PAPAR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Nov 2025 09:03:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PAPAR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Inkues Zara: ‘Saya tidak berniat untuk membuka aib sesiapa’ – Saksi https://sabahmedia.com/2025/11/21/inkues-zara-saya-tidak-berniat-untuk-membuka-aib-sesiapa-saksi/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/inkues-zara-saya-tidak-berniat-untuk-membuka-aib-sesiapa-saksi/#respond Fri, 21 Nov 2025 06:00:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86597
Read Time:3 Minute, 25 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru menjelaskan bahawa beliau mengimbas dan berkongsi salinan diari Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir kepada empat individu lain bagi membantu siasatan dan bukannya untuk membuka aib sesiapa.

Yuslina Badrum, saksi ke-49 dalam inkues kematian Zara, berkata demikian ketika ditanya oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan sama ada beliau mempertimbangkan kesan perkongsian itu terhadap arwah yang sudah tidak dapat menjawab apa-apa.

Menjawab soalan lain, Yuslina berkata beliau juga tidak suka sekiranya barang privasinya diganggu, namun dalam kes ini tindakan tersebut diambil kerana mereka perlu melihat situasi daripada semua sudut bagi mencari penyelesaian terbaik.

Terdahulu, Koroner mengemukakan beberapa soalan selepas sesi soal jawab antara saksi, pegawai pengendali dan pihak-pihak berkepentingan selesai.

Koroner: Semalam cikgu ada mengatakan cikgu scan dan hantar isi kandungan diari. Saya cuma minta pengesahan untuk rekod mahkamah diari yang mana satu yang cikgu scan dan hantar kepada cikgu yang satu lagi?
Saksi: Diari berwarna ungu, hijau, coklat, dan helaian diari 15 helai.

Koroner: Maksudnya semua yang dijumpai.
Saksi: Betul.

Koroner: Kepada siapa cikgu serahkan?
Saksi: Cikgu Norasimah, Cikgu Azhari.

Koroner: Kesemua isi kandungan?
Saksi: Kesemua sekali.

Koroner: Dalam bentuk apa? PDF atau apa?
Saksi: Dalam bentuk PDF.

Koroner: Maknanya selain daripada cikgu yang scan keseluruhan isi kandungan diari dan juga helaian-helaian kertas, ada dua orang lagi yang cikgu tahu ada milikan ke atas salinan-salinan diari itu?
Saksi: Betul, dan saya ingin tambah, saya ada bagi juga kepada pentadbir sekolah.

Koroner: Siapa pentadbir itu?
Saksi: Pengetua dan juga Penolong Kanan HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Koroner: Maksudnya, asalnya cikgu yang scan, semua isi kandungan, kemudian cikgu serahkan kepada empat lagi yang lain iaitu  Ustaz Azhari, Cikgu Norasimah, pengetua dan PK HEM
Saksi: Iya.

Koroner: Semasa cikgu mengimbas, dan juga sebelum share kepada pihak-pihak yang cikgu sebutkan, cikgu ada membaca semuanya?
Saksi: Ada.

Koroner:  Boleh mahkamah tahu persepsi cikgu tentang kesemua isi kandungan itu secara general?
Saksi: Secara general, sebab setiap buku itu ada dia punya main point lah saya rasa. Tapi secara umumnya, Zara merupakan seorang yang agak sukakan hidup. Contohnya dia sukakan persahabatan. Dia ada dua orang kawan baik setahu saya. Dia mahu berubah ke arah kebaikan dengan mencontohi seorang pengawas badar. Dia sangat mengkagumi pelajar ini. Dia ada juga sisi negatif lah yang dari pembacaan saya.

Koroner:  Maksudnya, apa yang ditulis semua hal-hal pribadi?
Saksi: Hal peribadi

Koroner:  Cikgu ada fikirkan kesan ke atas arwah yang tidak boleh jawab apa-apa, sebelum cikgu berkongsi kepada pihak-pihak yang lain tadi.
Saksi: Tindakan saya itu hanya untuk membantu kepada siasatan. Saya tidak berniat untuk membuka aib sesiapa.

Koroner:  Tetapi cikgu mesti bersetuju kan, empat pihak yang cikgu bagi itu bukan pihak autoriti?
Saksi: Saya rasa pentadbir adalah pihak yang patut tahu, yang perlu bertanggungjawab terhadap apa maklumat yang kami ada.

Koroner:  Betul, tetapi mereka cuma boleh tahu kewujudan diari dan bukan kontennya. Betul?
Saksi: Betul…

Koroner: Okaylah, akhir sekali, kalaulah, katalah barang yang dikongsi sebegini, cikgu punya, dan dikongsikan kepada pihak lain. Apa perasaan cikgu?
Saksi: Perasaan saya, memang saya tidak suka lah, bila barang privasi saya diganggu. Tetapi, dalam kes ini kita perlu tahu dari semua sudut lah, dan untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Sementara itu, Yuslina tidak bersetuju dengan peguam ibu Zara, Rizwandean M Borhan bahawa pihak guru sekolah mempunyai mindset untuk membuat kesimpulan bahawa Zara adalah seorang pelajar yang bermasalah.

Yuslina berkata tidak semua guru yang tahu mengenai perkara isi kandungan diari Zara dan semua guru terlibat ada berbincang bersama.

Yuslina bersetuju ada beberapa mukasurat diairi Zara telah dibocorkan kepada media sosial seperti TikTok, yang cuma menunjukkan bahan kandungan yang negatif saja. Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju ada seseorang dari pihak sekolah yang membocorkan diairi Zara untuk menjawab spekulasi warganet (netizen) di media sosial.

