PAPAR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jul 2026 07:50:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PAPAR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek naik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo-Kinarut-Papar bermula, siap dalam tempoh dua tahun https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/ https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/#respond Tue, 28 Jul 2026 07:50:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100696
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo-Kinarut-Papar yang sekian lama dinantikan akhirnya memasuki fasa pelaksanaan apabila kerja pembinaan dimulakan dengan sasaran siap dalam tempoh 24 bulan, sekali gus dijangka mengurangkan kesesakan trafik yang semakin kritikal di laluan berkenaan.

Armizan bersama Alexander semasa sidang media selepas majlis itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek bernilai RM70 juta itu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 1.5 kilometer, termasuk kos pembinaan, pengambilan tanah, pampasan kepada pemilik premis yang terjejas serta kerja pengalihan utiliti.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM48 juta diperuntukkan bagi kerja pembinaan, RM17 juta pampasan untuk 41 lot pengambilan tanah dan premis, manakala RM9.6 juta lagi bagi kerja pengalihan utiliti.

“Projek ini pada asalnya diluluskan sepanjang 1.3 kilometer, namun kita akan melaksanakan keseluruhan jajaran sejauh 1.5 kilometer bagi memenuhi keperluan semasa.

“Kos RM70 juta itu bukan hanya bagi pembinaan jalan, malah meliputi pampasan kepada pemilik tanah dan premis serta kerja pengalihan utiliti. Mereka yang terkesan akan menerima pampasan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek itu di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali; serta pemimpin Persekutuan dan negeri.

Alexander berkata, projek itu telah bermula sejak Mac lalu dan pelaksanaannya dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah selaku agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan JKR Malaysia.

Menurutnya, kementerian turut mengadakan sesi penyelarasan bersama pengurusan tertinggi JKR Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak bagi mengenal pasti serta menyelesaikan isu yang menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek-projek Persekutuan di Sabah.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa kekangan dan langkah penambahbaikan telah dirangka supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Mengulas projek Bypass Pengalat-Papar, Alexander berkata, projek bernilai RM538 juta itu kini berada di peringkat akhir penyediaan reka bentuk serta proses penilaian nilai (value engineering) dan penilaian di Kementerian Ekonomi.

Beliau berkata, kementerian menyasarkan proses tender dapat dilaksanakan menjelang hujung tahun ini sebelum Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya pada awal 2027.

“Projek ini sudah lama dimohon oleh pemimpin tempatan dan kini semua proses utama sedang diselesaikan. Kita berharap tender dapat dibuka hujung tahun ini sebelum SST dikeluarkan pada awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani kesesakan trafik yang semakin serius di Papar.

Beliau berkata, perjalanan dari Lok Kawi ke Papar yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 45 minit kini boleh mencecah hampir tiga jam pada waktu puncak berikutan jumlah trafik melebihi 25,000 kenderaan sehari.

Menurutnya, komponen pertama projek melibatkan jajaran dari Bulatan Sabindo ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut berjaya dikekalkan selepas rayuan dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya memandangkan laluan itu merupakan lokasi kesesakan paling kritikal.

“Komponen kedua iaitu Projek Bypass Pengalat-Papar dijangka memasuki proses tender pada November 2026. Apabila kedua-dua projek ini siap, kesesakan atau bottleneck utama di Papar dijangka dapat diselesaikan,” katanya.

Armizan berkata, projek Bypass Pengalat-Papar di bawah Kerajaan Persekutuan turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan baharu yang menghubungkan laluan ke Pekan Papar melalui Sungai Padang.

Beliau menjelaskan jambatan itu berbeza daripada Jambatan Papar Kedua yang diumumkan kelulusannya oleh Ketua Menteri Sabah pada majlis sama, yang akan menghubungkan Kampung Buang Sayang dengan Pekan Papar di bawah peruntukan Kerajaan Negeri.

