Pantai Manis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Jul 2026 02:17:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pantai Manis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Jalan Kampung Buang Sayang rosak teruk, penduduk berdepan risiko keselamatan https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-jalan-kampung-buang-sayang-rosak-teruk-penduduk-berdepan-risiko-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-jalan-kampung-buang-sayang-rosak-teruk-penduduk-berdepan-risiko-keselamatan/#respond Tue, 21 Jul 2026 02:16:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100232
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Keadaan jalan raya yang rosak teruk di Kampung Buang Sayang, Papar, terus menimbulkan kebimbangan apabila didakwa mengancam keselamatan penduduk selain menjejaskan kelancaran pergerakan harian masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra, berkata isu jalan raya merupakan antara aduan paling tinggi, kronik dan kerap diterima daripada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, keadaan jalan kampung kini amat menyedihkan apabila dipenuhi lubang besar, permukaan tidak rata serta struktur tar yang telah pecah sepenuhnya di beberapa lokasi.

“Apabila hujan lebat, jalan yang rosak bertukar menjadi laluan berlumpur sehingga menyukarkan pergerakan penduduk dan meningkatkan risiko kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan Tambahan 2026 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 di Bangunan DUN Sabah, di sini pada Isnin.

Saifuddin berkata, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada kenderaan yang digunakan penduduk setiap hari, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya, khususnya murid sekolah yang menaiki bas setiap hari.

Katanya, laluan yang rosak juga boleh melambatkan pergerakan kenderaan kecemasan seperti ambulans dan jentera bomba sekiranya berlaku insiden yang memerlukan tindakan segera.

“Risiko keselamatan di sini amat tinggi. Bukan sahaja mengakibatkan kerosakan kenderaan harian penduduk, malah membahayakan nyawa anak-anak kita yang menaiki bas sekolah serta menyukarkan laluan kecemasan,” katanya.

Mengulas punca kelewatan kerja pembaikan, beliau berkata kekurangan peruntukan yang diterima pihak berkuasa tempatan menjadi antara faktor utama yang menyebabkan kerja naik taraf tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Selain itu, beliau menjelaskan terdapat kekeliruan mengenai status jalan yang berada di bawah seliaan Majlis Daerah Papar dan Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan, sekali gus menjejaskan tindakan pembaikan apabila berlaku kerosakan.

Menurutnya, Majlis Daerah tidak mempunyai kuasa menggunakan dana tempatan untuk membaiki Jalan JKR Persekutuan, manakala proses mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan pula mengambil masa yang panjang sehingga menyebabkan jalan rosak terus dibiarkan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kementerian berkaitan menjalankan audit fizikal terhadap semua jalan yang rosak di Parlimen Papar bagi mengenal pasti tahap kerosakan serta jumlah sebenar jalan yang memerlukan penurapan semula.

Beliau turut meminta kerajaan mempertimbangkan penambahan peruntukan khusus kepada DUN Pantai Manis bagi membolehkan kerja menaik taraf jalan kampung, pembaikan jalan yang runtuh serta penyelenggaraan berkala dilaksanakan secara lebih sistematik demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-jalan-kampung-buang-sayang-rosak-teruk-penduduk-berdepan-risiko-keselamatan/feed/ 0 100232
Kerajaan digesa tangani pencerobohan nelayan pukat tunda di Pantai Manis – Pengiran Saifuddin https://sabahmedia.com/2025/12/15/kerajaan-digesa-tangani-pencerobohan-nelayan-pukat-tunda-di-pantai-manis-pengiran-saifuddin/ https://sabahmedia.com/2025/12/15/kerajaan-digesa-tangani-pencerobohan-nelayan-pukat-tunda-di-pantai-manis-pengiran-saifuddin/#respond Mon, 15 Dec 2025 08:04:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88312
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri digesa memberi perhatian serius terhadap isu pencerobohan nelayan pukat tunda di perairan Pantai Manis yang berlarutan dan menjejaskan sumber rezeki nelayan pesisir, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

Beliau berkata, Pantai Manis merupakan kawasan strategik di pesisir Pantai Barat Sabah yang aktif dengan pelbagai aktiviti ekonomi, khususnya sektor perikanan yang menjadi sumber pendapatan utama sebahagian besar penduduk setempat.

