Panglima tentera darat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 Dec 2023 00:47:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Panglima tentera darat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Juhar terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat https://sabahmedia.com/2023/12/30/tun-juhar-terima-kunjungan-hormat-panglima-tentera-darat/ https://sabahmedia.com/2023/12/30/tun-juhar-terima-kunjungan-hormat-panglima-tentera-darat/#respond Sat, 30 Dec 2023 00:47:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47299
Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin semalam menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan. 

Hafizuddeain mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bermula 27 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024. 

Beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Darat berkuatkuasa 6 September lepas menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman. 

Sebelum ini, Hafizuddeain pernah bertugas di Negeri Bawah Bayu selaku Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia.

Turut menyertai kunjungan di Istana Seri Kinabalu tersebut ialah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/30/tun-juhar-terima-kunjungan-hormat-panglima-tentera-darat/feed/ 0 47299