Para – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Feb 2023 23:46:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Para – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LSS diseru sediakan perkhidmatan terbaik untuk para pengguna – Ellron https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/#respond Tue, 21 Feb 2023 23:46:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29862
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin menyeru kepada Lembaga Sukan Sabah (LSS) supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna kemudahan sukan di pusat-pusat dan kompleks sukan yang terdapat di negeri ini.

‘Kita kena melihat semula dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan, ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya ia menimpa kepada pengguna yang menggunakan kemudahan dan peralatan kita,” kata Ellron.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina dan Hari Natal Lembaga Sukan Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada Selasa (21 Feb).

Selain itu, Ellron turut menekankan pentingnya pihak pengurusan untuk mendengar keluhan dan aduan daripada para pengguna bagi memastikan perkhidmatan dapat ditambah baik.

“Selaku kakitangan kita perlulah menyedari akan pentingnya aduan daripada orang awam, kerana itulah cara kita bertindak dalam memastikan sistem perkhidmatan kita lebih cekap, teratur dan selamat,” katanya.

Tambah beliau, pematuhan SOP, penyediaan peralatan dan kemudahan yang selamat serta penerimaan aduan orang awam secara terbuka adalah wajar dan merupakan keutamaan terpenting sebagai seorang kakitangan di LSS.

“Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kemudahan dan pusat sukan yang ditawarkan oleh LSS,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau amat menghargai semua pencapaian yang dilakar oleh LSS dan percaya kepada keberkesanan kerja secara berpasukan dari semua pihak.

“Melalui kerjasama berpasukan, semua tugasan dan peranan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan efisien,” ujarnya.

Beliau turut mengharapkan sokongan padu antara semua agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah agar dapat diteruskan bagi menjadikan negeri ini lebih maju dan membangun sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam memastikan pembangunan dan kemajuan dalam memperkasakan belia dan sukan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/feed/ 0 29862
Kes Ziyad Mungkin Dibawa Ke CAS https://sabahmedia.com/2021/09/05/kes-ziyad-mungkin-dibawa-ke-cas/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/kes-ziyad-mungkin-dibawa-ke-cas/#respond Sun, 05 Sep 2021 11:38:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5863
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin akan terus memperjuangkan nasib jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meskipun sudah ‘berdamai’ dengan kem Ukraine, semalam.

Malah, Megat yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak menolak kemungkinan memanjangkan kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berdasarkan bukti yang diperoleh.

“Saya fikir kita akan terus membuat susulan. Ia adalah prosedur. Umumnya kita sudah membuat permintaan dan kita akan teruskan menerusi prosedur ditetapkan dan kita akan melakukannya.

“Kita tak kisah, kita akan buat secara teratur. Setidak-tidaknya Persatuan Olahraga Para Dunia (WPA) tahu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) tahu yang adanya permintaan, rayuan. Jadi, ia satu prosedur yang normal dan kita akan teruskan.

“Soal (CAS), itu kita serahkan kepada peguam dilantik. Apa yang perlu dilakukan, kita perlukan rakaman CCTV bagi memastikan atlet kita berada di sana. Rakaman itu penting untuk WPA dan IPC membuat penilaian.

“Saya percaya kita melakukan tindakan sewajarnya dan kita akan sediakan dokumen serta bukti diperlukan,” kata Megat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara maya ketika mengulas prestasi keseluruhan kontinjen negara selepas temasya itu berakhir, hari ini.

Terdahulu, penyertaan Ziyad dan pingat emas yang dimenanginya dalam acara lontar peluru lelaki F20 dibatalkan serta ditarik balik susulan terdapat bantahan daripada kem Ukraine.

Malah, lebih malang pembatalan itu menyaksikan catatan rekod dunia 17.94 meter (m) yang dilakukan Ziyad juga tidak diiktiraf.

Ziyad diklasifikasikan sebagai ‘Did Not Start’ (DNS) kerana didakwa lewat melapor diri ke bilik menunggu dan kemenangan menjadi milik Maksym Koval dari Ukraine. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/kes-ziyad-mungkin-dibawa-ke-cas/feed/ 0 5863
Atlet Para Sedia Harumkan Nama Malaysia https://sabahmedia.com/2021/08/22/atlet-para-sedia-harumkan-nama-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/atlet-para-sedia-harumkan-nama-malaysia/#respond Sun, 22 Aug 2021 09:01:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5056
Read Time:2 Minute, 55 Second

KUALA LUMPUR: Selepas tamat Sukan Olimpik 2020, arena sukan tanah air akan dimeriahkan sekali lagi dengan aksi atlet para negara yang akan beraksi pada temasya Sukan Paralimpik 2020 yang bakal membuka tirai secara rasminya pada Selasa ini.