“Dengan pelaksanaan kedua-dua projek ini, Papar akan mempunyai tiga jambatan utama iaitu jambatan sedia ada, sebuah jambatan baharu menerusi projek Bypass Pengalat-Papar di bawah Kerajaan Persekutuan, dan sebuah lagi jambatan baharu yang dibiayai Kerajaan Negeri menghubungkan Kampung Buang Sayang ke Pekan Papar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/feed/ 0 100696
Gelvia, anak jati Papar dipilih Selebriti Khas Shopee https://sabahmedia.com/2026/07/02/gelvia-anak-jati-papar-dipilih-selebriti-khas-shopee/ https://sabahmedia.com/2026/07/02/gelvia-anak-jati-papar-dipilih-selebriti-khas-shopee/#respond Thu, 02 Jul 2026 10:34:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99245
Read Time:1 Minute, 10 Second

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menzahirkan rasa bangga apabila anak jati Papar, Gelvia Vanessa Jenny, dipilih sebagai Selebriti Khas Shopee sempena Shopee Seller Summit 2026.

Beliau berkata, pemilihan Gelvia yang juga Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 menjadi antara momen yang paling menarik perhatian ketika menghadiri program berkenaan di Putrajaya pada Khamis.

Armizan turut merakamkan penghargaan kepada Shopee Malaysia atas pengiktirafan yang diberikan kepada Gelvia, sekali gus membuktikan bakat dan potensi anak Sabah terus mendapat perhatian di peringkat nasional.

Gelvia, 24, berasal dari Kampung Gana, Papar dan merupakan anak ketiga daripada lapan beradik. Beliau kini sedang mengikuti pengajian tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

Menurut Armizan, pencapaian Gelvia membuktikan kecemerlangan seseorang bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, malah turut terserlah menerusi keperibadian, keyakinan diri serta penghargaan terhadap warisan budaya.

Katanya, pertandingan Unduk Ngadau bukan sekadar mengangkat kecantikan, sebaliknya menjadi platform melahirkan wanita Sabah yang berilmu, bijaksana, berpekerti mulia serta mampu menjadi duta budaya dan warisan negeri.

“Nilai-nilai inilah yang menjadikan Gelvia sebagai inspirasi kepada generasi muda. Saya berharap lebih ramai anak Sabah terus diberi peluang mengetengahkan bakat dan potensi mereka di pentas nasional,” katanya.

Gelvia dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 pada sambutan Pesta Kaamatan tahun ini sebelum sekali lagi mengharumkan nama negeri apabila dipilih sebagai Selebriti Khas Shopee bagi Shopee Seller Summit 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/02/gelvia-anak-jati-papar-dipilih-selebriti-khas-shopee/feed/ 0 99245
AKPS: Sabah mahu jaminan bertulis kuasa imigresen tidak terhakis – Armizan https://sabahmedia.com/2026/05/15/akps-sabah-mahu-jaminan-bertulis-kuasa-imigresen-tidak-terhakis-armizan/ https://sabahmedia.com/2026/05/15/akps-sabah-mahu-jaminan-bertulis-kuasa-imigresen-tidak-terhakis-armizan/#respond Thu, 14 May 2026 16:51:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96668
Read Time:1 Minute, 41 Second

KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Negeri Sabah menangguhkan sementara pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) disifatkan sebagai langkah bagi memastikan kuasa autonomi imigresen negeri itu terus dipelihara seperti termaktub sejak pembentukan Malaysia.

Ahli Parlimen Papar merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan dibuat menerusi Jemaah Menteri Sabah bukan bertujuan menolak penubuhan AKPS, sebaliknya bagi memastikan jaminan diberikan Kerajaan Persekutuan diterjemahkan secara jelas dalam bentuk perundangan.

Menurut beliau, kerajaan negeri mahu jaminan berkaitan kuasa imigresen Sabah bukan sekadar diberikan secara lisan tetapi diperincikan secara bertulis supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan pada masa depan.

“Saya melihat pendekatan ataupun keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Jemaah Menteri adalah untuk memastikan bahawa jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam konteks autonomi ataupun kuasa-kuasa imigresen itu dapat dizahirkan secara bertulis.

