paitan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 May 2026 09:14:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png paitan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Paitan rintis kesedaran internet selamat di Sabah menerusi Karnival Komuniti 2026 https://sabahmedia.com/2026/05/16/paitan-rintis-kesedaran-internet-selamat-di-sabah-menerusi-karnival-komuniti-2026/ https://sabahmedia.com/2026/05/16/paitan-rintis-kesedaran-internet-selamat-di-sabah-menerusi-karnival-komuniti-2026/#respond Sat, 16 May 2026 09:14:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96811
Read Time:2 Minute, 2 Second

PAITAN: Daerah Paitan menjadi lokasi pertama di Sabah bagi pelaksanaan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha memperluaskan kesedaran penggunaan internet secara selamat hingga ke peringkat komuniti luar bandar.

Program yang berlangsung di Dewan Datuk James Ratib, Pekan Botition itu diadakan bersempena Sambutan Hari Kaamatan Daerah Paitan dan disempurnakan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib.

Kempen berkenaan memberi fokus kepada pendidikan keselamatan internet, risiko ancaman siber serta penggunaan media sosial secara bertanggungjawab khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar agar tidak tercicir daripada menerima pendedahan berkaitan dunia digital.

MCMC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Karnival Komuniti di Paitan merupakan siri pertama daripada 20 program yang akan dilaksanakan di seluruh Sabah menerusi pendekatan turun padang dan penglibatan langsung bersama masyarakat.

“Pelbagai aktiviti interaktif diadakan sepanjang program termasuk pameran agensi, sesi perkongsian keselamatan internet, aktiviti kekeluargaan serta advokasi komuniti.

“Pendaftaran Wira Internet Selamat (WIS) turut dibuka sebagai inisiatif sukarelawan komuniti bagi membantu memperluas mesej penggunaan internet secara selamat dan berhemah,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, keperluan memperkukuh kesedaran keselamatan internet di Sabah kini semakin penting susulan peningkatan aduan kandungan dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak 2023 hingga Mei 2026, sebanyak 5,455 aduan direkodkan di Sabah dengan kes penipuan dalam talian mencatat jumlah tertinggi iaitu 1,500 kes.

Selain itu, kes buli siber dan pornografi kanak-kanak turut menunjukkan trend membimbangkan.

Di Sandakan sahaja, sebanyak 998 aduan diterima dengan 384 kes melibatkan penipuan dalam talian.

Dalam usaha memperkukuh perlindungan pengguna internet khususnya kanak-kanak dan remaja, kerajaan turut mengambil langkah lebih tegas termasuk menetapkan pengguna bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial secara bebas mulai pertengahan tahun ini.

Pada masa sama, penyedia perkhidmatan digital juga dikehendaki menyediakan fungsi kawalan ibu bapa (parental control) bagi membantu mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Inisiatif itu selaras dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Online Safety Act (ONSA) yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu bagi memperkukuh keselamatan pengguna di alam siber, terutama membabitkan perlindungan kanak-kanak dan keluarga.

Program berkenaan turut disertai pelbagai agensi dan rakan strategik MCMC termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Karnival tersebut berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung sepanjang program berlangsung sekali gus mencerminkan komitmen MCMC dalam memperluas mesej keselamatan internet menerusi pendekatan yang dekat dengan komuniti dan budaya masyarakat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/16/paitan-rintis-kesedaran-internet-selamat-di-sabah-menerusi-karnival-komuniti-2026/feed/ 0 96811
Pelan pembangunan daerah Paitan akan dibangunkan – James https://sabahmedia.com/2024/08/04/pelan-pembangunan-daerah-paitan-akan-dibangunkan-james/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/pelan-pembangunan-daerah-paitan-akan-dibangunkan-james/#respond Sun, 04 Aug 2024 02:39:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58527
Read Time:1 Minute, 32 Second

Paitan : Satu pelan pembangunan akan dirancang bagi daerah ini dalam tempoh lima tahun selaras dengan penaiktarafan Paitan sebagai daerah penuh.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, ia adalah bagi memastikan daerah itu dapat keluar daripada status miskin atau miskin tegar.

“Saya amat bersyukur kerana akhirnya cita-cita kami melihat daerah Kecil Paitan dinaiktaraf menjadi daerah penuh akhirnya tercapai dengan rasminya hari ini (semalam).