Doa seluruh rakyat Malaysia pastinya ditagih atlet istimewa negara bagi mengiringi perjuangan mereka di bumi Tokyo, sama seperti sama yang dirasai atlet negara ketika beraksi di pentas Olimpik baru-baru ini.

Dengan misi membawa pulang tiga pingat emas sekali gus menyamai pencapaian lima tahun di Paralimpik Rio 2016, barisan 22 atlet negara yang menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan sememangnya sudah bersedia untuk turun berjuang.

Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menyifatkan atlet negara ketika ini umpama ‘singa lapar’ yang bersedia untuk membaham mangsa mereka dalam usaha melakar kejayaan buat Malaysia.

Katanya, semua atlet sememangnya dahagakan kejohanan untuk disertai selepas segelintir daripada mereka sudah lama ‘terkurung’ susukan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak awal tahun lalu.

“Saya fikir mereka tidak akan sia-siakan peluang beraksi di Paralimpik Tokyo ini. Apa membuatkan saya bertambah gembira adalah melihat keakraban semua 22 atlet yang akan bertanding kali ini yang mana mereka semua bersatu hati tidak kira daripada sukan apa sekalipun.

“Saya tidak nampak mereka berbalah antara satu sama lain atau berlagak ‘superstar’, sebaliknya semua sama saja.

“Bukan mahu kata yang faktor itu membuatkan saya yakin tetapi ia sekurang-kurangnya boleh digunakan sebagai kayu pengukur kerana ia membuktikan kekuatan mental mereka pada tahap terbaik dan hanya fokus kepada persiapan bagi menghadapi Sukan Paralimpik kali ini.

“Saya juga beritahu kepada mereka yang mana temasya di Tokyo ini sajalah yang ada untuk sesetengah sukan. Jadi, nak patah-riuk ke apa semua di Tokyo, jangan buat separuh jalan” katanya kepada BH Sukan.

Pada temasya kali ini, lima atlet iaitu dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badmiton para, Cheah Leik Hou; atlet memanah, S Suresh dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin diletakkan sebagai sandaran utama bagi merealisasikan sasaran tigas emas kontinjen negara.

Pada edisi Rio 2016, kontinjen para negara berjaya membawa pulang tiga emas dan satu gangsa.

Emas disumbangkan Ziyad dalam acara lontar peluru, Abdul Latif (lompat jauh) dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 meter) manakala gangsa diraih Siti Radiah Ismail (lompat jauh wanita).

Megat yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), berkata biarpun hanya tiga emas menjadi buruan tetapi beliau tidak menolak kemungkinan ia boleh melebihi sasaran ditetapkan.

“Sasaran tiga emas adalah realistik. Kita sandarkan kepada empat jenis sukan iaitu olahraga, badminton, memanah dan angkat berat. Tidak kisahlah siapa-siapa antara lima atlet berkenaan yang dapat menyumbangkan emas, saya bersyukur.

“Kalau dapat lima emas…Alhamdulillah. Ia pastinya akan menjadi pencapain terhebat kontinjen para negara kerana dalam keadaan pandemik yang sedang melanda ketika ini, mereka boleh melakar kejayaan.

“Namun, tidak semestinya lima atlet yang disebutkan saja mampu menang emas, atlet lain juga berpeluang untuk melakukan kejutan. Peluang adalah terbuka untuk semua,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia yang mengambil bahagian pada Sukan Paralimpik sejak 1972 dan sudah mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai tanggungjawabnya sebagai ketua kontinjen, Megat, berkata beliau menggunakan pendekatan ‘adik beradik’ bagi memastikan tiada jurang antara dirinya dengan semua atlet negara.

“Saya mahu mereka selesa bercakap mengenai apa saja dengan saya. Malah, saya beritahu mereka yang saya boleh dihubungi 24 jam.