“Kerajaan negeri menginginkan jaminan itu bukan hanya dalam bentuk verbal tetapi tersurat dengan jelas dalam peruntukan undang-undang yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Lepaking Six7 di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, menangguhkan sementara pelaksanaan AKPS di negeri itu susulan kebimbangan berhubung kemungkinan penghakisan kuasa imigresen Sabah.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, penangguhan sementara itu memberi ruang kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan merungkai isu-isu berbangkit agar pelaksanaan AKPS dapat dilakukan tanpa membelakangkan kuasa imigresen yang dimiliki Sabah sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

“Bukanlah Kerajaan Negeri menolak pendekatan penubuhan AKPS dengan tujuan untuk memperkukuhkan kawalan di sempadan, tetapi memastikan ia dapat digerakkan tanpa membelakangkan kuasa-kuasa imigresen yang ada pada negeri,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Sabah dilaporkan menangguhkan pelaksanaan AKPS selepas mendapati terdapat beberapa perkara berkaitan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang perlu diperhalusi termasuk bidang kuasa operasi serta kedudukan autonomi imigresen negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Isu berkenaan mencetuskan perdebatan apabila kerajaan negeri menegaskan hak autonomi imigresen Sabah adalah perkara yang tidak boleh dikompromi kerana ia sebahagian daripada hak yang dipersetujui semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/15/akps-sabah-mahu-jaminan-bertulis-kuasa-imigresen-tidak-terhakis-armizan/feed/ 0 96668
Keluarga rayu bantuan kesan wanita hilang di Papar https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-hilang-di-papar-keluarga-rayu-mohon-bantuan-orang-ramai/ https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-hilang-di-papar-keluarga-rayu-mohon-bantuan-orang-ramai/#respond Thu, 23 Apr 2026 06:39:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95383
Read Time:37 Second

PAPAR: Seorang wanita, Zuraini Nahiri, 34, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Pengalat Besar, di sini, kira-kira jam 3 petang, 20 April lalu.

Menurut kakaknya, Naini Nahiri, 37, adiknya keluar dengan membawa beg berwarna oren dan sebuah beg tangan, namun sehingga kini belum pulang.

Katanya, Zuraini berada dalam keadaan kurang sihat dan mudah pengsan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya.

“Kami dimaklumkan dia sempat singgah di sebuah kedai runcit berhampiran sebelum beredar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Naini berharap orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat bagi memastikan Zuraini dapat ditemui dengan selamat.

Laporan polis telah dibuat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ahli keluarga di talian 010-838 9182 atau balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/23/wanita-hilang-di-papar-keluarga-rayu-mohon-bantuan-orang-ramai/feed/ 0 95383
Inkues Zara diteruskan walaupun NGO failkan semakan kehakiman https://sabahmedia.com/2025/11/25/inkues-zara-diteruskan-walaupun-ngo-failkan-semakan-kehakiman/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/inkues-zara-diteruskan-walaupun-ngo-failkan-semakan-kehakiman/#respond Tue, 25 Nov 2025 01:54:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86930
Read Time:2 Minute, 23 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir diteruskan, walaupun sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dilaporkan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman (Judicial Review) untuk menghentikannya.

Dalam satu kenyataan, pasukan guaman ibu Zara berkata mereka belum menerima sebarang dokumen rasmi berhubung permohonan NGO tersebut dan menegaskan bahawa prosiding inkues akan berjalan seperti biasa di Mahkamah Koroner mengikut undang-undang sedia ada.

“Pasukan guaman mengambil maklum mengenai tindakan satu NGO luar yang difahamkan telah memfailkan permohonan Judicial Review (JR) untuk menghentikan prosiding inkues.

“Setakat ini, pihak kami belum menerima salinan rasmi permohonan tersebut, dan prosiding inkues diteruskan seperti biasa mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada di Mahkamah Koroner,” kata pasukan guaman pada Isnin.

Pasukan guaman itu turut menegaskan bahawa keluarga tidak pernah memberi kebenaran atau arahan kepada mana-mana pihak untuk memfailkan permohonan bagi menghentikan prosiding berkenaan.

