ong kim swee – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Mar 2022 01:40:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ong kim swee – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah FC Tidak Pernah Meminggirkan Pemain Tempatan Beraksi Dalam Liga Malaysia 2022 https://sabahmedia.com/2022/03/08/sabah-fc-tidak-pernah-meminggirkan-pemain-tempatan-beraksi-dalam-liga-malaysia-2022/ https://sabahmedia.com/2022/03/08/sabah-fc-tidak-pernah-meminggirkan-pemain-tempatan-beraksi-dalam-liga-malaysia-2022/#respond Tue, 08 Mar 2022 01:40:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12786
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Tiada istilah ‘pilih kasih’ dalam pemilihan pemain yang diturunkan Sabah FC dalam satu-satu perlawanan sehingga meminggirkan beberapa pemain tempatan beraksi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kemampuan para pemain akan dinilai sebelum mereka disenaraikan sebagai kesebelasan utama pasukan.

“Apabila saya menubuhkan satu pasukan baharu Sabah FC, sebenarnya tidak timbul soal isu yang mana saya harus memainkan pemain tempatan ataupun pemain daripada mana sekalipun.

 “Apa yang penting bagi saya, jika mereka mampu beraksi sebagai kesebelasan utama mereka tetap akan diturunkan dan setiap pemain yang diturunkan mereka bukan beraksi untuk diri sendiri tetapi mereka memakai lencana kebanggaan di dada iaitu Sabah FC dengan memastikan mereka mampu mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya tidak nampak ini merupakan sebagai satu isu utama, kecuali ada segelintir dalam kalangan mereka sengaja untuk menimbulkan masalah ini sehingga mengganggu perjalanan pasukan dalam menghadapi saingan dalam Liga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas rungutan segelintir penyokong Sabah FC di media sosial yang melihat pasukan kendaliannya tidak menyenaraikan pemain tempatan pada perlawanan pertama Liga Super 2022 menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), Jumaat lalu di Stadium Likas.

Mengulas mengenai pertemuan dengan PJ City FC rabu ini, Kim Swee berkata pasukan ini bermain 100 peratus sepenuhnya menggunakan tenaga pemain tempatan sekaligus berjaya menewaskan Melaka United FC dalam pertemuan pertama lalu.

“Kita tahu pasukan PJ City FC sudah bersama-sama lebih kurang tiga tahun dengan pemain yang sama dan mereka membuktikan walaupun bermain tanpa pemain import mereka mampu beraksi dengan cemerlang.

“Sudah tentu ini merupakan satu tugasan yang lebih mencabar dan saya percaya pasukan PJ City merupakan satu pasukan yang cukup baik walaupun tanpa pemain import,” katanya.

Dalam pertemuan ini Kim Swee berkata Sabah FC masih mengekalkan beberapa pemain import sedia ada berikutan mereka menunjukkan prestasi cemerlang ketika menentang Negeri Sembilan FC minggu lalu.

“Kita tahu kekuatan pemain-pemain PJ City FC yang berpengalaman termasuk K. Gurusamy, Darren Lok, S. Kumaahran dan Mahali Jasuli. Mereka ini merupakan bekas pemain kebangsaan tetapi mereka masih lagi mempunyai nilai persembahan yang cukup baik.

“Kita tidak boleh hilang fokus dan harus kekal fokus sehingga akhir perlawanan. Seharusnya kita mesti mencapai keputusan positif menentang PJ City FC rabu ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/08/sabah-fc-tidak-pernah-meminggirkan-pemain-tempatan-beraksi-dalam-liga-malaysia-2022/feed/ 0 12786
Tiga Pemain Import Mungkin Tidak Diturunkan https://sabahmedia.com/2022/03/03/tiga-pemain-import-mungkin-tidak-diturunkan/ https://sabahmedia.com/2022/03/03/tiga-pemain-import-mungkin-tidak-diturunkan/#respond Thu, 03 Mar 2022 08:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12679
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Tiga pemain import Sabah FC selain beberapa pemain tempatan lain berkemungkinan tidak dapat diturunkan menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, dua pemain import Brazil, Neto Pessoa dan Jackson De Souza serta Taiki Kagayama, pemain import Jepun dan beberapa pemain lain masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan menjelang pertemuan pertama saingan Liga Super 2022.