“Saya mahu memastikan keharmonian terjaga dalam dalam kalangan semua yang berada dalam kontinjen kali ini. Bukan saya manjakan mereka, tetapi saya mahu mereka tahu yang saya sentiasa ada untuk mereka,” katanya. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/atlet-para-sedia-harumkan-nama-malaysia/feed/ 0 5056
KBSS MSN Sabah Beri Sokongan Terbaik 3 Atlet Para Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/02/kbss-msn-sabah-beri-sokongan-terbaik-3-atlet-para-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/kbss-msn-sabah-beri-sokongan-terbaik-3-atlet-para-sabah/#respond Fri, 02 Jul 2021 09:52:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2396
Read Time:2 Minute, 15 Second


KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) melalui Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah) memberikan sokongan terbaik kepada tiga atlet Para Sabah yang layak beraksi di Sukan Paralimpik XVI Tokyo 2020 di Jepun bermula 25 Ogos hingga 6 September depan.
 
Menteri KBSS Datuk Ellron Angin, berkata perancangan rapi telah dibuat dengan kerjasama erat Majlis Sukan Negara (MSN) dalam memastikan ketiga-tiga atlet itu siap sedia sepenuhnya dan memberikan cabaran terhebat di Negara Matahari Terbit itu nanti.
 
Tiga atlet Para yang dimaksudkan itu ialah Brenda Anallia Larry, 15, atlet renang yang akan bersaing dalam acara 50 meter (m) Kuak Lentang kategori S4 wanita, Jonathan Wong Kar Gee, 30, atlet olaharaga yang akan bertanding dalam acara lompat jauh kategori F12 lelaki dan Didin Taresoh, 46, pemain badminton yang akan bertarung dalam acara perseorangan kategori SS6 lelaki.
 
“Sudah tentu kita, seluruh warga sukan negeri ini amat berbangga dengan pencapaian ketiga-tiga mereka. Mereka bukan sahaja mengharumkan nama negeri Sabah yang tercinta ini, tetapi juga nama Malaysia di persada dunia.
 
“Bukan mudah untuk melahirkan atlet seperti mereka, ianya memerlukan sokongan padu dari semua pihak selain kegigihan, kesabaran, keazaman dan disiplin tinggi atlet itu sendiri,” kata beliau selepas menyampaikan saguhati pencapaian kepada ketiga-tiga atlet itu di Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di sini hari ini (Jumaat).
 
“Satu perbincangan virtual telah diadakan beberapa minggu lalu melibatkan para pegawai dari MSN, MSN Sabah, Institut Sukan Negara, Pesuruhjaya Sukan, Persatuan dan jurulatih-jurulatih ketiga-tiga atlet itu, untuk merancang secara terperinci persiapan latihan mereka.
 
“Persiapan memasuki Fasa Akhir ketika ini berjalan lancar sekalipun ianya banyak terbatas akibat kekangan pendemik Covid-19, dan selaku menteri, saya telah mengarahkan MSN Sabah untuk memantau sepenuhnya latihan dan persiapan ketiga-tiga atlet ini setiap minggu,” jelas Ellron.
 
“Kita di kementerian sentiasa berdoa kejayaan mereka membawa pulang pingat untuk kontinjen negara, dan seperti yang dijanjikan, insentif kemenangan yang lumayan menanti mereka.
 
“Dari Kerajaan Malaysia, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dengan pencen bulanan RM5,000, pemenang pingat perak akan menerima RM300,000 dengan pencen bulanan RM3,000 dan pemenang pingat gangsa akan menerima RM100,000 dengan pencen bulanan RM1,000.
 
“Dari Kerajaan Negeri Sabah pula, pemenang pingat emas akan menerima RM500,000, pemenang pingat perak akan menerima RM150,000 dan pemenang pingat gangsa akan menerima RM50,000,” tambah beliau lagi.
 
Dalam pada itu, hadir sama semasa sesi penyampaian saguhati ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Tuan Andi Muhammad Suryady Haji Bandy, Setiausaha Tetap KBSS; Sr. Mohd. Yusrie Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap KBSS; Putera Jali, Pengarah MSN Sabah; Mohd. Asneh Mohd. Noor dan Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Sabah; Tan Hwa Koon.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/kbss-msn-sabah-beri-sokongan-terbaik-3-atlet-para-sabah/feed/ 0 2396