Ops dadu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 May 2025 08:55:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ops dadu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 OPS Dadu: Aktiviti sabung ayam tumpas, tiga ditahan https://sabahmedia.com/2025/05/09/ops-dadu-aktiviti-sabung-ayam-tumpas-tiga-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/05/09/ops-dadu-aktiviti-sabung-ayam-tumpas-tiga-ditahan/#respond Fri, 09 May 2025 08:55:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73492
Read Time:52 Second

PENAMPANG: Tindakan pantas pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menumpaskan kegiatan perjudian sabung ayam menerusi satu serbuan di Kampung Puun Tunoh, semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan sekitar jam 5.00 petang itu, tiga lelaki warga asing berusia antara 48 hingga 55 tahun telah ditahan, manakala beberapa individu lain sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat orang awam mengenai aktiviti perjudian yang berlaku di kawasan bebas berkenaan.

“Turut dirampas dalam serbuan itu ialah empat ekor ayam hidup, dua ekor ayam mati, dua unit sangkar ayam serta wang tunai sebanyak RM604,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika disabitkan kesalahan.

Sammy turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/09/ops-dadu-aktiviti-sabung-ayam-tumpas-tiga-ditahan/feed/ 0 73492