padi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Jan 2026 01:43:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png padi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SLDB sasar tingkat pengeluaran beras tempatan kepada 60 peratus menjelang 2030 https://sabahmedia.com/2026/01/13/sldb-sasar-tingkat-pengeluaran-beras-tempatan-kepada-60-peratus-menjelang-2030/ https://sabahmedia.com/2026/01/13/sldb-sasar-tingkat-pengeluaran-beras-tempatan-kepada-60-peratus-menjelang-2030/#respond Tue, 13 Jan 2026 01:43:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89611
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA BELUD: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) komited untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan dengan sasaran peningkatan pengeluaran kepada 60 peratus menjelang 2030.

Pengurus Besar SLDB Datuk Syaheddrul R Joddari berkata, usaha itu adalah selaras dengan agenda keterjaminan makanan negeri bagi memastikan bekalan beras tempatan lebih stabil serta mencukupi untuk keperluan rakyat Sabah

“Setakat ini, sumbangan pengeluaran beras tempatan kita kini ialah 22 peratus. Kami komited untuk meningkatkan angka ini selaras dengan saranan kerajaan negeri.

“Kami berharap usaha ini akan membawa kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan dan kita komited untuk meningkatkan kepada 60 peratus menjelang 2030” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kilang padi di Kampung Timbang Dayang di sini pada Isnin.

Syaheddrul berkata, pihaknya turut merancang untuk menambah kilang pemprosesan padi serta pengembangan aktiviti sawah padi di Sabah bagi menyokong usaha meningkatkan produktiviti dan kapasiti pengeluaran.

Dalam pada itu, Syaheddrul berkata, setakat ini kira-kira 540 ekar kawasan sawah padi terbiar telah berjaya diusahakan semula, dan dengan pengoperasian kilang padi ini, SLDB menyasarkan untuk memperluaskan usaha pemulihan sehingga 1,000 ekar di daerah Tuaran dan Kota Belud .

Katanya, inisiatif itu bertujuan melengkapkan rantaian pengeluaran dan pemprosesan padi, sekali gus meningkatkan kecekapan, pendapatan pesawah serta mengurangkan
kebergantungan kepada bekalan beras luar.

“Kilang ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pemprosesan padi, malah membuka peluang pekerjaan, menambah pendapatan pesawah serta mengurangkan kebergantungan kepada bekalan
beras luar,” katanya.

Beliau berkata, kilang tersebut berperanan memproses hasil tuaian Projek Padi SLDB di daerah Tuaran, Papar dan Kota Belud melibatkan keluasan tanaman semasa kira-kira 540 ekar dengan penyertaan seramai 238 peserta, yang dijangka menghasilkan sekitar 1,100 tan metrik padi bagi setiap musim.

“Selain itu, kilang berkenaan turut membeli hasil tuaian pesawah sekitar Daerah Kota Belud untuk diproses dan dipasarkan sebagai beras tempatan di bawah jenama MEKAR by SLDB.

” Ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan bekalan beras negeri Sabah,” katanya.

Dengan adanya Kilang Padi dan Beras Tempatan MEKAR by SLDB ini mencerminkan usaha berterusan SLDB dalam memacu pembangunan sosioekonomi luar bandar melalui pendekatan pertanian mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi. – SABAH MEDIA / FOTO SLDB

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/13/sldb-sasar-tingkat-pengeluaran-beras-tempatan-kepada-60-peratus-menjelang-2030/feed/ 0 89611
Program Smart SBB tingkat pendapatan, taraf hidup petani Kampung Jawi-Jawi https://sabahmedia.com/2025/08/03/program-smart-sbb-tingkat-pendapatan-taraf-hidup-petani-kampung-jawi-jawi/ https://sabahmedia.com/2025/08/03/program-smart-sbb-tingkat-pendapatan-taraf-hidup-petani-kampung-jawi-jawi/#respond Sat, 02 Aug 2025 22:17:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78448
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) Ala Sekinchan dibawah seliaan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Kota Belud dilihat berjaya meningkatkan hasil tanaman padi selain telah mengubah taraf hidup pesertanya secara menyeluruh.

Ini termasuklah dari segi pendapatan dan pendidikan anak-anak peserta yang menyertai program itu sejak diperkenalkan pada 2022 di kawasan sawah seluas 45 hektar di Kampung Jawi-Jawi.

Pengerusi Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kampung Jawi-Jawi, Adlin Mohammad,51, berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menyertai program berkenaan yang telah membawa perubahan besar dalam kehidupan seharian sebagai petani.

Katanya, beliau merupakan antara 19 peserta awal menyertai projek Smart SBB yang dilaksanakan di kawasan seluas 49 hektar di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud dan BERNAS.

Menurutnya, sebelum menyertai dalam projek berkenaan, mereka hanya mengamalkan kaedah penanaman tradisional dan hasil padi yang diperoleh tidak menentu serta terhad.

“Sebelum ini kami tidak ada pengalaman dalam pengurusan ladang secara sistematik.

“Tapi sejak menyertai Smart SBB, semuanya lebih teratur dari segi penjadualan, input pertanian, dan kaedah penanaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Adlin berkata demikian bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan dicapai sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025.

Katanya, terdapat perbezaan ketara khususnya dari segi hasil tuaian padi selepas menyertai program berkenaan.

“Jika sebelum ini, hasil padi boleh dianggarkan hanya sekitar 2.9 tan metrik per hektar, kini meningkat kepada 4.11 tan metrik per hektar, berikutan penggunaan input pertanian yang lebih sesuai serta bimbingan teknikal yang berkesan.

“Dari segi pendapatan pula, para peserta kini berjaya memperoleh purata pendapatan mencecah sekitar RM1,500 sebulan, berbanding dahulu yang jauh lebih rendah sehingga memerlukan kerja tambahan sebagai nelayan.

“Sekarang kami boleh fokus sepenuhnya kepada pertanian. Malah, di tepi sawah pun kami tanam sayur untuk tambah pendapatan. Jadi, tidak perlu cari kerja lain seperti dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Adlin berkata, hasil pendapatan dari program berkenaan berupaya membantu kepada pendidikan anaknya.

