P-hailing – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Mar 2025 09:44:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png P-hailing – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 100 penghantar p-hailing terima sumbangan baucar minyak dan kurma https://sabahmedia.com/2025/03/25/100-penghantar-p-hailing-terima-sumbangan-baucar-minyak-dan-kurma/ https://sabahmedia.com/2025/03/25/100-penghantar-p-hailing-terima-sumbangan-baucar-minyak-dan-kurma/#respond Tue, 25 Mar 2025 09:44:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71085
Read Time:45 Second

Oleh FLORIETA DIET

PUTATAN: Seramai 100 penghantar p-hailing menerima sumbangan baucar minyak petrol bernilai RM50 dan satu pek kurma dalam program Jom Balik Raya.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berharap sumbangan itu dapat memberi sedikit kelegaan kepada penghantar p-hailing yang banyak berjasa dalam memastikan kelancaran penghantaran barangan dan makanan kepada masyarakat.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat menyampaikan sumbangan itu di dua lokasi iaitu di stesen Petronas Kinarut sebelum diteruskan di stesen Shell Putatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan mereka tentang kepentingan keselamatan di jalan raya.

“Peringatan kepada semua penghantar p-hailing agar sentiasa berhati-hati di jalan raya, menjaga kesihatan serta keselamatan, terutamanya dalam musim perayaan ini.

“Bagi mereka yang pulang ke kampung, kita doakan agar mereka selamat sampai dan dapat beraya bersama keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program tersebut di sini, hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/25/100-penghantar-p-hailing-terima-sumbangan-baucar-minyak-dan-kurma/feed/ 0 71085