Menurutnya, sektor perikanan bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan isi rumah nelayan, malah memainkan peranan penting dalam rantaian keselamatan makanan negeri Sabah, khususnya dari segi kestabilan bekalan dan harga ikan di pasaran tempatan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Pengiran Saifuddin menarik perhatian Dewan terhadap isu pencerobohan nelayan pukat tunda di perairan Pantai Manis yang masih berterusan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan nelayan pesisir.

Katanya, pencerobohan tersebut bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan kecil, malah memberi kesan negatif terhadap kelestarian sumber marin serta ekosistem laut untuk jangka panjang.

“Nelayan pesisir yang bergantung sepenuhnya kepada zon perairan cetek sering menjadi pihak paling terkesan akibat persaingan yang tidak seimbang ini,” katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa maritim dapat mempertingkatkan penguatkuasaan secara berterusan dan konsisten, termasuk rondaan berkala serta tindakan tegas terhadap pencerobohan, bagi memastikan nelayan pesisir dapat menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan lebih selamat dan terjamin.

Dalam pada itu, beliau berkata statistik Jabatan Perikanan Sabah menunjukkan sebahagian besar pengeluaran hasil perikanan negeri datang daripada sektor perikanan pesisir yang menyumbang secara langsung kepada kestabilan bekalan dan harga ikan di pasaran tempatan.

Berhubung perkara itu, beliau menyambut baik peruntukan sebanyak RM48.26 juta kepada Jabatan Perikanan Sabah dan RM25.11 juta kepada Lembaga Kemajuan Perikanan Nelayan Sabah (KONELAYAN) di bawah Belanjawan Negeri Sabah 2026.

Katanya, peruntukan berkenaan membuka peluang besar kepada Kerajaan Negeri untuk memperkukuh ekosistem perikanan secara menyeluruh, termasuk menaik taraf kemudahan asas seperti jeti pendaratan ikan, pusat pengumpulan hasil, kemudahan penyimpanan sejuk serta pelaksanaan program pemodenan nelayan.

Beliau berharap pelaksanaan peruntukan itu mengambil pendekatan berpaksikan keperluan sebenar nelayan di lapangan, khususnya di Pantai Manis, agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh komuniti nelayan kecil dan pesisir.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/15/kerajaan-digesa-tangani-pencerobohan-nelayan-pukat-tunda-di-pantai-manis-pengiran-saifuddin/feed/ 0 88312
Pangiran Saifuddin komited bantu usahawan, pekerja ekonomi gig di Pantai Manis https://sabahmedia.com/2025/11/28/pangiran-saifuddin-komited-bantu-usahawan-pekerja-ekonomi-gig-di-pantai-manis/ https://sabahmedia.com/2025/11/28/pangiran-saifuddin-komited-bantu-usahawan-pekerja-ekonomi-gig-di-pantai-manis/#respond Fri, 28 Nov 2025 11:57:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87321
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Rhea Dharmin

PAPAR: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Datuk Pangiran Saifuddin Pangiran Tahir Petra komited untuk mengetengahkan golongan usahawan kecil-kecilan sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17.

Menurutnya, bidang keusahawanan dan ekonomi gig di Papar termasuk kawasan Pantai Manis membangun dengan pesat dan berpotensi besar untuk berkembang maju.

“Saya rasa di Papar ini, bidang keusahawanan agak meriah dan banyak produk hebat (yang dihasilkan dan dijual).

“Golongan usahawan ini walaupun perniagaan mereka (berskala) kecil tapi mereka ini ada kerja sepenuh masa. Peniaga yang berniaga di tamu itu bekerja sepenuh masa, yang menjual kuih juga bekerja sepenuh masa.

“Jadi bagaimana kita dapat menolong dan mengangkat prestasi mereka, salah satunya adalah dengan (memiliki) prasarana yang baik .. misalnya gerai dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Jelajah Rumah Kita, Kita Jaga GRS DUN Pantai Manis bertempat di perkarangan Kediaman Sri Rimbawang Kampung Sungai Padang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya juga komited untuk membantu pekerja ekonomi gig yang majoritinya terdiri daripada golongan belia.

“Jangan lupa sekarang ini ramai anak muda juga yang melibatkan diri dalam ekonomi gig dan perniagaan secara atas talian.

