Pantas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Aug 2025 03:00:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pantas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 235 penduduk Tempasuk terima geran PANTAS https://sabahmedia.com/2025/08/18/235-penduduk-tempasuk-terima-geran-pantas/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/235-penduduk-tempasuk-terima-geran-pantas/#respond Mon, 18 Aug 2025 03:00:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79524
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Belud : Seramai 235 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk menerima Geran Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Arsad Bistari berkata, penerima terdiri daripada penduduk di tiga buah kampung dalam kawasan DUN Tempasuk.

“Hari ini, kita telah menyerahkan sebanyak 235 geran tanah kepada bakal pemilik di Kampung Botung, Kampuny Tempasuk 2, dan Kampung Botung Kondis yang melibatkan keluasan keseluruhan 221.85 ekar.

“Acara ini menandakan pencapaian penting dalam usaha kerajaan negeri memperkukuh pemilikan tanah masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Geran PANTAS DUN Tempasuk yang diadakan di sini, pada Ahad.

Arsad berkata, penyerahan ini membawa makna besar kerana buat julung kalinya penduduk Tempasuk memperoleh geran tanah sah selepas sekian lama menunggu.

“Pesanan saya kepada penerima, jangan jual tanah ini kerana ia adalah harta pusaka yang boleh diwarisi generasi kedua, ketiga dan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, langkah tersebut dapat membantu masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Dengan adanya geran, penerima boleh memajukan tanah masing-masing dan meningkatkan taraf hidup keluarga mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar penerima melihat penyerahan geran sebagai peluang untuk merancang masa depan agar lebih berdaya saing dan tidak lagi terpinggir.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagi mewakili Ketua Menteri Sabah.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Tanah) Jabatan Tanah dan Ukur, Awang Fauzi Awang Tahir, Pegawai Daerah, Peter Jiton dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Shahril Nizam Shahidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/235-penduduk-tempasuk-terima-geran-pantas/feed/ 0 79524
91 penduduk Kg Togudon bersyukur terima geran tanah di bawah Program PANTAS https://sabahmedia.com/2025/08/06/91-penduduk-kg-togudon-bersyukur-terima-geran-tanah-di-bawah-program-pantas/ https://sabahmedia.com/2025/08/06/91-penduduk-kg-togudon-bersyukur-terima-geran-tanah-di-bawah-program-pantas/#respond Wed, 06 Aug 2025 08:57:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78692
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Seramai 91 penduduk Kampung Togudon di sini meluahkan rasa syukur dan gembira apabila impian mereka untuk memiliki geran tanah akhirnya menjadi kenyataan melalui Program Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS).

Majlis penyerahan geran tanah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah Kampung Togudon di bawah Program PANTAS Jabatan Tanah dan Ukur, yang berlangsung di bangunan premis Tamu Desa Kampung Togudon, di sini, hari ini.

Menurut Ewon, penyerahan geran tersebut yang meliputi keluasan 388.86 ekar merupakan fasa pertama penyerahan daripada pengukuran keseluruhan 2,426.57 ekar yang disukat di bawah Program PANTAS.

“Saya maklum dengan isu pemilikan tanah oleh penduduk Kampung Togudon yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya. Isu pemilikan tanah ini merupakan antara yang terawal saya selesaikan.

“Selepas mendapatkan persetujuan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji, akhirnya kita telah memulakan penyukatan tanah di bawah Program PANTAS ini pada Ogos tahun lalu, dan hari ini fasa pertama penyerahan geran tanah telah dapat dilaksanakan.

“Penyampaian geran tanah ini telah menamatkan penantian berpuluh tahun penduduk di sini. Saya yakin ini akan membuka era baharu kepada aktiviti ekonomi di kampung ini, khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan desa.

“Saya beriltizam untuk memperluaskan penyukatan tanah di beberapa kampung lain seperti Kampung Moyog, Kampung Rugading dan Kampung Kibunut di bawah Program PANTAS,” katanya.

Ewon menambah, beliau telah membangkitkan di Kabinet Persekutuan mengenai keperluan meneruskan Program PANTAS dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026–2030.

“Saya gembira kerana ini telah dimasukkan dalam RMK13 sepertimana dibentangkan oleh Perdana Menteri di bawah agenda pembangunan khas masyarakat Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak.

“Saya akan terus mendapatkan sokongan Ketua Menteri supaya Program PANTAS diperluaskan kerana sebahagian besar peruntukan untuk ini disediakan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya lagi.

Dalam majlis tersebut, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang turut merasmikan bangunan premis Tamu Desa Kg Togudon serta melancarkan Koperasi Desa Togudon Berhad.