Beliau mengakui rasa syukur apabila pendapatan daripada hasil pertanian kini dapat membantu menampung kos pendidikan mereka.

“Anak bongsu saya baru saja menghadiri majlis graduasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Anak kedua pula sudah menamatkan pengajian ijazah.

“Syukur, walaupun saya hanya petani, usaha kami membantu mereka sampai ke tahap ini,” katanya.

Beliau juga percaya, walaupun hidup sebagai petani sering dikaitkan dengan kelompok B40, itu bukanlah penghalang untuk membina masa depan yang lebih baik, selagi ada usaha dan sokongan yang berterusan.

“Saya harap anak-anak saya akan terus melanjutkan pelajaran, dan jika ada rezeki, mungkin mereka boleh kembali menyumbang dalam bidang pertanian, mewarisi dan memperbaiki apa yang kami mulakan di sini,” katanya.

Beliau percaya bahawa pertanian moden melalui projek seperti Smart SBB bukan sahaja menjamin pengeluaran makanan negara, malah berpotensi melestarikan masa depan generasi muda, terutamanya jika mereka sendiri berminat untuk meneruskan legasi dalam bidang ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/03/program-smart-sbb-tingkat-pendapatan-taraf-hidup-petani-kampung-jawi-jawi/feed/ 0 78448
Benih Padi Berkualiti: Kunci Kebangkitan Industri Padi dan Beras Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/01/benih-padi-berkualiti-kunci-kebangkitan-industri-padi-dan-beras-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/01/benih-padi-berkualiti-kunci-kebangkitan-industri-padi-dan-beras-sabah/#respond Sun, 01 Dec 2024 04:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64672
Read Time:4 Minute, 25 Second

Dua minggu lepas, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Usukan telah menegaskan kepentingan benih padi berkualiti sebagai asas utama untuk melonjakkan industri padi dan beras Sabah.

Beliau menyarankan agar Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) yang baru di tubuhkan, untuk menerokai sumber baru benih padi berkualiti tinggi dari negara seperti Taiwan, yang terkenal di seluruh dunia dengan kepakaran dan teknologi pertanian.

Menurut beliau, ketika ini, Sabah bergantung sepenuhnya kepada bekalan benih padi dari Semenanjung Malaysia.

Saranan ini bertepatan dan selaras dengan agenda keterjaminan makanan Sabah yang di gariskan di bawah Pelan Pembangunan Negeri Sabah Maju Jaya 2021 – 2025 dan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-3.

Untuk sekian lama, industri padi dan beras Sabah telah mengalami kemerosotan yang ketara. Sebagai contoh. Sejak tahun 1980-an, Kadar Sara Diri/ Self-Sufficient Level (SSL) Beras Sabah telah merekodkan trend menurun sehingga mencapai tahap 22% sahaja masakini.

Tahun1980-an19902000200420102019
SSL Beras51%27%34%41%24%27%

Oleh kerana itu, Sabah kini terpaksa mengimport hampir 80% beras bagi memenuhi keperluan penduduk Sabah. Malah, data Jabatan Pertanian Sabah menunjukkan jumlah import beras Sabah telah meningkat sekitar 20%, manakala nilai import beras pula telah meningkat sekitar 45%, dalam tempoh masa 10 tahun (2011 – 2022).

Baru-baru ini, di bawah Belanjawan Sabah 2025, Kerajaan Sabah telah menyediakan peruntukan yang agak besar untuk pembangunan industri padi dan beras Sabah, terutamanya kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS).  

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 32.5 jutaLembaga Padi dan Beras Sabah untuk meningkatkan pengeluaran padi, dengan pembelian jentera dan menaik-taraf sistem pengairan padi
RM 26 jutaInsentif Pembajakan Sawah Padi

Di samping itu, di bawah Belanjawan Malaysia 2025, Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 65 juta bagi pembangunan pengairan dan saliran jelapang padi, serta meluaskan estet padi FELCRA di Sabah dan Sarawak.

Namun begitu, kedua-dua peruntukan belanjawan berkenaan tidak pula menyatakan secara spesifik perbelanjaan untuk pembangunan benih padi berkualiti tinggi, yang mampu melonjakkan produktiviti hasil padi Sabah dan negara.

Menurut data sediada, sehingga tahun 2022, terdapat 63 varieti benih padi yang telah berjaya di hasilkan oleh 4 organisasi negara. Majoriti benih padi negara di hasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI):

OrganisasiJumlah Varieti Benih Padi
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)53 varieti (84.1%)
Agensi Nuklear Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)10 varieti (15.9%)  

Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022), yang di terbitkan pada November 2023, mendapati MARDI telah gagal untuk memenuhi permintaan benih padi asas yang di tempah oleh 12 syarikat pengeluar benih padi sah. Sepanjang tempoh masa 2019 – 2022, MARDI di dapati hanya dapat memenuhi sekitar 51% sahaja tempahan benih padi asas.

Punca utama kegagalan tersebut adalah kekangan kapasiti ladang benih MARDI.

Akibatnya, terdapat kekurangan bekalan benih padi sah di pasaran untuk petani. Ini telah menyebabkan harga benih padi telah meningkat, dan petani terpaksa menanggung kos benih padi yang lebih tinggi.

Di samping itu, LKAN 2022 turut melaporkan bahawa ramai petani terpaksa menggunakan benih padi yang tidak di iktiraf oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Malah, isu penggunaan benih padi tidak di iktiraf ini adalah satu perkara yang serius dan boleh menjejaskan bio-keselamatan industri padi negara.

Tambahan lagi, penggunaan benih padi yang tidak di iktiraf mungkin juga sangat meluas, memandangkan perbezaan besar antara bekalan dan permintaan.

Justeru itu, kegagalan MARDI untuk menghasilkan benih padi asas yang mencukupi untuk memenuhi permintaan semua petani di seluruh negara sewajarnya menjadi desakan untuk Sabah menghasilkan benih padi tersendiri.

Maka, Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) wajar menyalurkan sebahagian daripada peruntukan yang di sediakan untuk menghasilkan benih padi khusus untuk petani di Sabah.

