Pamela – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 18 May 2025 08:15:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pamela – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga anak Pamela Ling dirakam keterangan, siasatan kehilangan masih berjalan https://sabahmedia.com/2025/05/18/tiga-anak-pamela-ling-dirakam-keterangan-siasatan-kehilangan-masih-berjalan/ https://sabahmedia.com/2025/05/18/tiga-anak-pamela-ling-dirakam-keterangan-siasatan-kehilangan-masih-berjalan/#respond Sun, 18 May 2025 08:14:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74052
Read Time:1 Minute, 24 Second

Putrajaya – Polis Kuala Lumpur telah merakam keterangan tiga anak kepada Pamela Ling dalam usaha meneruskan siasatan kehilangan wanita itu sejak awal April lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, ketiga-tiga anak mangsa yang berumur antara 18 hingga 20 tahun dirakam keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Woodlands, Singapura semalam.

“Keterangan ini penting untuk membantu siasatan terutama berkaitan pergerakan terakhir wanita berkenaan. Berdasarkan maklumat, beliau masih berhubung dengan ahli keluarga pada 8 dan 9 April,” katanya lapor Harian Metro ketika ditemui dalam satu program di PPR Desa Rejang.

Polis turut mengambil keterangan daripada seorang kenalan keluarga yang berada di republik tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah dirakam keterangan setakat ini kepada 42 orang.

Rusdi berkata, setakat ini tiada petunjuk konkrit mengenai keberadaan Pamela, namun berdasarkan rekod, wanita itu masih berada dalam negara.

“Kalau ikut rekod, dia masih dalam negara tetapi ada juga kemungkinan pergerakan dilakukan tanpa melalui laluan rasmi. Dia mungkin masih di sini, tetapi kita tidak tolak kemungkinan dia telah keluar negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, suami kepada Ling yang ditahan Khamis lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari berikutnya selepas selesai memberikan keterangan.

“Penahanan beliau adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. Kita belum mengklasifikasikan beliau sebagai suspek, namun beliau boleh dipanggil semula bila-bila masa sekiranya ada perkembangan baharu,” jelas Rusdi.

Pamela Ling, 42, dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menaiki kenderaan e-panggilan untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dijalankan terhadap dirinya dan suaminya, Hah Tiing Siu.

SPRM sebelum ini mengesahkan telah membuka siasatan ke atas pasangan tersebut sejak tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/18/tiga-anak-pamela-ling-dirakam-keterangan-siasatan-kehilangan-masih-berjalan/feed/ 0 74052
Polis siasat kemungkinan Pamela Ling ke luar negara https://sabahmedia.com/2025/05/13/polis-siasat-kemungkinan-pamela-ling-ke-luar-negara/ https://sabahmedia.com/2025/05/13/polis-siasat-kemungkinan-pamela-ling-ke-luar-negara/#respond Tue, 13 May 2025 06:35:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73741
Read Time:1 Minute, 15 Second

Putrajaya: Polis sedang menyiasat secara terperinci kemungkinan Datin Seri Pamela Ling melarikan diri ke luar negara selepas dilaporkan diculik pada 9 April lalu.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata siasatan lanjut kes berkenaan masih diteruskan.

“Polis akan merakam keterangan anak-anak Pamela serta saksi berkaitan di Kedutaan Malaysia di Singapura dalam masa terdekat.

“INTERPOL sedang menguruskan proses berkenaan. Setakat ini, 27 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidi berkata, siasatan setakat ini juga tidak menemui suspek lain yang dipercayai terlibat, selain daripada lapan individu yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Ditanya sama ada polis perlu memantau pintu sempadan bagi mengelakkan percubaan membawa Pamela keluar dari negara ini Aidi menjelaskan, pergerakan Pamela telah pun dihadkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan terhadapnya dijalankan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa keterangan anak-anak Pamela, yang masih hilang, akan dirakam di Kedutaan Malaysia di Singapura dengan urusan sedang diatur oleh INTERPOL.

Polis Malaysia dilaporkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi melancarkan proses berkenaan.

Peguam Pamela sebelum itu juga telah meminta polis meningkatkan usaha bagi mengesan beliau.

Datuk N Sivananthan menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anak guamnya yang telah hilang sejak 9 April.

Beliau berkata anak guamnya, yang sedang membantu siasatan SPRM dalam kes pengubahan wang haram, mempunyai tiga anak – dua daripadanya masih di bawah umur.

Terdapat juga laporan bahawa Pamela dan suaminya, seorang ahli perniagaan dari Sarawak yang kini dalam proses perceraian yang rumit melibatkan harta bernilai besar, sedang disiasat oleh SPRM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/13/polis-siasat-kemungkinan-pamela-ling-ke-luar-negara/feed/ 0 73741
Pamela Ling Fail Semakan Kehakiman Terhadap SPRM Dua Hari Sebelum Dilaporkan Hilang https://sabahmedia.com/2025/05/07/pamela-ling-fail-semakan-kehakiman-terhadap-sprm-dua-hari-sebelum-dilaporkan-hilang/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/pamela-ling-fail-semakan-kehakiman-terhadap-sprm-dua-hari-sebelum-dilaporkan-hilang/#respond Wed, 07 May 2025 03:01:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73333
Read Time:1 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR – Wanita yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal April lalu, Datin Seri Pamela Ling Yueh, difahamkan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap agensi itu hanya dua hari sebelum kehilangannya.

