PADU – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Oct 2025 23:12:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PADU – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penubuhan PADU perkukuh sistem kesihatan awam Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/13/penubuhan-padu-perkukuh-sistem-kesihatan-awam-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/penubuhan-padu-perkukuh-sistem-kesihatan-awam-sabah/#respond Sun, 12 Oct 2025 23:11:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83111
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Penubuhan Pusat Respiratori Pantai Timur (PADU) di Hospital Tawau disifatkan sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh sistem kesihatan awam Sabah, khususnya dalam usaha membanteras penyakit respiratori yang masih menjadi cabaran besar di kawasan luar bandar.

Isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Dipertua Mutiara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datin Seri Juliah Salag berkata, kemudahan baharu itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat di luar bandar tidak tercicir daripada mendapat akses rawatan berkualiti.

“Penubuhan PADU ini amat signifikan kerana ia bukan sekadar menambah baik prasarana kesihatan, tetapi juga memperluas akses rawatan kepada pesakit respiratori dan tuberkulosis (TB), khususnya di Pantai Timur Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan PADU di Hospital Tawau di sini, pada Ahad.

Pelancaran itu turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Tawau, Dr Norlimah Arsad serta wakil agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Beliau berkata, Tawau merupakan antara daerah yang mencatatkan jumlah pesakit Tibi tertinggi di negeri ini, namun kekurangan kemudahan rawatan menyebabkan ramai pesakit terpaksa ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.

“Dengan adanya PADU di Tawau, pesakit kini dapat menerima rawatan lebih cepat dan selamat tanpa perlu menanggung beban perjalanan jauh serta kos tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Loh Su Fui turut menyifatkan pembukaan PADU sebagai pencapaian besar bagi masyarakat setempat kerana Hospital Tawau kini menjadi hab perubatan Pantai Timur Sabah, meliputi Kalabakan, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan, merangkumi lebih sejuta penduduk.

“Inisiatif ini terlaksana atas sokongan penuh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang sentiasa memberi perhatian kepada keperluan kesihatan rakyat. Saya juga berterima kasih kepada Dewan Perniagaan Tionghua Tawau dan Syarikat Sengalong atas sumbangan mereka,” katanya.

Tambahnya, beliau akan terus memperjuangkan peruntukan tambahan di peringkat Parlimen bagi memastikan kemudahan kesihatan di Tawau terus dipertingkat dan setanding dengan keperluan semasa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/penubuhan-padu-perkukuh-sistem-kesihatan-awam-sabah/feed/ 0 83111
PADU Perlu Data Komersial, Audit Berkala – Pakar https://sabahmedia.com/2024/01/03/padu-perlu-data-komersial-audit-berkala-pakar/ https://sabahmedia.com/2024/01/03/padu-perlu-data-komersial-audit-berkala-pakar/#respond Wed, 03 Jan 2024 05:32:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47419
Read Time:2 Minute, 4 Second

BERNAMA

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan semalam merupakan satu penambahbaikan dalam memastikan tadbir urus awam yang lebih baik, terutamanya dalam menjamin dasar sosioekonomi dilaksanakan dengan baik melalui orientasi data menyeluruh. 

Penganalisis keselamatan dan politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata bagaimanapun, selain data profil individu dan isi rumah, PADU juga boleh diperluas untuk merangkumi data mengenai perniagaan dan premis komersial di negara ini.

“Hal ini bagi memastikan sistem itu juga melaksanakan tugas melihat kepada potensi manipulasi sistem pengagihan kewangan yang disebabkan oleh ketidaksamaan harga barangan di seluruh rantau disebabkan oleh antaranya penyimpanan stok dan orang tengah yang menyebabkan kenaikan harga.

“PADU memerlukan data ini untuk memastikan sistem itu dapat menangani sektor komersial terlibat dalam menyediakan keperluan asas kepada orang ramai termasuk restoran dan produk isi rumah, serta memastikan mereka yang mengendalikan perniagaan berskala kecil dan besar tidak terpinggir daripada sistem berkenaan,” katanya

Noor Nirwandy berkata kerajaan perlu memberitahu orang ramai dalam semua platform, khususnya media sosial, mengenai fungsi PADU untuk menjamin bahawa seluruh lapisan masyarakat dapat menggunakan sistem itu tanpa terlalu banyak gangguan.

Sementara itu, profesor daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia Prof Dr Rusli Abdullah mencadangkan supaya kerajaan menjalankan audit berkala untuk mengenal pasti kelemahan dalam sistem itu.

