outreach – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 27 Feb 2025 07:16:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png outreach – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program outreach pembukaan akaun bantuan SYUKUR diperluas pastikan tiada penerima tercicir https://sabahmedia.com/2025/02/27/outreach-pembukaan-akaun-bantuan-syukur-diperluas-pastikan-tiada-penerima-tercicir/ https://sabahmedia.com/2025/02/27/outreach-pembukaan-akaun-bantuan-syukur-diperluas-pastikan-tiada-penerima-tercicir/#respond Thu, 27 Feb 2025 06:48:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69484
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Program outreach bagi pembukaan akaun Bantuan SYUKUR terus diperluas bagi memastikan setiap penerima yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bermula tahun 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata program ini dilaksanakan bagi mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada penerima, terutama mereka yang masih belum mempunyai akaun bank atau butiran akaun mereka tidak lengkap dalam sistem Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kami mahu memastikan semua penerima Bantuan Syukur menerima bantuan mereka tepat pada masanya, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan ini. Program outreach ini membantu mereka yang masih belum mempunyai akaun untuk membuka akaun dan mengemas kini maklumat dalam sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Sara Hidup Dan Pembukaan Akaun Bank Penerima Sumbangan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, di sini pada Khamis (27 Feb).

Armzan berkata, bagi fasa pertama bantuan (Januari – Mac 2025), sejumlah 72,039 isi rumah di seluruh Sabah telah menerima bantuan, termasuk 1,544 isi rumah di Parlimen Papar.

“Namun, masih terdapat 19,839 penerima di Sabah dan 433 di Papar yang belum mempunyai akaun atau butiran akaun mereka tidak lengkap dalam sistem SMJ,” katanya.

Menurut Armizan lagi, Sekretariat SMJ memberi jaminan bahawa bantuan sebanyak RM900 bagi tiga bulan akan dikreditkan ke akaun penerima dalam tempoh tujuh hari selepas maklumat akaun dimasukkan.

“Kami menyeru semua pihak termasuk wakil rakyat dan agensi berkaitan untuk membantu menyebarluaskan maklumat ini. Usaha ini bukan sahaja memastikan tiada penerima yang tercicir, tetapi juga sebahagian daripada langkah kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/27/outreach-pembukaan-akaun-bantuan-syukur-diperluas-pastikan-tiada-penerima-tercicir/feed/ 0 69484
Program outreach Ketua Menteri santuni peniaga muda sasar 5,000 peniaga https://sabahmedia.com/2024/08/19/program-outreach-ketua-menteri-santuni-peniaga-muda-sasar-5000-peniaga/ https://sabahmedia.com/2024/08/19/program-outreach-ketua-menteri-santuni-peniaga-muda-sasar-5000-peniaga/#respond Mon, 19 Aug 2024 01:10:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59310
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu: Seramai 1,300 usahawan muda di negeri ini telah menerima sumbangan kewangan sekali bayar berjumlah RM500 menerusi Program Outreach Ketua Menteri Santuni Peniaga Muda.

Penerima sumbangan itu adalah terdiri daripada usahawan berusia 18 hingga 40 tahun yang mempunyai lesen perniagaan dan berniaga di pasar-pasar malam seluruh negeri.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah Azrul Ibrahim berkata, program itu turut menyasarkan dan akan menjejaki 5,000 usahawan muda di negeri ini sebagai penerima sumbangan.

Katanya, sumbangan Kerajaan negeri ini adalah sebagai tanda kebersamaan sekaligus menyuntik semangat penerima untuk mencipta lebih luas perniagaan.

“Program ini merupakan ilham daripada Ketua Menteri sendiri untuk kita santuni peniaga muda, penjaja kecil-kecilan khususnya yang berniaga di pasar malam seluruh negeri Sabah.

“Kita bekerjasama dengan NGO dan juga komuniti setempat untuk mengenalpasti peniaga-peniaga terlibat untuk kita pastikan sumbangan daripada kerajaan negeri itu sampai kepada sasaran yang tepat.

“Alhamdulillah dalam tempoh sebulan ini kita telah berjaya jejaki dan kita telah berjaya santuni hampir 1,300 orang peniaga muda yang saya maksudkan tadi kita sampaikan sumbangan daripada kerajaan khususnya daripada Ketua Menteri untuk mereka gunakan dana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada peniafa terlibat di Pasar Malam Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Azrul berkata, sumbangan yang disalurkan itu diyakini akan dapat memberi suntikan modal bagi membeli mesen tertentu atau sebagai sumber bagi menambah jualan para usahawan.

