Pangi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 14 May 2025 07:34:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pangi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Stesen Janakuasa Hidroelektrik Tenom Pangi kembali beroperasi pada kapasiti penuh https://sabahmedia.com/2025/05/14/stesen-janakuasa-hidroelektrik-tenom-pangi-kembali-beroperasi-pada-kapasiti-penuh/ https://sabahmedia.com/2025/05/14/stesen-janakuasa-hidroelektrik-tenom-pangi-kembali-beroperasi-pada-kapasiti-penuh/#respond Wed, 14 May 2025 06:56:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73792
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Hanafi Mohd Ali, Normimie Diun

Foto/Video: Sabah Media/Yusof Mohamad, Mohd Zainal Zamzuri

TENOM: Selepas lebih dua tahun tergendala akibat tragedi banjir besar dan tanah runtuh pada 31 Oktober 2022, Stesen Janakuasa Hidroelektrik Tenom Pangi (SJHTP) kini kembali beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti maksimum 66 megawatt (MW).

Shahelmey (kiri) menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran pengoperasian semula dengan penuh kapasiti 66 MW Stesen Janakuasa Hidroelektrik Tenom Pangi sambil diperhati Madius, Mohd Yaakob dan tetamu jemputan lain di SJHTP di sini, hari ini.

Majlis perasmian pengoperasian semula stesen tersebut hari ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, yang turut mengimbas semula perjalanan pemulihan yang mencabar sejak insiden itu berlaku.

Tiga buah turbin di SJHTP mula beroperasi penuh hari ini.

Menurut beliau, pembaikan stesen ini dimulakan sejurus selepas kejadian, dengan kerjasama erat dengan vendor-vendor yang terlibat yang membantu dalam membaik pulih stesen tersebut.

“Pada penghujung tahun 2024, satu daripada tiga turbin berjaya diaktifkan, dan menjelang April 2025, ketiga-tiganya telah kembali beroperasi penuh.

“Dengan pengoperasian semula sepenuhnya stesen ini, sebanyak 66 MW tenaga hidroelektrik kini boleh disalurkan ke Grid Sabah. Ini dijangka dapat menstabilkan bekalan elektrik, khususnya di pantai barat negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Semula SJHTP dan Sambutan Ulang Tahun ke-40 stesen tersebut disini, hari ini.

Shahelmey turut memaklumkan kadar jidar simpanan tenaga (reserve margin) di Sabah kini berada pada paras 12.4 peratus dan disasarkan melebihi 20 peratus menjelang Julai tahun ini.

“ Sasaran jangka panjang pula ialah mencapai 30 peratus menjelang tahun 2030,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bekalan elektrik di Sabah bukan hanya bergantung kepada hidroelektrik dan loji janakuasa konvensional berasaskan gas atau diesel, tetapi turut memberi penekanan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin.

“Sabah kini dalam landasan untuk merealisasikan pelan Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE-RAMP 2040) melalui pelbagai inisiatif.

“Kita kini mempunyai kapasiti penjanaan mencecah 1,200 MW. Ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/14/stesen-janakuasa-hidroelektrik-tenom-pangi-kembali-beroperasi-pada-kapasiti-penuh/feed/ 0 73792
Pelepasan Air Sungai Hidro Pangi Bukan Penyebab Banjir Di Beaufort, Tenom https://sabahmedia.com/2022/01/06/pelepasan-air-sungai-hidro-pangi-bukan-penyebab-banjir-di-beaufort-tenom/ https://sabahmedia.com/2022/01/06/pelepasan-air-sungai-hidro-pangi-bukan-penyebab-banjir-di-beaufort-tenom/#respond Thu, 06 Jan 2022 02:27:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10755
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Pelepasan air melalui Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bukan penyebab berlaku banjir di daerah Beaufort dan Tenom.

Malah stesen itu telah direka berkonsepkan penggunaan aliran sungai (Run-of-River- Scheme) untuk menjana tenaga elektrik dan tidak melalui sistem empangan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, stesen itu beroperasi menggunakan kaedah mengalihkan aliran air sungai menerusi terowong sehingga ke tarbin hidro di stesen janakuasa.

“Ia adalah bagi tujuan pengoperasian stesen dan jumlah air yang dialihkan tersebut adalah sama dengan jumlah air yang dilepaskan semula ke sungai,” katanya.

Video tular di media sosial

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah video yang tular kononnya empangan Pangi dibuka pada 4 Januari lalu menyebabkan akan berlaku banjir di Beaufort.

Abdul Nasser berkata, Diverson Water Gate (DGW) yang menyerupai sebuah empangan dibina di stesen tersebut adalah merupakan struktur pagar direka untuk mengalihkan laluan air sungai untuk penjanaan tenaga elektrik.

Akan tetapi katanya, apabila paras air sungai meningkat dan aliran sungai berlebihan maka pihak SESB akan membuka DWG tersebut dan melepaskan lebihan air secara semula jadi ke sungai.

“DWG ini akan dibuka secara berperingkat bagi pengaliran masuk air ke sungai dan pihak SESB juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pemakluman pembukaan pintu pagar DWG tersebut.