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian ini.  Justeru selepas sahaja pewartaan dibuat, saya akan mengajukan jabatan-jabatan yang terpenting untuk menduduki lebih awal di Pejabat Daerah Paitan.

“Saya berharap pelan pembangunan Paitan bagi tempoh lima tahun juga akan tercapai dalam masa tersebut. Inilah masanya supaya Daerah Paitan ini keluar daripada status miskin ataupun miskiasn tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penaiktarafan daerah kecil Paitan kepada daerah penuh di sini semalam.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut berkata, pihaknya juga berharap kerjasama daripada rakyat dan pemimpin setempat supaya sama-sama menaiktarafkan serta membangunkan daerah ini dengan lebih cepat.

Katanya, antara lain perkara yang terkandung dalam pelan pembangunan Paitan ialah pembinaan pejabat-pejabat kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Tanah dan Ukur, Kompleks Sukan, Pejabat Pendaftaran, MPOB, Pejabat-Pejabat Jabatan Persekutuan, termasuklan pembinaan Mini Hospital untuk Pejabat Daerah Paitan.

“Dan di samping itu, kita juga telahpun membuat satu perancangan untuk mendirikan sebuah Bandar Baru di Daerah Paitan ini oleh pihak swasta. 

“Saya sendiri akan memastikan supaya wujud satu bandar baru di Paitan ini. Pelan Pembangunan akan bermula tahun hadapan dan sekarang kita telahpun memanggil satu konsultan untuk membuat pelan pembangunan ini dan kita akan angkat kepada Pengarah Perancang Bandar dan Wilayah supaya pelan pembangunan ini dapat di ‘endorse’ agar pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” katanya.

Menurut beliau, dengan adanya pelan pembangunan yang dibina oleh swasta, ini akan mempercepatkan pembangunan yang dirancangkan di Paitan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/pelan-pembangunan-daerah-paitan-akan-dibangunkan-james/feed/ 0 58527
Sabah Sasar RM1.2 Bilion Hasil Dikutip Melalui Projek Penanaman Kelapa https://sabahmedia.com/2022/03/19/sabah-sasar-rm1-2-bilion-hasil-dikutip-melalui-projek-penanaman-kelapa/ https://sabahmedia.com/2022/03/19/sabah-sasar-rm1-2-bilion-hasil-dikutip-melalui-projek-penanaman-kelapa/#respond Sat, 19 Mar 2022 09:45:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13192
Read Time:1 Minute, 24 Second

BELURAN: Sebanyak RM1.2 bilion setahun dijangka akan dapat dikutip menerusi projek penanaman kelapa berpenghasilan tinggi yang dilaksanakan menerusi inisiatif Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di Paitan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi projek itu juga ianya akan dapat menyediakan lebih 4,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Katanya, projek yang bernilai RM400 juta itu dilaksanakan di kawasan seluas 2,000 hektar termasuk pembinaan kilang pemprosesan produk berasaskan kelapa.

“Menerusi projek itu, kerajaan negeri turut memegang 30 peratus kepentingan dalam projek yang dikendalikan syarikat tempatan dari Selangor, Linaco Resources Sdn Bhd.

“Apabila beroperasi sepenuhnya pada 2026, pelaburan projek kelapa berpenghasilan tinggi ini disasar menyediakan sebanyak 4,400 peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ladang Kelapa Linaco (Inisiatif Pelaburan Hala Tuju SMJ) disini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Pengarah Eksekutif Linaco, Joe Ling.

Hajiji berkata, projek itu juga mampu memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Katanya, ianya juga akan dapat mengubah keadaan Paitan selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di daerah ini dan sekitarnya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus melaksanakan agenda pembangunan untuk membawa kemajuan kepada negeri dan rakyatnya.

“Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM561.81 juta untuk sektor pertanian yang menjadi antara tiga bidang yang diberi tumpuan dalam SMJ,” katanya.

Katanya, SMJ yang mencapai usia setahun pada 29 Mac ini sudah melakar pelbagai kejayaan dalam usaha menarik pelaburan ke Sabah walaupun berdepan banyak cabaran termasuk pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/19/sabah-sasar-rm1-2-bilion-hasil-dikutip-melalui-projek-penanaman-kelapa/feed/ 0 13192