Katanya, pihaknya menjangkakan program itu akan dijalankan sehingga hujung tahun selain telah menjelajah ke Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Kota Belud, Papar dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu.

“Selepas ini kita akan ke utara negeri, selatan dan juga pedalaman kemudian barulah kita habiskan di kawasan Tawau Semporna dan kawasan sekitar pantai timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Azrul berkata, program itu juga merupakan salah satu peluang untuk pihaknya mendengar aspirasi para peniaga muda yang boleh diketengahkan kepada Kerajaan negeri.

“Ini juga merupakan langkah konkrit untuk membantu usahawan-usahawan khususnya yang muda di seluruh negeri Sabah melalui program seperti ini dan ada banyak lagi sebenarnya insentif yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan usahawan dalam konteks perniagaan.

“Contohnya Syabas yang menyasarkan peniaga-peniaga muda seluruh negeri Sabah yang memulakan perniagaan, yang mengembangkan perniagaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/19/program-outreach-ketua-menteri-santuni-peniaga-muda-sasar-5000-peniaga/feed/ 0 59310
PICK : 232 Individu Dewasa Kampung Suasa Lengkap Terima Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-232-individu-dewasa-kampung-suasa-lengkap-terima-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-232-individu-dewasa-kampung-suasa-lengkap-terima-vaksin-covid-19/#respond Mon, 13 Sep 2021 08:08:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6246
Read Time:1 Minute, 26 Second

BEAUFORT : Seramai 232 individu dewasa di Kampung Suasa telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 bagi dos kedua menerusi pelaksanaan Program Jangkauan Luar disini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah individu yang menerima vaksin secara lawatan ke rumah dan pandu lalu bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Pada hari ini (semalam) saya telah meninjau pelaksanaan program jangkauan luar vaksinasi secara lawatan ke rumah di dua buah rumah di Kampung Keramis yang mana menerima mengalami masalah kesihatan dan sukar untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Alhamdulillah, saya difahamkan seramai 232 orang di Kampung Suasa telah melengkapkan vaksin COVID-19 menerusi program outreach, jumlah ini termasuklah yang diberikan di rumah dan juga pandu lalu serta seorang bagi suntikan dos pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program jangkauan luar vaksinasi di Dewan Desa Lestari Kampung Suasa disini semalam.

Ruslan berkata, daerah Beaufort kini telah mencapai 100 peratus penerima vaksin COVID-19 bagi dos pertama dan kini pihaknya giat mengumpulkan data bagi pelaksanaan program pemberian vaksin kepada remaja berusia 17 tahun dan ke bawah.

Beliau turut memuji usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort yang sentiasa mencari inisiatif bagi memastikan rakyat di daerah ini menerima suntikan vaksin sepenuhnya termasuk golongan remaja.

“Kini kami di peringkat ADUN sedang mengumpul nama-nama yang dibawah usia 17 tahun kebawah dan sasaran kita adalah kepada anak-anak sekolah.

“InsyaAllah senarai-senarai ini sedang kita perolehi melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-232-individu-dewasa-kampung-suasa-lengkap-terima-vaksin-covid-19/feed/ 0 6246
PICK : Penduduk Kg Numbak Dipelawa Hadir Dapatkan Suntikan Vaksin https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-penduduk-kg-numbak-dipelawa-hadir-dapatkan-suntikan-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-penduduk-kg-numbak-dipelawa-hadir-dapatkan-suntikan-vaksin/#comments Mon, 13 Sep 2021 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6223
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU : Penduduk Kampung Numbak dan berhampiran yang belum menerima vaksin COVID-19 dipelawa untuk hadir mendapatkan suntikan vaksin yang dilaksanakan di kawasan lapang di hadapan kampung berkenaan.

Menerusi maklumat yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), program jangkauan luar vaksinasi COVID-19 itu dilaksanakan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang hari ini sehingga esok.

Program yang dilaksanakan secara ‘walk-in’ itu terbuka kepada penduduk warganegara dan bukan warganegara berusia 18 tahun dan keatas yang tiada janji temu melalui MySejahtera.

Penduduk yang hadir juga bukan kontak rapat kes positif COVID-19 dan bukan kes aktif COVID-19.

