kami top up nutrisi, kena makan cukup, buat regangan dan banyak rehat kerana kami sudah menempuh dua hari perlumbaan yang hebat (pecut). Ia bagus walaupun penat tapi kami seperti membuka enjin untuk keirin dan saya pun tidaklah terlalu penat.

“Kami tahu harapan yang diberikan dan sebagainya tapi bila sudah berada di tempat pertan­dingan, saya bersedia untuk menang emas.

“Saya lihat peluang bawa pulang emas tinggi, apa yang saya harapkan saya dan Shah dapat masuk ke final. Itu langkah pertama,” katanya.

Saingan tampak terbuka, malah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland yang memenangi kedudukan 1-2 dalam pecut semalam mampu menjadi pencabar sekali lagi.

Shah Firdaus akan beraksi pada saringan kedua bersama Matthew Richardson (Austra­lia), Hugo Barrette (Kanada), Jack Carlin (Jerman) dan Sergey Ponomaryov (Kazakhstan).

Azizulhasni pula berenap di serangan ketiga bersama Sebastien Vigier (Perancis), Stefan Boetticher (Jerman), Patryk Rajkowski (Poland), Jean Spies (Afrika Selatan) serta Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago.

Dua pelumba terbaik di peringkat saringan akan layak secara automatik ke suku akhir esok manakala yang kalah perlu melalui repechage untuk menempatkan diri dalam kalangan 18 pelumba terbaik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/acara-keirin-jadi-tumpuan-malaysia-di-olimpik-tokyo-hari-ini/feed/ 0 4184
SUKAN : Acara Keirin Tumpuan Utama Buru Kilauan Emas Sukan Olimpik https://sabahmedia.com/2021/08/05/sukan-acara-keirin-tumpuan-utama-buru-kilauan-emas-sukan-olimpik/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/sukan-acara-keirin-tumpuan-utama-buru-kilauan-emas-sukan-olimpik/#respond Thu, 05 Aug 2021 11:58:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4105
Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR: Tidak kira apa keputusan yang berlaku dalam acara pecut hari ini, jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley tetap berbangga dengan anak didiknya Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Beasley menegaskan, tumpuan utama memburu kilauan emas di Sukan Olimpik Tokyo adalah dalam acara keirin yang dijadual bermula di Velodrom Izu Tokyo, Sabtu ini.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya begitu berbangga dengan anak buah saya, tidak kira apapun keputusan hari ini, keirin adalah acara yang kami ke Tokyo untuk memenanginya.

“Pecut sentiasa menjadi acara untuk mencari pelarasan terbaik sebelum keirin. Kita mempunyai pelumba pecut terkecil di dunia dan sukar mencabar mereka yang lebih besar apabila peraturan ketika ini, lebih memihak kepada atlet yang mempunyai saiz fizikal lebih besar.

“Ini kerana beberapa peraturan acara pecut berubah di sepanjang beberapa tahun ini, ia membenarkan atlet lebih besar dan berat memiliki banyak kelebihan kerana gear perlumbaan turut menjadi besar. Ini satu kelebihan buat atlet lebih besar yang pada ketika ini berat badan sekitar lebih 100 kilogram.

“Ini juga kerana acara pecut semuanya berkisarkan mengenai pecutan, menjadi lebih besar dan berat membantu mereka dalam acara ini apabila gear juga menjadi besar.

“Acara keirin pula berbeza. Acara ini tidak terlalu bergantung ketika kamu melakukan pecutan sendiri, ia lebih kepada kelajuan dan kekuatan serta percaturan taktikal. Di sinilah kekuatan dimiliki Malaysia.

“Fasa pecutan kurang di sini kerana kami melakukan perjalanan perlumbaan dari kelajuan 70 ke 80kph, jadi ia mengambil kelebihan yang dimiliki pelumba lebih berat. Kami berada di sini untuk memenangi keirin dan kami berada di landasan tepat,” kata Beasley dalam hantarannya di Facebook. – BERITA HARIAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/sukan-acara-keirin-tumpuan-utama-buru-kilauan-emas-sukan-olimpik/feed/ 0 4105
Pasangan Beregu Aaron Chia- Soh Wooi Yik Berjaya Raih Gangsa Di Olimpik Tokyo https://sabahmedia.com/2021/07/31/pasangan-beregu-aaron-chia-soh-wooi-yik-berjaya-raih-gangsa-di-olimpik-tokyo/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/pasangan-beregu-aaron-chia-soh-wooi-yik-berjaya-raih-gangsa-di-olimpik-tokyo/#respond Sat, 31 Jul 2021 12:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3870
Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.

Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.

Ini kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga beregu nombor satu dunia dalam temasya Olimpik kali ini selepas pertemuan di peringkat suku akhir Khamis lalu dan ini juga merupakan pingat pertama yang berjaya diraih Malaysia selepas 9 hari kejohanan Olimpik Tokyo ini bermula.

Naib Juara Kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu gagal untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas dikecewakan beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/pasangan-beregu-aaron-chia-soh-wooi-yik-berjaya-raih-gangsa-di-olimpik-tokyo/feed/ 0 3870