Pantau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Jan 2023 01:30:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pantau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB siapsiaga pantau bekalan di Utara Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/27/sesb-siapsiaga-pantau-bekalan-di-utara-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/27/sesb-siapsiaga-pantau-bekalan-di-utara-sabah/#respond Fri, 27 Jan 2023 01:25:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28555
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) siapsiaga memantau bekalan
elektrik di daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas berikutan banjir kilat yang melanda
ketiga-tiga kawasan itu sejak Rabu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, pasukan teknikal SESB bersiap sedia 24 jam secara bergilir untuk memastikan keadaan terkawal di
semua pepasangan milik SESB.

Beliau berkata, SESB telah menutup 22 pencawang elektrik di daerah Pitas bagi menjaga keselamatan awam dan penutupan ini secara tidak langsung menjejaskan bekalan ke Kampung Bawang dan beberapa kampung sepanjang Jalan Kinabungan di
daerah itu. Manakala itu, bekalan ke daerah Kudat dan Kota Marudu masih terkawal.

“SESB juga memastikan semua aduan yang diterima daripada pengguna di kawasan terjejas dapat ditangani dengan baik apabila keadaan adalah selamat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SESB telah menerima banyak aduan sejak semalam yang melibatkan pokok dan talian tumbang dan pasukan SESB sedang berusaha untuk memperbaiki.

Walaubagaimana, beliau berkata kerja-kerja membaikpulih bekalan dijangka akan mengalami kelewatan disebabkan beberapa jalan perhubungan di daerah tersebut tidak dapat dilalui akibat banjir dan perlu juga mengambil kira faktor keselamatan serta cuaca yang tidak mengizinkan.

Sehubungan dengan itu, pengguna adalah dinasihatkan untuk melaporkan segera aduan kecemasan seperti wayar putus, tiang elektrik tumbang dan pokok tumbang ke atas talian elektrik ke SESB Careline 15454, 088-515000 atau whatsapp 019- 8525427.

Idris turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mengalihkan wayar-wayar atau kabel SESB yang jatuh kerana dikhuatiri ada yang bocor dan masih mengalirkan arus elektrik yang boleh menyebabkan renjatan apabila disentuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/27/sesb-siapsiaga-pantau-bekalan-di-utara-sabah/feed/ 0 28555
Kerajaan Terus Pantau Individu Ditauliah Ajar Agama https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/#respond Fri, 31 Dec 2021 08:37:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10510
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa memantau dan memastikan tiada sebarang aktiviti penyalahgunaan platform mengajar agama bagi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bidang kuasa berhubung perkara itu adalah dibawah Pejabat Mufti namun turut dipantau bersama MUIS.

“Perkara ini adalah dibawah Pejabat Mufti kerana untuk menjadi penceramah dan mengajar agama ada kriteria tertentu.

“Tidak semua boleh terlepas untuk mengajar kerana perlu terlebih dahulu mendapatkan pentauliahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Buletin M-2Care Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan mengenai individu yang ditauliahkan mengajar agama untuk tujuan berpolitik.

“Saya berharap agar MUIS sentiasa memantau kegiatan mereka ini dan mudah-mudahan di Sabah tidak berlaku namun jika ada kita akan cari jalan untuk mengatasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/kerajaan-terus-pantau-individu-ditauliah-ajar-agama/feed/ 0 10510
KPDNHEP & MAFI Pantau Rapi Isu Kenaikan Harga Ayam https://sabahmedia.com/2021/09/22/kpdnhep-mafi-pantau-rapi-isu-kenaikan-harga-ayam/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/kpdnhep-mafi-pantau-rapi-isu-kenaikan-harga-ayam/#respond Wed, 22 Sep 2021 11:01:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6736
Read Time:1 Minute, 55 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), memantau rapi isu kenaikan harga ayam standard yang berlaku sejak awal September 2021 yang lalu sehingga harga di peringkat runcit melebihi RM10.00 sekilogram di beberapa kawasan di seluruh negara.

Menurut kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini, KPDNHEP dan MAFI semalam telah mengadakan mesyuarat bersama bagi meneliti beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan dalam menangani isu harga ayam ini.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Menteri KPDNHEP, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri, Dato’ Rosol Wahid, Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dan Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua Kementerian.