Selain itu, penduduk yang hadir juga bukan berada dalam kuarantin dan bukan sedang menunggu keputusan ujian calitan COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-penduduk-kg-numbak-dipelawa-hadir-dapatkan-suntikan-vaksin/feed/ 1 6223
‘Power Rangers’ Turun Padang Beri Semangat Kepada Penerima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/23/power-rangers-turun-padang-beri-semangat-kepada-penerima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/23/power-rangers-turun-padang-beri-semangat-kepada-penerima-vaksin/#respond Mon, 23 Aug 2021 06:39:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5107
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Gelagat seorang lelaki dengan kostum karakter adiwira ‘Power Rangers’ ke Program Jangkauan Luar di Kampung Kobuni Inanam disini menarik perhatian ramai.

Feddy Wong,42, berkata beliau bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan penduduk kampung yang hadir menerima vaksin termasuk petugas barisan hadapan yang bertugas pada program itu.

“Saya tahu tempat ini ada mengadakan program pemberian vaksinasi, jadi saya datang untuk bagi meriah dan semangat untuk semua yang hadir.

“Tujuan utama saya adalah ingin memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 ini selamat untuk diterima dan jangan dengar khabar angin kononnya vaksin ini tidak selamat,” katanya kepada media pada program disini hari ini.

Feddy sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila muncul ketika membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September tahun lalu.

Beliau turut mengajak rakyat khususnya di Sabah untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin bagi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera sekali gus bebas COVID-19.

“Dengan pengambilan vaksin ini, kita mampu menyelamatkan diri dan keluarga daripada dijangkiti COVID-19.

“Bagi yang sudah menerima vaksin, kita bantu nasihat mereka yang belum lagi mendaftar dan menerima vaksin,” katanya.

Terdahulu, Program Jangkauan Luar Daerah Kota Kinabalu itu turut melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); Dewan Bandaraya Kota Kinabalu; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jabatan Penerangan Negeri Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Pada program itu,seramai 1,200 penduduk terlibat menerima vaksin melibatkan pemberian vaksin dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/23/power-rangers-turun-padang-beri-semangat-kepada-penerima-vaksin/feed/ 0 5107
UPPM bantu Program Outreach Vaksinasi di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/30/uppm-bantu-program-outreach-vaksinasi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/uppm-bantu-program-outreach-vaksinasi-di-sabah/#respond Fri, 30 Jul 2021 06:03:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3786
Read Time:54 Second

KIULU: Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Matbali Musah turun padang meninjau program serta aktiviti pendaftaran dan vaksinasi Covid-19 yang kini terus diperhebatkan di kawasan perkampungan menerusi Program ‘Outreach’ oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Kota Kinabalu 2021, melibatkan tujuh buah Kampung di sekitarnya pada Khamis.

Menurut Matbali melalui hantaran di laman ‘Facebook’ nya, Program Outreach Vaksinasi itu diadakan di Balai Raya Kg Pinahawon dan Mantob yang mensasarkan 700 penerima Vaksin di kawasan berkenaan.

“Pada sebelah pagi di lokasi SK Ruminding mensasarkan penduduk Kg Ruminding/Tiku dan pada sebelah petang pula Kampung Pinahawon , Mantob dan kampung sekitarnya.

“UPPM juga merupakan anggota CITF Negeri Sabah dan seluruh kakitangannya di 73 kawasan turut sama digerakkan membantu program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan di setiap kawasan,” katanya.

Turut hadir semasa program tersebut ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Dr Roland Chia, Pemimpim Pembangunan Masyarakat (PPM) Inanam, Datuk William Majinbon, Staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Suhaila Osman.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/uppm-bantu-program-outreach-vaksinasi-di-sabah/feed/ 0 3786
Seramai 48,443 Individu Telah Terima Vaksin Melalui Program CITF Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/24/seramai-48443-individu-telah-terima-vaksin-melalui-program-citf-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/seramai-48443-individu-telah-terima-vaksin-melalui-program-citf-di-sabah/#respond Sat, 24 Jul 2021 12:54:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3542
Read Time:1 Minute, 12 Second

PAPAR: Seramai 48,443 individu menerima vaksin melalui Program Outreach Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) peringkat negeri Sabah.

Pengarah Penerangan Sabah (JaPen), Nadzerah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 44,261 individu didaftarkan melalui 147 program CITF di seluruh negeri bermula penghujung bulan Mei, tahun ini.

“Kenaikan sembilan peratus dicatatkan bagi individu yang datang secara ‘walk-in’ untuk menerima suntikan melalui keseluruhan program tersebut.

