Operasi Pembenihan Awan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Apr 2024 05:52:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Operasi Pembenihan Awan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah laksana OPA jika cuaca panas, kemarau berterusan https://sabahmedia.com/2024/04/04/sabah-laksana-opa-jika-cuaca-panas-kemarau-berterusan/ https://sabahmedia.com/2024/04/04/sabah-laksana-opa-jika-cuaca-panas-kemarau-berterusan/#respond Thu, 04 Apr 2024 05:52:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52127
Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan terus melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah jika cuaca panas dan kemarau terus melanda negara pada masa ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, operasi itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa yang bertujuan bagi membantu mengurangkan bebanan bekalan air yang berkurangan di beberapa kawasan di Sabah

“Kita akan terus membuat pembenihan awan jika cuaca ini berterusan dan kita akan lakukannya dari masa ke semasa sehingga ianya boleh membantu mengurangkan bebanan bekalan air di beberapa kawasan di Sabah.

“Bagaimanapun, ini akan kita lihat keadaan jenis awan, tidak semua awan boleh menurunkan hujan kalau pembenihan awam dilakukan. Ini terpulang kepada mereka yang dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Penyerahan
Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Dewan Auditorium Menara Kinabalu di sini hari ini.

Pada 28 Mac lalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan OPA di Sabah, dengan menyasar tiga daerah yang terjejas kemarau iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau.

Operasi dijalankan tiga hari itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Labuan setelah NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan dengan membawa empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan MetMalaysia.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata OPA dibuat dalam usaha menyediakan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas.

“Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu menyebabkan 58,080 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 355 kampung dalam 12 daerah di Sabah berdepan masalah kekurangan bekalan air,” katanya.

Berikutan itu, terdapat hujan dicerap oleh radar cuaca selepas OPA dilaksanakan selama tiga hari di tiga kawasan sasaran termasuk Papar.

Imej Gema Radar pada 28 hingga 30 Mac menunjukkan purata curahan hujan adalah antara lima hingga 10 mm/h selepas OPA dilaksanakan di tiga kawasan sasaran iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/04/sabah-laksana-opa-jika-cuaca-panas-kemarau-berterusan/feed/ 0 52127
Operasi Pembenihan Awan di kawasan empangan, tangani fenomena cuaca panas & kering – Armizan https://sabahmedia.com/2023/06/12/operasi-pembenihan-awan-di-kawasan-empangan-tangani-fenomena-cuaca-panas-kering-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/06/12/operasi-pembenihan-awan-di-kawasan-empangan-tangani-fenomena-cuaca-panas-kering-armizan/#respond Mon, 12 Jun 2023 09:26:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36225
Read Time:2 Minute, 12 Second

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 16 Mei 2023 telah memutuskan agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi-agensi berkaitan memperkasa kesiapsiagaan bagi menangani impak fenomena cuaca panas dan kering semasa Monsun Barat Daya (MBD).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara pendekatan yang digariskan adalah pengukuhan penyelarasan dalam Operasi Pembenihan Awam (OPA) termasuk bekerjasama rapat dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Katanya, merujuk kenyataan media oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini, Monsun Barat Daya (MBD) telah bermula pada 15 Mei lalu dan dijangka berlarutan sehingga September 2023.

“Lazimnya semasa MBD, kurangnya pembentukan awan sekaligus
taburan hujan menjadi rendah di kebanyakan kawasan menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Armizan berkata, pada hari ini, OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, MET Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

“Operasi buat kali kedua yang diteruskan sehingga 13 Jun 2023, menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan tersebut.

“Setakat 12 Jun 2023, di Empangan Air Itam peratus kapasiti air adalah sebanyak 48.6% dan di Empangan Teluk Bahang 44.4%,” katanya.

Menurutnya, kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah. Faktor-faktor ini
membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran.

Katanya, pada 2 Mei sehingga 4 Mei 2023 yang lalu, operasi yang sama juga telah dijalankan di Pulau Pinang dan berjaya menghasilkan 100 peratus hujan di kawasan yang disasarkan.

“Ramalan kebarangkalian hujan untuk operasi kali ini adalah pada kadar sekitar 80 peratus berikutan kelembapan atmosfera agak rendah.

“Bagi melaksanakan OPA pada hari ini, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang membawa empat tangki mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan pihak MET Malaysia.

“OPA yang dijalankan ini adalah sebahagian usaha yang digembleng oleh pihak NADMA selaku agensi bencana pusat bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan rejim cuaca yang dipengaruhi MBD,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu katanya, Kerajaan Negeri yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi ini boleh mengemukakan syor kepada pihak NADMA untuk dibuat penilaian.

“Kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh MET Malaysia bagi menjamin kejayaan OPA.

“Semoga usaha bersepadu yang dilaksanakan ini boleh membantu dalam meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/12/operasi-pembenihan-awan-di-kawasan-empangan-tangani-fenomena-cuaca-panas-kering-armizan/feed/ 0 36225