Paliatif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Aug 2025 01:32:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Paliatif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri sokong inisiatif tubuhkan Hospis Kanak-Kanak pertama Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/02/kerajaan-negeri-sokong-inisiatif-tubuhkan-hospis-kanak-kanak-pertama-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/02/kerajaan-negeri-sokong-inisiatif-tubuhkan-hospis-kanak-kanak-pertama-sabah/#respond Sat, 02 Aug 2025 01:32:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78401
Read Time:2 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menyokong visi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Penjagaan Paliatif Pediatrik Malaysia (MAPPAC) untuk menubuhkan hospis kanak-kanak pertama di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan negeri turut mengiktiraf kepentingan penjagaan paliatif untuk kanak-kanak khususnya di negeri ini.

“Menangani cabaran ini merupakan satu langkah penting dalam usaha berterusan kita untuk memperkukuh keadilan dalam sistem kesihatan dan meneguhkan komitmen kita terhadap pembangunan berteraskan rakyat.

“Inisiatif MMA dengan kerjasama MAPPAC untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran bagi membina Hospis Kanak-Kanak di Sabah menerusi SEPEDA Amal Borneo 2025, satu kempen berbasikal rentas Borneo, merupakan satu usaha yang mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam kutipan dana SEPEDA di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew.

Hajiji berkata, kanak-kanak yang mengalami penyakit serius dan tidak dapat disembuhkan bukan sahaja memerlukan perhatian perubatan, tetapi juga maruah, keselesaan dan ketenangan  termasuk yang berada di hospital atau di rumah.

“Keluarga mereka pula memerlukan sokongan, pemahaman dan keyakinan bahawa mereka tidak menempuh perjalanan yang sukar ini bersendirian.

“Secara keseluruhan, dianggarkan 80,000 kanak-kanak di seluruh negara memerlukan penjagaan sebegini, dan di Sabah sahaja, sekitar 9,000 kanak-kanak menghidap penyakit yang mengancam nyawa serta tidak boleh disembuhkan.

“Kanak-kanak ini dan keluarga mereka berhak mendapat bukan sahaja rawatan perubatan, tetapi juga belas kasihan, maruah dan sokongan sepanjang perjalanan hidup mereka,” katanya.

Hajiji berkata, walaupun kemajuan telah dicapai, akses kepada penjagaan paliatif pediatrik khusus masih terhad di beberapa kawasan di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman.

“Saya dimaklumkan bahawa pada masa ini, penjagaan paliatif pediatrik hanya disediakan oleh satu pasukan berdedikasi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas, sejak tahun 2013. Unit ini menerima lebih 100 rujukan setiap tahun dan jumlah ini semakin meningkat,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji memuji dedikasi Kementerian Kesihatan kerana terus membangunkan perkhidmatan ini di Sabah serta usaha MAPPAC membawa perkhidmatan penjagaan paliatif secara percuma berasaskan rumah ke komuniti di seluruh Sabah.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada 17 penunggang basikal dari seluruh dunia yang menyertai perjalanan mencabar ini demi amal, bermula dari Sandakan seminggu lalu dan tiba di Kota Kinabalu semalam.

“Kempen berbasikal rentas Borneo ini bukan sekadar satu ujian ketahanan; ia adalah perjalanan penuh belas kasihan dan harapan.

“Dengan mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran bagi penubuhan Hospis Kanak-Kanak di Kota Kinabalu, anda sedang membantu membina tali hayat untuk kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata kepimpinan MMA dalam usaha ini mencerminkan komitmen mendalam terhadap khidmat masyarakat, yang melangkaui klinik dan hospital, sekaligus menjadi lambang sebenar profesion perubatan.

“Dalam hal ini, saya memuji usaha dan kerjasama MMA dalam berkhidmat kepada masyarakat dan memperluas sumber untuk penjagaan paliatif pediatrik, sekaligus melengkapi peranan kerajaan ke arah Sabah yang lebih inklusif dan penyayang.

“Inisiatif anda ini akan memperkayakan struktur masyarakat kita dan secara signifikan meningkatkan kesejahteraan komuniti kita. Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya mengucapkan terima kasih atas usaha cemerlang anda,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/02/kerajaan-negeri-sokong-inisiatif-tubuhkan-hospis-kanak-kanak-pertama-sabah/feed/ 0 78401
PCAKK giat kumpul dana bantu pesakit meningkat https://sabahmedia.com/2025/05/08/pcakk-giat-kumpul-dana-bantu-pesakit-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/05/08/pcakk-giat-kumpul-dana-bantu-pesakit-meningkat/#respond Thu, 08 May 2025 01:30:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73398
Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) kini giat mengumpul dana bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Dr. Jaswant Singh berkata, terdapat peningkatan yang ketara dari segi jumlah pesakit sekali gus memberi kesan kepada kos operasi bagi melaksanakan program penjagaan di rumah.

“Jumlah pesakit kita meningkat setiap tahun. Dua tahun lalu ada 210 pesakit, tahun 2024 ada 280 orang dan tahun ini ada 300 pesakit di Kota Kinabalu dan rangkaiannya 45 kilometer hingga ke Kinarut, Tamparuli dan Tuaran.

“Kami mempunyai satu pegawai perubatan dan tiga jururawat termasuk admin eksekutif dan pemandu. Setiap bulan, kami menghabiskan RM38,000 sehingga RM40,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Dr. Jaswant berkata, Kerajaan memang memberikan geran namun pihaknya perlu berusaha menambah dana persatuan supaya lebih ramai pesakit dapat kita bantu.

“Jadi, kita berharap orang ramai, badan-badan korporat dan sebagainya dapat menyumbang,” katanya.

Beliau yang juga Perunding Pakar Onkologi dan Doktor Penjagaan Paliatif juga mengalu-alukan penglibatan sukarelawan untuk membantu menjaga pesakit kanser dan pesakit yang menghidapi kegagalan organ dalam peringkat terakhir.

“Program penjagaan di rumah adalah bagus kerana kami mahu pesakit menghabiskan beberapa bulan dengan keluarga supaya mereka tidak berada di hospital.

“Jika mereka berada di hospital, keluarga akan menderita. Susah untuk melawat mereka kerana tidak semua orang boleh melawat mereka.

“Jadi, kami pergi ke rumah pesakit setiap hari, kami melawat tiga atau empat pesakit dan memastikan pesakit ditemui sekurang-kurangnya seminggu. Jika pesakit sakit, kami akan dihantar ke hospital.

“Kita cuba mengambil lebih ramai sukarelawan. Harap-harap lebih ramai datang. Kedudukan kami adalah di Taman Rose, Penampang,” katanya

Sementara itu, Patron Penjagaan Paliatif, Meng Tan memaklumkan ke arah menambah dana, persatuan itu akan menganjurkan konsert amal bertemakan ‘Tina Heart of Gold’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 8 Ogos depan.

“Kami akan memulakan penjualan kami tak lama lagi. Mungkin minggu depan. Harga tiket konsert adalah RM20,000, RM15,000, RM10,000, RM5,000, RM3,000 dan RM2,000.

“Kami menyasarkan sebanyak RM250,000 hasil jualan tiket konsert untuk menambah dana persatuan.

“Tujuan kami berada di sini ialah untuk menjemput Tuan Yang Terutama Tun menjadi tetamu konsert amal Tina Turner dari Australia bermula jam 7.30 malam pada 8 Ogos 2025,” katanya.

Secara rasminya, PCAKK ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi badan amal terbabit telah memulakan fungsinya lebih awal sekitar tahun 1994.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/08/pcakk-giat-kumpul-dana-bantu-pesakit-meningkat/feed/ 0 73398