Pan Borneo Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Mar 2024 05:50:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pan Borneo Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah komited siapkan Lebuhraya Pan Borneo termasuk baki Pakej yang belum bermula https://sabahmedia.com/2024/03/22/sabah-komited-siapkan-lebuhraya-pan-borneo-termasuk-baki-pakej-yang-belum-bermula/ https://sabahmedia.com/2024/03/22/sabah-komited-siapkan-lebuhraya-pan-borneo-termasuk-baki-pakej-yang-belum-bermula/#respond Fri, 22 Mar 2024 05:50:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51430
Read Time:2 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah sentiasa komited untuk melaksanakan dan menyiapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah termasuk berusaha meneruskan baki 20 Pakej yang belum bermula.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan baki 20 Pakej Kerja pada tahun lalu.

Katanya, ini adalah hasil usaha kerja keras dan desakan Kerajaan negeri Sabah.

“Hasil daripada kelulusan tersebut, Kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menyiapkan semua keperluan bagi tujuan pelaksanaan semula semua pakej.

“Rekabentuk dan Dokumen Tender telah tersedia serta proses Makmal Pengurusan Nilai telah disiapkan pada penghujung Oktober 2023. Setakat 22 Mac lalu, sebanyak empat Pakej Kerja iaitu WP12,13,14 dan 16 telah dibuat pelantikan kontraktor. 

“Kerja-kerja fizikal akan bermula pada 1 April ini, manakala baki 16 Pakej lagi sedang dalam proses Perolehan dan dijangka akan dimuktamadkan pada bulan April 2024,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, kerja-kerja fizikal dijangka bermula pada bulan Mei depan.

Katanya, JKR Sabah akan berusaha untuk memantau pelaksanaan projek mengikut terma-terma kontrak sehingga berjaya disiapkan. 

Dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, pertukaran kaedah pelaksanaan projek LPB Sabah kepada kaedah konvensional berbanding menggunakan Rakan Penyampai Projek (PDP) pada awalnya punca utama kelewatan projek itu di negeri ini.

Katanya, pertukaran itu adalah susulan keputusan Kerajaan negeri pada 2019 mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menamatkan kaedah PDP dan perjanjiannya.

Menurutnya, tindakan itu adalah salah kerana dengan penamatan Perjanjian PDP, model kewangan untuk membiayai perbelanjaan bagi pelaksanaan Projek LPB juga ditamatkan. 

“Menerusi Perjanjian PDP, model kewangan adalah dijangka mencukupi melalui Peruntukan Pembangunan dan daripada Terbitan Sukuk oleh DanaInfra. 

“Setelah perjanjian PDP ditamatkan, sumber kewangan bagi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah adalah hanya melalui Peruntukan Pembangunan yang sangat terhad. 

“Ini menyebabkan hanya 15 pakej sahaja dapat dilaksanakan daripada 35 pakej keseluruhannya. Baki 20 pakej lagi ditangguhkan sehingga baru saja diluluskan semula pada 2023,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjelaskan perkara dibincangkan dalam Sesi Kamar Khas Persidangan Dewan Rakyat berkaitan isu LPB yang videonya tular, baru-baru ini.

Beliau menambah, perkara itu berbeza dengan LPB Sarawak apabila Terbitan Sukuk terlebih dahulu dilakukan menyebabkan projek Pan Borneo di negeri itu mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi keseluruhan pakej.

Sementara itu, Shahelmey berkata video tular Sesi Kamar Khas Persidangan Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu memaparkan soalan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraisah Munirah Majilis kepada Menteri Kerja Raya berkaitan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 bagi pelaksaaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej Kerj 21 (Lahad Datu Bypass).

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara itu  adalah laporan audit bagi projek jajaran Lahad Datu Bypass ketika di bawah PDP sebelum diambil alih kerajaan pada akhir 2019 yang menyatakan syor audit agar beberapa penambahbaikan dibuat bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang. 

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang tindakan atau penyiasatan terhadap pegawai atau individu tertentu yang dinyatakan dalam syor audit berkenaan.

“Apabila kerajaan mengambil alih Projek LPB Sabah, pihak Kementerian Kewangan mengarahkan Kementerian Kerja Raya untuk melantik semula kontraktor dan juruperunding yang dilantik oleh PDP sebelum ini. 

“Pemantauan yang ketat dijalankan bagi tujuan pelaksanaan pakej itu dan sukacita saya mengumumkan bahawa Pakej Kerja 21 itu sudah disiapkan dan dibuka kepada orang awam pada 2023,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/22/sabah-komited-siapkan-lebuhraya-pan-borneo-termasuk-baki-pakej-yang-belum-bermula/feed/ 0 51430
Empat pakej LPB Sabah siap menjelang akhir tahun https://sabahmedia.com/2023/10/14/empat-pakej-lpb-sabah-siap-menjelang-akhir-tahun/ https://sabahmedia.com/2023/10/14/empat-pakej-lpb-sabah-siap-menjelang-akhir-tahun/#respond Sat, 14 Oct 2023 07:07:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43599
Read Time:1 Minute, 45 Second

Putatan : Sebanyak empat pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah yang sudah dimulakan sebelum ini dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 16 pakej kerja projek LPB Sabah.

Antara pakej yang sudah dimulakan ialah Pakej Kerja (WP) lima di Papar, WP 15 di Tawau, WP 27 di Sandakan dan WP 21 di Lahad Datu Bypass.

“Bagi WP 21, ianya dijadual siap pada akhir tahun ini, manakala tiga pakej lain sudah siap dan dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna jalan raya ketika ini.

“Setakat ini hanya 15 pakej projek Lebuhraya Pan Broneo Sabah yang sudah dimulakan dengan tiga daripadanya sudah siap iaitu di Papar, Tawau dan Batu 32 Sandakan – Kinabatangan, manakala satu lagi iaitu Lahad Datu Bypass dijangka siap akhir tahun ini.

“Baki pakej kerja yang sedang dilaksanakan ketika ini ada yang dijangka siap pada akhir 2025 dan ada juga yang dijangka siap pada 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan program Hari Sukan Negara peringkat Pantai Barat Sabah, di sini, hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelaksanaan LPB Sabah dalam Belanjawan 2024.

Perdana Menteri semalam mengumumkan proses tender bagi 19 pakej kerja Fasa 1b untuk lebuh raya berkenaan akan diselesaikan bulan depan.

Pakej kerja berkenaan membabitkan jajaran sepanjang 366 kilometer dengan kos sebanyak RM15.7 bilion.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, dokumen tender bagi pelaksanaan 19 pakej itu sudah disediakan, manakala makmal pengurusan nilai juga selesai dilengkapkan.

“Kita menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan berharap 19 pakej itu dapat dilaksanakan. Untuk makluman, semua pakej itu sudah tersedia, dokumen tender juga tersedia dan makmal pengurusan nilai sudah dilengkapkan baru-baru ini,” katanya.

Secara keseluruhan, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi sebanyak 35 pakej kerja dalam Fasa Satu, dengan 16 daripadanya iaitu Fasa 1a sudah dimulakan, manakala baki 19 pakej dalam Fasa 1b belum bermula.

Panjang jajaran dalam semua pakej kerja itu dianggarkan 706 kilometer. Berbeza dengan Sarawak, keseluruhan projek LPB di negeri jiran itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/14/empat-pakej-lpb-sabah-siap-menjelang-akhir-tahun/feed/ 0 43599