Mungkin benih padi ini boleh di jenamakan sebagai Benih Padi Sabah Maju Jaya 1 (BPSMJ-1).

  • Kriteria utama BPSMJ-1 sewajarnya:
  • tahan lasak, dengan mengambil-kira isu perubahan iklim/ climate change
  • tempoh penanaman padi yang lebih singkat untuk pulangan yang lebih cepat
  • hasil tanaman yang tinggi, untuk meningkatkan SSL Beras Sabah

Sebaik-baiknya lebih banyak usaha dan dana di tumpukan kepada pembangunan benih padi yang berkualiti. Ketika ini, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah nampaknya lebih banyak memberi tumpuan untuk meluaskan kawasan penanaman padi di Sabah sebagai usaha utama untuk meningkatkan hasil padi dan beras.

Namun begitu, pembesaran kawasan penanaman padi di Sabah boleh melibatkan dana perbelanjaan yang sangat besar untuk pembangunan infrastruktur pengairan, jentera pertanian serta subsidi. Dan boleh mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sebarang kejayaan.

Sebaliknya, pembangunan benih padi berkualiti boleh meningkatkan hasil padi dan beras di Sabah dengan keluasan kawasan penanaman padi sediada. Malah, tempoh masa pembangunan benih padi ini boleh di pendekkan dengan kerjasama dan kepakaran dari negara seperti Taiwan, yang memiliki pelbagai varieti benih padi. Ini sudah pasti dapat juga menjimatkan kos R&D yang boleh mencecah jutaan Ringgit.

Varieti benih padi berkenaan boleh di ‘ubah-suai’ mengikut kesesuaian penanaman padi di Sabah.

Menurut Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, sasaran yang telah di tetapkan untuk industri padi dan beras Sabah adalah:

meningkatkan Kadar Sara Diri/ Self-Sufficiency Level (SSL) Beras Sabah kepada 65% pada tahun 2030 dan 100% pada tahun 2035

meningkatkan hasil padi daripada purata 2.9 MT per hektar kepada 7 MT per hektar menjelang 2030

Sasaran berkenaan sukar tercapai tanpa asas utama penanaman padi, iaitu benih padi berkualiti. Baik benihnya, maka baik jugalah hasilnya.

Bak kata peribahasa: apa yang di semai, itu yang akan di tuai.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/01/benih-padi-berkualiti-kunci-kebangkitan-industri-padi-dan-beras-sabah/feed/ 0 64672
Transformasi Industri Padi Malaysia: Cabaran dan Kegagalan Mencapai Sasaran Kadar Sara Diri https://sabahmedia.com/2024/10/14/transformasi-industri-padi-malaysia-cabaran-dan-kegagalan-mencapai-sasaran-kadar-sara-diri/ https://sabahmedia.com/2024/10/14/transformasi-industri-padi-malaysia-cabaran-dan-kegagalan-mencapai-sasaran-kadar-sara-diri/#respond Mon, 14 Oct 2024 04:15:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62169
Read Time:5 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR — Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) baru-baru ini memperkenalkan pengiraan baru Kadar Sara Diri (SSR) dan Penggunaan Per Kapita (PCC), yang memberi gambaran lebih tepat tentang industri beras negara.

Pengiraan baru ini selaras dengan piawaian yang di tetapkan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), menerusi dua dokumen FAO: Food Balance Sheets – A Handbook 2001 dan Guidelines for the Compilation of Food Balance Sheet 2017.

Menurut kaedah piawaian Baharu itu pengiraan   SSR beras negara hanya mengambil kira jumlah bersih padi yang di proses kepada beras Sahaja dan  tidak mengambil kira jumlah padi yang di khususkan untuk tujuan penghasilan benih padi

Pada masa yang sama, untuk pengiraan baru SSR beras negara, KPKM akan mengekalkan kadar faktor penukaran padi kepada beras yang sediada:

KawasanKadar Penukaran
Semenanjung Malaysia70 %
Sabah63 %
Sarawak 

Dengan pelarasan semula pengiraan SSR dan PCC, untuk tahun 2023, SSR beras negara kini  adalah 56.2% dan PCC beras negara adalah 76.7 kg/tahun.

Ini bermakna pengeluaran beras negara hanya dapat menampung 56.2% permintaan di dalam negara dan Selebihnya negara  terpaksa mengimport dari negara-negara seperti: India, Vietnam, Thailand dan Cambodia.

Secara puratanya juga  setiap penduduk di dalam negara mengguna atau makan beras sebanyak 76.7 kg setiap tahun.

ASAS PENGIRAAN PADI YANG LEBIH TEPAT

Asas pengiraan baru berkenaan telah menyebabkan kadar SSR beras negara menjadi lebih rendah berbanding asas pengiraan terdahulu. Dengan hanya mengambil kira jumlah padi yang di proses kepada beras, kadar SSR beras terkini adalah lebih tepat.

Ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai situasi sebenar industri padi dan beras negara. Seterusnya, ini membolehkan Kerajaan Malaysia melaksanakan dasar yang lebih berkesan untuk mempercepat transformasi industri padi dan beras negara, dan meningkatkan kadar SSR beras negara.

Untuk sekian lama, kadar SSR beras negara telah merekodkan trend menurun yang membimbangkan di mana pada tahun 2023, kadar SSR beras negara hanyalah 56.2%.

Tahun20222021202020192018201720162015
Kadar SSR Beras62.6%65.0%59.4%63.0%69%70.0 %70.3 %72.3 %

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022), di mana kadar SSR beras negara di dapati telah gagal mencapai sasaran yang di tetapkan. Malah, perbezaan di antara sasaran dan pencapaian kadar SSR beras negara telah membesar.

Di samping itu, LKAN 2022 turut melaporkan bahawa jumlah pengeluaran beras negara telah gagal mencapai sasaran yang di tetapkan.

PENINGKATAN BAYARAN SUBSIDI

Untuk rekod Setiap tahun, Kerajaan Malaysia menyediakan dana berbillion Ringgit untuk industri padi dan beras negara. Ini termasuklah pembiayaan subsidi di bawah peruntukan belanjawan negara, antaranya: RM 1.6 billion (2023), RM 1.5 billion (2022), RM 1.49 billion (2019).