“Kita masih mempunyai tempoh sebelum sepak mula Liga Super.  Paling penting kita harus melihat dari segi kecergasan mereka sebelum memikirkan sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya.

“Kita tidak harus memikirkan hanya perlawanan pertama atau kedua, tetapi perlawanan-perlawanan seterusnya kerana tempoh liga agak panjang.

“Saya perlu memikirkan jangka masa panjang untuk pastikan semua pemain berada dalam tahap kecergasan terbaik mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Kim Swee berkata, peluang bermain tiga perlawanan pertama di laman sendiri termasuk saingan Piala FA harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak buahnya.

“Sebagai tuan rumah ini merupakan kesempatan terbaik bagi memastikan Sabah FC bersedia mencipta kemenangan dalam pertemuan menentang Respect FC dari Ipoh, Perak untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA,” katanya.

Mengulas pertemuan pertama Liga Super menentang Negeri Sembilan FC, Kim Swee berkata, Sabah FC sudah bersiap sedia melayani kunjungan mereka nanti.

Beliau turut mengingatkan kepada semua pemainnya agar tidak memandang rendah kemampuan Negeri Sembilan FC meskipun mereka baru dinaikkan ke Liga Super musim ini.

“Mereka mempunyai barisan pemain berkualiti sekali gus boleh menjadi ancaman menjelang pertemuan nanti,” katanya.

Begitu juga dengan pertemuan kedua pada 9 Mac 2022 menentang pasukan PJ City FC yang mempunyai gandingan pemain tempatan yang cukup berpengalaman.

“Sabah FC akan menentang Respect FC  yang bermain dalam liga M3 pada saingan Piala FA pada 12 Mac 2022 di Stadium Likas.

“Kita tidak memandang rendah saingan dalam Piala FA. Skuad badak harus bersiap sedia tidak kira menentang pasukan dari Liga Super, Liga Premier atau M3,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/03/tiga-pemain-import-mungkin-tidak-diturunkan/feed/ 0 12679
Kim Swee Harap Pemain Pulih Menjelang Perlawanan Menentang Negeri Sembilan FC https://sabahmedia.com/2022/02/27/kim-swee-harap-pemain-pulih-menjelang-perlawanan-menentang-negeri-sembilan-fc/ https://sabahmedia.com/2022/02/27/kim-swee-harap-pemain-pulih-menjelang-perlawanan-menentang-negeri-sembilan-fc/#respond Sun, 27 Feb 2022 07:42:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12578
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berharap semua pemain akan pulih sepenuhnya menjelang perlawanan pertama Liga Super 2022 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas pada 4 Mac ini.

Katanya, pada ketika ini terdapat dua hingga tiga pemain masih mengalami kecederaan dan perlu mendapatkan rawatan bagi memastikan setiap pemain cergas.

“Pada ketika ini semua berjalan seperti mana yang kita telah rancangkan namun kita ada dua, tiga pemain lagi yang masih mengalami kecederaan.

“Saya harap semuanya akan pulih sepenuhnya dan tiada lagi kecederaan apabila kita masuk ke fasa terakhir terutama pada minggu depan.

“Ini penting kerana kita akan melalui tiga perlawanan iaitu dua Liga Super dan satu Piala FA, jadi saya harap semua akan berada dalam satu situasi yang cukup cergas untuk diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee tidak memandang rendah terhadap lawan mereka pada saingan Piala FA bertemu Respect FC pada 12 Mac depan meskipun kelab itu hadir dari Liga M3.

Ini kerana berdasarkan beberapa perlawanan persahabatan yang telah dihadapi Sabah sebelum ini menunjukkan prestasi ditampilkan anak buah beliau kurang memuaskan dan enggan pemain boleh ambil mudah aksi di pusingan pertama Piala FA ini.

