paralimpik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Sep 2025 08:49:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png paralimpik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MPM Jelaskan Isu Tunggakan Pembayaran Kepada Atlet Paralimpik Paris 2024 https://sabahmedia.com/2025/09/18/mpm-jelaskan-isu-tunggakan-pembayaran-kepada-atlet-paralimpik-paris-2024/ https://sabahmedia.com/2025/09/18/mpm-jelaskan-isu-tunggakan-pembayaran-kepada-atlet-paralimpik-paris-2024/#respond Thu, 18 Sep 2025 08:37:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81545
Read Time:3 Minute, 26 Second

KUALA LUMPUR : Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) hari ini tampil menjelaskan isu kelewatan pemberian ganjaran wang tunai kepada atlet negara yang meraih pingat di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, pihaknya telah menerima sumbangan daripada tiga penaja utama yang menyalurkan bantuan dalam bentuk wang tunai dan barangan sejak temasya itu berlangsung tahun lalu.

“Alhamdulillah, kita telah berjaya mendapatkan tiga penaja. Zero Healthcare telah menyumbangkan 30 kerusi urut bernilai lebih RM15,000 setiap satu kepada semua atlet negara yang beraksi di Paris. Mereka turut menyalurkan insentif tambahan pada 9 April 2025 iaitu RM10,000 kepada pemenang emas, RM5,000 kepada pemenang perak dan RM3,000 kepada pemenang gangsa.

“Selain itu, syarikat B. Grimm Power yang berpangkalan di Jerman dan Thailand turut menyalurkan dana RM55,000 dengan pecahan RM15,000 untuk dua pemenang emas, RM10,000 untuk dua pemenang perak dan RM5,000 untuk pemenang gangsa,” katanya pada sidang media di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur,disini hari ini. 

Tambahnya, turut menerima sumbangan ialah jurulatih yang mengiringi kontinjen negara ke Paris, masing-masing sebanyak RM1,000 daripada tajaan PCM Paralympic Conservation.

“Insentif yang diagihkan hari ini membabitkan lima atlet utama iaitu Chia Lehow (RM25,000), Boni Buniaw (RM25,000), Datuk Abdul Latif Romli (RM15,000), Ziad Zulkifli (RM15,000) dan Eddie Bennett (RM8,000).

“Secara keseluruhan, jumlah insentif tunai yang berjaya disalurkan adalah RM88,000 kepada semua pemenang pingat. Bagi memastikan ketelusan, pihak penaja telah bersetuju untuk menyalurkan pembayaran terus ke akaun atlet masing-masing,” katanya.

Penjelasan Isu RM60,000

Mengulas mengenai laporan yang mendakwa MPM sepatutnya menyalurkan ganjaran berjumlah RM60,000, Megat menegaskan angka itu tidak pernah diumumkan pihaknya.

“Untuk makluman, jumlah sebenar yang berjaya dikumpulkan dalam bentuk tunai adalah RM55,000 sahaja. Saya tidak tahu bagaimana jumlah RM60,000 itu boleh timbul dan daripada sumber mana ia dipetik.

“Saya berharap para atlet dapat berhubung terus dengan pihak kami sekiranya mempunyai sebarang kekangan kewangan kerana kami sentiasa bersedia membantu,” katanya.

Dakwaan Tidak Berasas Jejas Penaja

Dalam pada itu, Megat berkata beliau sendiri telah memohon maaf secara peribadi kepada pihak penaja bagi memastikan hubungan baik itu tidak terjejas, selain memberi jaminan bahawa segala bentuk tajaan akan diuruskan secara bertanggungjawab dan telus.

“Saya percaya semua pihak ingin melihat sukan paralimpik negara terus berkembang. Justeru, saya ingin menutup polemik ini dan memastikan setiap penajaan yang masuk dilindungi serta dihargai,” katanya.

Ditanya sama ada atlet yang membuat dakwaan berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk penggantungan, Megat berkata MPM akan mengambil langkah sewajarnya mengikut prosedur ditetapkan.

“So kalau menjerumus terhadap penggantungan, kita akan lakukan. Tetapi kita tetap akan ikut prosedur yang betul. Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada negara atau organisasi,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang melabelkan MPM sebagai sebuah organisasi penipuan (scam), sambil menyifatkannya sebagai tuduhan yang memalukan dan tidak bertanggungjawab.