“SESB berharap kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan sebenar dan ingin memberi jaminan bahawa keselamatan semua pihak adalah merupakan keutamaan SESB di dalam pengoperasian Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi yang telah beroperasi sejak 1980an lagi dan telah berjaya memanfaatkan sumber tenaga lestari untuk membekalkan tenaga elektrik ke Grid Sabah,”katanya.

Dalam pada itu, beliau memberikan nasihat kepada penduduk daerah Beaufort dan Tenom untuk menghubungi SESB melalui SESB Careline 15454 atau 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsap 019- 852 5427 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan bekalan ketika musim banjir melanda daerah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/06/pelepasan-air-sungai-hidro-pangi-bukan-penyebab-banjir-di-beaufort-tenom/feed/ 0 10755
JKNS Sediakan Troli Pemeriksaan Tambahan Untuk Kemudahan Penduduk Pangi dan Rayoh – Robert https://sabahmedia.com/2021/07/03/jkns-sediakan-troli-pemeriksaan-tambahan-untuk-kemudahan-penduduk-pangi-dan-rayoh-robert/ https://sabahmedia.com/2021/07/03/jkns-sediakan-troli-pemeriksaan-tambahan-untuk-kemudahan-penduduk-pangi-dan-rayoh-robert/#respond Sat, 03 Jul 2021 10:09:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2450
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik meminta Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) supaya menyediakan lebih banyak Troli Pemeriksaan (IT) untuk kemudahan penduduk Kampung Pangi dan Rayoh di Tenom.

“Troli Pemeriksaan tambahan akan membantu meringankan beban penduduk kampung yang bergantung pada keretapi untuk pergi ke sekolah, berniaga dan bekerja,” katanya.

Semasa lawatan kerja ke stesen keretapi di Tenom dan Pangi pada Jumaat, Robert meminta penggunaan mesin penyelenggaraan Suria Capital Engineering Services (SCES) untuk membantu penduduk, serta perancangan logistik untuk mengangkut bahan binaan dan pekerja ke tempat kerja.

Pada Mei lalu, banjir besar menyebabkan kerosakan teruk dan tanah runtuh di KM114 di Rayoh dan KM124 serta KM130 landasan keretapi Pangi.

Menurutnya, kerosakan pada landasan keretapi mengakibatkan penutupan sementara perkhidmatan untuk laluan Tenom-Pangi dan Rayoh.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin merangkap Menteri Kerja Raya ada menyatakan, bahawa Jabatan Keretapi Negeri masing-masing telah menyediakan ‘troli pemeriksaan’ (IT) di Rayoh dan Pangi sebagai pengganti perkhidmatan keretapi.

“Ini kerana hanya troli pemeriksaan yang dapat melalui kawasan trek yang rosak, yang mana penduduk kampung akan menaiki troli ke KM135 sebelum menaiki Diesel Multi Unit (DMU) ke Tenom,”katanya.

Bung Moktar mengatakan bahawa kapasiti maksimum troli adalah lapan orang dan tersedia sepanjang masa sekiranya berlaku kes kecemasan.

“Jabatan Keretapi negeri berusaha untuk meningkatkan jumlah troli di kawasan yang terjejas dan sekiranya berlaku kecemasan, orang ramai di sana dapat menghubungi jabatan itu untuk mendapatkan bantuan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Robert menaiki IT ke lokasi di mana tanah runtuh berlaku sebelum menuju ke stesen Pangi untuk bertemu dengan penduduk di sana dan membincangkan masalah yang mereka hadapi kerana penangguhan perkhidmatan keretapi.

Beliau berpuashati dengan langkah-langkah pemulihan yang diambil oleh Jabatan Keretapi Negeri untuk meringankan beban penduduk kampung.

Di antara langkah-langkah yang diambil adalah dengan melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan, melaksanakan langkah-langkah sementara untuk memastikan perkhidmatan keretapi disambung secepat mungkin dan menyediakan IT agar penduduk kampung dapat membawa hasil pertanian mereka ke pasar.

“Untuk tujuan ini, Jabatan Keretapi Negeri bersetuju untuk menambah jumlah IT sementara SCES bersetuju untuk membantu dengan menggunakan mesin mereka untuk mengangkut hasil pertanian penduduk kampung sekurang-kurangnya dua kali seminggu sesuai permintaan mereka,” kata Robert.

Robert juga menggesa Pihak Berkuasa Tempatan dan polis di Tenom untuk membantu Jabatan Keretapi Negeri supaya kerja-kerja pembaikan dapat disegerakan.

Beliau juga mendesak penduduk kampung di daerah yang terlibat untuk membatasi pergerakan mereka keluar dari kampung dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk mengelak penularan virus Covid-19.

Turut hadir semasa lawatan kerja itu Pengarah Jabatan Keretapi Negeri, Leonard Poyong, pegawai-pegawai jabatan serta wakil dari Pejabat Daerah Tenom, polis daerah dan pemimpin masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/03/jkns-sediakan-troli-pemeriksaan-tambahan-untuk-kemudahan-penduduk-pangi-dan-rayoh-robert/feed/ 0 2450