Palsu jpm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Oct 2025 14:29:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Palsu jpm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPM nafi dokumen larangan telefon pintar bagi remaja bawah 16 tahun https://sabahmedia.com/2025/10/27/jpm-nafi-dokumen-larangan-telefon-pintar-bagi-remaja-bawah-16-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/jpm-nafi-dokumen-larangan-telefon-pintar-bagi-remaja-bawah-16-tahun/#respond Mon, 27 Oct 2025 14:29:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84295
Read Time:33 Second

PUTRAJAYA : Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kesahihan sebuah dokumen bertajuk “Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun” yang sedang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial pada Isnin.

Dalam kenyataan hari ini, JPM menegaskan bahawa dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.

“Untuk makluman bersama, Jabatan ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain untuk mengelak sebarang kekeliruan,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut JPM, penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/jpm-nafi-dokumen-larangan-telefon-pintar-bagi-remaja-bawah-16-tahun/feed/ 0 84295