Organisasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Jan 2023 05:51:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Organisasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan perlu diperluaskan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/01/10/program-pemantapan-kawad-kecekapan-organisasi-keselamatan-perlu-diperluaskan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/01/10/program-pemantapan-kawad-kecekapan-organisasi-keselamatan-perlu-diperluaskan-hajiji/#respond Tue, 10 Jan 2023 05:44:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27671
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Program Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan Kebakaran perlu diperluaskan di semua syarikat dan jabatan serta agensi kerajaan di
negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ini katanya bagi memastikan setiap warga kerja sekurang-kurangnya mempunyai asas pengetahuan tentang mencegah dan mengawal kebakaran.

Beliau berkata, Program Pemantapan Kawad yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah adalah satu lagi usaha untuk memperkukuhkan pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran atau OKK dalam aspek keselamatan di premis masing-masing.

“Saya melihat program ini sangat baik dan setiap institusi ada keperluan untuk terlibat dalam memperkukuhkan aspek keselamatan kebakaran di premis masing-masing. Latihan yang diperolehi menerusi program ini memberi pendedahan kepada ahli pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

“Kita sebagai penghuni yang bertanggungjawab ke atas premis seharusnya perlu ambil tahu bahawa latihan dan kemahiran memadam kebakaran serta penyelamatan mangsa merupakan latihan penting yang perlu diterapkan kepada setiap warga kerja terutama ahli-ahli pasukan OKK yang sedia ada di premis masing-masing.

“Pekerja atau kakitangan yang dilatih dengan kaedah mencegah dan berhadapan dengan bencana kebakaran membolehkan mereka dapat menjalankan kerja secara sistematik, selamat dan effisyen.

Sudah tentu, dengan adanya pengetahuan ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan dan mengawal jumlah kemalangan serta kerugian harta benda daripada meningkat terutamanya di premis dan bangunan berisiko,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Makan Malam
Sempena Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan Kebakaran 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj Wahid.

Ketua Menteri yakin dengan sokongan padu daripada JBPM Sabah, usaha pembudayaan keselamatan kebakaran ini akan terus dipertingkatkan kepada warga kerja di negeri ini.

“Dengan pengalaman dan latihan seperti ini akan membolehkan semua warga kerja bersedia untuk memikul tanggungjawab membantu anggota bomba melaksanakan
sebarang aktiviti kesedaran kesiapsiagaan awam dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.

“Sebab itu amat penting amalan membudayakan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja perlu diterapkan pada setiap individu. Ini untuk memastikan
kita dapat mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran atau kemalangan yang mengakibatkan kemusnahan harta benda atau hilang upaya kekal atau sebagainya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/10/program-pemantapan-kawad-kecekapan-organisasi-keselamatan-perlu-diperluaskan-hajiji/feed/ 0 27671
MID gunapakai MBEF untuk bantu organisasi di Sabah capai kemampanan dan daya saing https://sabahmedia.com/2021/07/23/mid-gunapakai-mbef-untuk-bantu-organisasi-di-sabah-capai-kemampanan-dan-daya-saing/ https://sabahmedia.com/2021/07/23/mid-gunapakai-mbef-untuk-bantu-organisasi-di-sabah-capai-kemampanan-dan-daya-saing/#respond Fri, 23 Jul 2021 07:29:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3471
Read Time:4 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) akan mengunapakai kriteria Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (Malaysia Business Excellence Framework – MBEF) tahun ini untuk membantu organisasi di Sabah mencapai kemampanan dan daya saing.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, keputusan tersebut diambil kerana ada keperluan mendesak untuk mengubah perniagaan dan memulihkan ekonomi di negeri ini.

“Rangka kerja ini juga digunakan untuk menilai dan mengenali organisasi yang menyertai Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) yang diperkenalkan pada tahun 1990 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Katanya, inisiatif Business Excellence (kecemerlangan perniagaan) ini dipacu oleh Global Excellence Model Council (GEMC) yang dianggotai oleh 12 buah negara/benua (Amerika Syarikat, Australia, Kesatuan Eropah, Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Mexico, Brazil, China, dan Ibero Amerika). Malaysia juga merupakan ahli kepada Majlis ini dan diwakili oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Jelasnya, instrumen penilaian yang digunakan untuk menilai sistem dan amalan pengurusan sesebuah organisasi ditanda aras oleh kesemua negara ahli dalam Majlis.

Ini bererti bahawa organisasi di Malaysia yang dinilai menggunakan instrumen Business Excellence dan mendapat markah yang tinggi dalam penilaian tersebut adalah sama hebat dengan organisasi-organisasi di negara lain dalam majlis ini, tambahnya.

“Justeru itu, saya ingin menyeru supaya organisasi/industri di Sabah dapat menerapkan MBEF untuk mencapai kelestarian perniagaan, berdaya saing dan kecemerlangan operasi.

