panas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Sep 2026 05:55:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png panas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Indeks UV Kota Kinabalu capai tahap ekstrem https://sabahmedia.com/2026/09/06/indeks-uv-kota-kinabalu-capai-tahap-ekstrem/ https://sabahmedia.com/2026/09/06/indeks-uv-kota-kinabalu-capai-tahap-ekstrem/#respond Sun, 06 Sep 2026 05:51:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102911
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU :  Orang ramai di sekitar Kota Kinabalu dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan peningkatan Indeks Sinaran Ultraviolet (UV) yang mencapai tahap ekstrem hari ini.

Berdasarkan bacaan Stesen Pemantauan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kota Kinabalu, indeks UV meningkat daripada tahap sederhana pada sebelah pagi sebelum melonjak ke tahap tinggi dan seterusnya sangat tinggi menjelang tengah hari.

Bacaan sekitar jam 9 hingga 10 pagi menunjukkan indeks UV berada pada skala antara enam hingga tujuh, sebelum meningkat kepada tahap sangat tinggi dengan bacaan mencecah 10 sekitar jam 11 pagi.

Bacaan tertinggi kemudian direkodkan sekitar jam 1 petang apabila indeks UV melebihi 11, sekali gus memasuki kategori Ekstrem.

Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV pada tahap tinggi dan ekstrem boleh meningkatkan risiko selaran matahari, kerosakan mata serta masalah kesihatan kulit dalam jangka panjang.

Sehubungan itu, orang ramai, khususnya mereka yang melakukan aktiviti luar, dinasihatkan supaya mengehadkan pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari, terutama antara jam 11 pagi hingga 3 petang.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30, memakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan UV serta topi bertepi lebar ketika berada di luar.

Selain itu, pemakaian pakaian berlengan panjang, longgar dan diperbuat daripada fabrik yang mempunyai tenunan rapat turut disarankan bagi membantu mengurangkan pendedahan kulit kepada sinaran UV.

Orang ramai juga perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang hari bagi mengelakkan dehidrasi dan mengurangkan risiko masalah berkaitan cuaca panas.

Langkah-langkah pencegahan ini penting terutama bagi kanak-kanak, warga emas serta individu yang perlu berada di luar dalam tempoh yang panjang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/06/indeks-uv-kota-kinabalu-capai-tahap-ekstrem/feed/ 0 102911
Kota Kinabalu catat indeks UV sangat tinggi, cecah 11.4 https://sabahmedia.com/2026/08/26/kota-kinabalu-catat-indeks-uv-sangat-tinggi-cecah-11-4/ https://sabahmedia.com/2026/08/26/kota-kinabalu-catat-indeks-uv-sangat-tinggi-cecah-11-4/#respond Wed, 26 Aug 2026 05:47:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102268
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Indeks sinaran ultraungu (UV) di Kota Kinabalu mencapai tahap sangat tinggi atau ekstrem dengan bacaan mencecah 11.4 di sini pada Rabu. 

Berdasarkan carta pemantauan stesen Brewer, bacaan indeks UV di Kota Kinabalu meningkat secara berperingkat sejak awal pagi sebelum mencapai paras sangat tinggi menjelang tengah hari.

Bacaan sekitar jam 7 pagi masih berada pada tahap rendah sebelum meningkat kepada tahap sederhana sekitar jam 8 hingga 9 pagi.

Indeks UV kemudian terus meningkat dan memasuki tahap tinggi sebelum mencecah paras 10 sekitar jam 10.30 pagi.

Ia seterusnya mencapai bacaan sekitar 11.4, meletakkan Kota Kinabalu dalam kategori sangat tinggi.

Keadaan itu menunjukkan pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan pada tempoh berkenaan memerlukan langkah perlindungan, khususnya bagi mereka yang melakukan aktiviti di kawasan terbuka.

Berdasarkan klasifikasi indeks UV dalam carta, bacaan antara enam hingga tujuh berada pada tahap tinggi, manakala bacaan lapan hingga 10 dikategorikan sebagai sangat tinggi.