Pasukan guaman juga menegaskan bahawa anak guam mereka tidak pernah memberikan kebenaran atau arahan kepada mana-mana pihak untuk memfailkan sebarang permohonan berkaitan prosiding ini.

“Oleh itu, apa-apa tindakan atau permohonan yang dibuat tanpa mandat daripada anak guam atau Pasukan Peguam adalah tidak selari dengan kepentingan anak guam kami dan tidak mencerminkan pendirian keluarga.”

Pasukan peguam memaklumkan kepada orang awam bahawa prosiding inkues tidak melambatkan keadilan untuk Zara. Sebaliknya, inkues telah membantu merakam dan menjelaskan beberapa fakta penting sebelum bermulanya prosiding jenayah di Mahkamah Kanak-Kanak.

“Antaranya, peristiwa pada malam 15 Julai, termasuk keadaan emosi Zara semasa dan selepas dipanggil oleh pelajar senior; fakta berhubung diari Zara, termasuk isu diari dibaca, disalin, diimbas dan dikongsi, serta ketiadaan warden bertugas pada malam kejadian; dan almari Zara yang diselongkar bagi tujuan “spot check” tanpa kehadiran Zara.”

“Pasukan Peguam akan terus memantau semua perkembangan ini dan memastikan proses inkues dijalankan secara teratur, profesional, dan bebas daripada sebarang cubaan campur tangan pihak luar.”

Pasukan guaman itu berkata mereka akan terus memantau segala perkembangan dan memastikan inkues berlangsung secara teratur, profesional dan bebas daripada campur tangan pihak luar.

Pada 21 November lalu, media melaporkan bahawa Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela) memfailkan permohonan untuk menghentikan inkues Zara yang sedang berjalan kerana mereka mendakwa bahawa inkues itu diadakan mengikut Kanun Tatacara Jenayah dan bukannya Ordinan Inkues negeri 1959.

Dalam satu kenyataan, presiden NGO Sabah itu, Dr Mohammad Jeffry Rosman, berkata prosiding itu, memandangkan ia tidak dijalankan mengikut Ordinan negeri, telah melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Susulan itu, mereka memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keseluruhan prosiding inkues, mengisytiharkan inkues mesti dijalankan di bawah Ordinan Inkues negeri dan menegakkan hak perundangan dan perlembagaan Sabah di bawah MA63.

Tambahnya, permohonan itu difailkan untuk melindungi integriti sistem perundangan negeri dan untuk memastikan inkues ke atas kematian Zara dijalankan secara sah, telus dan mengikut undang-undang Sabah.

Pasukan guaman ibu Zara terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan Mohd, Syarulnizam  Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/inkues-zara-diteruskan-walaupun-ngo-failkan-semakan-kehakiman/feed/ 0 86930
Inkues Zara: Saksi pilih tidak jawab soalan tentang kecuaian sekolah dan asrama https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/#respond Thu, 20 Nov 2025 09:55:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86490
Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru memilih untuk tidak menjawab soalan peguam mengenai sama ada berlaku kecuaian oleh sekolah dan asrama dalam kejadian yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Saksi ke-48 dalam inkues kematian Zara, Miswati Lundu, 37, berkata demikian ketika ditanyakan soalan tersebut oleh peguam Datuk Ram Singh di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Peguam: Berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan (di mahkamah), adakah kamu setuju bahawa dalam kes ini ada kecuaian sekolah dan asrama untuk mengelakkan kejadian pada 15-16 Julai. Adakah wujud kemungkinan kecuaian?

Koroner: Cikgu tolong jawab soalan sebab saya ada kewajipan untuk menerangkan soalan ini adalah ‘incriminating question’ cikgu boleh pilih untuk jawab atau tidak jawab.
Saksi: Kalau begitu saya pilih tidak jawablah

Peguam: Excuse me, pilih tidak jawab?
Saksi: Ya, saya pilih tidak jawab

Terdahulu Ram mengemukakan beberapa dokumen termasuk buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat: Panduan Pelaksanaan Menjadikan Sekolah, Komuniti dan Keluarga Selamat Untuk Kanak-Kanak.