“Organisasi yang berupaya mencapai kecemerlangan operasi telah terbukti lebih berdaya tahan dan akan bertahan dalam waktu yang mencabar,” katanya semasa merasmikan pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah tahun 2020/2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sini hari ini.

Dr. Joachim berkata World Competitiveness Yearbook 2021 terbitan Pusat Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-25 daripada 64 ekonomi berbanding ranking ke-27 tahun lalu.

Antara faktor pencapaian ini adalah persekitaran perniagaan yang kondusif untuk membolehkan syarikat beroperasi lebih produktif dan berdaya saing, katanya.

Tambahnya, pertumbuhan lestari produktiviti bergantung kepada beberapa aspek iaitu modal yang produktif, pekerja dan persekitaran tempat kerja, sekali gus menuntut pembentukan semula persekitaran pekerjaan yang lebih dinamik dan berdaya saing.

“Budaya berorientasikan kecemerlangan adalah penting bagi organisasi untuk menghadapi perubahan dan mempercepatkan pertumbuhan serta bertindak pantas menghadapi cabaran yang tidak pernah terjadi sebelumnya terutamanya kesan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada masa kini.

“Kebanyakan perniagaan di seluruh dunia termasuk di Sabah terkesan dan menghadapi kesukaran kerana mereka akan menghadapi penutupan perniagaan, model perniagaan lama diambil alih oleh model perniagaan baharu, kesukaran menarik pelabur baharu atau pelabur yang menarik diri akibat daripada perubahan dalam model perniagaan yang telah berubah.

Selain daripada itu, Dr Joachim berkata, MID juga menyokong penuh inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dirangka bagi mengoptimumkan sumber dan hasil negeri, merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan ekonomi rakyat.

“Di bawah Pelan SMJ ini, Kementerian saya akan memastikan infrastruktur di Taman-Taman Perindustrian dipertingkatkan dan sentiasa tersedia untuk menerima pelabur. Pelan pembangunan SMJ ini akan pasti membawa pelaburan dari luar dan dalam negeri ke Sabah.

“Peningkatan kemasukan pelaburan berupaya melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dan seterusnya merealisasikan Sabah sebagai sebuah Negeri Perindustrian yang Maju Jaya,” katanya.

Beliau juga memaklumkan MID akan menyertai World Expo Dubai 2020 di Emiriah Arab Bersatu pada penghujung tahun ini, di mana sebanyak 11 usahawan IKS Sabah telah terpilih untuk mempromosikan produk Sabah semasa Expo Dubai tersebut.

Kerajaan negeri mensasarkan tempahan sebanyak RM25 juta semasa expo tersebut, katanya.

Anugerah Kecemerlangan lndustri Sabah atau AKIS diperkenalkan oleh MID semenjak tahun 2007 untuk mengiktiraf syarikat-syarikat Sabah yang cemerlang dan untuk mendorong peningkatan berterusan dalam produk yang dikeluarkan dan perkhidmatan yang diberikan.

AKIS dikategorikan di bawah dua sektor utama iaitu Anugerah Sektor Pembuatan dan Anugerah Sektor Perkhidmatan di mana kategori para peserta adalah seperti berikut;

· Kategori 1 – Syarikat tempatan dengan jualan tahunan kurang daripada RM1 juta
· Kategori 2 – Syarikat tempatan dengan jualan tahunan kurang daripada RM5 juta
· Kategori 3 – Syarikat tempatan dengan jualan tahunan kurang daripada RM10 juta
· Kategori 4 – Syarikat tempatan dengan jualan tahunan RM10 juta hingga RM25 juta
· Kategori 5 – Syarikat tempatan dengan jualan tahunan lebih daripada RM25 juta hingga RM50 juta
· Kategori 6 – Syarikat tempatan dengan jualan tahunan lebih daripada RM50 juta atau syarikat milik asing

Dr. Joachim berharap melalui anugerah ini, industri dapat mengekalkan keupayaan untuk meningkatkan produktiviti mereka dengan menggabungkan secara bijak sumber pengeluaran yang sedia ada dan mampu bersaing dengan lebih hebat dalam usaha untuk membangunkan industri ke peringkat global.

Pendekatan ini memerlukan industri menerap dan mempraktikkan budaya kecemerlangan supaya keupayaan dan ketahanan mereka untuk bersaing di pasaran dalam dan luar negeri akan dapat dikekalkan dan seterusnya dipertingkatkan, katanya.

“Saya, selaku Menteri Pembangunan Perindustrian, menyeru supaya lebih banyak organisasi di Sabah dalam sektor pembuatan dan juga perkhidmatan mengambil bahagian dalam anugerah ini,” kata Dr. Joachim.

Pendaftaran secara dalam talian untuk menyertai anugerah ini akan bermula sebaik AKIS 2020/2021 dilancarkan pada hari ini melalui QR Code.

