pakej – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Dec 2024 04:14:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pakej – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelan pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ) diperkenal https://sabahmedia.com/2024/12/17/pelan-pakej-pascabayar-rakyat-sabah-maju-jaya-pr-smj-diperkenal/ https://sabahmedia.com/2024/12/17/pelan-pakej-pascabayar-rakyat-sabah-maju-jaya-pr-smj-diperkenal/#respond Tue, 17 Dec 2024 04:14:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65569
Read Time:1 Minute, 59 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri terus mempertingkat dan memperkasakan liputan rangkaian internet seperti 4G dan 5G di seluruh negeri dengan memperkenalkan Pelan Pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, melalui pelan PR-SMJ ia berharap dapat mengurangkan jurang akses telekomunikasi di kalangan rakyat di seluruh negeri Sabah dan membantu rakyat negeri ini khususnya golongan kurang berkemampuan menikmati liputan dengan kuota yang mencukupi.

“Terdapat tiga pakej pelan iaitu Pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya(PR-SMJ), Pakej Data Sabah Maju Jaya(PD-SMJ) dan Pakej Penjawat Awam Sabah Maju Jaya(PPA-SMJ) yang menawarkan kombinasi kuota data internet, minit panggilan dan SMS yang munasabah pada harga mampu milik iaitu serendah RM30 sebulan bagi pelan lengkap serta RM10 sebulan bagi kuota data sahaja.

“Saya berharap agar pelan pakej-pakej ini dapat membantu rakyat terutama golongan B40 untuk menikmati liputan dengan kuota yang mencukupi di samping itu dapat membantu anak-anak yang bersekolah untuk memanfaatkan bagi melaksanakan tugasan sekolah seperti kerja-kerja kursus dan kajian yang memerlukan para pelajar mencari maklumat secara atas talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Pakej CelcomDigi Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ) di Menara Kinabalu di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ), Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Safar berkata, pelan itu juga turut membantu penjawat awam negeri untuk melaksanakan tugasan dengan cekap dan terus memberi perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat Sabah serta mengurangkan jurang akses telekomunikasi di kalangan rakyat di seluruh negeri Sabah di samping menyokong inisiatif pendigitalan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025).

Katanya, pelan pakej PR-SMJ tersebut merupakan kerjasama di antara SSMJ dan CelcomDigi Berhad yang merupakan usaha untuk merealisasikan aspirasi kerajaan seiring dengan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya agar impaknya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan dan kepimpinan CelcomDigi Berhad terhadap inisiatif tersebut kerana dengan kerjasama ini telah membuahkan hasil dan harapan saya agar pelbagai inisiatif baru yang merentasi pelbagai sektor contohnya pertanian, ekonomi biru dan sebagainya agar rakyat dapat menikmati apa yang dihasrat dalam SMJ.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan kerjasama sektor korporat dan pemain industri untuk melabur dalam pembangunan jaringan infrastruktur khususnya telekomunikasi di negeri ini bagi meningkatkan liputan dan capaian Internet ke tahap lebih baik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/17/pelan-pakej-pascabayar-rakyat-sabah-maju-jaya-pr-smj-diperkenal/feed/ 0 65569
Jangan tertipu pakej umrah bawah harga lantai – Nor Azmi https://sabahmedia.com/2024/02/13/jangan-tertipu-dengan-pakej-umrah-bawah-harga-lantai-nor-azmi/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/jangan-tertipu-dengan-pakej-umrah-bawah-harga-lantai-nor-azmi/#respond Tue, 13 Feb 2024 08:26:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49426
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Orang ramai yang ingin mengerjakan umrah dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan tawaran pakej umrah yang murah di bawah harga lantai.

Demikian menurut Pengerusi Pengusaha Agensi Umrah dan Haji Sabah, Nor Azmi Abi Shafian , katanya harga lantai bagi pakej umrah sudah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) iaitu RM6,900 seorang.

“Memang tidak masuk akal sekiranya ada agen-agen menawarkan pakej umrah di bawah harga lantai sedangkan harga telur, harga barangpun naik, malah ringgit pun jatuh.

“Pakej-pakej yang terlalu murah juga kena berhati-hati juga, itu nasihat kami kepada orang ramai, ada menawarkan pakej umrah RM3,500 memang tidak logik, biasanya harga penerbangan sahaja sudah RM3,500, jadi kita kena fikir untuk pengurusan hotel dan pengangkutan sekali, tidak logik kalau harga di bawah RM6,000, itu yang kita kena fikir,” tegas Nor Azmi ketika ditemui pemberita semasa menghadiri mesyuarat agung dwi tahunan persatuan itu di sini pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada bakal jemaah selain melihat kepada pakej murah di bawah harga lantai, mereka juga perlu membuat semakan kepada beberapa perkara mengenai kesahihan syarikat pengusaha umrah tersebut.

“Pertama sekali kita kena tahu syarikat pengusaha umrah itu mestilah berdaftar dengan MOTAC dan mempunyai lesen umrah. Kedua, kita kena tengok sama ada syarikat tersebut pernah membawa jemaah umrah atau tidak, kita boleh tengok di laman Facebook, Instagram ataupun layari laman sesawang syarikat berkenaan.

“Bagaimanapun setakat ini, di Sabah di bawah keahlian kami memang tidak ada lagi kes-kes penipuan seperti ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persatuan itu, Nor Azmi berkata, setakat ini 13 daripada syarikat pengusaha umrah yang terdapat di Sabah menyertai persatuan itu.

Ditanya mengenai usaha untuk menarik pelancong dari Timur Tengah datang ke Sabah, beliau berkata, pemain industri pelancongan di Sabah kena bersedia dengan standard yang tinggi dengan kemasukan pelancong daripada Timur Tengah ke Sabah.

“Setiap pengusaha ini kena bersedia meningkatkan kualiti dari segi keadaan hotel, layanan dan penyediaan makanan-makanan halal.

“Setakat ini data (kemasukan pelancong Timur Tengah) kita terlalu sedikit, kebanyakan pelancong daripada Timur Tengah ini mereka datang ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan beberapa tempat di KL, dan tidak ke Sabah, tetapi sebenarnya di Sabah semua ada little New Zealand, little Maldives… semua ada.

“Kerajaan kena mainkan peranan yang lebih seperti meningkatkan standard lebih baik dari segi industri pelancongan.

“Persatuan ini juga kena bantu kerajaan dalam misi 2026 untuk menarik pelancong dari Timur Tengah, tetapi kami dengan rakan-rakan pelancongan di rantau Arab, kami memang sudah ada hubungan kerjasama itu,” tambah Nor Azmi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/jangan-tertipu-dengan-pakej-umrah-bawah-harga-lantai-nor-azmi/feed/ 0 49426