Dalam kenyataan itu mengatakan, mesyuarat dimaklumkan, melalui sesi libat urus yang telah dilakukan oleh KPDNHEP dan MAFI bersama pihak industri di seluruh negara, pihak industri bersetuju untuk menurunkan lagi harga ayam di peringkat pengeluar/ladang supaya harga di peringkat borong dan runcit juga dapat distabilkan sekaligus
membantu pengguna untuk menikmati harga ayam pada harga yang berpatutan.

Hasil daripada perbincangan yang diadakan semalam, kedua-dua kementerian bersetuju untuk meneliti beberapa cadangan daripada pihak industri berkaitan usaha untuk menstabilkan harga ayam, antaranya pemberian kemudahan pinjaman mudah (soft-loan) bagi membantu industri mengekalkan jumlah pengeluaran ayam yang mencukupi dan menangani isu peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan harga komponen makanan ayam yang diimport.

Selain daripada itu, Kerajaan turut mempertimbangkan kawalan harga di semua peringkat disokong dengan pemberian subsidi kepada rantaian tertentu sebagai salah satu usaha menangani isu kenaikan harga ayam ini selain cadangan untuk melaksanakan sistem permohonan permit (AP) bagi penjualan ayam, sekiranya usaha Kerajaan untuk menangani isu harga ayam ini tidak mendapat kerjasama daripada peniaga di semua peringkat.

Justeru itu, pihak KPDNHEP akan meneruskan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan jika terdapat mana-mana pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut terutama di dalam situasi semasa ketika ini, tindakan tegas akan diambil.

Peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 sekiranya suatu perbadanan/syarikat dan bagi bukan perbadanan/ individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/kpdnhep-mafi-pantau-rapi-isu-kenaikan-harga-ayam/feed/ 0 6736
SESB Pantau Menara Talian Penghantaran Di Kawasan Berbukit https://sabahmedia.com/2021/09/21/sesb-pantau-menara-talian-penghantaran-di-kawasan-berbukit/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/sesb-pantau-menara-talian-penghantaran-di-kawasan-berbukit/#respond Tue, 21 Sep 2021 09:50:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6706
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia pada musim cuaca hujan lebat kebelakangan ini bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik atau mengurangkan impak gangguan sekiranya ia berlaku kepada pengguna.

Sejak beberapa minggu lalu, SESB telah melaksanakan pemantauan dari udara ke atas semua menara talian penghantaran terutama yang dibina di kawasan berbukit.

“Pemantauan ke atas menara talian penghantaran ini dilakukan untuk membolehkan penilaian awal dibuat bagi memastikan keadaan menara adalah selamat agar sebarang tindakan pencegahan awal dapat diambil terutama di lokasi yang ada kejadian tanah runtuh berikutan cuaca hujan yang melanda Pantai Barat Negeri Sabah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid dalam satu kenyataan media pada Selasa.

“SESB telah mengenalpasti beberapa lokasi menara talian penghantaran yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dan tindakan serta merta telah dilaksanakan dengan memasang kanvas dan membina longkang untuk aliran air serta lain-lain langkah mitigasi agar struktur cerun dapat dikawal sebaiknya,” katanya.

Beliau turut mengulas berkenaan dengan kestabilan kedudukan menara talian penghantaran di Kampung Maang Penampang yang tular di media sosial hari ini yang mana menurut beliau kerja-kerja pemantauan dan mitigasi awal telah dilakukan oleh pasukan SESB yang telah menilai dengan lebih dekat keadaan sekitar menara tersebut.

“Kerja-kerja pembaikan cerun di Kawasan menara talian penghantaran ini akan terus dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko kami,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nasser juga menjelaskan bahawa SESB akan sentiasa bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir yang akan memberi kesan kepada pepasangan elektrik SESB, termasuk menggerakkan set janakuasa bergerak ke lokasi terjejas pada bila-bila masa diperlukan.

Menurut beliau, persiapan rapi sudah dilakukan di setiap zon dan daerah dengan mengerahkan pasukan teknikal bersiap sedia 24 jam bagi membaiki sebarang kerosakan.

“SESB juga akan membuka bilik gerakan untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik,” katanya lagi.

Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir boleh menghubungi SESB di talian 15454, 088-515000, Whatsapp 019- 852 5427 atau facebook SESB Careline bagi mendapatkan bantuan pemulihan bekalan atau berkaitan aspek keselamatan elektrik.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air selain tidak menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembab bagi mengelak renjatan elektrik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/sesb-pantau-menara-talian-penghantaran-di-kawasan-berbukit/feed/ 0 6706