Bacaan 11 dan ke atas pula menunjukkan tahap ekstrem, sekali gus menggambarkan risiko pendedahan kepada sinaran UV yang semakin meningkat apabila matahari berada pada kedudukan lebih tinggi.

Selain Kota Kinabalu, beberapa lokasi lain yang dipantau turut merekodkan indeks UV tinggi hingga sangat tinggi.

Orang ramai di Kota Kinabalu khususnya dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti luar pada waktu indeks UV berada pada tahap tinggi dan sangat tinggi.

Antara langkah perlindungan yang boleh diambil termasuk mengurangkan tempoh berada di bawah cahaya matahari secara langsung, menggunakan payung atau topi serta memakai pakaian yang dapat melindungi kulit.

Individu yang bekerja atau melakukan aktiviti fizikal di kawasan terbuka juga disaran merancang aktiviti pada waktu yang kurang terdedah kepada sinaran matahari.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/26/kota-kinabalu-catat-indeks-uv-sangat-tinggi-cecah-11-4/feed/ 0 102268
Lima kawasan Sabah berada pada Tahap Berjaga-Jaga cuaca panas https://sabahmedia.com/2026/08/24/lima-kawasan-sabah-berada-pada-tahap-berjaga-jaga-cuaca-panas/ https://sabahmedia.com/2026/08/24/lima-kawasan-sabah-berada-pada-tahap-berjaga-jaga-cuaca-panas/#respond Mon, 24 Aug 2026 09:46:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102196
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Lima kawasan di Sabah kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) susulan peningkatan suhu maksimum harian yang direkodkan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terbabit ialah Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran.

Tahap 1 atau Berjaga-Jaga ditetapkan apabila suhu maksimum harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Secara keseluruhan, enam belas kawasan di seluruh negara kini berada pada tahap berkenaan, dengan 10 kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.

Di Semenanjung, kawasan yang direkodkan berada pada Tahap 1 ialah Larut dan Matang, Kuala Kangsar, Kampar dan Batang Padang di Perak; Kuala Krai di Kelantan; serta Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan di Pahang dan Gombak di Selangor.

Sementara itu, Marudi merupakan satu-satunya kawasan di Sarawak yang berada pada Tahap 1.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berada di kawasan yang mengalami peningkatan suhu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/24/lima-kawasan-sabah-berada-pada-tahap-berjaga-jaga-cuaca-panas/feed/ 0 102196
MetMalaysia tingkat kesiapsiagaan, pantau perkembangan El Nino https://sabahmedia.com/2026/06/14/metmalaysia-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-perkembangan-el-nino/ https://sabahmedia.com/2026/06/14/metmalaysia-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-perkembangan-el-nino/#respond Sun, 14 Jun 2026 11:29:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98221
Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang memantau rapi perkembangan fenomena El Nino yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam masa terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal 2027.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata fenomena itu dijangka menyebabkan cuaca lebih panas dan kering daripada biasa, khususnya sepanjang Monsun Barat Daya yang bermula pada14 Mei dan dijangka berterusan sehingga September tahun ini. 

Beliau berkata keadaan itu berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan, meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta jerebu.

“Sebagai langkah kesiapsiagaan, MetMalaysia telah memperkukuh penyampaian maklumat cuaca dan amaran awal kepada kerajaan, agensi berkaitan serta orang ramai,” katanya. 

Mohd Hisham berkata sehingga Jun 2026, MetMalaysia telah melaksanakan lebih 70 sesi taklimat, mesyuarat serta program libat urus berkaitan cuaca panas dan kering pada peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.

Beliau berkata antara sesi utama telah dilaksanakan ialah taklimat kepada Kementerian Ekonomi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Jabatan Pertanian Malaysia serta pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah di seluruh negara.

“MetMalaysia juga menyediakan ramalan risiko kebakaran hutan dan tanah gambut sehingga tujuh hari ke hadapan, mengeluarkan ramalan jerebu serta bersedia membantu pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) jika diperlukan dan keadaan cuaca mengizinkan.