“Saya minta maaf kerana agak emosi, tetapi melabelkan organisasi ini yang mewakili golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai sebuah ‘scam’ adalah sesuatu yang sangat memalukan. Bagi saya itu sudah melampaui batas.

“Ia sangat memalukan, sangat tidak boleh diterima. Tidak pernah saya terfikir ada individu yang juga daripada komuniti ini sendiri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya dengan nada kecewa.

Perancangan Masa Depan

Mengulas mengenai hala tuju masa depan, Megat berkata MPM akan terus memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan lebih banyak penajaan bagi menjamin kebajikan atlet paralimpik negara.

“Kami percaya pembangunan sukan paralimpik perlu berterusan, bukan sahaja selepas temasya besar seperti Paralimpik tetapi sepanjang tahun. Justeru, kami akan memperkukuh jaringan kerjasama dengan sektor swasta dan rakan strategik lain,” katanya.

Beliau berkata MPM juga akan memperkemas sistem pemberian insentif dan tajaan supaya lebih telus dan cepat sampai kepada atlet.

“Kita mahu pastikan tidak timbul lagi isu kelewatan. Setiap sen tajaan yang masuk akan terus disalurkan kepada atlet atau jurulatih yang layak, agar mereka dapat merasai hasil usaha mereka tanpa sebarang keraguan,” katanya.

Megat menegaskan MPM komited untuk melindungi kepentingan atlet paralimpik serta memastikan setiap sumbangan penaja digunakan dengan sebaik-baiknya.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan atlet OKU ini mendapat pengiktirafan dan sokongan setimpal dengan pengorbanan mereka, sekali gus mengangkat martabat sukan paralimpik negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/18/mpm-jelaskan-isu-tunggakan-pembayaran-kepada-atlet-paralimpik-paris-2024/feed/ 0 81545
Eddy terima ganjaran insentif RM50,000 https://sabahmedia.com/2024/10/30/eddy-terima-ganjaran-insentif-rm50000/ https://sabahmedia.com/2024/10/30/eddy-terima-ganjaran-insentif-rm50000/#respond Wed, 30 Oct 2024 01:35:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63022
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Atlet olahraga Paralimpik negara, Eddy Bernard yang meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 menerima ganjaran insentif sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan negeri Sabah.

Anak kelahiran Beluran itu menyumbang pingat pingat pertama Malaysia menerusi acara 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France.

Penyerahan insentif itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini semalam.

Eddy turut memperbaharui catatan peribadi 11.77 saat ketika meraih perak di kejohanan dunia di Kobe, Jepun Mei lalu.

Selain Eddy, turut menerima ganjaran insentif adalah Olahragawan Para Sukan Malaysia (SUKMA) Shahafiq Abdullah yang telah menyumbang empat emas satu perak dan satu gangsa pada temasya Para SUKMA di Sarawak baru-baru ini.

Shahafiq menerima cek curah dari Shahafiq

Atas kemenangan yang dicapai, Shahafiq menerima ganjaran insentif sebanyak RM10,000 dan merupakan atlet yang menerima insentif tertinggi berjumlah RM64,500.

Antara acara yang dipecahkan rekod adalah 50 meter gaya kuak kupu – kupu kategori S6/S7 (rekod kebangsaan baharu); 100 meter gaya kuak lentang kategori S5/S6 (rekod kebangsaan baharu); 100 meter gaya bebas kategori S6 (rekod kebangsaan baharu) dan 50 meter gaya bebas kategori S6 (rekod kebangsaan baharu). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/30/eddy-terima-ganjaran-insentif-rm50000/feed/ 0 63022
Kejayaan atlet Paralimpik di Paris diharap dapat suntik semangat buat atlet Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/11/kejayaan-atlet-paralimpik-di-paris-diharap-dapat-suntik-semangat-buat-atlet-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/11/kejayaan-atlet-paralimpik-di-paris-diharap-dapat-suntik-semangat-buat-atlet-sabah/#respond Wed, 11 Sep 2024 09:10:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60472
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kejayaan atlet Paralimpik Eddy Bernard yang berjaya memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Paralimpik di Paris baru-baru ini diharap dapat menyuntik semangat buat atlet lain khususnya di negeri ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, selain Eddy, dua lagi wakil Sabah Jonathan Wong Kar Gee  dan Mohd Amin Burhanuddin ke temasya itu juga amat membanggakan buat rakyat negeri ini.