Namun begitu, kadar SSR beras negara terus merundum. Situasi ini telah menjejaskan agenda keterjaminan makanan negara, di mana negara telah menghadapi krisis harga dan bekalan beras tidak lama dahulu.

Situasi ini menjadi lebih meruncing akibat impak negatif perubahan iklim/ climate change yang menggangu-gugat hasil padi negara dan global. Isu perubahan iklim merupakan cabaran besar yang mesti di tangani secara berkesan dan menyeluruh bagi memastikan agenda keterjaminan makanan negara tidak terjejas teruk.

Tatkala kadar SSR beras negara semakin merendah, kebergantungan negara kepada beras import semakin meningkat. Menurut data Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM), jumlah import beras negara telah meningkat sebanyak 46%, dari 0.726 juta MT (2017) kepada 1.062 juta MT (2021).

Semasa Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Titiwangsa menyatakan bahawa pada tahun 2022, negara telah mengimport beras berjumlah 1.23 juta MT, dengan nilai RM 2.67 billion.

Malah, menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah import beras negara telah meningkat pada kadar purata 4.8% setahun dalam tempoh masa 20 tahun (2000 – 2020).

Ini bermakna import beras negara telah meningkat tinggi walaupun dana yang besar telah di belanjakan serta pelbagai inisiatif telah di laksanakan. Dan sudah pasti import beras bakal terus meningkat sekiranya agenda transfo transformasi industri padi dan beras negara tidak berjaya mencapai matlamat yang di tetapkan.

Sebagai contoh. Di bawah dua dasar pembangunan, Kerajaan Malaysia telah meletakkan pencapaian sasaran kadar SSR beras negara pada tahap 75% ( Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12: 2021 – 2025)dan 80 % dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030

Pastinya Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara. Antara lain, pada awal 2021, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB), di mana penanaman padi di uruskan secara estet padi bagi meraih manfaat skala ekonomi/ economies of scale.

LAPORAN SMART SBB

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022) telah menunjukkan bahawa inisiatif SMART SBB telah gagal di laksanakan mengikut sasaran yang telah di tetapkan. Daripada sasaran 150,000 hektar kawasan sawah padi, hanya 3,762 hektar (2.5%) sahaja telah di usahakan secara SMART SBB.

Tanpa maklumat terkini, tidak dapat di pasti samada peratusan tersebut telah meningkat ataupun tidak. Kalau ada peningkatan peratusan pun, kemungkinan besar jumlah tersebut tidaklah begitu tinggi.

Berdepan dengan kegagalan ini, Kerajaan Malaysia sewajarnya meneliti persoalan mengapa rata-rata petani padi keberatan dan tidak berminat untuk menyertai insiatif SMART SBB, walaupun ianya berpotensi untuk meningkatkan hasil padi dan pendapatan petani.

Program penanaman padi melalui Smart SBB Mini Sekinchan MADA- Bernas di Perlis

Manakala, pada Mei 2023, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pula inisiatif SMART SBB Ala-Sekinchan, dengan mengguna-pakai model penanaman padi yang di amalkan di Sekinchan, Selangor, yang sudah terbukti berjaya mengeluarkan hasil padi yang tinggi yang secara konsisten.

Pada Ogos 2023, projek perintis SMART SBB Ala-Sekinchan di Perlis di laporkan telah berjaya menghasilkan padi sebanyak 10.45 tan/ hektar. Kejayaan awal ini amatlah memberangsangkan. Tetapi, kejayaan awal ini masih pada skala yang sangat kecil dan belum menyeluruh ke serata negara.

Oleh yang demikian, secara keseluruhan, sasaran kadar SSR beras negara yang di tetapkan di bawah RMK-12 dan Dasar Agromakanan Negara amat sukar untuk di capai dalam tempoh masa berkenaan.

Berdasarkan data dan laporan sediada yang menjurus kepada kegagalan pencapaian sasaran pelaksanaan, adalah hampir mustahil kadar SSR beras negara masakini (56.2%) boleh melonjak kepada 75% pada tahun 2025, dan kepada 80% pada tahun 2030.

Mustahil! Inilah realitinya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/14/transformasi-industri-padi-malaysia-cabaran-dan-kegagalan-mencapai-sasaran-kadar-sara-diri/feed/ 0 62169
Tiga daerah di Sabah terima peruntukkan laksana projek pemulihan sawah terbiar https://sabahmedia.com/2024/09/07/tiga-daerah-di-sabah-terima-peruntukkan-laksana-projek-pemulihan-sawah-terbiar/ https://sabahmedia.com/2024/09/07/tiga-daerah-di-sabah-terima-peruntukkan-laksana-projek-pemulihan-sawah-terbiar/#respond Sat, 07 Sep 2024 04:07:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60272
Read Time:1 Minute, 58 Second

Sook : Sebanyak RM5.82 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pemulihan sawah terbiar melibatkan tiga buah daerah di Sabah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, peruntukan yang disalurkan itu merupakan usaha yang diambil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan Kadar Sara Diri Beras di negeri ini 

Katanya, ia tu akan dapat memberi manfaat kepada pengusaha sawah padi selain membantu pengusaha menambah nilai serta meningkatkan hasil pendapatan tahunan para petani.

Antara daerah terlibat adalah di Sook, Papar dan Tuaran.

“Sebagai Ahli Parlimen yang membawa suara rakyat dari kawasan pedalaman, projek ini merupakan salah satu usaha yang saya bawakan khusus untuk membantu para pesawah kembali memainkan peranan yang aktif dalam industri padi beras,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Banci Pertanian 2024 Peringkat Zon Pedalaman Sabah dan Majlis Pecah Tanah Projek Pemulihan Sawah Padi Kampung Tulid, Kampung Kindasan, Kampung Pauh dan Alab Lanas, daerah Sook di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, daerah Sook merupakan antara kawasan yang sesuai untuk penanaman  padi sawah dengan keluasan 538 ekar. 