“MetMalaysia akan terus komited menyediakan maklumat cuaca yang tepat pada masanya bagi membantu negara membuat persediaan awal menghadapi sebarang risiko cuaca ekstrem,” katanya. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan laman sesawang rasmi MetMalaysia selain menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/14/metmalaysia-tingkat-kesiapsiagaan-pantau-perkembangan-el-nino/feed/ 0 98221
Monsun barat daya bermula hari ini, berterusan hingga September https://sabahmedia.com/2026/05/14/monsun-barat-daya-bermula-hari-ini-berterusan-hingga-september/ https://sabahmedia.com/2026/05/14/monsun-barat-daya-bermula-hari-ini-berterusan-hingga-september/#respond Wed, 13 May 2026 22:30:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96620
Read Time:1 Minute, 13 Second

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan musim Monsun Barat Daya dijangka akan bermula hari ini dan akan berterusan sehingga September depan.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, berkata musim berkenaan berlaku apabila angin mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, kadar kelembapan udara lazimnya lebih rendah, sekali gus menyebabkan pembentukan awan hujan berkurangan di kebanyakan kawasan.

“Negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain, dengan bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding hari hujan,” katanya dalam kenyataan media.

Bagaimanapun, katanya, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, khususnya pada awal pagi.

Menurutnya, keadaan itu berpunca daripada fenomena garis badai, iaitu barisan ribut petir yang terbentuk di perairan Selat Melaka dan timur Laut China Selatan sebelum bergerak ke daratan.

“Semasa kemuncak Monsun Barat Daya antara Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan pembakaran terbuka bagi menghindari pencemaran udara dan bencana jerebu.

“Selain itu, masyarakat juga digalakkan menggunakan air secara berhemah memandangkan taburan hujan dijangka berkurangan sepanjang musim tersebut,” katanya.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/14/monsun-barat-daya-bermula-hari-ini-berterusan-hingga-september/feed/ 0 96620
Tenom daerah terbaharu alami cuaca panas tahap berjaga-jaga https://sabahmedia.com/2026/05/02/tenom-daerah-terbaharu-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/ https://sabahmedia.com/2026/05/02/tenom-daerah-terbaharu-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/#respond Fri, 01 May 2026 22:45:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95945
Read Time:54 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Daerah Tenom menjadi kawasan terbaharu dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Sebelum ini, dua daerah lain di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid turut dilaporkan mengalami cuaca sama menjadi tiga daerah di negeri ini mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga..

Selain Sabah, beberapa kawasan lain di Semenanjung turut dilaporkan mengalami cuaca sama.

“Terdapat tiga kawasan di Sabah berada pada tahap satu berjaga-jaga iaitu Beaufort, Tenom dan Telupid.

“Terdapat 15 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Sik, Pokok Sena & Padang Terap) Kedah, (Hulu Perak) Perak, (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh & Machang) Kelantan dan (Gombak) Selangor,” menurut kenyataan itu di sini.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/02/tenom-daerah-terbaharu-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga/feed/ 0 95945
Beaufort alami cuaca panas tahap berjaga-jaga https://sabahmedia.com/2026/04/25/beaufort-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga-2/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/beaufort-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga-2/#respond Sat, 25 Apr 2026 09:39:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95536
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Daerah Beaufort dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Sabah, beberapa kawasan lain di Semenanjung turut dilaporkan mengalami cuaca sama sejak semalam.

“Terdapat satu kawasan di Sabah iaitu Beaufort dan dua di Sarawak iaitu Limbang dan Marudi di laporan berada pada Tahap Satu (Berjaga-Jaga).

