Op Mabuk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Jul 2023 01:23:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Op Mabuk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Op Mabuk: 4 ditahan 10 pelbagai saman dikeluarkan https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/#respond Mon, 24 Jul 2023 01:16:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38856
Read Time:43 Second

TAWAU: Seramai empat individu berusia 22 hingga 39 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan semasa Op Mabuk dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau malam Sabtu.

Selain sebanyak 10 keping saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan menerusi operasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, fokus utama operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.

Katanya, kesemua pemandu kenderaan telah diuji menggunakan alat Screening Device II ( SDII ) dilokasi dan gagal ujian saringan awal.

“Mereka kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk pemeriksaan ujian pernafasan kedua menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan dan didapati melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/24/op-mabuk-4-ditahan-10-pelbagai-saman-dikeluarkan/feed/ 0 38856
Dua lelaki ditahan dalam Op Mabuk di Penampang https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/#respond Sun, 16 Jul 2023 13:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38401
Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Sebanyak 30 kenderaan telah diperiksa dan dua lelaki telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi bersepadu Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, malam tadi.

Operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan, sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000.

Menurut Sammy, semasa Op Mabuk yang dijalankan, pihak polis turut mengeluarkan sebelas saman di atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan insurans kenderaan tamat tempoh.

“Operasi kali ini melibatkan kekuatan seramai dua pegawai kanan polis yang diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Jupri Usman dengan dibantu oleh sebelas anggota polis berjalan dengan lancar dan telah berakhir jam 3 pagi tadi.

“Seramai 35 individu telah diperiksa dan operasi kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Sammy, operasi ini juga antara lain bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/feed/ 0 38401