ops bersepadu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Oct 2025 09:10:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ops bersepadu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ops Bersepadu Tawau: 20 saman trafik dikeluarkan https://sabahmedia.com/2025/10/01/ops-bersepadu-tawau-20-saman-trafik-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/ops-bersepadu-tawau-20-saman-trafik-dikeluarkan/#respond Wed, 01 Oct 2025 09:10:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82304
Read Time:58 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Polis berjaya mematahkan kegiatan lumba haram di Kilometer 45, Jalan Tawau–Semporna, Ahad lalu, sekali gus mengeluarkan 20 saman trafik dalam Operasi Bersepadu Khas.

Operasi hampir empat jam bermula jam 5 petang itu membabitkan anggota Balai Polis Bandar Sri Indah dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebanyak 19 motosikal diperiksa membabitkan 19 penunggang lelaki.

“Kesalahan paling banyak dikesan ialah motosikal tanpa cermin sisi, ekzos diubah suai, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan aksesori tidak sempurna.

“Tiada tangkapan atau sitaan dibuat, namun semua pemeriksaan turut disemak melalui sistem MCOP/MCAD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Jasmin berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan lumba haram di daerah berkenaan.

“Polis menasihatkan orang ramai, terutama anak muda, supaya tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram kerana ia bukan saja membahayakan diri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“PDRM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/ops-bersepadu-tawau-20-saman-trafik-dikeluarkan/feed/ 0 82304
Ops bersepadu mampu banteras kehadiran gelandangan, pengemis jalanan https://sabahmedia.com/2022/04/08/ops-bersepadu-mampu-banteras-kehadiran-gelandangan-pengemis-jalanan/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/ops-bersepadu-mampu-banteras-kehadiran-gelandangan-pengemis-jalanan/#respond Fri, 08 Apr 2022 11:14:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14069
Read Time:1 Minute, 25 Second

PUTATAN : Pelaksanaan operasi bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan khususnya di Sabah mampu untuk membanteras kehadiran golongan gelandangan atau pengemis jalanan di beberapa kawasan tumpuan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata,  ia menerusi kerjasama antara jabatan dan agensi yang berkaitan di dalam sesebuah daerah atau bandar yang terlibat.

“Untuk melaksanakan operasi membanteras gelandangan ataupun pengemis jalanan ini, ia memerlukan satu operasi bersepadu di antara jabatan dan agensi yang berkaitan di dalam sesebuah daerah ataupun bandar.

“Contohnya di Putatan ini, maka Majlis Daerah Putatan akan bertanggungjawab untuk mengetuai operasi tersebut dan akan dibantu oleh pihak polis, Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai jabatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kempen Bijak Membantu Elak Tertipu peringkat negeri Sabah di perkarangan Bazar Putatan disini hari ini.

Shahelmey berkata,kehadiran gelandangan atau pengemis jalanan ini kembali dikesan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu termasuk daerah ini selepas banyak kelonggaran prosedur standard operasi (SOP) diberikan batu-baru ini.

“Apa yang kita dimaklumkan bahawa majority pengemis ini adalah bukan daripada warganegara, mereka adalah daripada kaum Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Kita telah meminta pihak-pihak berkuasa tempatan untuk melihat perkara ini bagaimana untuk menanganinya,” katanya.

Terdahulu, Shahelmey berkata, kempen yang dilaksanakan itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai cara tepat untuk menyalurkan bantuan kepada golongan sasar.

“Ini adalah untuk mengelak orang ramai yang bermurah hati, ingin membantu golongan yang memerlukan daripada tertipu oleh sindiket-sindiket yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi kita menyeru orang ramai untuk menyedari kempen bijak membantu elak tertipu.  Salurkan bantuan anda melalui saluran yang betul seperti institusi atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan bagi mematikan bantuan anda sampai kepada golongan sasar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/ops-bersepadu-mampu-banteras-kehadiran-gelandangan-pengemis-jalanan/feed/ 0 14069