pacuan empat roda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jan 2026 06:13:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pacuan empat roda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penumpang maut, pemandu cedera, pacuan empat roda terbabas dalam lubang pembentungan https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/ https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/#respond Fri, 23 Jan 2026 06:08:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90217
Read Time:1 Minute, 11 Second

LAHAD DATU: Seorang penumpang maut manakala pemandu cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang dan terjatuh ke dalam lubang pembentungan sedalam kira-kira tujuh meter di Jalan Pantai menghala ke Bandar Lahad Datu, pagi Jumaat.

Pacuan empat roda yang dinaiki dua mangsa lelaki terbabas lalu terjatuh ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dinaiki dua orang mangsa lelaki didapati terjatuh ke dalam lubang pembentungan (jacking pit) berukuran kira-kira 6.5 meter lebar yang sedang dalam pembinaan.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan tali dan pengusung. Bagaimanapun, penumpang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian, manakala pemandu mengalami kecederaan patah tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Muhammad Almadi Hassan, manakala pemandu yang cedera ialah Wilyamil Ahajul, 34 tahun, dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Tindakan pihak bomba seterusnya memasang sawar-sawar di lokasi kejadian sebelum operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.07 pagi selepas kawasan kejadian dipastikan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/feed/ 0 90217
Dua lelaki maut, pacuan empat roda dinaiki hanyut dibawa arus deras https://sabahmedia.com/2025/11/01/dua-lelaki-maut-pacuan-empat-roda-dinaiki-hanyut-dibawa-arus-deras/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/dua-lelaki-maut-pacuan-empat-roda-dinaiki-hanyut-dibawa-arus-deras/#respond Sat, 01 Nov 2025 11:46:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84718
Read Time:1 Minute, 12 Second

RANAU: Dua lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki hanyut dibawa arus deras ketika cuba menyeberangi sungai Moroli Kg Narawang dekat sini, pada Sabtu.

Pacuan empat roda yang dinaiki mangsa hanyut dibawa arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.22 pagi tadi (1 Nov).

“Sebaik menerima penggilan pasukan bomba Ranau bergegas ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer dari balai itu, kita mendapati terdapat dua orang mangsa yang dipercayai lemas di Sungai Moroli, Kampung Narawang disebabkan kenderaan yang dinaiki telah hanyut dibawa arus deras,” katanya.

Jelas Rantey, pengadu memaklumkan kedua-dua mangsa menaiki sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dan cuba menyeberangi Sungai Moroli, namun arus sungai yang deras menyebabkan kenderaan tersebut gagal menyeberangi sungai tersebut.

“Kenderaan itu kemudian ditemui oleh orang awam kira-kira 200 meter dari tempat kenderaan hanyut, namun kenderaan tersebut kosong tanpa mangsa di dalamnya.

“Pasukan bomba mendapatkan maklumat lanjut seterusnya menjalankan operasi (SAR), dan mendapati kedua-dua mangsa telah dijumpai oleh orang awam,” katanya.

Menurut beliau lagi, mangsa pertama dijumpai pada jam 11.18 pagi di lokasi 10 kilometer dari lokasi kenderaan, manakala mangsa kedua dijumpai pada jam 11.48 di lokasi 1 kilometer dari lokasi mangsa pertama dijumpai.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.23 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/dua-lelaki-maut-pacuan-empat-roda-dinaiki-hanyut-dibawa-arus-deras/feed/ 0 84718
Tiga maut, satu cedera dalam nahas pacuan empat roda dan treler di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2025/07/02/tiga-maut-satu-cedera-dalam-nahas-pacuan-empat-roda-dan-treler-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2025/07/02/tiga-maut-satu-cedera-dalam-nahas-pacuan-empat-roda-dan-treler-di-lahad-datu/#respond Wed, 02 Jul 2025 06:15:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76545
Read Time:1 Minute, 10 Second

LAHAD DATU: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan treler bermuatan minyak sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.52 malam melalui talian MERS999.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi sejauh 30 kilometer dan tiba pada jam 9.15 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler bermuatan minyak sawit dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax.

“Tiga mangsa lelaki yang tersepit dalam pacuan empat roda berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Azizi, 28, yang merupakan pemandu Dmax, serta dua penumpang iaitu Mohd Rasman Ahmad Kechil, 28, dan Muhammad Zulkhairi Ismail, 29 tahun.

Sementara itu, pemandu treler, Abd Kadir Lanusa, 61 tahun, mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital menaiki ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam setelah memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Operasi turut dibantu oleh empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/02/tiga-maut-satu-cedera-dalam-nahas-pacuan-empat-roda-dan-treler-di-lahad-datu/feed/ 0 76545
Lelaki warga asing maut, pacuan empat roda dipandu terlibat dalam kemalangan di Putatan https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/#respond Sat, 13 Jan 2024 06:10:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47919
Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya melanggar belakang sebuah motokar lalu kedua-duanya terbabas di bahu jalan berhampiran lampu isyarat simpang Klinik Kesihatan Putatan awal pagi tadi.

Dalam kejadian, mangsa warga asing berusia 30 tahun pemandu pacuan empat roda telah tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supterintendan Sammy Newton berkata, pihak IPD Penampang mengesahkan telah terima satu maklumat awam pada jam 5.05 pagi tadi (13 Jan) mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan pancuan empat roda dengan sebuah motokar berlaku di jalan Papar ke Kota Kinabalu, berhampiran lampu isyarat simpang klinik kesihatan Putatan, Penampang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah yang sama menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan Papar ke Kota Kinabalu dan secara tiba-tiba kenderaan pancuan empat roda telah melanggar motokar dari arah belakang sehingga kedua-duanya terbabas ke arah kiri bahu jalan.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu kenderaan pancuan empat roda telah tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala pemandu motokar seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun telah mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sammy berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/feed/ 0 47919
Lapan ambulan pacuan empat roda APM untuk Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/23/lapan-ambulan-pacuan-empat-roda-apm-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/23/lapan-ambulan-pacuan-empat-roda-apm-untuk-sabah/#respond Fri, 23 Jun 2023 05:11:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36930
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menyaksikan penyerahan lapan buah ambulan pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di perkarangan
Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Ambulan tersebut adalah untuk kegunaan lapan APM daerah di Sabah.

Pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong menerima ambulan itu daripada Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Aminurrahim Mohamed.

Ambulan kemudiannya diserahkan kepada lapan Pegawai APM Daerah iaitu Tuaran, Papar, Sandakan, Keningau, Pitas, Ranau, Putatan dan Kalabakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/23/lapan-ambulan-pacuan-empat-roda-apm-untuk-sabah/feed/ 0 36930