Beliau berkata langkah ini akan membolehkan sebarang isu ditangani segera, serta memastikan perisian, sistem operasi dan aplikasi sentiasa dikemas kini dengan penyelesaian keselamatan terkini untuk mengurangkan potensi kelemahan dalam memastikan sistem keselamatan yang terbaik.

“Kerajaan perlu merekayasa semula proses tertentu yang tidak relevan dan penting supaya sistem itu menjadi lebih pintar dan dikendalikan secara rasional,” katanya yang turut menyarankan prosedur sistem sandaran dan pemulihan serta pelaksanaan sandaran data berkala dan menguji proses pemulihan untuk meminimumkan kesan kehilangan data atau kegagalan sistem yang mungkin berlaku.

PADU ialah pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu, menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan, mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia serta memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Sistem itu dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi lain.

Pendaftaran dibuka kepada orang ramai bermula semalam hingga 31 Mac dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/03/padu-perlu-data-komersial-audit-berkala-pakar/feed/ 0 47419
Rakyat digesa sahkan maklumat individu & isi rumah dalam sistem PADU mulai 2 Jan 2024 – Armizan https://sabahmedia.com/2023/12/31/rakyat-digesa-sahkan-maklumat-individu-isi-rumah-dalam-sistem-padu-mulai-2-jan-ini-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/12/31/rakyat-digesa-sahkan-maklumat-individu-isi-rumah-dalam-sistem-padu-mulai-2-jan-ini-armizan/#respond Sun, 31 Dec 2023 07:29:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47346
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Seluruh rakyat di negara ini digesa untuk mendaftar sekali gus membuat pengesahan maklumat profail individu dan isi rumah melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan pada 2 Januari 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Kerajaan Persekutuan komited untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar yang akan hadir bersama jaminan bantuan sosial termasuk bantuan tunai subsidi bersasar.

“Dasar subsidi bersasar tidak bermaksud bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya. Sebaliknya ia melibatkan reformasi dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.

“Teras kepada pelaksanaan dasar subsidi bersasar dan reformasi bantuan sosial adalah PADU.

“Justeru, saya menggesa semua rakyat untuk membuat pendaftaran sistem PADU yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024 dan sekali gus membuat pengesahan maklumat profail individu dan isi rumah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Fun Hike Keluarga Samat 2023 di Bukit Bendera Papar, di sini, hari ini.

Armizan berkata, kerajaan akan membuka ruang selama tiga bulan sehingga 31 Mac 2024 untuk memberi ruang kepada rakyat membuat pengesahan maklumat dalam sistem PADU.

“Saya juga menggesa semua pihak memberikan kerjasama. Bukan sekadar agensi persekutuan, malah kerjasama daripada semua Kerajaan Negeri hingga ke peringkat daerah dan kampung amat diperlukan.

“Kerajaan juga akan membuka ruang pendaftaran secara online dan juga manual untuk membolehkan masyarakat di luar pedalaman tidak akan tercicir. Semua JPKK dan Ketua Kampung diminta memastikan komuniti di kawasan masing-masing tidak tercicir,” tegasnya.

Menurutnya, pihak KPDN komited untuk membantu kerajaan melaksanakan agenda subsidi bersasar dengan komitmen bahawa dasar ini akan hadir bersama jaminan bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan.

“Kita harap bantuan ini dapat bantu menangani masalah kos sara hidup rakyat. Ini adalah reformasi ekonomi yang tidak memberi subsidi secara pukal, tapi agenda ini juga akan datang bersama reformasi bantuan sosial supaya lebih adil.

“Bentuk dan jumlah bantuan sosial bukan hanya akan melibatkan aspek pendapatan, tetapi juga jumlah komitmen tanggungan.

“Ini penting untuk menangani isu berbangkit berkaitan kos sara hidup. Pertimbangan dan penentuan jumlah bantuan sosial ini akan berpandukan kepada data PADU,” jelasnya.

Ditanya mengenai risiko dan bimbang sistem PADU digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Armizan berkata, kerajaan akan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan sistem tersebut dari masa ke semasa.

“Sistem ini sudah wujud sedia ada dan ya ada risiko tetapi kerajaan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan untuk sistem ini. Sistem ini tidak akan membabitkan dengan akaun bank, jadi jangan risau tentang scam, kecuali anda memilih untuk menekan link scam,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/31/rakyat-digesa-sahkan-maklumat-individu-isi-rumah-dalam-sistem-padu-mulai-2-jan-ini-armizan/feed/ 0 47346