OTEC – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Mar 2026 07:29:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png OTEC – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah teroka Ekonomi Biru, OTEC dijangka siap 2027 – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/12/17/kerajaan-sabah-teroka-ekonomi-biru-otec-dijangka-siap-2027-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/12/17/kerajaan-sabah-teroka-ekonomi-biru-otec-dijangka-siap-2027-hajiji/#respond Wed, 17 Dec 2025 10:32:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88474
Read Time:2 Minute, 51 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited memperkasa Dasar Ekonomi Biru negeri sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu yang mampan, termasuk penerokaan teknologi tenaga boleh diperbaharui Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengemukakan pertanyaan, pandangan dan saranan berkaitan pelaksanaan Ekonomi Biru ketika sesi penggulungan perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, pada Rabu.

Mengulas isu OTEC yang dibangkitkan ADUN Sook, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Hajiji berkata Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah memulakan penerokaan tenaga boleh diperbaharui itu dan kini berada dalam fasa kajian pelaksanaan di kawasan Pantai Timur Sabah.

Menurutnya, projek berkenaan melibatkan tiga syarikat pemaju tempatan dan dijangka siap pada tahun 2027.

“Dari segi peruntukan, pembangunan teknologi OTEC ini akan dilaksanakan sepenuhnya melalui pelaburan pihak pemaju sendiri. Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan sebarang dana kerana kita menggalakkan pembangunan inisiatif Ekonomi Biru yang dipacu oleh sektor swasta,” katanya.

Menjawab persoalan ADUN Sulabayan, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengenai kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam mengurus penerokaan Ekonomi Biru, Hajiji menegaskan bahawa Sabah telah menyediakan asas perundangan dan institusi yang kukuh.

Katanya, perkara itu dibuktikan melalui kelulusan Enakmen OTEC 2024 serta pindaan kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah pada April 2024 bagi memperkukuh tadbir urus dan pelaksanaan sektor berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 15 industri Ekonomi Biru telah dikenal pasti berdasarkan senarai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi penuaian sumber hidup seperti bioteknologi marin dan makanan laut; perdagangan dan perniagaan di dalam dan sekitar laut termasuk pengangkutan, perdagangan, pelancongan dan rekreasi; serta aktiviti berkaitan sungai seperti logistik, hidupan sungai, tenaga dan pelancongan.

Selain itu, sektor Ekonomi Biru turut meliputi tindak balas terhadap cabaran kesihatan laut termasuk perlindungan pesisir pantai, pelupusan sisa, pengasingan karbon serta pemantauan dan pengawasan laut, selain pengekstrakan sumber tidak hidup dan penjanaan sumber baharu seperti air industri, tenaga dan mineral.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji berkata Kerajaan Negeri telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat swasta bagi membangunkan Landing Port Tuna di Kota Kinabalu bernilai RM360 juta.

“Dalam projek ini, Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan sebarang peruntukan tetapi memperoleh 30 peratus kepentingan dalam industri Landing Port Tuna tersebut,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan Ekonomi Biru Sabah dilaksanakan secara inklusif dan berteraskan keterlibatan awam, bukan terhad kepada peringkat kerajaan atau kolaborasi universiti semata-mata.

Menurutnya, penganjuran Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024 yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta tempatan dan antarabangsa membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melibatkan pelajar, penyelidik, graduan, usahawan serta komuniti pesisir.

Selain itu, Program Sabah Blue Economy SkillFest 2025 anjuran bersama HRD Corp dan Kerajaan Negeri yang diadakan pada 19 dan 20 Jun 2025 turut memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, inovasi dan pendedahan industri, khususnya kepada golongan muda dan graduan Sabah.

Hajiji berkata, kerajaan negeri juga menganjurkan pelbagai forum interaktif termasuk ASEAN Blue Economy Forum 2025 Exhibition, Consilium: Governan dan Perancangan Marin Spatial (MSP) serta Program Synédrio SMJ bagi memperluas kefahaman dan dialog merentas sektor berkaitan Ekonomi Biru.

“Pendekatan ini memastikan Ekonomi Biru Sabah dibangunkan secara inklusif dengan penglibatan aktif anak muda, graduan universiti dan masyarakat setempat sebagai pemacu kelestarian serta kemakmuran jangka panjang negeri,” katanya.