“Berdasarkan maklumat dalam sistem e-bajak, pada tahun 2023 terdapat seramai 556 orang yang mengusahakan sawah padi di daerah ini.

“Melalui projek pemulihan ini, KPKM bersama-sama Jabatan Pertanian Sabah mensasarkan untuk membuka dan memulihkan kawasan sawah padi yang terbiar di daerah Sook dengan kawasan seluas 246 ekar serta peruntukan sebanyak RM1.88 juta,” katanya.

Antara skop projek ini termasuklah meratakan sawah, membina jalan ladang sejauh 150 meter, perolehan dua buah traktor pembajakan dan sebuah jentera penuai, benih padi, baja dan racun pertanian. 

Dianggarkan kawasan seluas 246 ekar ini akan dapat mengeluarkan hasil sebanyak 3.0 mt/ha atau keseluruhannya 294 tan. 

Dalam pada itu, Arthur turut menyeru semua pihak untuk memberikan sokongan yang jitu dalam pelaksanaan Banci Pertanian 2024 khususnya memberi kerjasama kepada semua pembanci yang telah dilantik. 

Katanya, data yang diperolehi akan digunakan sebagai input untuk penambahbaikan program, bantuan dan insentif pertanian yang akan memberi manfaat kepada anda semua selaku petani, penternak, pekebun kecil, pesawah mahupun nelayan. 

Menurutnya, pelaksanaan Banci Pertanian 2024 menjadi kayu pengukur ‘Kunci Kemajuan Pertanian’ dalam pengumpulan data untuk melihat transformasi sektor pertanian negara.

“Saya merasakan bahawa inisiatif ini adalah tepat pada masanya dengan mengambil kira keperluan mendesak bagi mendapatkan data sektor pertanian yang terkini sejak kali terakhir dilaksanakan 19 tahun yang lalu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/07/tiga-daerah-di-sabah-terima-peruntukkan-laksana-projek-pemulihan-sawah-terbiar/feed/ 0 60272
Keterjaminan Makanan – Syarikat Malaysia Terokai Potensi Penanaman Padi Di Taiwan https://sabahmedia.com/2024/07/24/keterjaminan-makanan-syarikat-malaysia-terokai-potensi-penanaman-padi-di-taiwan/ https://sabahmedia.com/2024/07/24/keterjaminan-makanan-syarikat-malaysia-terokai-potensi-penanaman-padi-di-taiwan/#respond Wed, 24 Jul 2024 06:39:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57938
Read Time:1 Minute, 2 Second

Beidou — Syarikat berteraskan teknologi dalam bidang pertanian Alchetech Intelligence mengorak langkah baru menerokai bidang pertanian berteknologi tinggi bagi mendepani cabaran penghasilan bekalan makanan iaitu pengeluaran padi serta beras yang berkualiti dan lebih ekonomi pada masa depan. 

Melalui program usahasama dengan HYH Biotech Inc dan National Chung Hsing University (NCHU) di Taiwan, Alchetech Intelligence menjangkakan penghasilan benih padi yang sesuai bagi tujuan penanaman di Malaysia. 

Ia sekaligus mampu mengoptimumkan pengeluaran padi beras dan benih padi yang kini menjadi antara masalah utama industri ini di Malaysia. 

Kolaborasi antara tiga entiti ini tidak hanya memberi  fokus terhadap kaedah penanaman tetapi ia turut merangkumi kaedah dan tatacara pengurusan padi ala Taiwan. 

Taiwan kini adalah antara negara paling berjaya dan maju dari segi penghasilan padi dan benih padi pelbagai veriati. 

Secara strategik kerjasama ini akan membabitkan pemindahan teknologi kepada Alchetech dari sudut penghasilan benih yang  mempunyai karakter  istimewa seperti beras wangi, lebih panjang, tahan penyakit dan mampu bertahan pada musim panas. 

Dari sudut pengurusan pula Alchetech Intelligence berpeluang untuk mempelajari  secara praktikal kaedah pengurusan padi dari peringkat awal, seperti penyediaan biji benih, pengurusan benih di tapak semaian, pengurusan air dan jadual penanaman bagi menghasilkan padi bermutu tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/24/keterjaminan-makanan-syarikat-malaysia-terokai-potensi-penanaman-padi-di-taiwan/feed/ 0 57938
Kota Belud Bakal Menjadi Tunjang Pengeluaran Beras Di Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/12/kota-belud-bakal-menjadi-tunjang-pengeluaran-beras-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/12/kota-belud-bakal-menjadi-tunjang-pengeluaran-beras-di-sabah/#respond Wed, 12 Jun 2024 11:45:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55895
Read Time:7 Minute, 33 Second

1.      Beberapa hari lepas, Ketua Menteri Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, dan mendengar taklimat mengenai perancangan pembangunan sektor pertanian dan perikanan, serta industri makanan di Sabah.

2.        Sejurus itu, Ketua Menteri Sabah telah menggesa MAFFI Sabah untuk mengutamakan golongan miskin tegar di dalam inisiatif yang dilaksanakan, agar dapat membantu golongan berkenaan keluar dari hidup kemiskinan. Menurut beliau, berdasarkan data eKasih setakat 18 Mei tahun 2024, jumlah kemiskinan tegar di Sabah telah berjaya di turunkan kepada 8,699 isi rumah.

3.        Semasa sesi taklimat tersebut, Menteri MAFFI Sabah telah memaklumkan perkembangan terkini berkaitan industri padi dan beras di Sabah, serta penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS). Antaranya:

  • MAFFI Sabah sedang di dalam proses melantik ahli Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS)
  • LPBS memiliki bidang kuasa untuk mengawal-selia industri padi dan beras di Sabah, termasuklah: pengeluaran lesen eksport dan import, serta permit pembungkusan dan penjualan padi serta beras
  • meningkatkan Kadar Sara Diri/ Self-Sufficiency Level (SSL) Beras Sabah kepada 65% pada tahun 2030 dan 100% pada tahun 2035
  • meningkatkan hasil padi daripada purata 2.9 metrik tan/ hektar ketika ini, kepada 7 metrik tan/ hektar menjelang 2030
  • memajukan sawah padi terbiar
  • menambah keluasan dan membuka sawah padi baru dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan/ GLC negeri serta pelaburan swasta

4.        Penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) adalah langkah penting untuk melonjakkan daya-saing dan pertumbuhan industri padi dan beras di Sabah. Dengan adanya LPBS, industri padi dan beras Sabah dapat di bangunkan secara lebih bersepadu dan berkesan, untuk mencapai matlamat yang di kehendaki segera.

