Orang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 25 Mar 2022 08:53:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Orang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Seramai 485,939 Orang Pemilih Baharu Berumur 18 Tahun Adalah Warga Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/25/seramai-485939-orang-pemilih-baharu-berumur-18-tahun-adalah-warga-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/seramai-485939-orang-pemilih-baharu-berumur-18-tahun-adalah-warga-sabah/#respond Fri, 25 Mar 2022 08:53:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13481
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Seramai 485,939 orang daripada 5.7 juta pemilih baharu berumur 18 tahun yang telah didaftarkan adalah warga Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Daftar Pemilih Tambahan (DPT) pertama yang mengandungi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah seramai 5.7 juta orang telah diwartakan pada 14 Januari 2022.

“Pelaksanaan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaraan pemilih secara automatik membawa kepada peningkatan jumlah pemilih berdaftar daripada 15.3 juta orang pemilih sebelum ini kepada 21.0 juta orang pada 31 Disember 2021.

“Daripada 5.7 juta pemilih baharu yang telah didaftarkan itu, seramai 485,939 orang adalah warga Sabah. Pertambahan ini menjadikan jumlah pemilih berdaftar di Sabah meningkat daripada 1,184,415 orang sebelum ini kepada 1,670,354 orang,” katanya pada Sesi Libat Urus Pelaksanaan Umur Kelayakan Mengundi 18 Tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik, di Dewan Bankuasi, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Dewan Undangan Negeri pada 21 November 2019, telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Sabah (Pindaan 2021) menurunkan had umur warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun
kepada 18 tahun dengan undian sebulat suara. Pindaan ini telah dikuatkuasakan pada 19 Disember 2019.

Ketua Menteri berkata, pertambahan jumlah pemilih ini sudah tentu akan memberikan kesan kepada pertambahan jumlah pemilih di setiap DUN.

“Saya percaya semua wakil rakyat berbesar hati menerima pertambahan jumlah pemilih kerana ia telah diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 16 dan 25 Julai 2019 yang lalu.

“Semua ahli Parlimen yang terdiri daripada pelbagai parti telah bersatu hati untuk menurunkan umur pengundi dan calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik,” katanya.

Hajiji berkata, pertambahan jumlah pengundi ini juga sudah pasti menjadikan tanggungjawab wakil rakyat semakin lebih besar.

“Justeru, saya meminta kepada semua wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar terus berusaha untuk mendekati pengundi muda di kawasan masing-masing dan perbanyakkan aktiviti bersama golongan muda, yang akan memberi manfaat kepada mereka.

“Ini kerana golongan muda agak kurang menceburi parti politik kecuali diajak oleh ibu bapa atau rakan seusia mereka. Sebab itu, kita perlu memikirkan pendekatan yang sesuai terutama memahami pemikiran dan kehendak golongan muda,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan kerjasama bagi memastikan demokrasi negara ini dapat terus disuburkan dengan penglibatan semua pihak dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran negeri ini terus terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/seramai-485939-orang-pemilih-baharu-berumur-18-tahun-adalah-warga-sabah/feed/ 0 13481
4,864 Orang Berjaya Peroleh Pekerjaan Atas Inisiatif Kerajaan Melalui PERKESO https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/ https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/#respond Sun, 24 Oct 2021 04:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7854
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Seramai 4,864 orang di negeri ini telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini atas inisiatif bantuan kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seramai 7,141 rakyat Sabah juga telah berjaya kembali bekerja berdasarkan statistik yang dikeluarkan PERKESO Sabah pada tahun 2020.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tiga dari kanan) menyerahkan faedah PERKESO (sistem insurans pekerjaan) kepada salah seorang penerima di majlis itu.

“Jelaslah bahawa inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui PERKESO di bawah program PEMULIH memberi impak yang positif, sekali gus dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.

“Ini merupakan satu langkah yang amat baik dalam proses negara memulihkan dan merancakkan kembali ekonomi negara,” kata Hajiji ketika merasmikan Karnival Kerjaya Urban Poor Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di Dataran Astaka Padang Tuaran, hari ini.

Program Karnival Kerjaya Urban Poor peringkat negeri Sabah 2021 Daerah Tuaran ini, adalah yang pertama dan karnival seumpama ini akan diteruskan secara berperingkat ke daerah luar bandar di Sabah.

Hajiji berkata, kerajaan sememangnya sudah bersedia berhadapan dengan isu pemberhentian kerja dan pengangguran ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19.

“Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif tanpa menunggu keadaan menjadi bertambah serius. Dalam tempoh Pandemik COVID-19 bermula Mac 2020 hingga September 2021, PERKESO Sabah telah berjaya menganjurkan sebanyak 307 aktiviti temuduga, iaitu 267 temuduga secara maya dan 40 aktiviti secara fizikal yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai industri dan majikan.

“Selain itu, bagi memudahkan lagi proses temuduga dalam talian, PERKESO Sabah telah mengadakan kerjasama strategik dengan Pusat Internet Desa bagi memastikan capaian internet untuk pencari kerja di luar bandar dapat diakses dengan mudah. Usaha ini bagi membantu pencari kerja di kawasan luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata sejajar dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, PERKESO telah menjalin kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri dalam membantu menstabilkan dan menguruskan hal berkaitan pasaran buruh menerusi aktiviti perkhidmatan pekerjaan yang dilaksanakan secara berterusan.

“Saya melihat usaha ini akan membantu lebih ramai belia dan lepasan sekolah di negeri ini untuk mendapat peluang pekerjaan termasuk dalam pelbagai sektor industrii,” katanya.

Menurut Hajiji, terdapat lebih 1,000 kekosongan jawatan menanti dan 15 buah majikan mengambil bahagian dalam program temuduga sempena Karnival Kerjaya Urban Poor itu.