Merujuk kepada buku tersebut, peguam Datuk Ram Singh bertanya sama ada saksi mengikuti tatacara kaunselor seperti yang dinyatakan di muka surat 113.

Peguam: Soalan saya, cikgu memang ada buatlah?
Saksi: Ya, kita akan mengikut tatacara ini. Ada buat.

Peguam: Tapi cikgu cakap tadi, cikgu tidak memaklumkan kepada ibu bapa, maksudnya tidak buat satu di antaranya, betul?
Saksi: Tatacara kaunselor di sini, dia mesti ada kes tertentu yang mengikut prosedur seperti ini.

Peguam: Jadi ada buat?
Saksi: Untuk kes-kes tertentu, kita perlu buat seperti ini.

Peguam: Kalau dalam kes ini ada buat? Bukan kes tertentu, kes Zara.
Saksi: Untuk kes Zara, tidak ada.

Peguam: Cikgu terus terang saja…..
Saksi: Saya jelaskan, mengikut tatacara kaunselor di sini sebab tatacara kaunselor di sini untuk kes-kes berat.

Peguam: Jadi Zara punya kes ni, kes berat?
Saksi: Zara, kes berat.

Menjawab soalan tambahan, Miswati mengakui buku panduan sekolah selamat tersebut penting.

Ram kemudiannya merujuk saksi kepada dokumen Maklumat Literasi Undang-Undang yang disediakan oleh Panel Undang-Undang, muka surat 6, di bawah tajuk Tugas Guru Sebagai ‘in loco parentis’ (ibu bapa gantian).

Menurut Miswati, peranan ‘in loco parentis’ dilaksanakan untuk memastikan keselamatan murid, dan sebelum insiden yang menimpa Zara, warden dan guru asrama bertindak sebagai ‘in loco parentis’ kepada para pelajar.

Pelajar juga menyedari bahawa para guru bertanggungjawab menjaga mereka.

Miswati juga bersetuju dengan cadangan Ram bahawa sekiranya berlaku kesilapan, warden adalah individu pertama yang perlu disoal, bukannya pengetua.

Sebelum itu, suasana di mahkamah menjadi tegang semasa sesi soal jawab antara Ram dan Miswati, hingga pihak pegawai pengendali bangun mencadangkan agar inkues dijalankan secara aman.

Koroner kemudiannya menasihatkan Ram supaya mengemukakan soalan dengan tenang dan sopan, manakala saksi diminta menjawab dengan betul.

Ram merupakan salah seorang peguam yang mewakili saksi kanak-kanak pertama yang didakwa atas tuduhan membuli Zara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/feed/ 0 86490
Slogan Selamatkan Sabah atau Selamatkan Sabah dari Warisan – Armizan https://sabahmedia.com/2025/10/12/slogan-selamatkan-sabah-atau-selamatkan-sabah-dari-warisan-armizan/ https://sabahmedia.com/2025/10/12/slogan-selamatkan-sabah-atau-selamatkan-sabah-dari-warisan-armizan/#respond Sun, 12 Oct 2025 03:02:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83057
Read Time:4 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU, 12 Okt — Ahli Parlimen Papar yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, mempersoalkan keikhlasan Parti Warisan dalam menggunakan slogan “Selamatkan Sabah” menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17, dengan menegaskan bahawa rekod pentadbiran lalu menunjukkan sebaliknya.

Beliau berkata rakyat wajar menilai semula prestasi Warisan ketika mentadbir negeri antara tahun 2018 hingga 2020 sebelum mempercayai janji baharu yang dilaungkan parti itu.

“Sebelum percaya janji baru untuk menyelamatkan Sabah, mari kita lihat semula apa yang mereka ubah semasa berkuasa. Mereka bawa slogan Sabah Ubah pada tahun 2018, tapi apa sebenarnya yang diubah dan adakah perubahan itu mempertahankan hak Sabah?” katanya dalam satu hantaran di laman facebooknya hari ini.

