Ops TIRIS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Jun 2026 02:10:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ops TIRIS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ops Tiris 4.0 : Lelaki tempatan ditahan, disyaki miliki petrol dan diesel tanpa permit sah https://sabahmedia.com/2026/06/24/ops-tiris-4-0-lelaki-tempatan-ditahan-disyaki-miliki-petrol-dan-diesel-tanpa-permit-sah/ https://sabahmedia.com/2026/06/24/ops-tiris-4-0-lelaki-tempatan-ditahan-disyaki-miliki-petrol-dan-diesel-tanpa-permit-sah/#respond Wed, 24 Jun 2026 02:10:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98766
Read Time:1 Minute, 41 Second

SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki memiliki petrol dan diesel tanpa permit yang sah dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di hadapan Jeti Umum Semporna baru-baru ini.

Penahanan itu dibuat hasil tindakan Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak sebelum kes berkenaan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna untuk siasatan lanjut.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, kes tersebut diterima pada 23 Jun lalu dan kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Operasi itu turut merampas 310 liter minyak petrol dan 400 liter minyak diesel yang dipercayai dimiliki tanpa permit yang sah.

Selain bahan api, sebuah bot fiber bersama enjin sangkut Yamaha 200 kuasa kuda (HP), dua unit bateri, satu set sistem pendikit (throttle), sebuah kereta sorong serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut turut dirampas.

“Nilai rampasan barang kawalan dianggarkan sebanyak RM2,082.70, manakala keseluruhan rampasan termasuk bot dan peralatan dianggarkan bernilai RM30,365.40.

“Berikutan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu di sini.

Sementara itu, menurut KPDN, kes itu merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), yang dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi di daerah Semporna dan kawasan perairan sekitarnya.

KPDN menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan kerana perbuatan tersebut boleh menjejaskan usaha kerajaan memastikan bekalan bersubsidi sampai kepada golongan yang layak.

Individu yang didapati bersalah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat yang disabitkan kesalahan pula, denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya boleh dikenakan.

KPDN turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui saluran aduan rasmi yang disediakan bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/24/ops-tiris-4-0-lelaki-tempatan-ditahan-disyaki-miliki-petrol-dan-diesel-tanpa-permit-sah/feed/ 0 98766
KPDN Semporna tumpaskan sindiket penyelewengan petrol https://sabahmedia.com/2025/01/12/kpdn-semporna-tumpaskan-sindiket-penyelewengan-petrol/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/kpdn-semporna-tumpaskan-sindiket-penyelewengan-petrol/#respond Sun, 12 Jan 2025 00:34:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66816
Read Time:1 Minute, 51 Second

Semporna : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak petrol bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dalam satu serbuan yang dilakukan di salah sebuah stesen minyak sekitar pekan Semporna.

Serbuan dilakukan sepasukan penguatkuasa KPDN Cawangan Semporna kira-kira jam 9 malam itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan sebelum operasi dijalankan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Semporna, Dr. Jong Jee Leong berkata, modus operasi sindiket itu adalah menggunakan lori dan mengisi minyak Petrol di beberapa buah stesen minyak sebelum minyak petrol tersebut dikumpulkan dan diedarkan di pasaran gelap.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan lori itu telah menemukan 120 jeriken mengandungi cecair yang disyaki minyak Petrol dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 3,000 liter.

“Sebuah lori, 120 jeriken yang mengandungi cecair disyaki minyak Petrol telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 53,369,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Ia bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak petrol berkenaan termasuk sumber minyak petrol itu diperolehi dan diedarkan.

“KPDN juga sedang giat melaksanakan pemantauan berterusan termasuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan aktiviti sindiket ini dapat dilumpuhkan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Jee Leong ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan.

“Mana-mana yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta.

