pakistan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Feb 2025 01:25:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pakistan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga pakistan didenda, 27 lagi PATI dipenjara https://sabahmedia.com/2025/02/25/warga-pakistan-didenda-27-lagi-pati-dipenjara/ https://sabahmedia.com/2025/02/25/warga-pakistan-didenda-27-lagi-pati-dipenjara/#respond Tue, 25 Feb 2025 01:25:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69317
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Dua warga Pakistan dijatuhi hukuman denda selepas mengaku bersalah atas kesalahan imigresen di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin (24 Feb).

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.

Dalam kes pertama, Wajid Khan @ Khan Wajid @ Khan Majid didenda RM10,000 atau penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut kerana tinggal lebih masa di Sabah selama lebih sebulan.

Wajid ditahan pada 11 Februari sekitar jam 1.20 petang di Sarhad Trading, Pekan Goshen, Kota Marudu, setelah Pas Lawatan Sosial miliknya didapati hanya sah sehingga 21 Disember 2024.

Wajid, yang merupakan anak saudara kepada pemilik kedai berkenaan, telah melunaskan bayaran denda dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Zada Muhamad didenda RM3,500 atas dua pertuduhan bersabit kesalahan imigresen.

Bagi pertuduhan pertama, Zada Muhamad didenda RM3,000 atau penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda atas kesalahan masuk ke Sabah tanpa pas yang sah.

Bagi pertuduhan kedua, Zada didenda RM500 atau penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda kerana melanggar syarat Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang hanya membenarkannya berada di Semenanjung Malaysia sahaja.

Zada ditahan pada 12 Februari di rumah tidak bernombor, Jalan Berungis, Tuaran. Tertuduh telah melunaskan denda dan diarahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Dalam mahkamah yang sama, 27 warga Indonesia dan Filipina dijatuhi hukuman penjara atas pelbagai kesalahan imigresen.

Jalil Julasri dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan satu sebatan kerana masuk ke Sabah tanpa pas yang sah serta masuk semula ke Sabah tanpa pas yang sah setelah diusir keluar sebelum ini.

Jalil ditahan pada 10 Februari di sekitar daerah Kuala Penyu.
Seorang wanita warga Indonesia, Nita Ensa @ Ensa Nita, dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan kerana tinggal lebih masa di Sabah selama lebih sebulan.

Tertuduh telah ditahan pada 13 Februari di sekitar Pekan Inanam, setelah pihak berkuasa mendapati Pas Khas yang dikeluarkan kepadanya hanya sah sehingga 21 Disember 2024.

Sementara itu, seramai 25 warga asing lagi masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan kerana masuk ke Sabah tanpa pas yang sah.

Mereka ditahan antara 10 hingga 15 Februari di sekitar daerah Tambunan, Putatan, Manggatal, Inanam, Tenom, Sipitang, dan Kuala Penyu.

Mahkamah mengarahkan kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran.

Pegawai pendakwa, Aizah Minin, mengendalikan pendakwaan, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/25/warga-pakistan-didenda-27-lagi-pati-dipenjara/feed/ 0 69317
Tinggal lebih masa lebih 10 tahun, Warga Pakistan didenda 50,000, Penjara https://sabahmedia.com/2023/01/09/tinggal-lebih-masa-lebih-10-tahun-warga-pakistan-didenda-50000-penjara/ https://sabahmedia.com/2023/01/09/tinggal-lebih-masa-lebih-10-tahun-warga-pakistan-didenda-50000-penjara/#respond Mon, 09 Jan 2023 08:40:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27630
Read Time:1 Minute, 20 Second


Tawau — Mahkamah Sesyen Tawau menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 terhadap warga Pakistan, Bakht Rahman, 47, yang mengaku bersalah tinggal melebihi masa atau tamat tempoh pas di negara ini.

Menurut Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Awang Kerisnada Awang Mahmud hukuman itu adalah sebagai mesej jelas bahawa tiada sesiapa yang boleh mengatasi atau memperolok-olok akta dan peraturan Imigresen di negara ini. 

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman selepas mendapati kesalahan tertuduh adalah serius dan berat apabila tinggal menetap di negara ini lebih sedekad atau bersamaan 14 tahun, tujuh bulan dan 12 hari.

“Sekiranya datang dengan cara yang betul…mesti ikut undang-undang, guna saluran sah dan jika berhasrat tinggal lebih lama…boleh buat permohonan, sebaliknya kesalahan kamu ini…jika sehari dua (tinggal lebih masa) mungkin boleh dimaafkan, tetapi ini sudah lebih sedekad,” kata Awang Kerisnada.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) Akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Tawau di Jalan Wakuba Gading di sini, pada 27 Disember lalu, kira-kira 1 tengah hari.

Hasil siasatan mendapati tertuduh tinggal lebih masa di negara ini dengan menggunakan pasport yang tamat tempoh pada 15 Mei 2008.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Tawau Pilin Kenrey manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/09/tinggal-lebih-masa-lebih-10-tahun-warga-pakistan-didenda-50000-penjara/feed/ 0 27630