Orang Ramai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Apr 2023 04:46:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Orang Ramai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Orang ramai digesa bantu SESB tangani kes kecurian kabel https://sabahmedia.com/2023/04/10/orang-ramai-digesa-bantu-sesb-tangani-kes-kecurian-kabel/ https://sabahmedia.com/2023/04/10/orang-ramai-digesa-bantu-sesb-tangani-kes-kecurian-kabel/#respond Mon, 10 Apr 2023 04:46:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32475
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai diminta memberikan kerjasama membantu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam menangani masalah kecurian kabel sehingga menjejaskan bekalan elektrik.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, tanpa sokongan dan bantuan daripada orang ramai sukar bagi pihak berkuasa bertindak terhadap pihak tidak bertanggungjawab sekali gus menimbulkan masalah kepada rakyat.

Menurut beliau, kes kecurian kabel elektrik atau sebarang aktiviti vandalisme perlu ditangani secara bersepadu dan tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.

“Dalam isu ini orang ramai perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak SESB dan pihak berkuasa. Kes kecurian kabel bukan sahaja menyebabkan terputus bekalan elektrik tetapi kerugian kepada negeri Sabah.

“Kita berharap isu ini diberi perhatian serius termasuk melibatkan pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat,” katanya.

Beliau mengulas kejadian mencuri kabel sehingga menyebabkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah iaitu Menara Kinabalu mengalami gangguan bekalan elektrik baru-baru ini.

Difahamkan, SESB terpaksa menempatkan enam janakuasa mudah alih (Genset) untuk membekalkan elektrik ke bangunan berkenaan.

Genset tersebut dihantar bagi memastikan operasi bangunan setinggi 33 tingkat yang turut menempatkan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan beberapa kementerian negeri tidak terjejas.

Selain itu, difahamkan juga penyediaan janakuasa mudah alih itu juga bagi memastikan mesyuarat mingguan Kabinet Negeri yang diadakan pada setiap Rabu berjalan dengan lancar.

Turut mengalami  gangguan elektrik baru-baru ini beberapa perumahan dan premis komersial di kawasan berdekatan.

“Kes kecurian kabel telah menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak kerana pihak SESB mungkin memerlukan beberapa hari sehingga seminggu untuk membaik pulih bekalan.

“Kita difahamkan kes kecurian ini juga amat kerap berlaku, dan sewajarnya aktiviti ini dibendung segera dan kegiatan itu dihapuskan sehingga akar umbi,” tegasnya.

Beliau turut menggesa premis barangan lusuh atau barangan terpakai yang membeli barang curi berkenaan juga dikenakan tindakan berat dan tegas kerana mereka juga bersubahat dalam kes berkenaan.

David yakin, jika tiada pembeli kepada barangan curi tidak mungkin akan berlaku kegiatan mencuri kabel berkenaan kerana harga tembaga biasanya mendapat permintaan tinggi daripada peniaga.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/10/orang-ramai-digesa-bantu-sesb-tangani-kes-kecurian-kabel/feed/ 0 32475
Orang Ramai Bertindak Bijak Mendisiplinkan Diri, Patuhi SOP – Andrew Liew https://sabahmedia.com/2021/09/26/orang-ramai-bertindak-bijak-mendisiplinkan-diri-patuhi-sop-andrew-liew/ https://sabahmedia.com/2021/09/26/orang-ramai-bertindak-bijak-mendisiplinkan-diri-patuhi-sop-andrew-liew/#respond Sun, 26 Sep 2021 09:54:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6878
Read Time:1 Minute, 54 Second

SANDAKAN: Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah Tan Sri Andrew Liew mengingatkan orang ramai untuk bertindak bijak mendisiplinkan diri melalui sekatan pergerakan ‘lockdown’ kendiri serta mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, dengan mengambil tindakan itu merupakan antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebarangkalian dijangkiti COVID-19,” katanya.

Andrew Liew berkata setiap individu mempunyai peranan untuk memastikan penurunan kes COVID-19, termasuk patuh kepada SOP seperti memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan, mengamalkan penjarakan sosial dan fizikal disamping mengelakkan dari berkumpul terutama di tempat awam.

“Orang ramai tidak boleh memandang pandemik berkenaan secara remeh walaupun jentera perubatan dan pihak keselamatan mampu menanganinya dengan baik,” katanya selepas menghadiri Program “Town Hall Discussion” secara maya di Rumah Kelab Polis IPD Sandakan, kelmarin.

Program secara maya yang disiarkan secara langsung bermula jam 10 pagi melalui laman facebook Polis Daerah Sandakan itu telah membariskan empat panel iaitu Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Idris Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Promosi Kesihatan Sabah Ab. Razak Md Noh, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Dr. Dalmansa Tahil dan Timbalan Presiden 1 Majlis Perbandaran Sandakan Faridah Giau.

Sementara program dua jam itu bertajuk “Melestarikan Pembudayaan Norma Baharu Di Era Pandemik COVID-19” PDRM Bersama Masyarakat di moderator oleh Pengerbit Rancangan yang juga Penyampai Radio Sandakan FM Nurkisa Madkassim.

Dalam pada itu, Andrew Liew juga Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah dan ahli Jawatankuasa Penasihat Ekonomi Negeri Sabah memuji usaha Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Sabah yang berjaya menganjurkan program itu sekaligus mendidik orang ramai agar terus mematuhi SOP dalam mencegah penularan COVID-19.

Beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada Dato’ Idris Abdullah yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.

Andrew Liew turut menyokong tiga fokus utama Dato’ Idris untuk diterapkan kepada pegawai kanan dan anggota selepas menerajui PRDM Kontinjen Sabah.

“Ini akan memantapkan lagi usaha polis Sabah dalam pencegahan jenayah, cekap menumpaskan aktiviti jenayah, meningkatkan integriti, penyampaian perkhidmatan masyarakat dan membantu serta menyokong dasar kerajaan terutamanya berhadapan pandemik ini,” katanya.

Turut Hadir ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah SAC Yusuh Mat Tais, Ketua Polis Daerah (KPD) Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin, Timbalan KPD Sandakan Superintenden (Supt) Abdul Fuad Abdul Malek, dan PT Kepolisan Komuniti JPJKK IPK Sabah Supt Kalsom Idris dan pegawai kanan polis.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/26/orang-ramai-bertindak-bijak-mendisiplinkan-diri-patuhi-sop-andrew-liew/feed/ 0 6878