Padu sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Mar 2024 08:42:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Padu sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pendaftaran PADU perlu dihentikan sementara, nilai semula keberkesanan program https://sabahmedia.com/2024/03/25/pendaftaran-padu-perlu-dihentikan-sementara-nilai-semula-keberkesanan-program/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/pendaftaran-padu-perlu-dihentikan-sementara-nilai-semula-keberkesanan-program/#respond Mon, 25 Mar 2024 08:42:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51583
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) perlu dihentikan sementara selain penilaian semula strategi terhadap program berkenaan perlu dilaksanakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau juga kurang selesa dengan kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berhubung isu pendaftaran PADU yang dilihat memaksa orang ramai.

“Sehubungan itu, saya menggesa agar beliau menghentikan sementara (pendaftaran PADU) dan buat penilaian semula strategi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan turut menyifatkan pendaftaran PADU selama empat bulan yang menyasarkan kira-kira 20 juta rakyat, bukan saja membimbangkan, malah membingungkan.

“Apa alasan di sebalik pendaftaran yang dibuat secara tergesa-gesa ini? Adakah ia tidak mendedahkan sistem ini kepada kesan terhadap keselamatan dan ketepatan data?.

“Bagaimana persiapan kerajaan untuk memastikan data akan diurus dan dilindungi dengan selamat dalam situasi terlalu banyak data peribadi dimasukkan dalam sistem dengan masa yang singkat?.

“Pastinya banyak kaedah dan pendekatan secara berfasa yang lebih berhemah. Lagipun, lebih 65 peratus rakyat Malaysia belum mendaftar, ia menunjukkan bahawa ada isu kepercayaan atau kelemahan,” katanya.

Berikutan itu, Jeffrey bersetuju dengan pandangan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengatakan tiada beza di antara PADU dengan sistem sedia ada seperti e-Kasih atau Skim Tunai Rahmah.

Katanya, beliau tidak melihat keperluan untuk PADU atau bagaimana ia menentukan kutipan data peribadi secara meluas melangkaui kebiasaan yang diperlukan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau sistem kebajikan.

“Tugas kerajaan ialah untuk melayan rakyatnya, bukan untuk mendalami perkara yang tidak perlu dalam kehidupan peribadi mereka. Perlindungan privasi individu mesti seimbang dengan manfaat kutipan data,” katanya.

“Secara peribadi saya mencadangkan PADU menggunakan pangkalan data yang mereka suda ada, bantu rakyat untuk mengurangkan kebimbangan privasi mereka dan lebih penting jangan bebankan rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/pendaftaran-padu-perlu-dihentikan-sementara-nilai-semula-keberkesanan-program/feed/ 0 51583
Lebih 150,000 individu di Sabah telah mendaftar dalam sistem PADU https://sabahmedia.com/2024/01/26/lebih-150000-individu-di-sabah-telah-mendaftar-dalam-sistem-padu/ https://sabahmedia.com/2024/01/26/lebih-150000-individu-di-sabah-telah-mendaftar-dalam-sistem-padu/#respond Fri, 26 Jan 2024 02:26:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48541
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Seramai lebih 150,000 atau 8.7 peratus individu di Sabah telah berjaya didaftarkan menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga semalam.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, seluruh agensi kerajaan turut membantu bagi memastikan Jabatan Perangkaan Malaysia meminimumkan risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar melalui pendaftaran PADU. 

“Berdasarkan data yang telah kita integrasikan untuk Sabah, sebanyak 2.6 juta warganegara rakyat negeri ini dan juga pemastautin di Sabah ini telah pun kita masukkan dalam sistem PADU.

“Mereka hanya perlu mengemas kini maklumat-maklumat yang diperlukan dan sehingga kini kita telah mempunyai 150,000 ataupun 8.7 peratus daripada jumlah tersebut yang telahpun mengemas kini maklumat dlm sistem padu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas mengadakan lawatan ke kaunter PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini semalam.

Mohd Uzir berkata, pihak turut memohon bantuan rakyat bagi membantu mereka yang kurang mahir digital untuk mendaftar, termasuk ibu bapa, keluarga dan jiran.

Katanya, ia adalah bertujuan bagi meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

Menurut maklumat dikongsikan dalam Facebook rasmi PADU, sejak dilancarkan 2 Jan lalu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi kemas kini maklumat PADU dengan 292,535 orang, diikuti Sarawak (201,399), Johor (164,253), Perak (142,199), dan Sabah (135,008). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/26/lebih-150000-individu-di-sabah-telah-mendaftar-dalam-sistem-padu/feed/ 0 48541
Penjawat awam perlu daftar PADU selewatnya 30 Mac depan https://sabahmedia.com/2024/01/15/penjawat-awam-perlu-daftar-padu-selewatnya-30-mac-depan/ https://sabahmedia.com/2024/01/15/penjawat-awam-perlu-daftar-padu-selewatnya-30-mac-depan/#respond Sun, 14 Jan 2024 23:14:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47980
Read Time:51 Second

Ranau : Penjawat awam persekutuan khususnya di negeri ini disaran untuk mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya 30 Mac depan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin berkata dua jawatankuasa telah ditubuhkan sebagai usaha untuk mendaftarkan seramai 1.76 juta individu di seluruh Sabah.

“Selain perkhidmatan kaunter fizikal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Mobile Community Services (MCS), kita juga menggunakan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dan agensi-agensi persekutuan seperti Jabatan Penerangan untuk pendaftaran PADU.

“Bagi peringkat jabatan persekutuan pula, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mendaftarkan kakitangan awam dan minggu depan akan mula bergerak untuk memastikan pendaftaran PADU di Sabah mencapai sasaran ditetapkan sehingga penghujung Mac 2024.

“Jawatankuasa terdiri daripada pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perangkaan dan pengurus sumber-sumber manusia semua jabatan persekutuan serta negeri Sabah untuk memastikan kakitangan awam mendaftar PADU,” katanya semasa ditemui di program MCS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiampos, di sini semalam.

Menurut kenyataan DOSM, terdapat seramai 120,000 penjawat awam persekutuan dan negeri di Sabah dengan lebih 10,000 telah berdaftar dalam PADU.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/15/penjawat-awam-perlu-daftar-padu-selewatnya-30-mac-depan/feed/ 0 47980