Menurut peguam keluarga, Sangeet Kaur Deo, permohonan tersebut mencabar tindakan SPRM yang didakwa menyalahgunakan kuasa di bawah Akta SPRM dan undang-undang pengubahan wang haram (AMLA) bagi menekan Ling untuk menyelesaikan pertikaian bersifat peribadi.

Dalam kenyataan medianya, Sangeet mendakwa Pamela telah beberapa kali ditahan dan direman tanpa asas undang-undang yang kukuh, selain dikenakan sekatan perjalanan tanpa sebarang penjelasan rasmi

“Rekod menunjukkan SPRM melaksanakan tekanan yang berterusan dan sistematik terhadap Pamela sejak beberapa bulan lalu. Beliau telah disoal siasat tidak kurang daripada sembilan kali,” katanya

Tambahnya lagi, layanan terhadap Pamela adalah jauh berbeza daripada apa yang wajar diterima oleh seorang saksi yang sepatutnya membantu siasatan, dan menggambarkan pendekatan SPRM sebagai luar kebiasaan.

SPRM sebelum ini mengesahkan bahawa wanita berkenaan gagal menghadirkan diri ke ibu pejabat agensi itu pada 9 April lalu, hari yang sama beliau dilaporkan hilang. Peguamnya turut membuat laporan polis selepas gagal menghubunginya.

Dalam pada itu, tambah peguam itu lagi Terdapat dakwaan individu yang menyamar sebagai pegawai polis mungkin terlibat dalam memintas Pamela pada hari kehilangannya.

“Jika benar, ini menimbulkan persoalan yang membimbangkan tentang keselamatan awam dan integriti penguatkuasaan.

“Bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku – apatah lagi berdekatan dengan premis kerajaan dengan kawalan keselamatan tinggi – tanpa pengesanan adalah mengejutkan,” katanya.

Sebelum ini, New Straits Times melaporkan Azam sebagai berkata orang ramai perlu berhenti membuat spekulasi mengenai kes itu.

Dia menggesa orang ramai memberi ruang dan masa kepada polis untuk menyiasatnya.

“Anda tidak boleh menyalahkan kami atas kehilangannya kerana kejadian itu di luar kawalan kami dan berlaku di jalan awam dan bukan dalam kawasan SPRM,” katanya

seperti dilapor, sambil menambah bahawa mereka tidak dapat meramalkan sebarang ancaman terhadap keselamatan Ling.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/pamela-ling-fail-semakan-kehakiman-terhadap-sprm-dua-hari-sebelum-dilaporkan-hilang/feed/ 0 73333
Polis Sahkan Wanita Maut Ditolak keluar Van Bukan Pamela Ling https://sabahmedia.com/2025/05/06/polis-sahkan-wanita-maut-ditolak-keluar-van-bukan-pamela-ling/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/polis-sahkan-wanita-maut-ditolak-keluar-van-bukan-pamela-ling/#respond Tue, 06 May 2025 11:31:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73304
Read Time:57 Second

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa seorang wanita yang maut selepas dipercayai ditolak keluar dari sebuah van di Lebuhraya Kesas bukan individu yang dikaitkan dengan kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang Selasa berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar, apabila saksi melihat mangsa ditolak keluar dari sebuah van yang kemudiannya memecut meninggalkan lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba sejurus dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenalpasti sebagai seorang wanita berusia 44 tahun dari Ipoh, Perak.

“Saya ingin mengesahkan bahawa mangsa bukan individu yang dilaporkan hilang, Datin Seri Pamela Ling,” tegas ACP Aidil.

Pihak polis akan menjalankan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian dan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

sebelum itu media melaporkan Mayat seorang wanita ditemui dipercayai dicampak dari sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar, di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.58 petang tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/polis-sahkan-wanita-maut-ditolak-keluar-van-bukan-pamela-ling/feed/ 0 73304
Suami Antara Suspek Kehilangan Pamela Ling – Ketua Polis Negara https://sabahmedia.com/2025/05/06/suami-antara-suspek-kehilangan-pamela-ling-ketua-polis-negara/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/suami-antara-suspek-kehilangan-pamela-ling-ketua-polis-negara/#respond Tue, 06 May 2025 07:15:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73271
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh merupakan antara individu yang sedang disiasat berhubung kehilangan wanita berkenaan sejak 9 April lalu.

“Buat masa ini, siasatan menjurus ke arah kemungkinan suaminya terlibat, dan tidak menolak ada pihak lain yang turut memainkan peranan.

“Setakat ini, kita telah mengambil keterangan lebih 16 individu, termasuk suami mangsa pada peringkat awal siasatan. Kami juga akan merakam keterangan anak-anak pasangan ini yang berada di Singapura,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada Selasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis masih belum mengenal pasti motif sebenar kehilangan tersebut, namun siasatan dijalankan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mendedahkan bahawa kenderaan yang disyaki digunakan dalam penculikan itu dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Siasatan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan bahawa kesemua kenderaan yang dikenal pasti menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kita telah mengarahkan semua pasukan untuk mengenal pasti dan meneliti rakaman CCTV di Putrajaya, Kuala Lumpur serta sempadan negeri Selangor bagi mengesan pergerakan kenderaan yang sepadan,” katanya dalam sidang media berasingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Polis kini sedang giat menjejaki kenderaan dan individu yang terlibat bagi merungkai kehilangan misteri wanita berusia 42 tahun itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/suami-antara-suspek-kehilangan-pamela-ling-ketua-polis-negara/feed/ 0 73271