“Kita tidak boleh nak ambil mudah dalam setiap perlawanan sebab sebelum ini dalam perlawanan persahabatan pun, kita tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik.

“Jadi, berdepan kelab dari Liga M3 pun adalah sukar dan kita kena bersiap sedia untuk cuba mengharungi pusingan pertama dengan baik.

“Pasal sasaran, saya ingin Sabah layak sejauh yang kita mampu dan paling penting adalah kita perlu kekalkan prestasi yang cemerlang tidak kira di saingan liga dan juga Piala FA”, katanya ketika memetik malaysianfootballleague.com.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/27/kim-swee-harap-pemain-pulih-menjelang-perlawanan-menentang-negeri-sembilan-fc/feed/ 0 12578
Sabah FC Sedia Hadapi Saingan Liga Super, Sasar Kedudukan Lima Teratas https://sabahmedia.com/2022/02/19/sabah-fc-sedia-hadapi-saingan-liga-super-sasar-kedudukan-lima-teratas/ https://sabahmedia.com/2022/02/19/sabah-fc-sedia-hadapi-saingan-liga-super-sasar-kedudukan-lima-teratas/#respond Sat, 19 Feb 2022 12:52:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12381
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC kini telah bersedia hampir 80 peratus bagi menghadapi saingan Liga Super 2022 selain akan mempamerkan aksi cemerlang pada musim ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau mempunyai hampir dua minggu lagi untuk mempersiapkan pasukannya sebelum beraksi dalam perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan FC.

“Selepas mengharungi tiga perlawanan pada kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2022 yang berakhir semalam, saya tidak dapat kesebelasan yang terbaik saya, mungkin sebab kecederaan mahupun masalah tertentu.

“Namun saya percaya, dua minggu akan datang keserasian pemain akan bertambah baik.  Daripada perlawanan yang lalu, kita telah menunjukkan satu disiplin yang cukup baik ketika bermain dengan Kedah, meskipun tanpa pemain utama kita mamapu mendapatkan keputusan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kit Pasukan Sabah FC untuk musim baharu Liga Super, yang diadakan di Imago, disini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kim Swee berkata, beliau tetap kekal dengan objektif asal untuk mensasarkan kedudukan lima teratas dalam Liga Super musim ini.

“Seperti saya katakan awal dahulu, objektif ataupun sasaran kita adalah untuk mendapatkan lima tempat teraras tetapi bagi setiap pemain, jurulatih dan pegawai terlibat, sudah tentu inginkan lebih lagi.

“Saya juga berharap kita mampu untuk mencapai lebih daripada apa yang kita inginkan, namun ianya tidak boleh terburu-buru.

“Jika dari satu perlawanan ke satu perlawanan kita mampu mencapai kejayaan, saya percaya kita mempunyai peluang yang baik untuk mencipta sejarah mahupun melakar satu lagi kejayaan untuk pasukan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas kesudian melancarkan Kit Pasukan Sabah FC selain turut memberi amanat kepada para pemain dan pegawai pasukan.

“Kehadiran Ketua Menteri pada hari ini pasti akan memberi motivasi pada semua yang terlibat dalam Sabah FC untuk kita melakar sesuatu pad atahun ini.

“Amanat yang diberi terutamanya dengan menunjukkan semangat juang yang cukup tinggi, pasti akan memberi satu keyakinan pada kita untuk mengharungi musim liga yang baru,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/19/sabah-fc-sedia-hadapi-saingan-liga-super-sasar-kedudukan-lima-teratas/feed/ 0 12381
Kehadiran Pemain Import Bakal Beri Kekuatan Sabah FC https://sabahmedia.com/2022/01/30/kehadiran-pemain-import-bakal-beri-kekuatan-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/kehadiran-pemain-import-bakal-beri-kekuatan-sabah-fc/#respond Sun, 30 Jan 2022 04:42:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11734
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Kehadiran tiga pemain import yang bakal menyertai skuad Sabah FC minggu hadapan dijangka akan memberi kekuatan kepada pasukan itu bagi menghadapi perlawanan pra musim Liga Super 2022.

Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata, ianya juga akan dapat memberi perubahan sedikit kepada corak permainan skuad kendaliannya sebelum saingan liga musim ini bermula.

“Dari segi keputusan perlawanan persahabatan malam ini (semalam) sudah tentu tidak membanggakan namun kita nampak beberapa kelemahan dan kekuatan kita, apa yang penting tiada pemain cedera.  Namun saya katakan keputusan itu mengecewakan.

“Namun kita ada tiga pemain import yang akan hadir pada minggu depan dan dari sana mungkin akan ada perubahan sedikit namun ini bukan satu alasan tanpa pemain import kita tewas.

“Pemain perlu bangkit semula dan mereka harus tahu bahawa mereka perlu berusaha lebih gigih sebelum kita bermula saingan liga nanti,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC di Stadium Likas disini semalam.

Pada perlawanan persahabatan pra musim itu, Sabah FC tewas kepada pasukan pelawat Kuching City FC dengan jaringan 0-1.

Kim Swee berkata, pemain perlu mempelajari dan mengadaptasi situasi-situasi yang berlaku ketika perlawanan persahabatan pra musim dan ia perlu jadi satu pengajaran.

“Paling penting bukan untuk malam ini (semalam) tetapi apabila kita bermula liga nanti, kita tidak boleh ulangi kesilapan atau pun tidak dapat menjaringkan sebarang gol dan mungkin akan memberi tekanan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, pasukannya sekali lagi akan mengadakan perlawanan persahabatan bagi pra musim Liga Super 2022 menentang pasukan bawah 23 tahun kebangsaan pada minggu depan.

“Kita ada satu lagi perlawanan minggu depan dimana kita akan bermain dengan pasukan bawah 23 kebangsaan, pasti ini akan memberi kita satu peluang untuk memastikan kita memperbaiki prestasi apa yang kita lakukan malam ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/kehadiran-pemain-import-bakal-beri-kekuatan-sabah-fc/feed/ 0 11734
Tidak Letak Sasaran Namun Sabah FC Janji Beri Saingan Hebat Musim Ini https://sabahmedia.com/2022/01/02/tidak-letak-sasaran-namun-sabah-fc-janji-beri-saingan-hebat-musim-ini/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/tidak-letak-sasaran-namun-sabah-fc-janji-beri-saingan-hebat-musim-ini/#respond Sun, 02 Jan 2022 09:14:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10594
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC tidak meletakkan sebarang sasaran besar bagi menghadapi aksi Liga Malaysia 2022 musim ini meskipun mampu memberi saingan sengit kepada beberapa pasukan ternama.

Namun pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee tetap yakin akan kemampuan pasukannya untuk memberi saingan kepada pasukan ternama termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Selangor FC, Kedah Darul Aman (KDA FC) serta pasukan-pasukan lain.

Katanya langkah tidak meletakkan sebarang sasaran itu dilihat tidak akan memberikan tekanan kepada para pemainnya tetapi percaya mereka mampu melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik.

“Saya percaya mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan dan ingin lakukan.  Paling penting adalah kita sentiasa konsisten untuk mencapai kemenangan tidak kira apa juga perlawanan dihadapi pada musim ini.

“Setiap pasukan pastinya memerlukan para pemain yang berpengalaman serta pemain muda. Ini adalah strategi jangka masa panjang skuad The Rhinos.

“Kita boleh ketengahkan mereka pada bila-bila masa. Kita sudah ada beberapa pemain berpengalaman termasuk Apek; Baddrol; Rizal; Rawilson; Saddil serta pemain import lain. Ini sudah pasti akan memberi satu keyakinan yang tinggi kepada Sabah FC,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu hari ini.

Kim Swee berkata dalam tempoh sama juga Sabah FC mempunyai perancangan rapi untuk mencungkil bakat pemain muda tempatan untuk bersama-sama bersaing sekali gus mempelajari ilmu daripada pemain-pemain berpengalaman yang sedia ada dalam pasukan.

