PALESTIN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 May 2026 17:47:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PALESTIN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Apa yang Kami Lalui Terlalu Kecil Berbanding Penderitaan Rakyat Palestin Kata Dr Jiyan Aliya https://sabahmedia.com/2026/05/25/apa-yang-kami-lalui-terlalu-kecil-berbanding-penderitaan-rakyat-palestin-kata-dr-jiyan-aliya/ https://sabahmedia.com/2026/05/25/apa-yang-kami-lalui-terlalu-kecil-berbanding-penderitaan-rakyat-palestin-kata-dr-jiyan-aliya/#respond Sun, 24 May 2026 17:47:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97252
Read Time:2 Minute, 13 Second

SEPANG — Seorang doktor dari Hospital Tawau yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 berkata pengalaman berdepan tindakan keras ketika pelayaran solidariti ke Gaza membuka matanya mengenai penderitaan sebenar rakyat Palestin yang telah lama berdepan penindasan dan kekejaman.

Dr Jihan Aliya berkata delegasi Malaysia yang menyertai misi itu turut menjadi saksi kepada tindakan agresif terhadap aktivis tidak bersenjata ketika kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa.

“Kami dilayan secara brutal, namun apa yang kami lalui ini masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin yang telah bertahun-tahun berdepan kekejaman,” katanya ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan 28 delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam tadi.

Penerbangan Emirates Airlines yang membawa kumpulan aktivis berkenaan selamat mendarat kira-kira pukul 9.30 malam sebelum mereka disambut ahli keluarga, rakan-rakan serta penyokong perjuangan Palestin.

Dr Jihan berkata beliau bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan dalam misi berkenaan bersama aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara dalam usaha memecahkan kepungan serta membuka laluan bantuan ke Gaza.

Turut berkongsi pengalaman ialah Kapten S. Patmanathan atau Kapten Siva yang menyifatkan sokongan rakyat Malaysia sebagai kekuatan utama kepada delegasi misi tersebut.

Beliau berkata pengalaman dilalui sepanjang pelayaran masih terlalu kecil berbanding penderitaan sebenar rakyat Palestin di Gaza selain menyeru rakyat Malaysia terus mengekalkan solidariti terhadap perjuangan Palestin.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan seorang lagi peserta misi, Razman Mat Ali, tidak dibenarkan menaiki pesawat pulang ke Malaysia selepas mengalami Traumatic Pneumothorax atau paru-paru bocor.

Menurut beliau, doktor memberi amaran bahawa tekanan udara dalam penerbangan boleh menyebabkan keadaan Razman menjadi lebih kritikal dan berisiko membawa maut.

“Beliau tidak boleh terbang kerana tekanan dalam kapal terbang boleh menyebabkan kecederaan beliau bertambah buruk dan doktor memaklumkan ia boleh menyebabkan kematian,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan kepulangan delegasi GSF 2.0 di KLIA malam tadi.

Sani Araby berkata Razman turut berada dalam keadaan berisiko tinggi mendapat jangkitan susulan kecederaan dialami selain baru selesai menjalani pembedahan.

Beliau berkata pasukan perundangan misi turut dihantar segera ke hospital bagi mengambil rakaman dan keterangan daripada Razman untuk dijadikan bahan bukti dalam tindakan undang-undang antarabangsa terhadap Israel.

“Beliau sedang dirawat selepas pembedahan apabila dua wakil legal team dihantar untuk mengambil rakaman bukti,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan Turki turut memberi jaminan akan menjaga Razman sepanjang menerima rawatan di negara itu selain wakil Malaysia sentiasa berada bersama mangsa.

Sani Araby turut mendakwa semua delegasi berdepan layanan kasar dan penderaan fizikal sepanjang ditahan ketika misi kemanusiaan berkenaan.

Terdahulu, Razman merupakan antara 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0 bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum pelayaran itu dipintas pihak Israel.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/25/apa-yang-kami-lalui-terlalu-kecil-berbanding-penderitaan-rakyat-palestin-kata-dr-jiyan-aliya/feed/ 0 97252
Dunia Islam Jangan lesu, Mesti Bangkit Pertahankan Bumi Palestin – PM https://sabahmedia.com/2023/10/25/dunia-islam-jangan-lesu-mesti-bangkit-pertahankan-bumi-palestin-pm/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/dunia-islam-jangan-lesu-mesti-bangkit-pertahankan-bumi-palestin-pm/#respond Wed, 25 Oct 2023 00:57:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44136
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji rakyat malaysia yang dapat berhimpun malam tadi dimana rakyat Malaysia tegas mempertahan hak rakyat Palestin.

