pakaian tradisi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 12 Apr 2025 10:07:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pakaian tradisi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bengkel pemurnian perhalusi pakaian tradisi Tambunan https://sabahmedia.com/2025/04/12/bengkel-pemurnian-perhalusi-pakaian-tradisi-tambunan/ https://sabahmedia.com/2025/04/12/bengkel-pemurnian-perhalusi-pakaian-tradisi-tambunan/#respond Sat, 12 Apr 2025 10:06:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71843
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

TAMBUNAN: Bengkel Permurnian Baju Tradisi Tambunan menghimpunkan komuniti setempat dalam satu usaha kolektif untuk memperhalusi dan memperkukuh identiti autentik pakaian tradisi masyarakat Dusun Tambunan.

Merakam gambar kenangan sempena Bengkel Pemurnian Baju Tradisi Tambunan. – Foto ihsan Homebound Photos Studio

Dianjurkan oleh Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dengan kerjasama KDCA Tambunan, bengkel itu dihadiri oleh pemimpin komuniti, penggiat budaya, penenun dan tukang jahit pakaian tradisi.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Unduk Ngadau Kebangsaan, Datuk Joanna Kitingan berkata berdasarkan pemerhatiannya selama bertahun-tahun, pakaian tradisi yang diperagakan oleh Unduk Ngadau mengalami banyak perubahan. 

Penerangan tentang perincian ‘Sinombiayaka’. – Foto ihsan Homebound Photos Studio

“Namun perubahan itu bukanlah hasil perbincangan atau persetujuan komuniti, sebaliknya dibuat oleh ‘so-called researchers’ atau individu yang menguruskan seseorang peserta Unduk Ngadau,” katanya.

Menurut beliau, sudah tiba masanya komuniti setempat, terutamanya golongan wanita, tampil untuk memperhalusi semula identiti asli pakaian tradisi Tambunan.

“Bukan untuk mencipta yang baharu, tetapi memperbaiki dan memperhalusi apa yang sudah ada,” tambahnya.

Beliau juga mengalu-alukan penyelidik lain untuk berkongsi maklumat lanjut bagi membolehkan usaha pemurnian dapat menghasilkan pakaian tradisi Tambunan yang diterima bersama oleh masyarat Tambunan.

Bengkel yang berlansung baru-baru ini di Tandarason Resort & Country Club (TRCC) memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi khazanah berharga seperti foto lama, Sunduk (penutup kepala wanita) milik nenek mereka, serta pakaian tradisi lama yang dihiasi ‘Linangkitan’ — seni sulaman tangan halus yang hampir pupus akibat pengaruh hiasan moden seperti renda emas atau ‘siling’.

“Semua bersetuju untuk menghasilkan ‘Sinombiayaka Tambunan’ dan ‘Pinolongon’ yang diperhalusi menggunakan ‘Linangkitan’ Tambunan dengan motif yang unik.

“Usaha juga akan dibuat untuk mengetengahkan semula penggunaan ‘Sunduk’ yang ditenun, sekaligus menyokong hasil tangan penenun tempatan.

“Semua yang hadir berharap agar hasil pemurnian ini akan mencerminkan identiti sebenar masyarakat Dusun Tambunan,” katanya.

Sementara itu, isteri kepada Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, iaitu Datin Seri Cecilia, berkata bengkel ini juga penting dalam usaha mendokumentasikan motif dan simbol dalam pakaian tradisi.

“Motif-motif ini bukan sekadar corak atau hiasan. Ia membawa nilai, cerita dan identiti nenek moyang kita. Dengan memperhalusi dan mendokumentasikannya hari ini, kita dapat memastikan ia kekal menjadi legasi masa hadapan,” katanya.

Turut hadir menyatakan sokongan dalam bengkel pemurnian itu ialah Naib Presiden KDCA yang baharu dilantik, Datuk Daniel Kinsik; Pegawai Daerah Tambunan, Sobitun Makajil; serta wakil daripada tujuh mukim dalam daerah Tambunan — Toboh, Nambayan, Lintuhun, Monsorulung, Patau, Sunsuron, dan Kirokot. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/12/bengkel-pemurnian-perhalusi-pakaian-tradisi-tambunan/feed/ 0 71843
KDCA Cawangan Kg. Mininsalu terima sumbangan set gong, pakaian tradisi https://sabahmedia.com/2023/02/11/kdca-cawangan-kg-mininsalu-terima-sumbangan-set-gong-pakaian-tradisi/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/kdca-cawangan-kg-mininsalu-terima-sumbangan-set-gong-pakaian-tradisi/#respond Sat, 11 Feb 2023 10:51:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29417
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Badan Penyelaras Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Ranau menyerahkan sumbangan satu set gong dan sembilan set pakaian tradisi Dusun Liwan kepada Cawangan KDCA Kampung Mininsalu pada satu majlis yang diadakan di balai raya kampung tersebut hari ini.   

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Badan Penyelaras KDCA Ranau/Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam kepada Pengerusi Cawangan KDCA Kampung Mininsalu, Philip Lakadsi.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berharap sumbangan  tersebut dapat menyokong usaha untuk mengembangkan lagi kebudayaan etnik Dusun Liwan dan diturunkan kepada generasi muda agar mereka dapat membina jati diri dan meneruskan kelangsungan adat dan tradisi Dusun Liwan.

“Inilah masanya untuk memperkenalkan produk-produk tradisi etnik Dusun Liwan seperti pakaian, makanan, kraftangan, hasil tani dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan misi KDCA adalah  menjalinkan perpaduan yang harmoni dalam kepelbagaian sebagai asas penyatuan dan tempat menjalinkan kerjasama, penglibatan dan penyertaan multi-etnik Kadazandusun di dalam usaha kendiri bagi pengekalan dan pengembangan warisan kebudayaan sebagai asas pembangunan sosio-budaya, ekonomi dan politik yang berkekalan.

Aktiviti menderma darah turut dianjurkan oleh KDCA Kg. Mininsalu, Belia Kg. Mininsalu dan Tabung Darah Hospital Ranau sempena majlis penyerahan tersebut.

Mengucapkan syabas kepada semua kerana berjaya menganjurkan program ini dan tidak lupa kepada para penderma darah yang begitu prihatin dan bermurah hati menderma bagi membantu mereka yang memerlukan, Dr. Joachim berkata, menderma darah seharusnya menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

“Tanpa sokongan dari orang ramai adalah mustahil pihak tabung darah di seluruh negara dapat menyediakan darah yang secukupnya bagi menampung keperluan yang semakin meningkat setiap tahun,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/kdca-cawangan-kg-mininsalu-terima-sumbangan-set-gong-pakaian-tradisi/feed/ 0 29417