“Apa yang boleh kita lakukan bersama-sama dalam liga terutamanya, kita harus mempunyai pemain yang berpengalaman termasuk tenaga import berkaliber sekali gus dapat beraksi secara konsisten dalam saingan Liga Super 2022 nanti,” katanya.

Mengulas mengenai penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat yang sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini, Kim Swee berkata kehadiran “Apek” mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi di gawang gol Sabah FC.

“Salah satu kelemahan kita di musim lalu adalah di bahagian penjaga gol. Kehadiran “Apek” pasti akan menguatkan lagi pasukan terutamanya di bahagian pertahanan.

“Langkah ini penting untuk kita membina sesuatu terutamanya melalui penjaga gol yang berpengalaman serta boleh membimbing pemain muda dan penjaga gol muda di Sabah apabila dia berada di sini nanti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/tidak-letak-sasaran-namun-sabah-fc-janji-beri-saingan-hebat-musim-ini/feed/ 0 10594
Sabah FC Perlu Pemain Berkualiti Hadapi Saingan Musim Depan https://sabahmedia.com/2021/11/25/sabah-fc-perlu-pemain-berkualiti-hadapi-saingan-musim-depan/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/sabah-fc-perlu-pemain-berkualiti-hadapi-saingan-musim-depan/#comments Thu, 25 Nov 2021 04:30:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8838
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan akan membawa masuk beberapa pemain berkualiti dari kelab lain bagi mengikat kontrak beraksi bersama skuad ‘The Rhinos’ musim depan.

Katanya, pemain berkualiti seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Irfan Fazail dan beberapa pemain lagi diyakini mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan ternama dalam Liga Super 2022.

“Pada ketika ini masih terlalu awal untuk kita mengumumkan secara rasmi pemain-pemain baharu yang bakal beraksi bersama Sabah FC musim depan.

“Bagi memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain, kita perlu membawa masuk pemain-pemain yang cukup berkualiti seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Irfan Fazail dan beberapa pemain lagi,” katanya disini hari ini.

Bagaimanapun bagi Kim Swee, nama-nama pemain berkualiti yang disebut-sebut menyertai Sabah FC itu hanya satu spekulasi yang ditularkan di media sosial.

Katanya, apa yang penting bagi beliau adalah harus berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu terutamanya daripada segi bajet pasukan untuk musim depan.

“Saya tidak boleh memilih pemain secara sesuka hati tanpa mengikut kriteria perbelanjaan yang ditetapkan pihak pengurusan Sabah FC.

“Pada saya sudah tentu kita inginkan beberapa pemain yang mempunyai mutu permainan berkualiti tinggi untuk mencapai keputusan baik dalam saingan Liga Super 2022,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, pihaknya juga sudah mengenalpasti beberapa pemain tempatan untuk dicadangkan kontrak baharu musim depan berdasarkan kemampuan kewangan Sabah FC.

“Setiap tahun pasti semua kelab akan membeli, menjual atau mengekalkan para pemain mereka dan sama juga dengan pasukan Sabah sudah tentu ada pemain yang tidak akan disambung kontrak dan ada juga pemain yang akan disambung kontrak,” katanya.

Sementara itu, Kim Swee berkata senarai rasmi pemain-pemain Sabah FC musim depan hanya diketahui selewat-lewatnya awal Disember ini.

“Apa yang boleh kita kongsikan di sini, Sabah FC melakukan perancangan rapi untuk mengekalkan berapa pemain utama yang sudah menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang musim ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/sabah-fc-perlu-pemain-berkualiti-hadapi-saingan-musim-depan/feed/ 1 8838
Sabah FC Lakukan Perubahan Pemain, Sedia Hadapi Liga Malaysia Musim Depan https://sabahmedia.com/2021/11/19/sabah-fc-lakukan-perubahan-pemain-sedia-hadapi-liga-malaysia-musim-depan/ https://sabahmedia.com/2021/11/19/sabah-fc-lakukan-perubahan-pemain-sedia-hadapi-liga-malaysia-musim-depan/#respond Fri, 19 Nov 2021 04:08:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8603
Read Time:1 Minute, 30 Second

MELAKA : Sabah FC dijangka akan melakukan perubahan barisan pemain skuad Badak bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau turut yakin mampu menampilkan pasukan yang lebih baik berdasarkan kepada pengalaman yang diperolehi pemain muda yang turut beraksi sepanjang aksi Piala Malaysia musim ini.