Isu 40 Peratus — Ukuran Sebenar Perjuangan Hak Sabah

Armizan berkata, isu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah menjadi kayu ukur jelas untuk menilai siapa yang benar-benar memperjuangkan hak negeri ini.

Katanya, hak tersebut bukan perkara baharu, malah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 112C dan 112D, serta terkandung dalam Laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kali terakhir semakan kadar dibuat ialah pada tahun 1969, dan pada 1973 Sabah hanya menerima RM26.7 juta. Sejak itu tiada semakan dilakukan selama lebih 45 tahun. Jumlah itu kekal sehingga tahun 2018,” jelasnya.

Jelas  Armizan lagi, selepas Warisan mengambil alih pentadbiran pada 2018, kerajaan negeri ketika itu bersetuju menaikkan kadar pemberian khas kepada hanya RM53.4 juta, seperti diumumkan dalam Belanjawan Persekutuan 2020.

“Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal, menyatakan rasa syukur atas kenaikan itu. Lima hari kemudian, Kabinet Sabah pimpinan Warisan bersetuju menerimanya tanpa bantahan,” katanya.

Tambah beliau, keputusan itu turut disahkan melalui surat rasmi daripada Kementerian Kewangan Sabah kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

“Adakah kenaikan hanya RM53.4 juta selepas 45 tahun wajar diterima begitu sahaja? Di mana kesungguhan mempertahankan hak Sabah?” soal beliau.

GRS Batalkan Persetujuan dan Runding Semula

Armizan menjelaskan bahawa apabila GRS mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2020, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor segera membatalkan persetujuan Warisan terhadap kadar tersebut melalui surat rasmi bertarikh 7 Disember 2020.

“Langkah itu diambil kerana jumlah yang dipersetujui Warisan dianggap tidak munasabah. GRS kemudiannya memulakan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan berasaskan semangat MA63,” katanya.

Hasil rundingan baharu itu, kadar pemberian khas dinaikkan kepada RM125.6 juta pada tahun 2022, dengan syarat bahawa persetujuan itu bersifat sementara (interim) dan tidak menjejaskan hak Sabah untuk menuntut kadar penuh 40 peratus.

Kadar Naik ke RM600 Juta — Bukti Komitmen GRS dan Kerajaan Madani

Menurut Armizan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  berkata  selepas pembentukan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, rundingan diteruskan bagi menaikkan kadar interim tersebut.

“Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap urus setia MA63, saya bersama Ketua Menteri terus mendesak agar kadar interim disemak semula,” jelasnya.

Hasilnya, kadar pemberian khas kepada Sabah meningkat secara berperingkat seperti berikut:

  • RM125.6 juta (2022)
  • RM300 juta (2023)
  • RM306 juta (2024)
  • RM600 juta (2025)

“Syukur Alhamdulillah, jumlah RM600 juta telah pun dimasukkan ke akaun Kerajaan Negeri pada bulan September lalu. Terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmen yang tinggi terhadap Sabah,” katanya.

Manfaat Hasil Untuk Rakyat

Armizan berkata, hasil tambahan daripada kenaikan pemberian khas itu digunakan bagi melaksanakan program kebajikan rakyat, termasuk Program Rumah Mesra SMJ dan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (BSKR).

“Kita bukan sekadar bercakap soal hak, tetapi memastikan hasil yang diperoleh benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di bawah,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa perbandingan mudah dapat dibuat melalui rekod sebenar kerajaan.

“BN biarkan kadar RM26.7 juta tanpa semakan selama 45 tahun. Warisan pula bersetuju dengan RM53.4 juta. Tetapi GRS berjaya membawa kadar itu meningkat kepada RM600 juta. Inilah hasil, bukan retorik,” katanya.

Sementara itu, Armizan turut mencabar kepimpinan Warisan menjelaskan keputusan Kabinet Sabah pada 2019 yang menerima kadar RM53.4 juta itu.

“Saya pernah tanya, tapi tidak dijawab. Kalau Warisan tidak mahu jawab, mungkin Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, yang ketika itu Timbalan Ketua Menteri, boleh jelaskan asas mereka bersetuju dengan jumlah serendah itu,” katanya.

