Paip – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Apr 2026 22:20:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Paip – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Industri perpaipan penting jamin kualiti hidup rakyat – Joachim https://sabahmedia.com/2026/04/28/industri-perpaipan-penting-jamin-kualiti-hidup-rakyat-joachim/ https://sabahmedia.com/2026/04/28/industri-perpaipan-penting-jamin-kualiti-hidup-rakyat-joachim/#respond Mon, 27 Apr 2026 22:20:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95667
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Industri perpaipan di negeri ini terus menunjukkan perkembangan positif hasil kerjasama erat antara pihak kerajaan dan pemain industri, khususnya melalui peranan aktif Sabah Plumber Association dalam memperkukuh standard profesional dan kompetensi teknikal dalam sektor berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata, industri perpaipan merupakan sektor yang amat penting walaupun sering beroperasi di sebalik tabir.

“Peranan industri ini amat signifikan dalam memastikan bekalan air yang selamat dan sistem saliran yang cekap, sekali gus menyumbang kepada aspek kesihatan awam, keselamatan serta kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Makan Malam anjuran persatuan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, di sini.

Joachim yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata , industri perpaipan merupakan salah satu asas penting dalam pembangunan moden. 

“Tanpa sistem yang baik dan efisien, pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Joachim turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan dan ahli Sabah Plumber Association atas usaha berterusan dalam memajukan industri, memperkukuh perpaduan dalam kalangan ahli serta memastikan pematuhan terhadap standard profesional yang tinggi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong pembangunan sektor infrastruktur termasuk industri berkaitan seperti perpaipan.

“Kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan setiap pembangunan dilaksanakan dengan menitikberatkan aspek kualiti, keselamatan dan kelestarian,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, antara fokus utama kerajaan termasuklah memperkasa pembangunan modal insan dan kemahiran teknikal, meningkatkan piawaian kualiti serta amalan keselamatan, selain menggalakkan penggunaan teknologi moden dan amalan kejuruteraan terbaik dalam industri.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua pemain industri agar terus meningkatkan tahap profesionalisme serta mengekalkan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Majlis tersebut turut menjadi platform untuk menghargai sumbangan dan dedikasi semua pihak yang terlibat dalam industri perpaipan di Sabah, selain mengukuhkan hubungan antara ahli serta memperkasa hala tuju industri pada masa hadapan.

Beliau yakin, di bawah kepimpinan Persatuan Tukang Paip Sabah, industri perpaipan di negeri ini akan terus berkembang dan mencapai tahap yang lebih tinggi sejajar dengan aspirasi pembangunan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/28/industri-perpaipan-penting-jamin-kualiti-hidup-rakyat-joachim/feed/ 0 95667
Kebocoran paip di persimpangan Bandar Prima berjaya dibaiki https://sabahmedia.com/2025/11/02/kebocoran-paip-di-persimpangan-bandar-prima-berjaya-dibaiki/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/kebocoran-paip-di-persimpangan-bandar-prima-berjaya-dibaiki/#respond Sun, 02 Nov 2025 13:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84791
Read Time:48 Second

SANDAKAN : Masalah kebocoran paip air di persimpangan Bandar Prima di sini telah berjaya diselesaikan dengan kerja-kerja penggantian paip baharu yang dilaksanakan Jabatan Air Sandakan (JANS).

Ahli Majlis Perbandaran Sandakan dan Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Robert Chong Thien Ming, yang meninjau lokasi berkenaan, memaklumkan kerja-kerja pembaikan tersebut telah siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

“Pasukan berjaya menyambung paip baharu yang menggantikan paip lama yang bocor. Kini, tiada lagi tanda-tanda air melimpah di persimpangan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Robert, yang memantau projek itu sejak minggu lalu, berkata beliau berpuas hati dengan tindakan kerja yang lancar.

Beliau turut memuji JANS atas langkah proaktif menggantikan keseluruhan paip yang rosak itu, berbanding melakukan pembaikan mudah di bawah tanah yang mungkin memakan masa lebih lama.

Namun, beliau menekankan pentingnya pemantauan berterusan oleh JANS ke atas rangkaian paip di kawasan sekeliling bagi mengelak kejadian serupa berulang, yang boleh mengakibatkan gangguan kepada orang ramai dan lalu lintas.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/kebocoran-paip-di-persimpangan-bandar-prima-berjaya-dibaiki/feed/ 0 84791
Rangkaian paip usang punca bekalan air tidak stabil di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/11/01/rangkaian-paip-usang-punca-bekalan-air-tidak-stabil-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/rangkaian-paip-usang-punca-bekalan-air-tidak-stabil-di-sandakan/#respond Sat, 01 Nov 2025 08:04:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84677
Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN: Rangkaian paip yang sudah uzur dikenal pasti sebagai punca utama gangguan bekalan air berulang yang terus membelenggu penduduk di daerah ini.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Robert Chong Thien Ming, berkata isu tersebut perlu diberi perhatian serius dan diselesaikan segera melalui penggantian paip lama di seluruh kawasan terlibat.

Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, LDP akan mendesak agar usaha menggantikan paip lama dijadikan keutamaan segera sejurus selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Desakan ini dibuat bagi menangani masalah kebocoran dan tekanan air rendah yang berpunca daripada sistem paip usang. Selagi isu ini tidak diselesaikan, gangguan air akan terus berulang,” katanya selepas melawat salah satu projek pembinaan tangki air baharu di sini.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan apabila Sandakan tidak tersenarai menerima peruntukan langsung daripada dana RM1 bilion Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf infrastruktur air Sabah yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.

“Lima tangki air baharu yang sedang dibina bagi menambah kapasiti simpanan air dilihat tidak akan menyelesaikan masalah sepenuhnya sekiranya paip lama yang rosak tidak diganti,” tegasnya.

Chong turut menegaskan bahawa tahap kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi dalam sistem sedia ada perlu ditangani segera bagi memastikan bekalan air yang lebih konsisten kepada pengguna.

Beliau berkata, Biro Infrastruktur dan Perkhidmatan LDP akan mempergiat pemantauan terhadap pelaksanaan projek-projek kritikal termasuk yang melibatkan kemudahan asas penduduk.

“Matlamat kami jelas setiap projek mesti memberi manfaat yang efektif kepada komuniti serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk,” ujarnya.

Tambahnya lagi, krisis air di Sandakan mesti diselesaikan segera kerana akses kepada bekalan air bersih dan stabil bukan satu kemewahan, tetapi hak asas rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/rangkaian-paip-usang-punca-bekalan-air-tidak-stabil-di-sandakan/feed/ 0 84677