Saksi juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak mengetahui siapa pemilik akaun TikTok @PlotTwistZara.

Yuslina merupakan Guru Bahasa Inggeris Lepas Menengah (Tingkatan 6) dan berkhidmat di SMKA Tun Datu Mustapha sejak 2 Februari 2015 dan juga merupakan warden asrama di sekolah tersebut. Kini, Yuslina bukan lagi warden asrama.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/inkues-zara-saya-tidak-berniat-untuk-membuka-aib-sesiapa-saksi/feed/ 0 86597
Bina muka sauk kedua diluluskan, atasi kekurangan air di Papar https://sabahmedia.com/2024/03/19/peruntukan-bina-muka-sauk-kedua-diluluskan-atasi-kekurangan-air-di-papar/ https://sabahmedia.com/2024/03/19/peruntukan-bina-muka-sauk-kedua-diluluskan-atasi-kekurangan-air-di-papar/#respond Tue, 19 Mar 2024 08:13:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51279
Read Time:2 Minute, 57 Second

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meluluskan peruntukan segera pembinaan muka sauk (water intake) kedua bagi menyalurkan Loji Rawatan Air (LRA) Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) di Kampung Limbahau dekat sini.

Justeru, Hajiji mengarahkan Jabatan Air dengan kerjasama Jetama Sdn Bhd membina muka sauk kedua itu sebagai tindakan jangka masa panjang untuk mengatasi masalah bekalan air di Papar.

“Ini bukan saja dapat menyelesaikan masalah air di Papar tetapi sebagai tindakan jangka masa panjang, kerana setiap tahun mungkin kita mengalami masalah kemasukan air masin ke water intake Limbahau ini kerana ia tidak jauh daripada muara.

“Jadi kalau ada satu yang baharu (water intake) tiada lagi masalah, jika di sini tutup, sana boleh mengeluarkan bekalan air. Jadi sebab itu yang dimaksudkan dengan peruntukan segera daripada kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat LRA EWSS Limbahau hari ini.

Pembinaan muka sauk kedua dicadangkan di Kg Kabang yang terletak lebih jauh di hulu Sungai Papar bagi mengelak berulangnya kemasukan air masin yang telah memaksa penutupan LRA EWSS Limbahau.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali telah mencadangkan muka sauk kedua dibina di Kg Kabang digunakan sebagai muka sauk alternatif kepada sumber air mentah apabila muka sauk sedia ada mengalami masalah.

Dalam tinjauan itu, Hajiji diberi taklimat oleh Jurutera Air Daerah Afiq Abqari Nain bahawa paras kemasinan di pengambilan air LRA EWSS Limbahau telah melebihi 4,000 miligram seliter (mg/L), iaitu jauh lebih daripada standard maksimum hanya 120 mg/L. Air masin telah mengalir sejauh 13 kilometer (km) ke Sungai Papar, mengatasi muka sauk LRA EWSS Limbahau iaitu kira-kira 8 km dari muara Sungai Papar.

Hajiji juga diberitahu bahawa penutupan LRA EWSS Limbahau sejak 17 Feb ditambah pula dengan dua loji air lain di Papar iaitu Jetama dan Kogopon tidak beroperasi sepenuhnya.

Keadaan ini telah mengakibatkan penurunan pengeluaran kepada 35 juta liter sehari (MLD) berbanding kapasiti penuhnya sebanyak 63 MLD.

“Saya datang ke sini hari ini untuk melihat keadaan sebenar di Papar yang memerlukan tindakan bersepadu daripada semua agensi berkaitan. Berdasarkan taklimat daripada Pegawai Daerah, Jurutera Daerah dan Pengarah Jabatan Air Negeri, saya dapat lihat tindakan telah diambil untuk mengurangkan beban rakyat.

“Adalah penting kita melakukan segala yang kita mampu untuk membantu rakyat,” katanya.

Ketua Menteri turut diberi taklimat bahawa penutupan LRA EWSS adalah kerana kemarau berpanjangan telah berlaku mengakibatkan kekurangan air kritikal yang menjejaskan kira-kira 150,000 penduduk di daerah itu.

Dalam taklimatnya, Pegawai Daerah Mohd Fuad Abdullah berkata Pejabat Daerah telah membekalkan air menggunakan tangki air terus kepada mereka yang terjejas dan empat tangki statik.

Air juga boleh didapati di ibu pejabat Jabatan Air Daerah.

“Saya berharap penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki air akan diteruskan dan jika perlu. Jadi, Kerajaan Negeri akan membayar bil untuk air tambahan,” kata Hajiji.

Pada masa sama, beliau berkata pembenihan awan sedang dipertimbangkan kerana kawasan tadahan air bergantung kepada kesesuaian awan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Air Suhaimi Asbullah, berkata pengeluaran air di seluruh negeri telah turun kepada 1,466.29 JLH berbanding 1,534 JLH pengeluaran biasa berikutan penutupan LRA EWSS Limbahau dan LRA Sebatik.

Seterusnya, Hajiji juga melawat lokasi muka sauk alternatif Jetama di Kg Kabang di mana muka sauk kedua yang dicadangakan untuk LRA EWSS Limbahau.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Timbalan Menteri Kerja Raya , Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Bahadar Khan, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan, Datuk Sofian Alfian Nair dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Jasmine Teo.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/19/peruntukan-bina-muka-sauk-kedua-diluluskan-atasi-kekurangan-air-di-papar/feed/ 0 51279