Katanya beliau menjelajah ke negara Arab bagi bertemu kepimpinan dunia Islam untuk menyatakan sokongan bagi menghentikan serangan rejim Zionis terhadap Palestin.

‘ Dalam sejarah Malaysia, selalunya kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan dari jauh tetapi ini kali pertama melihat semangat denyut nadi anak-anak Malaysia, saya ambil keputusan untuk keliling dunia arab, menyatakan pendirian kita’

“Saya menyampaikan mesej Malaysia ketika bertemu Putera Mahkota, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan pemimpin Islam lain.

“Biar kita sepakat kali ini, dunia Islam jangan lesu mesti bangkit pertahankan bumi Palestin. Mana dia demokrasi, mana dia hak asasai, mana dia kemanusian apakah kemanusian hanya untuk orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Mesir juga memberitahu negara manapun yang ingin menghantar bantuan pihaknya akan terima dan membantu membawa masuk ke Gaza untuk penduduk di sana.

“Ubat tidak cukup, susu bayi tidak cukup, bekalan elektrik dipotong dan terputus air minuman tetapi di tahun 2023 masih ada manusia bercakap soal tamadun kemanusiaan, hak asasi tetapi masih ada yang kebuluran.

“Saya juga bertambah terkesan hasil pertemuan dengan negara Arab itu semuanya memberi penghormatan tinggi kepada Malaysia…makanya mereka mengharapkan kita buat sesuatu yang lebih lagi,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 16,000 peserta membanjiri stadium terbabit sambil mengenakan pakaian serba putih sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

Acara dimulakan dengan solat berjemaah yang dipimpin oleh seorang imam Palestin, Rami Sousi, sebelum sesi ucapan.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, dan beberapa orang duta negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/dunia-islam-jangan-lesu-mesti-bangkit-pertahankan-bumi-palestin-pm/feed/ 0 44136
Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan – Saifuddin https://sabahmedia.com/2023/10/24/larangan-naikkan-sepanduk-laung-takbir-bukan-pendirian-kerajaan-saifuddin/ https://sabahmedia.com/2023/10/24/larangan-naikkan-sepanduk-laung-takbir-bukan-pendirian-kerajaan-saifuddin/#respond Tue, 24 Oct 2023 06:14:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44101
Read Time:1 Minute, 54 Second

BERNAMA
Larangan menaikkan sepanduk mengecam pemimpin Israel dan melaungkan takbir pada perhimpunan aman Ahad lepas, bukan pendirian kerajaan mahupun umat Islam di negara ini yang cintakan perdamaian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara berkaitan larangan itu adalah atas budi bicara penganjur yang bertanggungjawab memastikan tiada perbuatan cenderung kepada permusuhan berlaku. 

“Di Parlimen saya tegaskan, bila saya berdiri pendirian kerajaan saya sampaikan dengan tanggungjawab, pengiktirafan kita kepada mereka (Palestin)…tetapi soalnya apakah boleh dikecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita jelas, hakikat bahawa kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin, dengan sendirinya kita menidakkan sokongan (kepada Israel).

“Tetapi kalau di himpunan dengan 300, 400 orang, dianjurkan satu pertubuhan kemudian kalau dikenakan apa-apa sekatan, yang boleh dan tidak boleh, kena lihat fakta kejadian pada waktu itu dan ia tak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu sama ada terdapat undang-undang baharu untuk menurunkan sepanduk yang mengecam pemimpin Israel itu. 

 Saifuddin berkata Akta Perhimpunan Aman 2012 mensyaratkan penganjur bertanggungjawab memastikan pihaknya dan orang lain berada dalam perhimpunan itu tidak melakukan perbuatan dan tidak mengeluarkan pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam.

Selain itu, Saifuddin berkata pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini, turut menunjukkan usaha Malaysia dalam bersama-sama menyelamatkan rakyat Palestin. 

“Isu pokoknya solidariti kepada rakyat Palestin diiktiraf oleh negara yang bersimpati sebagai negara berdaulat tetapi tidak ada tanah air baik di Gaza atau tebing barat yang buminya itu adalah bumi dijajah. 

“Sekarang nyawa dua juta rakyatnya terancam, tentera Israel sudah ada di sempadan dan isu pokoknya bagaimana mengeluarkan rakyatnya daripada tanah Gaza yang tengah terkepung dan ini yang dilakukan perdana menteri bertemu Erdogan, Raja Salman dan menjadi koordinator bagi pihak ASEAN,” katanya. 

