Parking – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Oct 2026 11:23:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Parking – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kompaun parkir cecah RM40,000, DBKK pertimbang rayuan dan ansuran https://sabahmedia.com/2026/10/04/kompaun-parkir-cecah-rm40000-dbkk-pertimbang-rayuan-dan-ansuran/ https://sabahmedia.com/2026/10/04/kompaun-parkir-cecah-rm40000-dbkk-pertimbang-rayuan-dan-ansuran/#respond Sun, 04 Oct 2026 11:23:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104747
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Pemilik kenderaan yang berdepan jumlah kompaun parkir terkumpul yang tinggi boleh mengemukakan rayuan dan memohon pembayaran secara ansuran kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, kemudahan berkenaan merupakan antara pendekatan yang boleh dipertimbangkan DBKK bagi membantu pemilik kenderaan menyelesaikan tunggakan mereka.

Beliau berkata, setiap permohonan akan dirujuk berdasarkan rekod serta keadaan kes masing-masing, termasuk jumlah kompaun yang masih belum dijelaskan.

Menurutnya, terdapat kes pemilik kenderaan yang mempunyai rekod kesalahan parkir berulang dengan jumlah kompaun terdahulu yang tinggi.

“Dalam sesetengah kes, jumlah kompaun boleh mencecah sehingga 200 kompaun dengan nilai terkumpul sehingga RM40,000.

“Ini menunjukkan terdapat kesalahan berulang dan tanggungan yang terkumpul,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Sabin berkata, pemilik kenderaan yang berdepan situasi berkenaan disaran tidak membiarkan tunggakan terus terkumpul, sebaliknya segera mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Penguatkuasaan DBKK.

Katanya, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk bayaran secara ansuran selain membuat rayuan sekiranya berdepan jumlah kompaun terkumpul yang tinggi.

“Permohonan pembayaran secara ansuran dan rayuan jumlah kompaun terkumpul yang tinggi boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata, urusan berhubung rekod kompaun, permohonan ansuran dan tuntutan kenderaan boleh dibuat terus dengan Jabatan Penguatkuasaan DBKK bagi memastikan setiap kes disemak berdasarkan rekod sebenar.

Dalam pada itu, Sabin menegaskan tindakan penguatkuasaan parkir termasuk penundaan kenderaan dilaksanakan bagi memastikan jalan raya dan laluan pejalan kaki tidak terhalang.

Katanya, tindakan berkenaan penting bagi menjaga keselamatan serta kepentingan pengguna awam, terutama di kawasan yang sering mengalami masalah parkir berganda dan halangan lalu lintas.

Antara kawasan yang kerap menerima aduan ialah Pasar Besar Kota Kinabalu, Anjung Kinabalu, Sinsuran dan kawasan pasar malam SAFMA.

Sabin berkata, orang ramai juga perlu menggunakan kemudahan parkir yang sah serta merancang perjalanan bagi mengelakkan kesalahan berulang dan tindakan penguatkuasaan.

DBKK, katanya, akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara profesional, adil dan konsisten, selain menggalakkan pemilik kenderaan menyelesaikan sebarang tunggakan berdasarkan saluran yang disediakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/04/kompaun-parkir-cecah-rm40000-dbkk-pertimbang-rayuan-dan-ansuran/feed/ 0 104747
Aplikasi Sabah Smart Parking kembali pulih, pengguna boleh teruskan bayaran parkir https://sabahmedia.com/2026/07/02/aplikasi-sabah-smart-parking-kembali-pulih-pengguna-boleh-teruskan-bayaran-parkir/ https://sabahmedia.com/2026/07/02/aplikasi-sabah-smart-parking-kembali-pulih-pengguna-boleh-teruskan-bayaran-parkir/#respond Thu, 02 Jul 2026 00:05:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99220
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Perkhidmatan aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) yang sebelum ini mengalami gangguan operasi sementara kini telah kembali pulih dan boleh digunakan seperti biasa.

SSP dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna kini boleh meneruskan semula urusan pembayaran parkir menerusi aplikasi berkenaan selepas beberapa fungsi utama yang terjejas berjaya dipulihkan.

Sebelum ini, gangguan pada aplikasi SSP menyebabkan beberapa perkhidmatan tidak dapat diakses, termasuk pembayaran caj letak kereta secara digital, semakan dan pembayaran kompaun, pembelian Pas Parkir Bulanan, tambah nilai kredit (top-up) serta akses kepada modul IBERSIH dan beberapa perkhidmatan lain.

Sepanjang tempoh gangguan itu, tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun tidak dilaksanakan bagi mengelakkan kesulitan kepada pengguna yang terjejas.

Dalam kenyataan terbaharu, syarikat itu memaklumkan aplikasi berkenaan kini kembali beroperasi sepenuhnya dan orang ramai boleh menggunakan semula semua kemudahan yang disediakan seperti biasa.

“Perkhidmatan aplikasi kami kini telah kembali pulih dan boleh digunakan seperti biasa. Anda kini boleh meneruskan pembayaran parkir anda.

“Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran ini,” menurut kenyataan itu.

SSP turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna atas kesabaran, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan perkhidmatan tersebut.

“Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran, sokongan dan kerjasama anda sepanjang tempoh gangguan perkhidmatan ini. Kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut atau bantuan lanjut boleh menghubungi Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta DBKK Holdings di Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex menerusi talian 088-270181 atau 088-270182.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/02/aplikasi-sabah-smart-parking-kembali-pulih-pengguna-boleh-teruskan-bayaran-parkir/feed/ 0 99220