“Kita berharap program ini dapat menjayakan usaha mencapai sasaran kerajaan negeri agar 60 peratus penduduk di Sabah menerima suntikan vaksin Covid-19 secepat mungkin,” katanya ketika ditemui media dalam Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Limbahau di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, program itu dilaksanakan secara berterusan di bawah penyelarasan JaPen dengan memfokuskan kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses internet serta menggunakan konsep daftar dan suntik.

Dalam pada itu, sebelum program diadakan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pegawai Daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap daerah juga akan mengenal pasti kawasan pedalaman yang akan terlibat. 

Untuk rekod, Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Dun N27 Limbahau Papar diadakan selama dua hari bermula 24 hingga 25 Julai melibatkan sembilan mukim di bawah DUN N.27 Limbahau dengan peruntukan sebanyak 2,000 dos vaksin.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N27 Limbahau, Datuk Johnny Mositun dan Penolong Pegawai (Pentadbiran) Papar,Junaiddin Jumat./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/seramai-48443-individu-telah-terima-vaksin-melalui-program-citf-di-sabah/feed/ 0 3542
Lebih 1,000 Penduduk Sekitar Kg Talungan Terima Vaksin Menerusi Program Outreach https://sabahmedia.com/2021/07/24/lebih-1000-penduduk-sekitar-kg-talungan-terima-vaksin-menerusi-program-outreach/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/lebih-1000-penduduk-sekitar-kg-talungan-terima-vaksin-menerusi-program-outreach/#respond Sat, 24 Jul 2021 03:17:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3501
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Seramai lebih 1,000 penduduk dari sekitar Kampung Talungan Telipok disini dan yang berhampiran menerima vaksin menerusi Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Penduduk Luar Bandar.

Program yang dilaksanakan bersama Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu; Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS4WDVC); Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Inanam dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah itu diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Talungan.

Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kota Kinabalu, Dr Suhaila Osman berkata, menerusi program itu, pihaknya akan melaksanakan pemberian vaksin kepada lebih 1,000 penduduk dikawasan terlibat meskipun berdepan cabaran.

“Hari ini (kelmarin) kita datang memberi vaksin kepada penduduk terlibat jenis Sinovac yang mana kami perlu datang sekali lagi pada 13 Ogos depan ke tempat dan memberi vaksinasi kepada orang yang sama.

“Jadi kami berharap penduduk terlibat akan datang sekali lagi nanti untuk melengkapkan vaksinasi mereka untuk mendapatkan dos kedua,” katanya.

Dr Suhaila berkata,  pihaknya akan terus melaksanakan program outreach vaksinasi ke kampung-kampung di negeri ini bagi membantu mencapai imuniti kelompok di Sabah.

“Meskipun berdepan cabaran khususnya capaian internet yang lemah namun ia bukan jadi halangan untuk kami memberikan vaksinasi kepada penduduk kerana kami mempunyai plan lain agar program ini berjalan lancar.

“Sebenarnya kami memang telah bersedia fizikal dan mental untuk bermalam di sekolah ini sekiranya program ini tidak dapat dihabiskan sehingga petang (kelmarin) dan akan disambung sehingga esok (hari ini),” katanya.

Terdahulu, program itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan dan Pengerusi Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS4WDVC) Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Yakub berkata, usaha berterusan yang dilaksanakan kerajaan melalui program outreach vaksinasi terus mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk khususnya di luar bandar.

“Saya lihat, sambutan yang diterima penduduk luar bandar sangat luar biasa, ini membuktikan rakyat mahu diberi imunisasi.

“Justeru saya meminta kerajaan pusat untuk segera menghantar bekalan vaksin secukupnya kepada Sabah,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/lebih-1000-penduduk-sekitar-kg-talungan-terima-vaksin-menerusi-program-outreach/feed/ 0 3501
PICK : Sambutan Rakyat Terima Vaksin Terus Meningkat Menerusi Program ‘Outreach’ https://sabahmedia.com/2021/07/18/pick-sambutan-rakyat-terima-vaksin-terus-meningkat-menerusi-program-outreach/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/pick-sambutan-rakyat-terima-vaksin-terus-meningkat-menerusi-program-outreach/#respond Sun, 18 Jul 2021 08:22:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3210
Read Time:1 Minute, 52 Second

TENOM : Seramai 1,400 penduduk melibatkan 20 buah kampung dari Mukim Saga menerima suntikan vaksin dos pertama Sinovac.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Masnah Matsalleh berkata, sambutan penduduk untuk menerima vaksin Covid-19 didapati semakin meningkat dan perkembangan positif tersebut amat penting dalam usaha menyekat penularan pandemik yang telah meragut ramai nyawa di seluruh dunia.