“Bagi syarikat pula sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Katanya, syarikat terbabit juga boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Jika disabitkan kesalahan mengikut Akta 613 boleh dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap dan tepat kepada pihak KPDN,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SEMPORNA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/kpdn-semporna-tumpaskan-sindiket-penyelewengan-petrol/feed/ 0 66816
KPDN Sabah berjaya rampas 1,500 liter minyak diesel https://sabahmedia.com/2024/08/03/kpdn-sabah-berjaya-rampas-1500-liter-minyak-diesel/ https://sabahmedia.com/2024/08/03/kpdn-sabah-berjaya-rampas-1500-liter-minyak-diesel/#respond Sat, 03 Aug 2024 07:27:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58513
Read Time:1 Minute, 59 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah berjaya merampas kira-kira 1,500 liter minyak diesel dalam satu operasi ‘Ops Tiris’ sekitar Jalan Penampang di sini semalam.

Operasi yang dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat KPDN Sabah sekitar jam 9.10 malam semalam itu turut menahan dua buah kenderaan iaitu sebuah pacuan empat roda jenama Isuzu Trooper dan sebuah lori jenama Toyota Dyna.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tangki tambahan jenis IBC pada bahagian belakang Isuzu Tropper disyaki berisi minyak diesel anggaran 900 liter.

Katanya,  pemeriksaan keatas lori jenama Toyota Dyna itu turut mendapati terdapat tangki jenis fiber di bahagian belakang disyaki berisi minyak diesel anggaran 600 liter.

Menurutnya, kedua-dua buah kenderaan itu ditaham ketika cuba membuat pembelian minyak diesel di sebuah stesen minyak di sekitar Jalan Penampang. 

“Keseluruhan barangan yang disita dalam pemeriksaan tersebut adalah minyak diesel dengan anggaran 1,500 liter; sebuah jenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Trooper; sebuah kenderaan lori jenama Toyota Dyna; tangki jenis IBC 1 unit; tangki jenis fiber 1 unit; Hose getah 1 unit dan mesin pump minyak dua unit.

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM 43,855. Dua orang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun dan 29 tahun yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda dan juga pemandu lori turut ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

“Berdasarkan keterangan awal, kedua-dua pemandu kenderaan yang ditahan gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran daripada KPDN untuk membeli dan membawa minyak diesel yang disimpan di dalam tangki tambahan selain tangki minyak kenderaan. 

“Dikenalpasti juga Modus Operandi bagi aktiviti ini adalah membeli minyak diesel bersubsidi dari stesen-stesen minyak yang beroperasi sebelah malam dan mengumpulkannya sebelum disyaki menjual kepada pihak yang tidak layak menggunakan minyak diesel bersubsidi dengan harga yang lebih tinggi,”katanya.

Sementara itu, Georgie berkata, sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan

Katanya,  KPDN Negeri Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan  berkenaan. 

“Orang  ramai  yang  mempunyai  maklumat  mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/03/kpdn-sabah-berjaya-rampas-1500-liter-minyak-diesel/feed/ 0 58513
Ops Tiris : KPDN Labuan rampas 80,000 liter diesel https://sabahmedia.com/2024/06/05/ops-tiris-kpdn-labuan-rampas-80000-liter-diesel/ https://sabahmedia.com/2024/06/05/ops-tiris-kpdn-labuan-rampas-80000-liter-diesel/#respond Wed, 05 Jun 2024 14:10:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55543
Read Time:1 Minute, 24 Second

Labuan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan berjaya merampas sebanyak 80,000 liter minyak disyaki diesel dipercayai cuba untuk diseleweng dalam operasi di Jeti Jalan Merdeka, di sini, semalam.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata, minyak diesel yang ditemui itu disimpan di dalam empat buah tangki di atas sebuah kapal dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM320,000.

Katanya, operasi serbuan ‘Op Tiris’ itu dijalankan kira-kira jam 11 pagi.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun yang dipercayai krew kapal berkenaan ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana mengalih barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Junaidah berkata, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta.

Katanya, bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Junaidah berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di wilayah ini agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui beberapa saluran aduan yang disediakan.  SABAH MEDIA / FOTO KPDN LABUAN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/05/ops-tiris-kpdn-labuan-rampas-80000-liter-diesel/feed/ 0 55543