Parah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Mar 2024 01:45:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Parah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki parah, tertusuk besi dada, leher https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/#respond Fri, 15 Mar 2024 01:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51068
Read Time:38 Second

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah akibat tertusuk besi di dada dan leher dalam kejadian di Kampung Tandek pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang Khamis (14 Mac) dari Hospital Lotong Kota Marudu mengenai kejadian itu.

Katanya, sebelum kejadian menurut ibu mangsa, semasa mereka pergi ke kedai runcit, kanak-kanak tersebut tersandung lalu terjatuh dan tertusuk besi di dadanya.

“Dalam kejadian itu kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan bahagian dada dan lehernya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba berjaya memotong besi tersebut menggunakan peralatan khas.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.09 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/feed/ 0 51068
Pemandu Perodua Kancil parah, kenderaan dilanggar bas ekspress https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/ https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/#respond Sat, 04 Nov 2023 13:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44726
Read Time:1 Minute, 16 Second

RANAU: Seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan parah selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya dilanggar oleh sebuah bas express dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Kilometer 12 Jalan Ranau -Telupid pada Jumaat (3 Nov).

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, kejadian kemalangan berlaku lebih kurang jam 11.15 pagi pada Jumaat, hasil siasatan awal mendapati bas express tersebut dalam perjalanan daripada Sandakan menuju ke Kota Kinabalu, manakala Perodua Kancil dipandu dari arah Kampung Nabutan menuju ke Kampung Nalapak.

“Pemandu bas express seorang lelaki tempatan berumur awal 60-an dipercayai memandu bas secara cuai dengan memotong di kawasan garisan berkembar sebelum melanggar sebuah Perodua Kancil yang masuk ke Simpang Kg.Nalapak sebelah kanan jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu Perodua Kancil iaitu seorang perempuan tempatan berumur awal 30-an telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Simiun, mangsa yang parah itu seterusnya dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Sementara pemandu bas express bersama 26 orang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ssehubungan dengan itu, Simiun turut menasihatkan pengusaha dan pemandu bas express supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas ketika berada diatas jalanraya.

“Pastikan memandu dalam keadaan berhati-hati dan perlahankan kenderaan terutama di kawasan sekolah, klinik dan juga kawasan perkampungan.

“Elakkan daripada memandu secara melulu dan bahaya serta tingkatkan
keselamatan di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, penumpang serta orang awam yang berada berdekatan dengan jalan raya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/feed/ 0 44726