Menjawab persoalan berhubung penerokaan Ekonomi Biru di sempadan perairan, Hajiji berkata Kerajaan Negeri mengambil pendekatan meneroka potensi ekonomi di perairan negara seperti yang termaktub dalam Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Katanya, Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia khususnya bagi Sabah meliputi kawasan sejauh 200 batu nautika dengan anggaran keluasan 334,671 kilometer persegi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/17/kerajaan-sabah-teroka-ekonomi-biru-otec-dijangka-siap-2027-hajiji/feed/ 0 88474
Tiga syarikat tempatan jalankan kajian kebolehlaksanaan pembangunan OTEC di Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/18/tiga-syarikat-tempatan-jalankan-kajian-kebolehlaksanaan-pembangunan-otec-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/18/tiga-syarikat-tempatan-jalankan-kajian-kebolehlaksanaan-pembangunan-otec-di-sabah/#respond Mon, 18 Nov 2024 04:13:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63941
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Majlis Tenaga Sabah telah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata OTEC merupakan sumber tenaga masa hadapan dan pelan jangka masa panjang yang berpotensi untuk menjadi sumber tenaga bersih yang konsisten dan mampan.

“Ini adalah sejajar dengan kehendak Ocean Thermal Energy Conversion Enactment 2024.

“Fokus utama teknologi OTEC ini diperkenalkan adalah penghasilan produk bernilai tinggi seperti hidrogen hijau, air mineral premium dan air industri sebagai suatu industri baharu untuk meningkatkan pendapatan dan mencipta peluang pekerjaan.

“Ini juga selaras dengan inisiatif Ekonomi Biru Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memanfaatkan sumber maritim dan perairan dengan lestari serta berdaya tahan.

“Majlis Tenaga Sabah telah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi OTEC di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Hajiji berkata, syarikat-syarikat tersebut telah diberikan tempoh masa satu tahun untuk memuktamadkan kajian mereka.

“Hasil kajian kebolehlaksanaan ini akan diusulkan semula kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Lanjutan daripada kelulusan Majlis Tenaga Sabah, Energy Commission of Sabah (ECoS) pula telah mengeluarkan Conditional Letter ofAward (CLOA) kepada tiga buah syarikat tempatan tersebut bagi tujuan pembangunan tenaga lestari.

“Pihak ECoS juga telah menerima minat daripada syarikat asing dari Australia dan United Kingdom untuk membangunkan OTEC di Sabah. Pihak ECoS sedang mengkaji cadangan tersebut.

“Selain itu, kajian kebolehlaksanaan awal (Pre-feasibility) juga sedang dijalankan oleh pihak UTM OTEC melalui kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tujuan pembangunan projek perintis loji OTEC di Sabah dengan pembiayaan dari pihak Shell MRE (Marine Renewable Program) yang dijangka siap pada akhir tahun 2024,” jelasnya.

Menurutnya, OTEC merupakan unsur tenaga boleh diperbaharui yang memanfaatkan perbezaan suhu di antara air laut dalam dan permukaan air laut untuk penjanaan tenaga elektrik.

“Berdasarkan dapatan jururunding, Sabah boleh menghasilkan 20,000 megawatt, iaitu 15,000 megawatt di kawasan Pantai Barat dan 5,000 megawatt di kawasan Pantai Timur Sabah,” ujarnya.

Beliau berkata, Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah 2024 (SIBEC2024) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober 2024 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) telah menjadi platform penting untuk memperkenalkan dan mempromosikan OTEC kepada pelbagai pemain industri di dalam dan luar negara.

“Persidangan ini bukan sahaja menarik perhatian pelabur tetapi juga menjadi medan untuk pertukaran idea dan teknologi.

“Dengan pelbagai forum dan sesi perbincangan yang telah diadakan, SIBEC2024 telah membantu meningkatkan kesedaran tentang potensi OTEC dan menggalakkan kerjasama antara pihak Kerajaan, institusi penyelidikan dan pemain industri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/18/tiga-syarikat-tempatan-jalankan-kajian-kebolehlaksanaan-pembangunan-otec-di-sabah/feed/ 0 63941