“Kemenangan bukan sahaja satu-satunya aspek yang disasarkan, apa yang lebih penting adalah ilmu yang bakal diperolehi semasa proses penambahbaikan dan pertumbuhan lestari secara sistematik yang dipelajari melalui proses penilaian yang akan dinilai oleh panel-panel penilai yang bertauliah,” tambah Dr Joachim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/23/mid-gunapakai-mbef-untuk-bantu-organisasi-di-sabah-capai-kemampanan-dan-daya-saing/feed/ 0 3471
Pelan Anti Rasuah Organisasi MID Dilancar Bagi Memantapkan Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah Kementerian https://sabahmedia.com/2021/07/01/pelan-anti-rasuah-organisasi-mid-dilancar-bagi-memantapkan-tadbir-urus-integriti-dan-anti-rasuah-kementerian/ https://sabahmedia.com/2021/07/01/pelan-anti-rasuah-organisasi-mid-dilancar-bagi-memantapkan-tadbir-urus-integriti-dan-anti-rasuah-kementerian/#respond Thu, 01 Jul 2021 08:01:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2351
Read Time:2 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Kementerian Pembangunan Perindustrian bagi tahun 2021-2025 dilancarkan hari ini sebagai panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memantapkan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah kementerian.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata Pelan Anti Rasuah MID ini akan digunapakai oleh Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dalam usaha menyahut seruan Kerajaan bagi memantapkan governance, integriti dan anti rasuah.

Ini selaras dengan Visi Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu “Malaysia dikenali kerana integriti bukannya rasuah”, katanya semasa melancarkan pelan tersebut di majlis yang diadakan di Kementerian sini pada Khamis.

Dr Joachim berkata, selaras dengan visi pelan OACP MID iaitu “MID sebagai Peneraju Pembudayaan Ketelusan Integriti”, Kementerian ini mengambil langkah strategik melalui pembangunan pelan OACP MID selama lima tahun bermula 2021-2025 yang menggariskan lima strategi utama.

Strategi utama tersebut termasuk mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam memperkukuhkan pembangunan keusahawanan; memperkukuhkan kompetensi, integriti dan kredibiliti sebagai penghubung antara kerajaan dan agensi; meningkatkan kompetensi pegawai dan ketelusan pentadbiran kewangan; memperkasa perkhidmatan tadbir urus korporat yang baik; dan memperkukuhkan akauntabiliti dan integriti pihak berkepentingan.

“Saya difahamkan bahawa sebanyak 35 inisiatif dikenal pasti bagi memperkukuhkan kualiti penyampaian Kementerian ini.

“Kesemua (35) inisiatif ini dikenal pasti berdasarkan jangkaan impak yang besar ke arah kejayaan memantapkan anti rasuah, tadbir urus dan integriti di MID. Hal ini adalah untuk menjamin inisiatif-inisiatif yang diketengahkan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan,” kata Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Jesteru, bagi memastikan visi dan misi pelan ini dapat direalisasikan, Jawatankuasa Antirasuah (JAR) di peringkat Kementerian diperkasakan bagi memastikan pelaksanaan pelan OACP MID dapat dipantau di samping mengenal pasti cabaran-cabaran sepanjang pelaksanaan OACP MID.

“Saya juga ingin menyeru semua agensi-agensi di bawah seliaan Kementerian untuk menghasilkan pelan anti rasuah masing-masing bagi menambahbaik sistem pengurusan anti rasuah di organisasi masing-masing.

“Besar harapan saya agar Pelan OACP MID 2021-2025 ini dapat dihayati dan dipatuhi bagi meningkatkan lagi ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dan tadbir urus Kementerian seterusnya melestarikan budaya kerja sifar rasuah melalui pematuhan semua undang-undang, peraturan dan arahan semasa,” katanya.

Selain itu, Dr Joachim juga menyeru kepada semua warga Kementerian agar dapat menggembleng tenaga dan usaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian yang efisien supaya semua inisiatif di bawah kerangka OACP ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun, serta memberikan impak yang baik kepada rakyat dan negara yang kita sayang.

“Saya percaya, dengan pelaksanaan OACP dalam kalangan Kementerian, prestasi sektor awam dan kepercayaan rakyat akan bertambah baik,” ujarnya.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Tamin Zainal, Setiausaha Tetap MID, Thomas Logijin, Timbalan Setiausaha Tetap MID selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelan Anti Rasuah Kementerian Pembangunan Perindustrian bagi tahun 2021-2025 dan Pengerusi Penganjur Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah MID, Tseu Kei Yue, Timbalan Pesuruhjaya Karunanitihy a/l Y Subbiah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Maysara Mohamad, Pegawai Integriti Unit Negeri Sabah serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah MID.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/01/pelan-anti-rasuah-organisasi-mid-dilancar-bagi-memantapkan-tadbir-urus-integriti-dan-anti-rasuah-kementerian/feed/ 0 2351