“Jadi kalau dapat dirancang bagaimana kita memberi prasarana yang baik sedikit. Contohnya pekerja ekonomi gig (e-hailing) yang menggunakan motosikal (untuk melakukan penghantaran makanan atau barangan), sekiranya ada tempat selesa disediakan, mereka dapat berkumpul (untuk berehat),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/28/pangiran-saifuddin-komited-bantu-usahawan-pekerja-ekonomi-gig-di-pantai-manis/feed/ 0 87321
PRN17 Sabah: Armizan sah tidak bertanding, harap rakyat Pantai Manis sokong calon GRS https://sabahmedia.com/2025/09/13/prn17-sabah-armizan-sah-tidak-bertanding-harap-rakyat-pantai-manis-sokong-calon-grs/ https://sabahmedia.com/2025/09/13/prn17-sabah-armizan-sah-tidak-bertanding-harap-rakyat-pantai-manis-sokong-calon-grs/#respond Sat, 13 Sep 2025 08:06:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81143
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang kerana mahu memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai anggota pentadbiran di peringkat Persekutuan.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, beliau lebih selesa sekiranya kawasan Pantai Manis diwakili oleh seorang wakil rakyat daripada GRS yang boleh bekerjasama rapat dengannya.

“Saya sudah sebut sebelum ini bahawa saya tidak akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana masa saya banyak tertumpu kepada tugasan sebagai menteri persekutuan. Untuk kawasan sekarang pun saya struggle setiap minggu ambil masa.

“Jadi, saya gembira sekiranya ada rakan ADUN di Pantai Manis daripada GRS. Kita boleh bekerjasama, dia ada peranan, saya ada peranan, dan Insya-Allah kita dapat berkhidmat lebih baik untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani Dan Advokasi Kepenggunaan di parkir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Takis di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap masyarakat Pantai Manis memberi peluang kepada calon GRS yang akan diumumkan kelak, tanpa mengira sama ada daripada kalangan belia atau berpengalaman.

“Yang penting bukan muda atau dewasa, tetapi panji-panji GRS yang kita bawa bersandarkan rekod pencapaian lima tahun. GRS telah membuktikan kemampuan mengurus negeri dengan baik, walaupun berdepan cabaran politik,” ujarnya.

Menurut Armizan, rekod GRS jelas menunjukkan keupayaan meningkatkan hasil negeri hampir dua kali ganda dalam tempoh lima tahun.

“Ketika kita ambil alih pentadbiran pada 2020, hasil negeri sekitar RM3.5 bilion. Tahun lalu, hasil negeri sudah mencecah RM6.8 bilion, hampir RM7 bilion.

“Adakah itu sudah cukup? Belum. Tetapi ia membuktikan momentum peningkatan hasil wujud dan kita akan terus memacu peningkatan ini untuk pembangunan rakyat sekiranya mandat diberikan,” katanya.

Beliau menegaskan, pentadbiran yang baik perlu diukur daripada keupayaan meningkatkan hasil negeri, bukan hanya retorik atau ucapan berapi-api.

“Rakyat tidak mahu lagi sekadar dengar retorik. Rakyat mahu lihat hasil yang nyata, yang boleh mengubah hidup mereka. Itu tanggungjawab GRS, itu amanah kita,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/13/prn17-sabah-armizan-sah-tidak-bertanding-harap-rakyat-pantai-manis-sokong-calon-grs/feed/ 0 81143
43 ahli Parti Warisan & UMNO keluar parti, sertai Gagasan Rakyat Pantai Manis https://sabahmedia.com/2024/12/10/43-ahli-parti-warisan-umno-keluar-parti-sertai-gagasan-rakyat-pantai-manis/ https://sabahmedia.com/2024/12/10/43-ahli-parti-warisan-umno-keluar-parti-sertai-gagasan-rakyat-pantai-manis/#respond Tue, 10 Dec 2024 01:07:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65133
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Seramai 43 ahli dari parti Warisan dan UMNO diketuai Pg Fuad Pg Razak keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis di sini pada Ahad (8 Dis).

Majlis penyerahan borang keahlian diadakan sempena Program Santai Baurung Urung bersama Pemimpin Gagasan Rakyat Bahagian Pantai Manis di Dewan Terbuka, Kampung Takis dekat sini.