“Alhamdulillah, ini adalah sejarah pertama kalinya atlet para Sabah yang menang membawa pingat daripada sukan Paralimpik.  Ini pertama kali dalam sejarah untuk negeri ini kita membawa pingat, atlet daripada Sabah.

“Sudah tentu kita sebagai rakyat Sabah memang begitu bangga dan juga Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) turut menyampaikan rasa bangga dan juga begitu banggalah dengan pencapaian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan Eddy dan Mohd Amin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pagi tadi.

Para temasya Paralimpik lalu, Eddy dan Jonathan masing mewakili negara dalam acara 100 meter (T44) dan lompat jauh lelaki (T12).

Manakala Mohd Amin mewakili negara dalam acara badminton (SL4).

Fairuz berkata, kejayaan Eddy dan dua lagi atlet Para itu turut mendapat ucapan tahniah daripada Istana Seri Kinabalu.

“Kita turut dihubungi oleh pihak Istana (Seri Kinabalu) sendiri melalui pegawai Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar (Mahiruddin), mereka turut mengucapkan tahniah. 

“Kita turut memaklumkan kepada pihak istana bahawa saudara Eddy da Mohd Amin telah selamat tiba pagi tadi di Kota Kinabalu,” katanya.

Fairuz turut berharap agar Eddy dan Mohd Amin terus bermain dalam acara diwakili bagi mewakili negara para temasya sukan diperingkat antarabangsa yang lain.

“Jadi, kita mengharapkan mereka terus sukses dan mengharapkan juga mereka ini menjadi semangat kepada atlet-atlet Sabahan dan lain-lain. Baik daripada para ataupun sukan yang normal, ” katanya. 

Sementara itu, Eddy ketika ditemui mengakui mahu menjadikan motivasi meraih pingat gangsa itu sebagai pembakar semangat untuk menukar warna pingat kepada emas pada temasya akan datang.

“Untuk motivasi sekarang, saya sasar untuk ‘upgrafe’ lagi pingat ini kepada warna lain, sekarang gangsa sudah tentu mahu Perak atau Emas, sudah tentu Emaslah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO FB FAIRUZ RENDDAN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/11/kejayaan-atlet-paralimpik-di-paris-diharap-dapat-suntik-semangat-buat-atlet-sabah/feed/ 0 60472
Harap lebih banyak pingat diraih pada temasya sukan antarabangsa – Ellron https://sabahmedia.com/2024/09/02/harap-lebih-banyak-pingat-diraih-pada-temasya-sukan-antarabangsa-ellron/ https://sabahmedia.com/2024/09/02/harap-lebih-banyak-pingat-diraih-pada-temasya-sukan-antarabangsa-ellron/#respond Mon, 02 Sep 2024 04:58:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60080
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berharap dua lagi atlet Paralimpik dari Sabah dapat meraih pingat pada temasya sukan Paralimpik Paris 2024.

Katanya, kejayaan atlet Paralimpik dari Sabah Eddy Bernard yang menyumbang pingat pertama kontinjen Paralimpik Malaysia semalam amat membanggakan negara terutama kepada rakyat Sabah.

“Kita gembira dengan kejayaan ini, sebab ini adalah satu pingat pertama bagi Sabah dan Malaysia. 

“Kita juga harap lebih banyak pingat akan dapat lagi diraih di Paralimpik dan juga temasya atau kejohanan sukan diperingkat antarabangsa yang lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, anak kelahiran Beluran itu berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 100M kategori T44. 

Eddy juga telah memecahkan rekod Asia yang baru dengan catatan terbaik beliau iaitu 11.58 saat. 

Sebelum ini, Ellron berkata, ganjaran insentif sebanyak RM500,000 akan diberikan kepada atlet dari Sabah sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lalu hingga 8 September ini.

Selain Eddy, dua lagi atlet Sabah yang turut mewakili negara ke temasya itu adalah Jonathan Wong Kar Gee dan Mohd Amin Burhanuddin bagi acara badminton (SL4). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/02/harap-lebih-banyak-pingat-diraih-pada-temasya-sukan-antarabangsa-ellron/feed/ 0 60080
Sukan Paralimpik : Eddy Bernard sumbang gangsa pertama Malaysia https://sabahmedia.com/2024/09/02/sukan-paralimpik-eddy-bernard-sumbang-gangsa-pertama-malaysia/ https://sabahmedia.com/2024/09/02/sukan-paralimpik-eddy-bernard-sumbang-gangsa-pertama-malaysia/#respond Mon, 02 Sep 2024 02:43:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60062
Read Time:46 Second

Paris : Atlet Paralimpik dari Sabah, Eddy Bernard berjaya meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France, di sini semalam.