“Selain itu, terdapat 13 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Sik (Kedah), Kuala Kangsar dan Hulu Perak (Perak), Termerloh dan Jerantut (Pahang) dan Machang, Pasir Mas dan Jeli (Kelantan),” menurut kenyataan itu di sini pada Sabtu.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/beaufort-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga-2/feed/ 0 95536
Gelombang haba: Orang ramai perlu had masa di luar bangunan, banyak minum air kosong – KKM https://sabahmedia.com/2026/03/29/gelombang-haba-orang-ramai-perlu-had-masa-di-luar-bangunan-banyak-minum-air-kosong-kkm/ https://sabahmedia.com/2026/03/29/gelombang-haba-orang-ramai-perlu-had-masa-di-luar-bangunan-banyak-minum-air-kosong-kkm/#respond Sun, 29 Mar 2026 01:47:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93957
Read Time:1 Minute, 5 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai untuk mengehadkan masa di luar bangunan serta mengurangkan aktiviti fizikal luar sebagai langkah utama melindungi diri daripada risiko kesihatan sepanjang musim gelombang haba.

Dalam kenyataan pada Sabtu, KKM turut menggariskan lima lagi panduan, iaitu memastikan tubuh kekal terhidrat dengan meminum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.

Selain itu, orang ramai diingatkan agar tidak duduk di dalam kenderaan yang diparkir serta tidak meninggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan bagi mengelakkan risiko kesihatan serius.

KKM juga menyarankan penggunaan kipas atau penyaman udara untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas.

“Orang ramai digalakkan memakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang serta menggunakan topi atau payung bagi melindungi diri daripada pendedahan terus kepada sinaran matahari,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan kesemua enam panduan tersebut terkandung dalam video berdurasi satu minit tiga saat yang dimuat naik di platform media sosial rasmi kementerian, iaitu X, Facebook, Instagram dan TikTok.

Menurut kementerian itu, gelombang haba merupakan tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca panas.

“Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut,” menurut KKM.

KKM turut menasihati orang awam untuk mengikuti arahan pihak berkuasa dan mendapatkan perkembangan cuaca semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/29/gelombang-haba-orang-ramai-perlu-had-masa-di-luar-bangunan-banyak-minum-air-kosong-kkm/feed/ 0 93957
Cuaca panas landa Pitas dan Tenom, suhu cecah 37 darjah celcius https://sabahmedia.com/2025/08/04/cuaca-panas-landa-pitas-dan-tenom-suhu-cecah-37-darjah-celcius/ https://sabahmedia.com/2025/08/04/cuaca-panas-landa-pitas-dan-tenom-suhu-cecah-37-darjah-celcius/#respond Sun, 03 Aug 2025 22:27:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78517
Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Dua daerah di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, daerah yang terlibat adalah Pitas dan Tenom.

Selain Sabah, terdapat tiga kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Baling (Kedah), Selama (Perak), dan Temerloh (Pahang)

“Bagi kawasan di Sarawak, hanya satu kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Limbang,” menurut kenyataan itu di sini.

Kawasan yang mengalami cuaca panas Tahap Satu itu direkodkan setakat jam 6 pagi  pada Isnin

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/04/cuaca-panas-landa-pitas-dan-tenom-suhu-cecah-37-darjah-celcius/feed/ 0 78517
Suhu panas meningkat beri kesan Sistem Grid Elektrik – Adrian https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/ https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/#respond Tue, 27 Feb 2024 04:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50175
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Cuaca panas yang melanda negeri Sabah sejak akhir-akhir ini dijangka akan mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat.

Menurut Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Adrian Leo Mosigil (gambar), keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskannya.

Katanya, pada ketika ini, permintaan tenaga tertinggi yang pernah direkodkan pada waktu puncak adalah 1090.73 MegaWatt (MW) sementara itu, pada keadaan biasa kapasiti penjanaan keseluruhan pula adalah sekitar 1,300MW.

“Antara punca utama penurunan kapasiti penjanaan ini adalah berikutan salah sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis, Papar yang terpaksa menutup sementara sebahagian operasinya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pada set tarbin gasnya dapat dilaksanakan dengan lebih selamat.

“Selain itu, margin simpanan tenaga yang amat kecil iaitu pada kadar 12 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga keseluruhan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga menjadikan SESB lebih berhati-hati dalam menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/feed/ 0 50175