paiala afc sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Dec 2023 09:39:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png paiala afc sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala AFC : Disiplin, peningkatan prestasi faktor pencapaian Sabah FC layak lebih awal https://sabahmedia.com/2023/12/13/piala-afc-disiplin-peningkatan-prestasi-faktor-pencapaian-sabah-fc-layak-lebih-awal/ https://sabahmedia.com/2023/12/13/piala-afc-disiplin-peningkatan-prestasi-faktor-pencapaian-sabah-fc-layak-lebih-awal/#respond Wed, 13 Dec 2023 09:39:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46482
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Pencapaian Sabah FC yang berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN adalah atas disiplin dan peningkatan prestasi para pemain yang membolehkan pasukan kendaliannya layak lebih awal.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, meskipun layak lebih awal, skuad Badak mengambil sikap merendah diri walaupun peminat bola sepak melihat Sabah sebagai pasukan pilihan.

“Saya tak boleh kata kita adalah pasukan pilihan kerana sebelum bermulanya peringkat kumpulan, kita tahu Haiphong FC, PSM Makassar dan Hougang United FC juga adalah pasukan yang cukup baik.

“Namun, dengan tahap disiplin serta prestasi yang semakin meningkat terutama pada hujung musim oleh Sabah FC, membolehkan kita layak terlebih dahulu dan ini beri impak yang cukup positif.

“Tapi, untuk pusingan seterusnya sudah tentu kita harus lebih bersiap sedia dan yang penting kita harus pastikan perancangan dan latihan kita selepas berakhir musim ini yang mungkin akan melibatkan ‘pre session’ dan ‘all session’ di mana kita tak tahu dengan siapa kita akan bertemu pada separuh akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, hari ini, sempena perlawanan akhir Kumpulan H Piala AFC menentang PSM Makassar di Stadium Likas, malam esok.

Kim Swee berkata demikian bagi mengulas kedudukan Sabah FC yang dianggap sebagai pasukan pilihan berikutan kejayaan awalnya menempah tiket ke separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN selepas menewaskan Hougang United FC 4-1 di Singapura pada 30 November lalu.

Sementara itu, Kim Swee berkata, pasukannya tetap tidak mengambil mudah kehadiran pemain PSM Makassar pada perlawanan esok meskipun sudah layak ke separuh akhir Piala AFC.

Beliau sebaliknya menekankan kepada anak buahnya supaya mengekalkan momentum prestasi mereka dalam perlawanan sebelum ini untuk berdepan lawan di gelanggang sendiri.

“Ini adalah perlawanan yang terakhir dan penting untuk kita mengekalkan momentum kita seperti kita lakukan dengan Hougang United sebelum ini, lebih-lebih lagi kita ada perlawanan penting Ahad nanti dalam saingan Liga Super,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/13/piala-afc-disiplin-peningkatan-prestasi-faktor-pencapaian-sabah-fc-layak-lebih-awal/feed/ 0 46482
Piala AFC : Kim Swee mahu pemain kekalkan disiplin permainan https://sabahmedia.com/2023/11/10/piala-afc-kim-swee-mahu-pemain-kekalkan-disiplin-permainan/ https://sabahmedia.com/2023/11/10/piala-afc-kim-swee-mahu-pemain-kekalkan-disiplin-permainan/#respond Fri, 10 Nov 2023 08:00:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45015
Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya terus mengekalkan momentum khususnya dari segi disiplin pemain dalam keseluruhan permainan bagi menghadapi dua lagi perlawanan Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Meskipun berjaya menewaskan Hai Phong FC dari Vietnam 4-1 di Stadium Likas semalam, Kim Swee berkata, pasukannya tidak akan mengambil mudah cabaran berdepan PSM Makasar FC dari Indonesia dan Hougang United FC dari Singapura.

“Seperti saya katakan sebelum perlawanan (malam tadi) bermula, perlawanan ini amat penting dan jika kita berjaya mendapatkan kemenangan seperti kita lakukan pada malam ini (malam tadi), kalau kita lihat dari segi kumpulan, sudah tentu kita mempunyai peluang yang baik.

“Tapi kita masih lagi ada dua perlawanan di mana saya percaya PSM Makasar  juga ingin mendapatkan tempat kedua terbaik. Jadi kita tidak boleh mengambil mudah sama ada PSM Makasar atau Hougang selepas ini.

“Kita perlu kekalkan momentum terutama dari segi disiplin pemain dalam keseluruhan permainan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Sabah FC menentang Hai Phong FC dari Vietnam di Stadium Likas, malam tadi.

Kemenangan 4-1 malam tadi membolehkan Sabah mengumpul sembilan mata untuk merampas takhta carta Kumpulan H Piala AFC 2023 daripada pasukan Hai Phong.

