Ops Buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Jul 2024 06:34:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ops Buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru https://sabahmedia.com/2024/07/14/ops-buaya-jhl-tembak-mati-buaya-betina-di-kg-sabah-baru/ https://sabahmedia.com/2024/07/14/ops-buaya-jhl-tembak-mati-buaya-betina-di-kg-sabah-baru/#respond Sun, 14 Jul 2024 06:34:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57533
Read Time:44 Second

LAHAD DATU: Anggota pasukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah berjaya menembak mati seekor buaya semasa operasi bersepadu membanteras buaya dilaksanakan di beberapa kawasan di Lahad Datu pada 11 Julai lalu.

Operasi ini meliputi beberapa kawasan iaitu di kluster perindustrian kelapa sawit (POIC), Kampung (Kg) Dasar Baru, Desa Bajau, Kg. Sabah Baru, Kg. Tabanak dan Kg. Terusan.

Jurucakap JHL menerusi satu kenyataan hari ini berkata, operasi bersepadu yang dijalankan selain JHL, ia juga melibatkan pasukan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, dalam operasi itu seekor buaya dikesan di tepi rumah atas air di Kg. Sabah Baru.

“Satu das tembakan dilepaskan oleh pihak JHL dan berjaya menembak mati buaya tersebut.

“Seterusnya, bangkai buaya betina sepanjang 8.2 kaki itu di bawa ke perumahan kakitangan JHL Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Operasi membanteras buaya ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/14/ops-buaya-jhl-tembak-mati-buaya-betina-di-kg-sabah-baru/feed/ 0 57533