5.        Untuk tempoh masa lebih 40 tahun, industri padi dan beras Sabah telah mengalami kemerosotan yang ketara. Ini telah menjejaskan agenda keterjaminan makanan Sabah, dan menyebabkan Sabah terpaksa bergantung tinggi kepada import untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan. 

6.        Kadar Sara Diri/ Self-Sufficient Level (SSL) beras Sabah kini berada pada tahap 22% sahaja, iaitu tahap terendah sejak tahun 1980-an. Ketika itu, kadar SSL beras Sabah berada di tahap 51%. Namun begitu, tahun demi tahun, kadar SSL beras Sabah telah menurun dengan ketara: 51% (1980-an), 27% (1990), 34% (2000), 41% (2004), 24% (2010), 27% (2019).

7.        Malah, penurunan kadar SSL beras Sabah selari dengan kadar SSL beras negara yang turut mengalami trend penurunan yang agak ketara: 72.3% (2015), 70.3% (2016), 70% (2017), 69% (2018), 65% (2021), 62.6% (2022).

8.        Akibatnya, Sabah terpaksa mengimport hampir 80% beras untuk keperluan penduduk tempatan. Menurut data ‘terkini’ Jabatan Pertanian Sabah, dalam tempoh masa 10 tahun (2011 – 2021), jumlah import beras telah meningkat hampir 20%, manakala nilai import beras pula telah meningkat sekitar 45%.

Beras: ImportTahun 2011Tahun 2021Peratusan 2011 -2021 (%)
Kuantiti (metrik tan)220,005261,67218.9%
Nilai (RM)370,545,000534,350,00044.2%

                     Sumber: Jabatan Pertanian Sabah

9.        Dalam tempoh masa yang sama (2011 – 2021), Sabah telah merekodkan pengucupan keluasan kawasan penanaman padi sebanyak 15.6% (7,070 hektar), serta hasil padi telah merosot sebanyak 15.5% (12,906 metrik tan).

PadiTahun 2011Tahun 2021Peratusan 2011 – 2021 (%)
Keluasan Kawasan (ha)45,27538,20515.6%
Hasil (metrik tan)83,31370,40715.5%

                     Sumber: Jabatan Pertanian Sabah

10.      Sudah pasti kemerosotan hasil padi (15.5%) serta peningkatan import beras (18.9%) yang ketara dalam tempoh masa 10 tahun itu amatlah membimbangkan. Kebergantungan hampir 80% kepada beras import adalah sesuatu yang tidak mapan untuk jangka masa panjang, dan meletakkan Sabah ‘at the mercy of’ pergerakan harga dan bekalan beras global.

11.      Sejak kebelakangan ini, berlaku pergolakan melibatkan harga dan bekalan beras global. Fenomena perubahan iklim/ climate change telah menyebabkan kemerosotan hasil padi di banyak negara, dan seterusnya mengurangkan bekalan beras global.  

12.      Tunjang utama industri padi dan beras Sabah ialah Kota Belud, iaitu satu-satunya Jelapang Padi negara yang terletak di Sabah. Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu/ Integrated Agricultural Development Area (IADA) Kota Belud merupakan salah satu daripada jelapang padi negara.

13.      Menurut data ‘terkini’ Jabatan Pertanian Sabah, jumlah keluasan kawasan padi di daerah Kota Belud ialah 8,811 hektar, merangkumi sekitar 25% daripada jumlah keseluruhan kawasan padi di Sabah.

14.      Namun begitu, dalam tempoh masa 2007 – 2021, keluasan kawasan padi di Kota Belud telah mengecil sebanyak 6.5% (614.8 hektar), di kala jumlah keseluruhan keluasan kawasan padi di Sabah telah bertambah sebanyak 5.1% (1,870.6 hektar).

Ini adalah satu perkara yang menghairankan dan bertentangan dengan usaha menjadikan Kota Belud sebagai jelapang padi Sabah yang unggul.

PadiTahun 2007Tahun 2011Tahun 2017Tahun 2021Perbezaan 2007 – 2021 (%)
Kota Belud: Keluasan kawasan padi (ha)9,425.8012,444.0010,834.008,811.00– 6.5%
Peratusan (%)25.927.525.223.1 
Sabah: Jumlah keluasan kawasan padi (ha)36,334.4045,275.0043,019.0038,205.005.1 %

      Sumber: Jabatan Pertanian Sabah

15.      Pembangunan Kota Belud sebagai jelapang padi Sabah telah di usahakan sejak lebih satu dekad yang lalu. Pada tahun 2010, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di laporkan berkata RM 1 billion telah di peruntukkan untuk menjadikan Kota Belud sebagai jelapang padi Sabah, dengan membuka kawasan padi seluas 10,000 hektar, serta meningkatkan hasil padi Sabah daripada 30% kepada 60%.

16.      Pada Julai 2022, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia telah menyangkal kenyataan Ketua Menteri Sabah ketika itu yang menyatakan projek jelapang padi di Kota Belud telah gagal dan tidak mendatangkan hasil seperti di harapkan. Beliau menegaskan masih terlalu awal untuk mana-mana pihak melabelkan projek jelapang padi di Kota Belud sebagai gagal.

17.      Menurut beliau, sejak di lancarkan, IADA Kota Belud telah mencapai beberapa kejayaan walaupun berdepan dengan kekangan infrastruktur sistem pengairan. Antaranya: IADA Kota Belud telah dapat merekodkan tuaian hasil padi dua kali setahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

18.      Manakala, pada Mac 2024, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia di laporkan berkata bahawa pembinaan Kompleks Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud di jangka siap menjelang tahun 2027. Antara lain, kompleks berkenaan akan menjadi pusat latihan pesawah, bengkel jentera pertanian dan makmal analisis pertanian.