Tambah beliau lagi, dirinya  bukanlah pakar perundangan, namun saya merupakan graduan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) walaupun tidak pernah mengaku sebagai peguam.

Saya juga lulusan Sarjana Sains Sosial dalam bidang Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan projek penyelidikan yang memfokuskan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Saya tidak memahami MA63 hanya melalui ucapan-ucapan politik, sebaliknya saya menelaah secara mendalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri Sabah, Akta Malaysia, laporan Suruhanjaya Cobbold serta dokumen IGC satu per satu katanya.

“Kita Jaga Sabah” — Bukan Sekadar Slogan

Menurut Armizan, perjuangan mempertahankan hak Sabah tidak diukur melalui suara lantang atau slogan politik, tetapi hasil nyata yang dirasai rakyat.

“Ini bezanya antara retorik dan keputusan. Warisan kata selamatkan Sabah, tapi hakikatnya kita yang menyelamatkan Sabah daripada Warisan,” tegasnya.

“Jawapan saya mudah — kita jaga Sabah. Rumah kita, kita jaga.”

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/12/slogan-selamatkan-sabah-atau-selamatkan-sabah-dari-warisan-armizan/feed/ 0 83057
Hajiji luluskan RM5 juta untuk pembangunan di Limbahau https://sabahmedia.com/2025/05/18/hajiji-luluskan-rm5-juta-untuk-pembangunan-di-limbahau/ https://sabahmedia.com/2025/05/18/hajiji-luluskan-rm5-juta-untuk-pembangunan-di-limbahau/#respond Sun, 18 May 2025 00:12:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74012
Read Time:1 Minute, 6 Second

Papar : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menggembirakan rakyat di sini apabila beliau meluluskan sejumlah RM5 juta untuk Gereja St Joseph dan Dewan Serbaguna Kampung Marahang di Limbahau pada Sabtu.

Berucap di Pesta Kaamatan Papar di Kampung Marahang, Hajiji berkata beliau meluluskan permohonan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nautim untuk membina dewan baharu bagi Gereja St Joseph.

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf infrastruktur di sekitar Dewan Serbaguna Kampung Marahang.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata beliau bersetuju untuk memperuntukkan sebahagian tanah milik Yayasan Sabah kepada rakyat di Kampung Gana dan kawasan sekitarnya.

“Ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Sabah. Kita berlaku adil kepada rakyat Sabah. Kita tidak mencari pujian, tetapi buktinya ada dan boleh dilihat oleh semua.

“Kita membawa pembangunan bukan hanya kepada satu golongan tertentu, tetapi kepada semua tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) untuk turun padang dan menyampaikan kepada rakyat di peringkat akar umbi tentang apa yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Hajiji berkata Pesta Kaamatan adalah satu platform untuk rakyat memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan ADUN Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/18/hajiji-luluskan-rm5-juta-untuk-pembangunan-di-limbahau/feed/ 0 74012
Fasiliti baharu galak pelaburan dan perkasa ekonomi Papar https://sabahmedia.com/2025/04/28/fasiliti-baharu-galak-pelaburan-dan-perkasa-ekonomi-papar/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/fasiliti-baharu-galak-pelaburan-dan-perkasa-ekonomi-papar/#respond Mon, 28 Apr 2025 13:39:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72839
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Usaha memperkasa pembangunan ekonomi dan sosial di daerah Papar terus diperkasakan dengan perasmian Majestic Ballroom di Parklane City, Benoni, di sini, hari ini. (28 April)

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Turut hadir ialah Pemaju Parklane City dan Pengarah Urusan WSG Group, Datuk Susan Wong, Ketua Pegawai Eksekutif 10 Star Cinema Sdn Bhd Onn Norshal Hamzah dan Pelakon, Pengarah, Penulis dan Penerbit televisyen Malaysia,  Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata pembukaan Majestic Ballroom, yang beroperasi seiring dengan 10 Star Cinemas, akan memberi alternatif baharu kepada masyarakat setempat untuk penganjuran pelbagai acara seperti majlis perkahwinan dan program-program komuniti.