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program outreach ini dan kita lihat sambutan daripada penduduk daerah ini amat menggalakkan.

“Kita jangkakan jumlah penduduk yang divaksin hari ini mungkin lebih ramai lagi,” jelasnya kepada media dalam Program Outreach Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) di Dewan Terbuka Kampung Saga, pada Sabtu.

Beliau yang mengadakan lawatan di sekitar lokasi program, memaklumkan, program Outreach CITF di setiap daerah akan dilaksanakan lebih kerap untuk memudahkan serta membantu penduduk mendapatkan vaksin Covid-19 lebih cepat.

Tambah beliau, statistik pendaftaran vaksin Covid-19 di Sabah setakat Jumaat dengan 33.1 peratus juga telah  menunjukkan peningkatan melalui program hebahan, promosi dan kempen yang dilakukan. 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Nadzerah Abdullah, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah,  Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, Pegawai Daerah, Sungkim Rumangun dan Pegawai Kesihatan Daerah Tenom, Dr. Francesca Primus Chew.

Sementara itu, Sapin Sakun, 61, pesara kerajaan yang dari Kampung Saga Laut menyatakan rasa lega selepas menerima suntikan vaksin dos pertama setelah menunggu giliran selepas mendaftar.

“Saya membuat persediaan yang cukup sebelum menerima vaksin hari ini dengan tidur yang cukup, minum air yang banyak dan bersarapan seperti yang disarankan.

“Saya bersyukur dengan adanya program seperti ini proses vaksin dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Turut menerima suntikan vaksin itu, Ramlah Ng Bungiat, 68, berasal dari Kampung Pallsabrang yakin program vaksinasi yang dilaksanakan itu diterima baik oleh semua penduduk.

“Jangan takut untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana dapat melindungi diri dan keluarga.

“Saya yakin penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan dengan adanya vaksin,” dedahkan selepas menerima suntikan vaksin./PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/pick-sambutan-rakyat-terima-vaksin-terus-meningkat-menerusi-program-outreach/feed/ 0 3210
PICK : Program ‘Outreach’ Seluruh Sabah Bantu Penduduk Luar Bandar Dapat Suntikan Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/27/pick-program-outreach-seluruh-sabah-bantu-penduduk-luar-bandar-dapat-suntikan-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/pick-program-outreach-seluruh-sabah-bantu-penduduk-luar-bandar-dapat-suntikan-vaksin-covid-19/#respond Sun, 27 Jun 2021 14:08:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2094
Read Time:1 Minute, 21 Second

KINABATANGAN: Program Jangkauan Luar Vaksinasi akan dilaksanakan secara menyeluruh diseluruh Sabah bagi memastikan semua penduduk khususnya di luar bandar mendapat suntikan vaksin COVID-19 secara menyeluruh.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, program itu turut membantu penduduk yang tidak mempunyai akses kesihatan, perhubungan internet selain masalah perhubungan jalan raya agar penularan virus itu dapat dicegah dari terus berleluasa.

“Saya yakin pemberian vaksin menerusi program berkenaan akan dapat dilaksanakan sepenuhnya agar kehidupan rakyat kembali normal seperti dahulu.

“Selain pelbagai sektor yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 ini juga akan kembali pulih,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Jangkauan Luar Vaksinasi COVID-19 dan penyampaian bakul makanan di Kampung Balat dan Sangau disini hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abdul Rahim dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag Abu Bakar Gafar.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, usaha perlu ditingkatkan bagi memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan vaksin dan mendaftarkan mereka sebagai penerima vaksin.

Katanya, semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta diperlukan bagi menjayakan proses pendaftaran dan pemberian vaksin yang masih rendah khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar di negeri ini.

“Peratusan rakyat yang menerima vaksin masih agak rendah khususnya di luar bandar yang kurang mendapat maklumat tepat mengenai kebaikan vaksin selain kekangan perhubungan dan perlunya program seumpama ini bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai menerima vaksin.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pendaftaran melalui MySejahtera kerana ada kawasan di luar bandar yang tiada ekses internet, justeru peranan pemimpin masyarakat bagi memberikan penjelasan tentang kebaikan vaksin dan mendaftarkan mereka sebagai penerima dapat membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/pick-program-outreach-seluruh-sabah-bantu-penduduk-luar-bandar-dapat-suntikan-vaksin-covid-19/feed/ 0 2094