19.      Beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM 36 juta pada tahun 2022 bagi pembinaan kompleks berkenaan, selaras dengan usaha untuk memperkasa peranan IADA untuk pembangunan sektor padi di Kota Belud dan Sabah.

Persoalan: Jika Kerajaan Malaysia benar-benar serius untuk membangunkan sektor padi di Kota Belud dan Sabah, kenapa ianya telah mengambil masa yang begitu lama untuk melaksanakan pembinaan kompleks tersebut?

20.      Kerajaan Sabah telah meletakkan sasaran Kadar Sara Diri/ Self-Sufficiency Level (SSL) Beras yang begitu tinggi, iaitu: 65% pada tahun 2030 dan 100% pada tahun 2035. Ini merupakan peningkatan 3 kali ganda dalam tempoh 6 tahun, dari Kadar SSL beras 22% ketika ini.

21.      Hakikatnya, sasaran Kadar SSL beras 65% adalah agak mustahil untuk di capai dalam tempoh yang singkat, memandangkan pelbagai isu legasi yang masih di hadapi oleh pesawah di Sabah, termasuklah: infrastruktur pengairan yang tidak menyeluruh dan jentera padi yang tidak mencukupi.

22.      Lebih-lebih lagi, pembangunan jelapang padi Kota Belud di lihat berjalan terlalu perlahan, seolah-olah tiada sebarang ‘sense of urgency’. Jika pembangunan jelapang padi Kota Belud pun perlahan, apatah lagi pembangunan sektor padi di lain-lain tempat di seluruh Sabah.

23.      Kejayaan agenda keterjaminan makanan Sabah bergantung tinggi kepada kejayaan jelapang padi Kota Belud. Walaupun jelapang padi Kota Belud belum lagi gagal, ianya juga belum lagi mencapai kejayaan yang di sasarkan. Kota Belud adalah tunjang kejayaan sektor padi di Sabah.

                                                                                                            Sumber: IADA Kota Belud

24.      Justeru itu, Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) mestilah bertindak pantas untuk melaksanakan perancangan bersepadu pembangunan sektor padi dan beras Sabah.

25.      Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/12/kota-belud-bakal-menjadi-tunjang-pengeluaran-beras-di-sabah/feed/ 0 55895
Penyelidik Bimbang Cadangan Penyelidik Universiti Monash Mengenai Padi Angin https://sabahmedia.com/2024/06/04/penyelidik-bimbang-cadangan-penyelidik-universiti-monash-mengenai-padi-angin/ https://sabahmedia.com/2024/06/04/penyelidik-bimbang-cadangan-penyelidik-universiti-monash-mengenai-padi-angin/#respond Tue, 04 Jun 2024 03:45:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55468
Read Time:2 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR – Seorang Pakar pembiakbakaan dan genetik padi menyuarakan kebimbangan serius terhadap kenyataan dari Pusat Pengajian Sains di Universiti Monash Malaysia mengenai padi Angin yang diterbitkan media tempatan baru-baru ini.

Menggambarkan penyelidikan itu berbahaya di mana baginya ianya bakal berpotensi mencipta isu yang lebih besar kepada petani dan kelihatan kaedah yang digunakan untuk menangani masalah itu tidak tepat.

Katanya kehadiran padi liar ataupun dikenali dengan padi angin , adalah disebabkan oleh pencemaran mesin penuaian dan aktiviti perladangan , mutasi daripada campuran biji benih yang tidak tulen, penyebaran oleh burung, haiwan, serta cuaca, dan perkara ini telah di dokumentasikan dengan baik sebelum ini.

Organisasi seperti Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) dan badan penyelidikan beras lain telah mengkaji dengan teliti isu yang dibangkitkan ini katanya ketika dihubungi The Rakyat Insight mengenai laporan media tempatan berhubung laporan mengenai padi angin yang mungkin akan berubah dari ancaman menjadi keajaiban serta dapat menyelesaikan masalah kekurangan padi di Malaysia pada masa depan.

Memetik laporan Malaymail, penyelidik dari School of Science dari Universiti Monas Song Beng Kah itu berkata walaupun mempunyai cabaran, padi liar mempunyai potensi sebagai sumber genetik untuk usaha pembiakan padi pada masa depan kerana kepelbagaian genetiknya, yang dirujuk sebagai germplasm, menawarkan pelbagai ciri yang boleh memberi manfaat untuk membangunkan varieti padi baru.

Beliau berkata bahawa germplasm merujuk kepada bahan genetik, bertindak sebagai takungan sumber genetik untuk usaha pembiakan masa depan.

Sebagai contoh, Song menambah bahawa apabila bertujuan untuk menanam varieti baru padi biasa, pelbagai kombinasi diuji menggunakan penanda genetik untuk pembiakan silang bagi menentukan keberkesanannya.

“Germplasm berfungsi sebagai sumber genetik penting untuk usaha pembiakan padi masa depan. Untuk membangunkan varieti padi baru, akses kepada germplasm adalah penting. Pembiakan silang memerlukan penglibatan pelbagai jenis padi,” katanya.

MEMPROMOSIKAN SESUATU KAJIAN YANG TIDAK BERNILAI

Dalam pada itu seorang pakar lain yang turut diajukam soalan yang sama berkata adalah sesuatu yang tidak tepat untuk mempromosikan padi liar sebagai sesuatu yang bernilai. Sebaliknya, negara yang mempunyai industri padi yang lebih maju telah memilih untuk menghapuskan padi liar, dan melihatnya sebagai ancaman invasif kepada keselamatan makanan dan kelestarian.

Tambahnya Pakar di Taiwan dan Jepun menolak tegas dakwaan bahawa padi angin adalah isu semasa. Katanya mengambil contoh negara Taiwan khususnya, meeka telah menyelesaikan masalah padi liarnya 45 tahun yang lalu melalui Gerakan Beras Merahnya, satu model yang telah digunakan oleh IRRI untuk mengawal penyebaran padi liar.

malah katanya perkarra ini bukanlah sesuatu yang boleh berlaku dengan cepat dan serta-merta.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya apabila melibatkan pembiakan silang varieti dengan ciri-ciri unik itu ianya boleh mengambil masa selama 20-30 tahun untuk dibangunkan dan ianya turut menimbulkan isu lain.

