OPTR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 07 Feb 2026 14:30:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png OPTR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengguna komersil dan industri voltan rendah nikmati diskaun 20% melalui skim OPTR https://sabahmedia.com/2026/02/07/pengguna-komersil-dan-industri-voltan-rendah-nikmati-diskaun-20-melalui-skim-optr/ https://sabahmedia.com/2026/02/07/pengguna-komersil-dan-industri-voltan-rendah-nikmati-diskaun-20-melalui-skim-optr/#respond Sat, 07 Feb 2026 14:30:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91206
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Pengguna komersil dan industri voltan rendah yang menyertai skim Off-Peak Tariff Rider (OPTR) layak menikmati diskaun sehingga 20% bagi penggunaan elektrik semasa waktu luar puncak, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Menerusi kenyataan media Sabah Electricity di sini, hari ini, skim ini membantu perniagaan mengurangkan kos operasi dengan menawarkan diskaun 20% ke atas tarif tenaga (kWj) bagi penggunaan elektrik pada waktu luar puncak (10.01 malam-7.59 pagi).

la membolehkan perniagaan yang beroperasi lewat malam atau mempunyai faktor beban tinggi mengoptimumkan bil elektrik bulanan.

Pelaksanaan OPTR bertujuan menggalakkan penggunaan elektrik di luar waktu puncak, meningkatkan kecekapan sistem bekalan elektrik serta membantu pengguna terutamanya sektor komersial dan industri mengurangkan kos operasi melalui kadar tarif yang lebih rendah.

OPTR disasarkan kepada pengguna komersil dan industri yang mempunyai fleksibiliti operasi untuk mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Sabah Electricity.

Makluman lanjut mengenai skim ini boleh didapati melalui sesawang Sabah Electricity www.sesb.com.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/07/pengguna-komersil-dan-industri-voltan-rendah-nikmati-diskaun-20-melalui-skim-optr/feed/ 0 91206