“Saya amat mengalu-alukan inisiatif ini. Kehadiran Majestic Ballroom melengkapkan ekosistem kemasyarakatan dan hospitaliti di Papar. Ia menyediakan pilihan venue yang lebih dekat dan kos efektif berbanding penganjuran acara di Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis tersebut.

Menurut beliau, fasiliti seperti ini juga menjadi pemangkin penting dalam usaha membangunkan Papar sebagai hab pelancongan baharu di Sabah.

“Dalam membangunkan sektor pelancongan, kita tidak boleh hanya bergantung kepada produk pelancongan semata-mata. Ia perlu dilengkapkan dengan ekosistem yang merangkumi kemudahan penginapan, penganjuran acara, makanan dan minuman serta hiburan. Majestic Ballroom, bersama-sama pembangunan hotel bertaraf lima bintang seperti InterContinental Resort di Melinsung dan projek hotel di Kinarut, melengkapkan usaha ini,” jelasnya.

Armizan turut menyatakan bahawa dengan adanya kemudahan seperti ini, pelbagai pihak termasuk usahawan kecil setempat akan mendapat manfaat, khususnya dalam penyediaan perkhidmatan seperti katering, hiasan majlis, penyewaan peralatan dan lain-lain.

Selain itu, beliau menekankan bahawa kewujudan 10 Star Cinemas di Papar juga membuka peluang untuk memperkasa industri kreatif dan seni di Sabah.

“Sabah memiliki bakat dan keindahan alam semula jadi yang telah menarik perhatian penggiat filem. Kehadiran panggung wayang ini memberi ruang kepada pembangunan industri kreatif tempatan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Susan berkata pembukaan Majestic Ballroom selepas setahun pelancaran rasmi 10 Star Cinemas adalah satu pencapaian besar untuk Parklane City dan komuniti sekitarnya.

“Dengan adanya ballroom ini, masyarakat Papar kini mempunyai kemudahan untuk menganjurkan majlis seperti perkahwinan dan pelbagai acara lain tanpa perlu ke Kota Kinabalu. Ballroom ini boleh memuatkan sehingga 50 meja untuk majlis besar, dan sebuah bilik kecil yang boleh menampung 15 meja untuk acara lebih sederhana,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan ini dijangka menarik lebih ramai pelabur dan peniaga ke Parklane City, terutamanya dengan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo yang bakal meningkatkan akses ke kawasan itu.

“Ini bukan sahaja berita baik untuk pemilik kedai dan pembeli rumah di Parklane City, tetapi juga akan merancakkan ekonomi setempat dan menjadikan Benoni, Papar sebagai lokasi yang semakin berkembang maju,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/fasiliti-baharu-galak-pelaburan-dan-perkasa-ekonomi-papar/feed/ 0 72839
TYT, Ketua Menteri hadir Rumah Terbuka Aidilfitri di Papar https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/ https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/#respond Sun, 20 Apr 2025 09:46:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72343
Read Time:1 Minute, 6 Second

PAPAR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, berlangsung meriah hari ini dengan kehadiran lebih 18,000 pengunjung dari seluruh daerah Papar.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di Dewan SMK Pengalat itu turut menerima kehadiran tetamu kehormat Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin, yang disambut mesra oleh para penganjur dan masyarakat setempat.

Mengiringi Tun Musa ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis bermula dengan ketibaan Ketua Menteri yang disambut oleh Datuk Armizan dan Datuk Ghulam sebelum beliau menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di pentas utama di luar dewan.

Setibanya Tun Musa dan isteri, mereka turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di dalam dewan, diiringi oleh Ketua Menteri.

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional Hari Raya yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya sate, rendang, lemang, ketupat, kuih-muih serta pelbagai jenis minuman dan makanan lain.

Selain itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk kumpulan Masmona Band, serta berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan tiket bertuah yang menambah lagi kemeriahan sambutan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/feed/ 0 72343