“Setiap pasukan akan ada perubahan namun terpulang kepada kemampuan kita, kita harus tahu berbelanja mengikut bajet yang ada.

“Untuk merubah seluruh pasukan saya rasa itu tidak akan menepati bajet kita, pertukaran dan perubahan barisan pemain mungkin akan berlaku musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat disini semalam.

Kim Swee berkata, barisan pemain sedia ada turut memberi segala kerjasama yang baik apabila beliau mengambil alih tugas sebagai pengendali skuad Badak.

Katanya, para pemain juga cuba untuk memberikan yang terbaik dari segi persiapan latihan dan perancangan sepanjang beliau mengambil alih pasukan Sabah FC.

“Apabila saya mengambil alih Sabah FC, para pemain muda mengambil peluang dan ini pasti membantu mereka daripada segi kematangan mereka pada tahun depan.

“Dalam saingan Piala Malaysia musim ini, kita bermain dengan pasukan-pasukan yang berkualiti terutama JDT, Melaka United, PJ City dan ini memberi satu pengalaman yang sukar didapati.

“Pemain-pemain muda terutama dalam saingan Piala Malaysia ini mereka telah mendapat sesuatu pengalaman dan saya percaya pada tahun hadapan mereka akan bertambah matang, disitu kita mampu merubah skrip pada tahun hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kekalahan Sabah FC dalam aksi malam tadi, Kim Swee berkata, gol pertama Melaka United yang membolosi gawang pasukannya seawal minit ketiga perlawanan merosakkan keseluruhan perancangan Sabah FC.

Pada masa sama, beliau turut mengakui pasukan Melaka United berasa pada tahap yang cukup baik dan berkualiti terutama dengan kehadiran pemain import berpengalaman mereka yang sukar ditandingi pemain Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/19/sabah-fc-lakukan-perubahan-pemain-sedia-hadapi-liga-malaysia-musim-depan/feed/ 0 8603
Fokus & Patuh Arahan, Kunci Kejayaan Sabah FC – Kim Swee https://sabahmedia.com/2021/11/10/fokus-patuh-arahan-kunci-kejayaan-sabah-fc-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2021/11/10/fokus-patuh-arahan-kunci-kejayaan-sabah-fc-kim-swee/#respond Wed, 10 Nov 2021 08:36:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8333
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC yang terus fokus sepanjang perlawanan menentang PJ City dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia 2021 di Stadium Likas malam tadi berjaya membuahkan hasil.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, langkah terbaik yang dilakukan anak buahnya yang patuh kepada arahan turut menjadi kejayaan apabila berjaya mempertahankan gol tunggal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan yang berkesudahan 1 – 0 itu berjaya melayakkan skuad Sang Badak memasuki suku akhir Piala Malaysia 2021 menentang Melaka United FC dengan pusingan pertama perlawanan berlangsung di Stadium Likas pada 14 November ini.

Kim Swee berkata, pemain yang terus fokus dan mematuhi arahan juga menjadi benteng bagi menghalang kemaraan PJ City khususnya pada babak kedua perlawanan.

Katanya, apa yang lebih penting kesemua pemain Sabah FC dapat mempertahankan kedudukan mendahului permainan dengan 1 – 0 pada separuh masa pertama hingga ke minit akhir perlawanan.

“Pemain kita bermain mengikut arahan dan paling penting berusaha hingga minit terakhir untuk mempertahankan gol yang kita perolehi pada separuh masa pertama dan ini bukan mudah.

“Kita tahu dan kita menjangkakan PJ City banyak memberi tekanan khususnya pada separuh masa kedua tetapi kita berjaya mengawal keadaan dengan begitu baik,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan Sabah FC menentang PJ City FC, malam tadi.