Turut diadakan pada majlis itu penubuhan cawangan Gagasan Rakyat yang baharu di Kg Takis iaitu “Cawangan Seri Takis”.

Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pantai Manis, Datuk Pg Saifuddin Tahir @ Datuk Ngian berkata, sebagai parti tempatan yang memahami kehendak rakyat Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya membawa perubahan yang signifikan di pelbagai peringkat pentadbiran, daripada atasan hingga ke akar umbi.

“Kehadiran parti komponen GRS di peringkat akar umbi tidak hanya memastikan kestabilan politik tetapi juga menjamin kesinambungan pembangunan yang mampan dan menyeluruh.

“Dengan jajaran kepimpinan yang kukuh, GRS terus membuktikan bahawa mereka komited untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, khususnya di kawasan-kawasan strategik seperti Daerah Papar dan Pantai Manis.

“Kekuatan pentadbiran yang diselaraskan dengan aspirasi tempatan menjadikan GRS sebagai parti pilihan rakyat Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Menurut Pg Saifuddin, di Bahagian Pantai Manis sahaja, sebanyak 85 cawangan telah berjaya didaftarkan secara rasmi, dengan lebih 5,000 ahli kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar Parti Gagasan Rakyat Sabah.

“Ini adalah bukti nyata bahawa sokongan terhadap GRS semakin kukuh di kalangan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar yang dahagakan pembangunan dan perhatian,” jelasnya.

Beliau berkata, Papar dan Pantai Manis, sebagai kawasan penting di pantai barat Sabah, memainkan peranan strategik dalam pembangunan ekonomi negeri.

“Dengan pengurusan yang cekap di bawah komponen GRS, kawasan ini terus mendapat perhatian dalam pelbagai aspek, termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, dan keusahawanan contohnya di Papar yang mana pelancongan menjadi salah satu fokus sumber ekonomi di sini, nanti akan ada hotel bertaraf lima bintang yang dalam proses pembuatan sekarang. Selain itu, pelaburan untuk kilang baru SBH Kibing solar akan di bina di Kimanis Papar.

“Melalui pelbagai inisiatif, GRS memastikan setiap lapisan masyarakat, termasuk golongan belia dan wanita, diberi peluang untuk terlibat aktif dalam pembangunan daerah. Ini menunjukkan bahawa GRS tidak hanya memandang kepada pembangunan fizikal, tetapi juga pembangunan modal insan,” ujarnya.

Jelas Pg Saifuddin lagi, kejayaan kerajaan GRS dalam membawa pembaharuan kepada Sabah turut meliputi pelaksanaan dasar-dasar yang inklusif dan proaktif.

“Antara pencapaian penting termasuk pengurusan subsidi, penambahbaikan sistem pengangkutan, serta pelaksanaan program-program pembangunan luar bandar yang komprehensif.

“Di bawah pentadbiran GRS, rakyat Sabah dapat melihat hasil usaha yang nyata, dengan tumpuan khas kepada kawasan-kawasan seperti Pantai Manis yang memerlukan perhatian strategik untuk membangunkan potensi sedia ada.

“Sebagai rakyat Sabah, kita perlu terus memberikan sokongan padu kepada GRS untuk memastikan kestabilan dan kemajuan negeri dapat diteruskan,” katanya.

Majlis turut dihadiri Naib Ketua Bahagian Pantai Manis merangkap Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N29 Pantai Manis, Rahman Latip @ Awang Ameng, Setiausaha Pemuda Gagasan Rakyat Kawang merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Papar, Fairoz Yahya, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Pantai Manis, Mazrah Mahali, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Pantai Manis, Shaza Elfeera dan AJK Pemuda Saufi Amri mewakili Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Pantai Manis Yusry Mohidin, AJK Bahagian, Sayap-Sayap Pemuda, Wanita Dan Beliawanis serta Ahli Gagasan Rakyat Cawangan Seri Takis.

Selain turut dimaklumkan, acara Festival Kompang Papar akan diadakan pada 1 Januari 2025 dan dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.

Program ini anjuran bersama Pejabat UPPM N29 Pantai Manis Dan Pejabat Ahli Parlimen P175 Papar yang menjadi acara tahunan selepas diadakan pada tahun lepas.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/10/43-ahli-parti-warisan-umno-keluar-parti-sertai-gagasan-rakyat-pantai-manis/feed/ 0 65133