Eddy berjaya melintasi garisan penamat dengan mencatat 11.58 saat yang sebelum itu bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan.

Penampilan sulung atlet berusia 23 tahun itu di Sukan Paralimpik turut berjaya memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.

Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu.

Sementara itu, pingat emas bagi acara itu telah dimenangi  atlet mewakili Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi  milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/02/sukan-paralimpik-eddy-bernard-sumbang-gangsa-pertama-malaysia/feed/ 0 60062
PARALIMPIK: Bonnie Raih Emas Pertama Malaysia https://sabahmedia.com/2021/08/28/paralimpik-bonnie-raih-emas-pertama-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/paralimpik-bonnie-raih-emas-pertama-malaysia/#respond Sat, 28 Aug 2021 05:06:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5409
Read Time:42 Second

Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg), sebentar tadi.

Bonnie merangkul emas dengan angkatan terbaiknya 228 kg sekali gus memecahkan rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.

Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Tokyo International Forum, mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.

Tempat kedua milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.

Sebelum ini, Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg di kejohanan Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai, Jun lalu. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/paralimpik-bonnie-raih-emas-pertama-malaysia/feed/ 0 5409
Paralimpik Tokyo: Semoga Jalur Gemilang berkibar, Negaraku berkumandang Banyak Kali – PM Ismail Sabri https://sabahmedia.com/2021/08/24/paralimpik-tokyo-semoga-jalur-gemilang-berkibar-negaraku-berkumandang-banyak-kali-pm-ismail-sabri/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/paralimpik-tokyo-semoga-jalur-gemilang-berkibar-negaraku-berkumandang-banyak-kali-pm-ismail-sabri/#respond Tue, 24 Aug 2021 07:04:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5159
Read Time:2 Minute, 2 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melihat lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar sebanyak mungkin pada Sukan Paralimpik Tokyo.

Ismail Sabri berkata beliau percaya dengan semangat tinggi serta latihan dijalankan selama ini, tiada sebab mengapa barisan atlet luar biasa ini tidak boleh berjaya pada temasya sukan berprestiji di Jepun itu.

“Harapan negara kepada anda semua. Di Rio 2016 (Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil), kita berjaya raih tiga emas dan satu gangsa, maknanya tiga kali lagu Negaraku dimainkan di Rio. 

“Kalau boleh saya nak supaya banyak kali bendera Malaysia dikibarkan dan lagu Negaraku berkumandang di Tokyo,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengukuhan Semangat Atlet Paralimpik Malaysia yang diadakan secara maya hari ini.

Perdana menteri berkata barisan atlet paralimpik yang berjuang di Tokyo merupakan kebanggaan negara dan berharap nama Malaysia dapat dijulang di Tokyo.

Ismail Sabri turut berkongsi kisah di sebalik penubuhan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di sini yang merupakan idea yang dicadangkan sewaktu zamannya menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Katanya keluhan atlet paralimpik mengenai kekurangan fasiliti untuk mereka ketika itu sehingga terpaksa berkongsi kemudahan sukan bersama atlet normal diberi perhatian pihaknya untuk mewujudkan pusat berkenaan.

Beliau yang berpeluang melawat kontinjen negara pada Sukan Paralimpik Beijing 2008 di China mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keberkesanan pusat sukan paralimpik di sana untuk mendapat ilham mewujudkan fasiliti serupa di tanah air.

“Saya lawat  pusat di Beijing itu… memang bagus, jadi kita cadang buka terus di negara kita,” katanya.

Pusat bernilai RM50 juta itu yang beroperasi sejak 2013 dibina pada 2011 di kawasan seluas kira-kira 1.84 hektar untuk membolehkan atlet paralimpik berlatih serta membuat persediaan rapi bagi menghadapi temasya sukan tempatan dan antarabangsa.

Ismail Sabri juga berharap agar semua atlet menjaga kesihatan diri, kekal berdisiplin serta mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan Jepun bagi mengelakkan dijangkiti COVID-19.

Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan membawa cabaran negara dalam sembilan jenis sukan yang disertai kontinjen Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menerima ucapan tahniah daripada kem paralimpik negara diketuai Ketua Kontinjen ke Sukan Paralimpik Tokyo Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin serta barisan atlet dan jurulatih atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri kesembilan negara.

Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/paralimpik-tokyo-semoga-jalur-gemilang-berkibar-negaraku-berkumandang-banyak-kali-pm-ismail-sabri/feed/ 0 5159
Paralimpik: Misi Atlet ‘Luar Biasa’ Atasi Pencapaian Rio Bermula Selasa https://sabahmedia.com/2021/08/23/paralimpik-misi-atlet-luar-biasa-atasi-pencapaian-rio-bermula-selasa/ https://sabahmedia.com/2021/08/23/paralimpik-misi-atlet-luar-biasa-atasi-pencapaian-rio-bermula-selasa/#respond Mon, 23 Aug 2021 06:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5104
Read Time:4 Minute, 2 Second

BERNAMA

TOKYO, 23 Ogos — Lima tahun lepas, tiga atlet olahraga para Malaysia berjaya melakar sejarah apabila membawa pulang tiga emas daripada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ia merupakan kali pertama Malaysia merasai kilauan emas sejak mula menyertai temasya berprestij itu pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman, sekali gus pencapaian tiga emas dan sebutir gangsa itu menjadi pencapaian terbaik bagi kontinjen negara.

Tiga wira – Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli bagi acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly dalam lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) ternyata unggul dalam acara masing-masing.

Ia sekali gus membuka mata peminat sukan negara mengenai keupayaan atlet luar biasa ini untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat global.

Rentetan daripada kejayaan manis diraih mereka bertiga di Brazil, kem paralimpik kebangsaan terus mencatat kejayaan membanggakan dalam pelbagai kejohanan antarabangsa, dengan atlet dari sukan lain juga mahu membuktikan mereka berpotensi pingat emas di bumi negara matahari terbit ini.

Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang dalam sembilan jenis sukan disertai kontinjen negara di sini. 

Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad, dan Abdul Latif sudah semestinya akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan emas mereka, namun kelibat tiga lagi atlet iaitu Bonnie Bunyau Gustin dari powerlifitng, S. Suresh (memanah) dan Cheah Liek Hou (badminton) harus diberi tumpuan pada temasya kali ini.

Turun dengan reputasi selaku pemegang rekod dan juara dunia bagi kategori lelaki atas 72 kilogram (kg), Bonnie dilihat antara pencabar utama untuk merangkul emas manakala Suresh yang juga juara memanah para dunia 2019 di Belanda turut berupaya menghasilkan kilauan emas buat negara dalam acara lelaki terbuka recurve nanti.

Liek Hou yang bersaing dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 pula berpeluang merakam sejarah menjadi antara pemain badminton para terawal yang meraih pingat apabila sukan berkenaan akan membuat penampilan sulung dalam temasya kali ini.

Juara dunia enam kali yang mendapat sentuhan pemenang gangsa perseorangan lelaki Olimpik Atlanta 1996, Datuk Rashid Sidek, tidak mustahil meraih satu lagi pencapaian cemerlang di Tokyo sekiranya berjaya mengekalkan prestasi dilakar ketika muncul juara dua kejohanan badminton di Sepanyol pada Mei dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), April lepas.

Setelah berhempas pulas mengorban masa, keringat dan tenaga demi negara tercinta sepanjang lima tahun lepas, cabaran barisan atlet lain juga tidak boleh dipandang ringan malah kejutan mungkin boleh berlaku daripada mereka.

Sandaran pingat skuad berbasikal pastinya diletakkan kepada pemenang gangsa perlumbaan 15km scratch lelaki C1 di Kejohanan Berbasikal-Para Trek Dunia UCI 2020 di Kanada iaitu Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin yang bersaing bagi acara 3,000 meter, pecut berpasukan, individu ujian masa dan lebuh raya.

Pelumba lain yang melengkapkan cabaran skuad berbasikal negara di Tokyo adalah pemenang emas perlumbaan lebuh raya kategori C5 Sukan Para Asia 2018 Zuhairie Ahmad Tarmizi, Muhammad Hafiz Jamali dalam acara 1000m ujian masa C5 serta gandingan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan jurumudinya, Nurul Suhada Zainal dalam lebuh raya dan ujian masa kategori B. 

