paginatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Nov 2025 14:01:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png paginatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Abidin seru rakyat DUN Paginatan beri sokongan dan undi calon GRS https://sabahmedia.com/2025/11/12/abidin-seru-rakyat-dun-paginatan-beri-sokongan-dan-undi-calon-grs/ https://sabahmedia.com/2025/11/12/abidin-seru-rakyat-dun-paginatan-beri-sokongan-dan-undi-calon-grs/#respond Wed, 12 Nov 2025 14:01:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85652
Read Time:1 Minute, 26 Second

RANAU: Rakyat perlu memastikan setiap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 menang dan tiada satupun yang kecundang.

Penyandang kerusi DUN N38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkit berkata, tidak ada gunanya kalau salah satu daripada calon GRS kecundang ataupun satu saja yang memenangi manakala yang lain kecundang.

“Kita ingin menegaskan bahawa setiap kerusi adalah penting kerana ia akan dapat menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan yang akan datang. Dan masa depan rakyat bergantung erat pada hakikat ini.

“Jadi saya menyeru kepada semua rakyat, khususnya di DUN Paginatan ini yang akan keluar mengundi pada 29 November nanti untuk memberi sokongan kepada GRS,” katanya.

Beliau yakin bahawa dengan adanya sokongan padu dari akar umbi, tidak mustahil bahawa GRS akan mampu mengekalkan kepimpinan negeri ini dan seterusnya merealisasikan semua pelan pembangunan yang telah dirancang.

Abidin berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk di Kg Maukab Baru yang diadakan di sini baru-baru ini.

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan Pemuda GRS di mana baru-baru ini beliau dan juga penyandang kerusi DUN Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam telah dijemput dan memberi sepatah dua kata kepada pasukan anak muda.

Dalam pada itu, beliau berkata, masih ramai yang masih keliru tentang kedudukan politik sebenar beliau dan menjelaskan bahawa beliau bukan lagi ahli parti StarSabah.

“Sebelum ini, dalam Star ada enam wakil rakyat yang terdiri daripada Presiden, dua Timbalan Presiden dan beberapa Naib Presiden. Apabila Star dan SAPP keluar GRS, kami berlima tidak mengikuti keputusan yang telah ditetapkan oleh pimpinan parti, sebaliknya mengekalkan posisi kita bersama GRS,” katanya.

Turut hadir di majlis itu, Timbalan Ketua Bahagian PBS N38 Paginatan Faustine Thomas, CDO Jipili Sigal dan Timbalan Pengerusi Pemuda GRS Ranau, Sutiman Kandaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/12/abidin-seru-rakyat-dun-paginatan-beri-sokongan-dan-undi-calon-grs/feed/ 0 85652
Abidin seru rakyat Paginatan kekalkan sokongan kepada GRS https://sabahmedia.com/2025/11/06/abidin-seru-rakyat-paginatan-kekalkan-sokongan-kepada-grs/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/abidin-seru-rakyat-paginatan-kekalkan-sokongan-kepada-grs/#respond Thu, 06 Nov 2025 04:44:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85067
Read Time:1 Minute, 36 Second

RANAU : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, menyeru rakyat di kawasan itu untuk terus memberikan mandat baharu kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17) akan datang.

Katanya, kestabilan politik merupakan kunci utama dalam mengekalkan momentum pembangunan yang dicapai menerusi pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) sejak lima tahun lalu.

“Kestabilan politik amat penting untuk mengekalkan momentum pembangunan yang telah kita nikmati sejak lima tahun lalu melalui pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Saya menggesa supaya kita terus menyokong pelan pembangunan SMJ 2.0 kerana ia terbukti memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Abidin berkata demikian ketika menghadiri Program Santai-Santai Bersama Penduduk Kampung Niasan, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama dalam program itu ialah Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Ketua Pemuda GRS Paginatan Hillary Salmoen, serta para pemimpin setempat.

Beliau berkata, hasil pentadbiran stabil di bawah Kerajaan GRS bersama Pakatam Harapan (PH) dalam tempoh lima tahun lalu telah berjaya meningkatkan hasil negeri, menarik pelaburan asing, serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Antara pencapaian ketara yang dinikmati penduduk Paginatan termasuklah lebih 1,000 geran tanah dikeluarkan menerusi Program PANTAS, melibatkan pengukuran lebih 6,000 ekar tanah.

Selain itu, pemindahan tiga kampung iaitu Kg Ponulangon, Kg Walou, dan Kg Kanawahon – daripada kawasan hutan simpan dan pelancaran Pekan Baru Paginatan oleh Ketua Menteri Sabah sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap pembangunan luar bandar.

Peningkatan kuota Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di beberapa kawasan Baharu turut berjaya dilaksanakan.

Abidin turut menegaskan komitmen beliau untuk meneruskan Program PANTAS dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Ukur (PPHT) Ranau, melibatkan perbincangan bersama penduduk di Kg Tinanom, Kg Kodop Baru dan Kg Kigiwit.

“Pemberian geran tanah amat bermakna bagi rakyat di sini. Oleh itu, sokongan padu daripada semua penduduk Paginatan sangat diperlukan untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/abidin-seru-rakyat-paginatan-kekalkan-sokongan-kepada-grs/feed/ 0 85067