“Ini adalah antara inisiatif kerajaan melalui PERKESO dalam membantu rentan bandar, khususnya golongan B40 berkaitan menyediakan peluang carian pekerjaan dan penempatan kerja dalam kalangan belia lepasan sekolah, graduan dan pekerja yang kehilangan pekerjaan,” katanya sambil berharap pencari kerja akan mengambil peluang menyertai mana-mana karnival yang dianjurkan oleh PERKESO.

Karnival Kerjaya Urban Poor anjuran PERKESO Sabah adalah penganjuran yang kedua, selepas Karnival e-Kerjaya PERKESO Negeri Sabah pada 25 September lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/24/4864-orang-berjaya-peroleh-pekerjaan-atas-inisiatif-kerajaan-melalui-perkeso/feed/ 0 7854
Webinar Unduk Ngadau sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia https://sabahmedia.com/2021/08/09/webinar-unduk-ngadau-sempena-sambutan-hari-orang-asal-sedunia/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/webinar-unduk-ngadau-sempena-sambutan-hari-orang-asal-sedunia/#respond Mon, 09 Aug 2021 11:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4361
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Satu webinar Unduk Ngadau diadakan sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada hari ini 9 Ogos 2021 anjuran bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Bahagian Warisan Sosio-Budaya KDCA, Majlis Wanita KDCA, Kaamatan TV dan Borneo Indigenous People Organisation (BIO) United Nation.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, walaupun Pesta Kaamatan telahpun berlalu dan pada tahun ini, kita telah mencipta sejarah dengan penganjuran Pesta Kaamatan yang julung-julung kalinya diadakan secara atas talian selaras dengan tema Kaamatan pada tahun ini, “Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Keamanan Dan Kedamaian”.

“Pandemic Covid19 yang telah melanda negara kita pada awal tahun 2020 telah menyebabkan banyak perkara tidak dapat dilakukan secara bersemuka namun, sambutan daripada seluruh rakyat Sabah yang berada di seluruh dunia adalah sangat menggalakkan dan semangat Kaamatan tetap berkobar-kobar dalam diri setiap yang menyambut,” katanya semasa melancarkan webinar tersebut.

Jeffrey mengulas mengenai Unduk Ngadau adalah merupakan acara yang sangat sinonim dengan Kaamatan dan merupakan acara kemuncak yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah.

“Acara ini juga telah menyatukan seluruh rakyat Sabah dan dalam masa yang sama telah menaikkan martabat para wanita muda yang ada di Sabah.

“Kisah pengorbanan seorang gadis iaitu Huminodun telah menjadi inspirasi wanita yang melampaui zaman melalui kualiti diri sebagai seorang wanita, anak dan ciri pemimpin muda yang sanggup berkorban diri untuk kebaikan semua orang,”jelasnya.

Menurut Jeffrey lagi, nilai diri Huminodun sebagai Unduk Ngadau sebenar menjadi contoh terbaik kepada leluhur Kadazandusun di seluruh pelosok dunia.

Kualiti dan status wanita sebagai pemimpin dalam kalangan masyarakat Kadazadandusun amat disanjung tinggi sejak dari dulu lagi.

Manakala peranan wanita dalam aspek spiritual, ekonomi, sosial malahan politik amat ketara dalam kalangan masyarakat Kadazandusun sehingga ke hari ini.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa, perubahan masa kesan arus pemodenan pada masa kini telah sedikit sebanyak menghakis kefahaman tentang kepentingan institusi Unduk Ngadau dalam masyarakat.

Dalam pada itu seramai enam orang panel yang akan memberi perkongsian dalam webinar ini yang akan memfokuskan peranan wanita dan unduk ngadau dalam masyarakat.

“Sudah pasti perkongsian panel-panel tersebut akan menarik perhatian dan memberi ilmu yang baru kepada semua. Apatah lagi webinar ini diadakan pada hari ini, 9 Ogos 2021 yang merupakan sambutan Hari Orang Asal Sedunia iaitu perayaan yang dikongsi bersama oleh masyarakat orang asal di seluruh dunia,”tambah jeffrey.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/webinar-unduk-ngadau-sempena-sambutan-hari-orang-asal-sedunia/feed/ 0 4361
Hormati Budaya dan Etnik Orang Lain – Anifah Aman https://sabahmedia.com/2021/06/14/hormati-budaya-dan-etnik-orang-lain-anifah-aman/ https://sabahmedia.com/2021/06/14/hormati-budaya-dan-etnik-orang-lain-anifah-aman/#respond Mon, 14 Jun 2021 10:49:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1216
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman mengecam kenyataan Peguam kepada Philip Among, Marcel Jude atas bahagian dalam penghujahan mahkamahnya yang menyamakan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan “persembahan lembu eksotik” (exotic cattle show) dan “acara lelong” (auction show).

“Ini bukan mengenai profesion sama ada seseorang itu peguam atau sebaliknya, ini mengenai seseorang yang tidak menghormati budaya dan etnik orang lain sejak turun temurun,” kata Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS).

Ujar Anifah lagi, semasa beliau belajar di luar negara, mereka meraikan semua perayaan termasuk perayaan Pesta Menuai yang dianggap istimewa dengan keunikan tradisi budaya masyarakat Sabah.

“Adalah wajar bagi orang tersebut untuk meminta maaf bukan hanya kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) tetapi seluruh rakyat Sabah,” tambahnya.

Baru-baru ini, Jude dikecam hebat selepas nota penghujahan permohonan ikat jamin yang didakwa disediakannya tular di media sosial mengenai dalam nota penghujahannya di mahkamah, jelas merendahkan, menghina serta memfitnah semua peserta Unduk Ngadau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/14/hormati-budaya-dan-etnik-orang-lain-anifah-aman/feed/ 0 1216