Sementara itu, satu-satunya wakil tunggal wanita olahraga para Siti Nooriasah Mohamad Ariffin yang akan beraksi dalam acara 400m T20, Jong Yee Khie  (powerlifting) dan Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda) berpeluang memperbaiki prestasi mereka dalam penampilan kedua di Sukan Paralimpik selepas tidak berjaya meraih kedudukan podium di Rio 2016.

Barisan atlet lain yang akan mewarnai saingan di Jepun adalah Wong Kar Gee (lompat jauh T13); Didin Taresoh (badminton SH6); Chew Wei Lun (boccia BC1); Chee Chao Ming (ping pong T9); Wiro Julin (memanah) dan tiga atlet renang para iaitu Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dan Jamery Siga bagi ketegori S5 serta Brenda Anellia Larry (S4).

Sama seperti Sukan Olimpik yang telah melabuhkan tirai pada 8 Ogos lepas, penganjuran Sukan Paralimpik kali ini tetap diteruskan walaupun diselubungi ancaman pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda Jepun dan seluruh dunia.

Malah, Jepun mengumumkan untuk melanjutkan darurat di Tokyo sehingga 12 Sept ini selepas bilangan kes COVID-19 dilihat masih tinggi dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut dengan secepat mungkin.

Menjelang pembukaan rasmi malam esok dijadual pada pukul 8 malam (7 petang waktu Malaysia) di Stadium Olimpik, kemeriahan pastinya kurang dirasai di venue sukan apabila tuan rumah memutuskan untuk meneruskan temasya Paralimpik tanpa kehadiran penonton sama seperti Olimpik baru-baru ini, bagi mengekang penularan COVID-19 di kota raya metropolitan terbesar dunia itu.

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengingatkan para atlet agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan penganjur, selain menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus berbahaya itu.

Berdepan pelbagai cabaran dan ranjau berduri dalam mempersiapkan diri ke Tokyo 2020 di sebalik pandemik COVID-19, barisan atlet negara sudah pasti memerlukan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia menyala api perjuangan di bumi Tokyo.

Seramai 4,400 atlet dari 160 negara akan bertanding dalam 22 jenis sukan ditawarkan pada temasya Paralimpik kali ini.

Buat atlet negara, Demi Malaysia, anda mampu lakukannya!

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/23/paralimpik-misi-atlet-luar-biasa-atasi-pencapaian-rio-bermula-selasa/feed/ 0 5104
Isteri Ketua Menteri Sabah sumbang kerusi roda kepada atlet paralimpik https://sabahmedia.com/2021/08/17/isteri-ketua-menteri-sabah-sumbang-kerusi-roda-kepada-atlet-paralimpik/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/isteri-ketua-menteri-sabah-sumbang-kerusi-roda-kepada-atlet-paralimpik/#respond Tue, 17 Aug 2021 05:34:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4752
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang atlet paralimpik negeri Sabah dalam sukan pingpong, Muhamad Lizan Mat Sittim, di Rumah Yayasan Sabah, di sini pada Isnin.

Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berharap sumbangan kerusi roda itu akan menyemarakkan lagi semangat Muhamad Lizan untuk terus aktif dalam sukan pingpong sekali gus terus mewakili negeri ini.

“Semoga dengan pemberian kerusi roda ini iaitu jenis Moov 2.0 Lightweight yang sesuai digunakan untuk sukan akan meningkatkan lagi semangat beliau sekali gus mengharumkan nama negeri ini dalam sukan hingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya juga berharap semangat yang dimiliki Muhamad Lizan akan menjadi pendorong kepada atlet paralimpik lain di Sabah untuk bersama mengharumkan nama negeri ini,” katanya pada majlis penyerahan kerusi roda itu.

Sementara itu, Muhamad Lizan, 28, yang berasal dari Beaufort dan juga seorang orang kurang upaya (OKU) melahirkan rasa syukur kerana menerima sumbangan kerusi roda yang amat sesuai digunakannya untuk sukan terutama pingpong.

“Alhamdulillah dan saya merakamkan terima kasih kepada isteri ketua menteri atas sumbangan kerusi roda ini. Kerusi roda jenis ini amat sesuai untuk sukan dan tahan lama, mungkin empat hingga lima tahun,” katanya yang juga kakitangan tetap sebagai Pembantu operasi di KLPOKU.