Program PANTAS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk mempercepatkan proses penyukatan dan pemberian hak milik tanah kepada anak negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/06/91-penduduk-kg-togudon-bersyukur-terima-geran-tanah-di-bawah-program-pantas/feed/ 0 78692
PANTAS berjaya selesaikan pengukuran 31,518 lot tanah Anak Negeri di Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/11/pantas-berjaya-selesaikan-pengukuran-31518-lot-tanah-anak-negeri-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/11/pantas-berjaya-selesaikan-pengukuran-31518-lot-tanah-anak-negeri-di-sabah/#respond Thu, 11 Jul 2024 05:24:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57381
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Sehingga 31 Mei 2024, Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) telah berjaya menyelesaikan pengukuran sebanyak 31,518 lot tanah Anak Negeri dengan jumlah keluasan tanah 46,285.411 hektar (atau 114,373.741 ekar) yang melibatkan 145 buah kampung yang terletak di 22 buah daerah di seluruh negeri Sabah, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurut Nizam, PANTAS yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan telah bermula pada tahun 2011.

“Pada tahun ini (2024), Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan program tersebut,” katanya ketika sesi jawapan lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-16, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick mengenai peruntukan PANTAS dan adakah kampung dalam kawasan DUN Kadamaian dan DUN Moyog yang akan terlibat dalam program PANTAS tersebut pada tahun ini (2024) dan tahun depan (2025).

Nizam berkata, sebanyak 250 geran tanah hasil pengukuran PANTAS di DUN Kadamaian telah tersedia untuk diserahkan bila-bila masa.

“Program PANTAS di Kg. Tambatuon pula sedang dijalankan dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2024.

“Manakala, kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri untuk melaksanakan Program PANTAS bagi Kg. Togudon di kawasan Moyog telah diterima pada 3 Julai 2024.

“Jabatan Tanah dan Ukur sedang dalam peringkat perancangan untuk memasuki kawasan tersebut bagi memulakan pengukuran tanah,” jelasnya.

Bagi Daerah Telupid, Nizam berkata, Jabatan Tanah dan Ukur telah selesai menjalankan pemeriksaan ke atas empat buah kampung yang didapati sesuai untuk dilaksanakan Program PANTAS.

“Kampung- kampung yang dimaksudkan adalah Kg Ansuan, Kg Wonod, Kg Buis dan Kg Bouto.

“Kebenaran melaksanakan Program PANTAS untuk keempat-empat kampung tersebut di atas telah diperolehi pada 28 Jun 2024 yang lalu.

“Pada masa kini, Jabatan Tanah dan Ukur sedang dalam peringkat perancangan untuk memasuki kampung-kampung tersebut untuk memulakan pengukuran tanah,” ujarnya.

Bagi soalan tambahan daripada ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengenai kriteria-kriteria kawasan tanah yang boleh dipertimbangkan untuk Program PANTAS.

Nizam berkata, antara kriterianya iaitu ia mestilah tanah kerajaan yang telah diduduki oleh anak negeri secara turun-temurun.

“Kawasan yang berkeluasan sekurang-kurangnya 200 ekar.

“Kawasan yang telah diduduki dan diusahakan oleh penduduk berstatus Anak Negeri dan berumur 18 tahun keatas.

“Keluasan setiap lot tidak melebihi 6 hektar,” jelas beliau.

Tambah beliau, program PANTAS ini telah mempercepatkan pengeluaran geran yang sudah lama tertangguh atau yang bertindih. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi sehingga 2024 dan akan berterusan untuk kepentingan rakyat Sabah.

“Manakala kampung-kampung yang sedang dalam proses pengukuran PANTAS untuk Daerah Sipitang iaitu empat kampung termasuk Maligan, Imui, Rundulang dan Mengayam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/11/pantas-berjaya-selesaikan-pengukuran-31518-lot-tanah-anak-negeri-di-sabah/feed/ 0 57381
Semua ketua, jabatan berkaitan ambil tindakan tegas, pantas tangani isu-isu semasa – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/07/04/semua-ketua-jabatan-berkaitan-ambil-tindakan-tegas-pantas-tangani-isu-isu-semasa-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/07/04/semua-ketua-jabatan-berkaitan-ambil-tindakan-tegas-pantas-tangani-isu-isu-semasa-hajiji/#respond Thu, 04 Jul 2024 10:01:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57042
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semua ketua dan jabatan yang berkaitan mengambil tindakan tegas dan pantas dalam menangani isu-isu semasa yang berlaku di negeri ini seperti isu masyarakat Palauh dan banjir.

Hajiji berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) di Menara Kinabalu hari ini, untuk membincangkan pelbagai isu semasa yang berlaku di negeri ini.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu isu-isu semasa itu menjadi lebih besar hingga menjejaskan reputasi negeri dan negara di luar negara.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Pengarah Keselamatan Negeri merangkap Setiausaha JKKN Sabah, Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan serta ketua-ketua jabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/04/semua-ketua-jabatan-berkaitan-ambil-tindakan-tegas-pantas-tangani-isu-isu-semasa-hajiji/feed/ 0 57042