Kim Swee berkata, sepanjang permainan malam tadi, anak buahnya menunjukkan disiplin yang baik dan berjaya mengekalkan momentum permainan sepanjang perlawanan bagi menghalang kemaraan lawan terutama pada babak kedua.

“Saya percaya pemain menunjukkan disiplin yang cukup baik ketika kita berjaya mendapatkan gol dan terus kekal dengan momentum. Kita tahu pada separuh masa kedua di mana pasukan Hai Phong ketinggalan mereka akan datang dengan corak serangan.

“Tapi, apabila Gary (Gary Steven Robbat) masuk ganti Darren (Lok), kita dapat ‘balance’ di bahagian tengah, jadi pemain melakukan tugas yang cukup baik pada malam ini (malam tadi),” katanya.

Sabah FC akan ke Singapura untuk perlawanan kedua menentang Hougang United FC pada 30 November ini dan melayan PSM Makasar yang akan bertandang ke Stadium Likas pada 14 Disember depan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/10/piala-afc-kim-swee-mahu-pemain-kekalkan-disiplin-permainan/feed/ 0 45015
Piala AFC : Sabah FC sudah bersedia lebih awal, mahu penyokong terus beri sokongan https://sabahmedia.com/2023/08/25/piala-afc-sabah-fc-sudah-bersedia-lebih-awal-mahu-penyokong-terus-beri-sokongan/ https://sabahmedia.com/2023/08/25/piala-afc-sabah-fc-sudah-bersedia-lebih-awal-mahu-penyokong-terus-beri-sokongan/#respond Fri, 25 Aug 2023 14:21:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40714
Read Time:2 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC sudah bersedia lebih awal untuk menghadapi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dijadualkan akan bermula bulan depan.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pihaknya berharap penyokong setia skuad Sang Badak akan terus memberi sokongan sepanjang kempen Piala AFC itu nanti.

“Kita telah mendapat jadual lebih awal dan kita tahu selepas pusingan kedua Liga Super, kita akan melalui banyak perlawanan.

“Jadi persediaan telah kita lakukan dan barisan pemain yang kita ada pun mencukupi untuk kita lalui sama ada diperinglat Liga Super, Piala Malaysia mahupun peringkat Piala AFC nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis undian Piala AFC di Rumah AFC, di sini semalam.

Kim Swee berkata, pencapaian Sabah FC itu merupakan satu pencapaian yang baik untuk rakyat Sabah yang wajar dibanggakan khususnya para penyokong yang setia.

“Saya rasa ini satu pencapaian yang baik untuk rakyat Sabah, penyokong yang setia dan mereka harus berbangga.

“Teruskan sokongan kerana bukan mudah untuk layak ke peringkat seperti ini dan ianya penting untuk membantu pemain beraksi dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, kejayaan dua kelab dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjulang Piala AFC pada 2015 dan Kuala Lumpur City FC (KL City) muncul naib juara pada musim lalu mahu dijadikan inspirasi, dan itu yang akan dilakukan Sabah FC musim ini.

Katanya, tiada apa yang mustahil buat pasukannya selepas melihat skuad Sang Badak diundi dalam Kumpulan H bersama-sama kelab Vietnam, Haiphong FC, wakil Singapura Hougang United dan juara Liga 1 Indonesia, PSM Makassar.

Menurutnya, JDT dan KL City sudah membuktikan bahawa kelab dari Malaysia juga mampu melangkah hingga ke final Piala AFC, justeru semangat dan motivasi sama mahu disuntik kepada barisan pemainnya apabila memulakan kempen itu pada 21 September ini dengan menentang Hougang United di Stadium Likas.

“Kami ingin jadikan JDT sebagai sumber inspirasi untuk muncul juara dan saya ingin jadikan KL City sebagai kepercayaan untuk para pemain, di mana KL City boleh layak ke perlawanan akhir dan inspirasi seperti JDT untuk muncul juara.

“Kami tidak meletakkan sasaran untuk ini tetapi kami mempunyai objektif dan untuk layak ke peringkat seterusnya. Ia akan memberikan impak yang berbeza buat pasukan Sabah untuk mengharungi baki perlawanan Liga Malaysia (Liga M) selepas ini,” katanya.

Untuk rekod, JDT muncul pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang menjuarai Piala AFC pada 2015 selepas menundukkan FC Istiklol dari Tajikistan dengan 1-0 di Dushanbe, Tajikistan.

Rekod sama hampir disamai KL City musim lalu, namun terpaksa akur apabila tumbang 0-3 kepada kelab Oman, Al Seeb yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/25/piala-afc-sabah-fc-sudah-bersedia-lebih-awal-mahu-penyokong-terus-beri-sokongan/feed/ 0 40714