Beliau yang juga anak keenam daripada sembilan beradik, menjadi pelatih dalam bidang
operasi sistem komputer di KLPOKU, di Kimanis Papar pada tahun 2013 selepas terbabit dalam kemalangan pada tahun 2012.

Dia yang aktif dalam sukan pingpong turut mewakili Sabah dalam Paralimpiad Perlis
pada 2014 pingat perak bergu kelas atau kategori 4-5; pingat perak team (berkumpulan) kelas 4-5 dan Paralimpiad Sarawak (2016) yang turut memenangi pingat perak bergu kelas-3 dan team kelas-3 serta gangsa untuk acara perseorangan kelas-3.

Beliau juga pernah mewakili negara dalam sukan pingpong di Sukan Para ASEAN 2017
di Kuala Lumpur acara perseorangan dan bergu kelas-3 suku akhir dan Para Sukma Perak 2018 pingat emas bergu dan team kelas-3 serta pingat perak perseorangan kelas-3 dan kelas 1-5.

Sementara itu, bagi pihak KLPOKU, Dayangku Suhaila turut merakamkan terima kasih kepada isteri ketua menteri atas sumbangan sebuah kerusi roda kepada atlet paralimpik di kompleks itu.

Turut hadir ialah Penguasa Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU) Kimanis, Papar, Dayangku Suhaila Pg Suhaimi; Pembantu Tadbir KLPOKU Rafidah Dahali dan Jurulatih KLPOKU, Safwanizam Suhaibul.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/isteri-ketua-menteri-sabah-sumbang-kerusi-roda-kepada-atlet-paralimpik/feed/ 0 4752
Sedia Galas Tanggungjawab Bagi Hadiah Pingat Emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 https://sabahmedia.com/2021/08/15/sedia-galas-tanggungjawab-bagi-hadiah-pingat-emas-sukan-paralimpik-tokyo-2020/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/sedia-galas-tanggungjawab-bagi-hadiah-pingat-emas-sukan-paralimpik-tokyo-2020/#respond Sun, 15 Aug 2021 10:36:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4684
Read Time:1 Minute, 17 Second

KUALA LUMPUR: Pemain badminton para lelaki negara, Cheah Liek Hou sedia menggalas tanggungjawab bagi menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia menjelang Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan bermula 24 Ogos ini.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, dia yakin mampu merealisasikan misi berkenaan berdasarkan peningkatan prestasi sepanjang dalam latihan selain kejayaan muncul juara dalam Kejohanan Para Badminton Antarabangsa sebanyak enam kali berturut-turut sejak 2019 sehingga 2021.

Dia yang berada di kedudukan ranking nombor dua dunia muncul juara pada kejohanan di Denmark, Jepun, Brazil, Peru, Emiriah Arab Bersatu dan Sepanyol.

“Sejak saya pulang dari Sepanyol (Mei lalu) dan tamat tempoh kuarantin, saya terus menjalani latihan. Kini, sudah dua bulan setengah saya tidak pulang ke rumah dan memang fokus terhadap latihan saja.

“Ini adalah kali pertama sukan badminton akan dipertandingkan di Sukan Paralimpik… jadi, saya agak teruja untuk beraksi.

“Sebelum ini sasaran saya adalah mara ke final tetapi nampak ada kemajuan selain pencapaian sejak kebelakangan ini yang positif. Jadi, saya tukar sasaran saya daripada perak ke emas.

“Cuma, sekarang ini saya perlu fokus kepada latihan dan berharap tiada masalah kecederaan,” katanya yang dibimbing legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Liek Hou yang akan beraksi dalam kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas), berkata dia juga ada meminta ‘ilmu’ tambahan daripada dua pemain badminton kebangsaan, Chan Peng Soon dan Aaron Chia terutamanya berhubung tekanan kali pertama beraksi di temasya terbesar dunia itu.

“Saya minta mereka kongsikan pengalaman mereka kali pertama beraksi di Sukan Olimpik. Jadi, dari situ saya akan ikut nasihat mereka untuk mengatasi tekanan,” katanya. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/sedia-galas-tanggungjawab-bagi-hadiah-pingat-emas-sukan-paralimpik-tokyo-2020/feed/ 0 4684