Katanya, beliau tidak melakukan sebarang perubahan taktikal pada babak kedua bagi menghadapi asakan PJ City meskipun sedar terpaksa berdepan serangan lebih agresif daripada pasukan pelawat itu.

“Seperti saya katakan pemain bermain mengikut arahan, itu yang penting kerana kita sudah menjangkakan sebelum permainan bermula lagi PJ City pasti bertindak lebih agresif.

“Walaupun kita mendahului, kita tahu akan menerima asakan demi asakan tetapi yang paling penting kita kekal fokus ketika diserang dan ini menjadi kelebihan kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata, pasukannya akan memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri untuk menguasai permainan dan mencipta kemenangan bagi menghadapi Melaka United pada pusingan suku akhir.

Katanya, perlawanan malam tadi menyaksikan Sabah FC berjaya mencipta beberapa peluang baik untuk menambah jaringan namun gagal diterjemahkan kepada gol.

“Jadi, kita mesti manfaatkan peluang seperti ini apabila bertemu Melaka United nanti, selain kelebihan bermain di tempat sendiri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/10/fokus-patuh-arahan-kunci-kejayaan-sabah-fc-kim-swee/feed/ 0 8333
Sokongan Padu Penyokong Sabah FC Penentu Kemenangan Malam Esok https://sabahmedia.com/2021/11/08/sokongan-padu-penyokong-sabah-fc-penentu-kemenangan-malam-esok/ https://sabahmedia.com/2021/11/08/sokongan-padu-penyokong-sabah-fc-penentu-kemenangan-malam-esok/#respond Mon, 08 Nov 2021 06:33:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8262
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Sokongan padu daripada penyokong Sabah FC diharap mampu mencapai keputusan positif menentang PJ City FC di Stadium Likas malam esok. 

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kehadiran penyokong pada dua perlawanan lalu sangat membantu pasukan sehingga mencapai kemenangan sabtu lalu.

“Apabila kita bermain dalam perlawanan-perlawanan penting seperti ini,  kehadiran penyokong merupakan salah satu aspek yang dapat membawa kejayaan kepada sesebuah pasukan.

“Saya berharap para penyokong The Rhinos di sekitar Kota Kinabalu atau pun dari seluruh Sabah dapat hadir pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D malam esok kerana ini penting untuk memastikan pemain mendapat suntikan moral.

Datuk Ong Kim Swee

“Ini akan membantu prestasi mereka dan saya percaya mampu berubah sesuatu pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya dengan adanya sokongan padu semua penyokong tegar Sabah FC,” katanya.

Kim Swee berkata esok merupakan perlawanan yang paling penting serta boleh diibaratkan sebagai perlawanan akhir sekali gus akan menentukan sama ada layak ataupun tidak.

“Jadi strategi perlawanan adalah untuk kita memastikan dapat kemenangan kerana walaupun seri kita akan terkeluar daripada saingan TM Piala Malaysia.

“Strategi kita sudah tentu kita perlu memikirkan corak serangan namun kita tahu pasukan PJ City FC mempunyai rekod yang baik terutama bermain dalam perlawanan yang penting dan mereka membuktikan ketika bermain dengan JDT.

Kim Swee berharap sesiapa sahaja yang diturunkan malam esok dapat memberikan saingan sekaligus dapat menumpukan perlawanan sehingga ke wisel terakhir seperti mana dilakukan ketika bertemu dengan Kelantan FC Sabtu lalu

‘Setakat ini beberapa pemain masih lagi mengalami kecederaan termasuk Park, Risto dan juga Hanafie termasuk Syukri.

“Kita masih lagi mempunyai sehari sebelum perlawanan. Manakala  kesebelasan utama hanya akan ditentukan sebelum sepak mula. Apa yang paling penting sesiapa diturunkan esok harus memberikan persembahan dan prestasi yang terbaik mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/08/sokongan-padu-penyokong-sabah-fc-penentu-kemenangan-malam-esok/feed/ 0 8262