Menjawab soalan asal Wan Ahmad Fayhsal sama ada kerajaan mengeluarkan garis panduan perkara tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman, Saifuddin berkata akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia sudah memadai dalam menguruskan sesuatu perjalanan perhimpunan awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/24/larangan-naikkan-sepanduk-laung-takbir-bukan-pendirian-kerajaan-saifuddin/feed/ 0 44101
Hantar Pasukan Tentera Ke Palestin Perlu Disepakati Negara Jiran – Anwar https://sabahmedia.com/2023/10/16/hantar-pasukan-tentera-ke-palestin-perlu-disepakati-negara-jiran-anwar/ https://sabahmedia.com/2023/10/16/hantar-pasukan-tentera-ke-palestin-perlu-disepakati-negara-jiran-anwar/#respond Mon, 16 Oct 2023 07:46:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43718
Read Time:2 Minute, 18 Second

BERNAMA

PARLIMEN — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.

Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.

“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” kata Anwar.

Justeru, Perdana Menteri meminta semua rakyat dan komuniti ummah untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel. 

Anwar berkata Menteri Luar  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan berlepas ke Jeddah pada malam ini atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Mohammed bin Salman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mesyuarat tergempar OIC. 

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata beliau turut akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Khamis ini, serta mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel terhadap Palestin.

“Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Okt supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.

“Saya akan berbincang dengan beberapa teman lain… UAE (Emiriah Arab Bersatu), Qatar, Mesir dan Turkiye sama ada perlu diadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin-pemimpin negara lain,” kata beliau.

Anwar berkata beliau turut memberikan mandat penuh kepada Zambry untuk berbincang dan mengambil apa jua keputusan bagi menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin oleh kerana Israel telah menyekat sumber asas atau bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Selain itu, Perdana Menteri memberi jaminan untuk terus bersama dengan mana-mana negara yang menunjukkan solidariti dan simpati kepada Palestin.

“Pendirian kita adalah jelas, politik di Palestin ialah politics of dispossession. Tanah, harta benda mereka telah dirampas dan kita mesti kembalikan hak mereka ke atas tanah air mereka.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa sudah sampai ketikanya kerajaan Malaysia dengan hubungan yang diberikan, akan bersama dengan rakan-rakan untuk melakukan apa saja yang perlu,” kata beliau.

Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia secara dasarnya mempunyai hubungan dengan Hamas selepas mereka memenangi pilihan raya bebas dan tidak bersetuju dengan keputusan Eropah untuk terus menekan Hamas. 

Beliau berkata ketika ini kerajaan telah menyumbang sebanyak RM10 juta bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Insya-Allah hari Khamis ini, sebelum saya berangkat ke Arab Saudi, sebanyak RM100 juta (tambahan daripada beberapa GLC) yang akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung perikemanusiaan dan perubatan,” kata beliau.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/16/hantar-pasukan-tentera-ke-palestin-perlu-disepakati-negara-jiran-anwar/feed/ 0 43718
Malaysia Kekal Bersolidariti dengan Palestin – PM Anwar https://sabahmedia.com/2023/10/08/malaysia-kekal-bersolidariti-dengan-palestin-_-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2023/10/08/malaysia-kekal-bersolidariti-dengan-palestin-_-pm-anwar/#respond Sun, 08 Oct 2023 15:06:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43328
Read Time:41 Second

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti

“akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban, kata beliau menerusi ciapan di laman sosial X hari ini

Ciapan itu turut disetakan dengan kenyataan Wisma Puta yang menyaksikan Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung peningkata pertempuran di dalam dan sekiar semenanjung Gaza

Kenyataan itu turut menekankan keperluan menghentikan segala kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang berlaku

setakat ini lebih 250 rakyat Palestin dilapokan manakala lebih 1700 cedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/08/malaysia-kekal-bersolidariti-dengan-palestin-_-pm-anwar/feed/ 0 43328
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan Israel https://sabahmedia.com/2023/05/12/malaysia-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-israel/ https://sabahmedia.com/2023/05/12/malaysia-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-israel/#respond Fri, 12 May 2023 01:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34195
Read Time:41 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilakukan rejim Israel ke atas bangunan kediaman dan kawasan lain di Gaza sejak 9 Mei lalu, yang sudah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70 orang awam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini, serangan terbaru oleh rejim Israel itu, satu lagi sikap tidak acuh dan tidak menghormati hak asasi manusia antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan.

“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak serentak untuk menamatkan penganiayaan selama beberapa dekad terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa mengecam dengan tegas tindakan rejim Israel kerana berterusan melakukan penindasan tidak berperikemanusiaan dan jenayah apartheid yang mengerikan terhadap rakyat Palestin.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa mengecam dengan tegas tindakan rejim Israel kerana berterusan melakukan penindasan tidak berperikemanusiaan dan jenayah apartheid yang mengerikan terhadap rakyat Palestin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/12/malaysia-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-israel/feed/ 0 34195