Sebagai contoh, sejenis padi yang dihasilkan melalui hibrid dengan ciri-ciri istimewa dari pelbagai varieti padi angin untuk menghasilkan padi yang lebih kuat, rentan dengan keadaan cuaca, tahan penyakit dan sebagainya dan adakah hasilnya nanti akan berjaya dan jika ia berjaya, adakah ia akan mempunyai rasa yang sedap? Dan itu adalah satu lagi cabaran buat pembiak baka katanya.

Beliau yang turut menggunakan penjelasan paling mudah: Jika anda ingin menangkap seekor serigala liar dan membawanya pulang, berapa banyak masa dan usaha yang perlu anda luangkan untuk menjinakkannya? Katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/04/penyelidik-bimbang-cadangan-penyelidik-universiti-monash-mengenai-padi-angin/feed/ 0 55468
Vietnam Eksport Beras Ke Malaysia Dengan Harga Berpatutan Kata Mat Sabu https://sabahmedia.com/2023/10/06/vietnam-eksport-beras-ke-malaysia-dengan-harga-berpatutan-kata-mat-sabu/ https://sabahmedia.com/2023/10/06/vietnam-eksport-beras-ke-malaysia-dengan-harga-berpatutan-kata-mat-sabu/#respond Fri, 06 Oct 2023 12:54:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43209
Read Time:56 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Vietnam telah menyatakan kesediaan negara itu untuk terus mengeksport beras ke Malaysia.

“Mereka bersedia meneruskan eksport beras ke Malaysia mengikut harga yang dirundingkan, ertinya harga berpatutan di Malaysia, kalau (kita) memerlukan penambahan import beras dari Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesyuarat dua hala dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam Nguyen Quoc Tri di sini hari ini sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.

Malaysia merupakan tuan rumah AMAF ke-45 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Okt dalam usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’ selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.

Turut menghadiri AMAF ke-45 ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura Grace Fu serta Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Mohamad berkata pertemuan dengan Fu pula menyaksikan perbincangan mengenai peningkatan perdagangan dalam bidang pertanian di antara Malaysia dan Singapura manakala Kao memberi pandangan bahawa kerjasama ASEAN dengan negara seperti China dan India perlu dipertingkat bagi mendepani isu keterjaminan makanan. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/06/vietnam-eksport-beras-ke-malaysia-dengan-harga-berpatutan-kata-mat-sabu/feed/ 0 43209
Pengerusi FAMA tidak faham akan Akta FAMA kata Ronald Kiandee https://sabahmedia.com/2023/10/06/pengerusi-fama-tidak-faham-akan-akta-fama/ https://sabahmedia.com/2023/10/06/pengerusi-fama-tidak-faham-akan-akta-fama/#respond Fri, 06 Oct 2023 12:44:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43205
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Aminuddin Zulkipli tidak memahami peranan agensi itu dalam mengedar beras putih tempatan jelas Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Katanya Aminuddin dalam kenyataan medianya pada 6 Oktober lalu mengakui bahawa beras bukan bidang kuasa pemasaran FAMA tetapi tetap menyatakan bahawa tindakan FAMA mengedarkan beras putih tempatan adalah sah disebabkan arahan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Ronald yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Pertanian Perikatan Nasional (PN) itu berkata jelas kenyataan ini mencerminkan bahawa Pengerusi FAMA tidak faham akan Akta FAMA.

Katanya FAMA ditubuhkan di bawah Akta Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141].

Menurutnya secara mudahnya, Akta 141 jelas memperuntukan dalam seksyen 2 tafsiran bahawa FAMA boleh memasarkan apa-apa agricultural produce [keluaran pertanian] kecuali nanas, getah, minyak kelapa sawit, padi, beras dan tembakau.

“Pada 2022 Kerajaan PN telah meminda seksyen 2 ini dengan memberikan kuasa kepada FAMA untuk mengedarkan haiwan, karkas dan penghasilan daripada haiwan itu.

“Pindaan ini dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen sebelum ia berkuat kuasa pada 1 Ogos 2023. Pindaan ini diperlukan bagi membolehkan FAMA melaksanakan tugasnya di bawah kuasa undang-undang yang sah dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan penggunaan wang rakyat dalam operasi FAMA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ronald yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata dalam Akta 141, kuasa untuk Menteri Pertanian memberikan arahan kepada FAMA ada dinyatakan dalam subseksyen 3(4) yang dinyatakan seperti berikut:

“(4) Menteri boleh memberi kepada Pihak Berkuasa arahan yang bersifat umum, tidak bercanggah dengan Akta ini, tentang penjalanan fungsi Pihak Berkuasa (The Minister may give to the Authority directions of a general nature, not inconsistent with this Act, as to the exercise of the functions of the Authority.

“Adalah jelas bahawa arahan yang diberikan oleh Menteri kepada FAMA tidak boleh melanggar peruntukan Akta 141. Oleh yang demikian, FAMA tidak boleh memasarkan atau mengedarkan beras dan menteri tidak boleh mengarahkan FAMA untuk mengedarkan beras kerana Akta 141 tidak membenarkan FAMA berbuat demikian,” jelasnya.

Beliau berkata sekiranya benar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengarahkan FAMA untuk mengedarkan beras, maka arahan Menteri itu telah melanggar Akta 141.

“Adalah amat dikesali bahawa seorang Menteri dan seorang Pengerusi suatu badan berkanun tidak memahami akta sendiri.

“Tindakan melanggar Akta 141 ini perlu dilihat sebagai tindakan sebuah Kerajaan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan jika dibiarkan berterusan kita tidak tahu manakah akta lain yang akan terus dilanggar oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH),” jelas Ronald lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/06/pengerusi-fama-tidak-faham-akan-akta-fama/feed/ 0 43205