Parkir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Jun 2026 02:18:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Parkir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 20,000 petak parkir disediakan di pusat bandar Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2026/06/05/lebih-20000-petak-parkir-disediakan-di-pusat-bandar-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2026/06/05/lebih-20000-petak-parkir-disediakan-di-pusat-bandar-kota-kinabalu/#respond Fri, 05 Jun 2026 02:15:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97713
Read Time:2 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan lebih 20,000 petak parkir tersedia di sekitar pusat bandar bagi memastikan kelancaran trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta keselesaan pengunjung.

DBKK dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menyediakan kira-kira 4,005 petak parkir awam di kawasan pusat bandar dan sekitarnya.

Selain itu, kemudahan parkir bertingkat turut disediakan di Bangunan KK Plaza dengan 452 petak, Menara Jubili (276 petak) dan KK Sentral (499 petak) dengan kadar caj RM1 sejam.

Menurut DBKK, selain kemudahan yang disediakan pihak berkuasa tempatan itu, terdapat lebih 19,000 petak parkir yang disediakan bangunan komersial dan premis persendirian di sekitar pusat bandar.

Antara lokasi yang menawarkan kapasiti parkir yang besar ialah The Shore (711 petak), Wisma Sabah (125), Wisma Merdeka (752), Warisan Square (510), Suria Sabah (2,016), Riverson (760), Plaza Shell (550), Oceanus (815), KK Times Square (3,287), KK Plaza (450), Jesselton Quay (1,148), Jesselton Mall (910), Imago (1,795), Kompleks Asia City (1,581), Centre Point (1,376) dan Api-Api Centre (1,480).

DBKK berkata, kadar parkir di bangunan persendirian juga berpatutan iaitu antara RM2 hingga RM4 bagi beberapa jam pertama.

Bagaimanapun, pihaknya mendapati masih terdapat pemandu yang meletakkan kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan seperti bahu jalan, laluan masuk dan keluar premis, kawasan larangan parkir, persimpangan jalan, laluan pejalan kaki, hadapan premis perniagaan serta lokasi yang menghalang pergerakan trafik.

Menurut kenyataan itu, tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar peraturan, malah boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya serta mengganggu operasi perniagaan dan urusan harian orang awam.

DBKK turut memaklumkan bahawa parkir tidak teratur boleh mengakibatkan kerosakan kepada kemudahan awam seperti landskap bandar, pokok hiasan, kaki lima, pembahagi jalan dan infrastruktur lain yang disediakan untuk kegunaan masyarakat.

Sehubungan itu, DBKK menegaskan bahawa penguatkuasaan terhadap kesalahan parkir dilaksanakan secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sebelum tindakan diambil, anggota penguat kuasa akan membuat hebahan menggunakan siren atau pembesar suara bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan mengalihkan kenderaan mereka.

Sekiranya arahan tidak dipatuhi atau kesalahan masih berterusan, notis kompaun akan dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Bagi kes tertentu yang melibatkan halangan kepada lalu lintas, risiko keselamatan awam, kesalahan berulang atau kegagalan mematuhi arahan, tindakan menunda kenderaan akan dilaksanakan sebagai langkah terakhir selepas semua prosedur dipatuhi.

DBKK turut mengingatkan orang ramai bahawa berjalan kaki dalam jarak munasabah dari kawasan parkir ke destinasi adalah amalan biasa di bandar-bandar utama dunia.

Menurutnya, kemudahan parkir di bangunan berhampiran seperti KK Plaza, The Shore dan premis parkir lain boleh dimanfaatkan bagi mengurangkan kesesakan serta mewujudkan persekitaran bandar yang lebih teratur dan selesa.

“Orang ramai diseru agar sentiasa menggunakan petak parkir yang sah, mematuhi peraturan ditetapkan serta merancang perjalanan dengan lebih baik ketika berurusan di pusat bandar.

“Kerjasama dan sikap bertanggungjawab semua pihak amat penting bagi memastikan Kota Kinabalu kekal sebagai bandar raya yang bersih, teratur, selamat dan mesra pengguna,” menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/05/lebih-20000-petak-parkir-disediakan-di-pusat-bandar-kota-kinabalu/feed/ 0 97713
OKU kesal petak parkir khas disalah guna, gesa penguatkuasaan lebih adil https://sabahmedia.com/2026/02/22/oku-kesal-petak-parkir-khas-disalah-guna-gesa-penguatkuasaan-lebih-adil/ https://sabahmedia.com/2026/02/22/oku-kesal-petak-parkir-khas-disalah-guna-gesa-penguatkuasaan-lebih-adil/#respond Sun, 22 Feb 2026 08:06:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92039
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) meluahkan rasa kecewa selepas dikenakan kompaun parkir walaupun mendakwa dua kenderaan tanpa pelekat OKU dibiarkan menggunakan petak khas di Penampang.

Francis Xavier berkata, beliau terpaksa meletakkan kenderaan di petak parkir biasa berbayar selepas gagal mendapatkan ruang khas OKU yang didakwanya digunakan oleh individu bukan OKU.

“Saya mencari tempat letak kereta hampir 20 minit tetapi tidak menemui sebarang kekosongan kerana kesesakan dan satu-satunya petak OKU yang berhampiran dengan destinasi saya telah digunakan oleh individu bukan OKU,” katanya ketika dihubungi.

Francis yang tidak mempunyai kaki dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak berkata, ruang parkir khas amat penting baginya bagi membolehkan beliau keluar dari kenderaan dan menaiki kerusi roda dengan selamat sebelum meneruskan urusan.

Menurutnya, beliau mempersoalkan tindakan penguat kuasa yang didakwa tidak mengambil tindakan terhadap dua kenderaan yang diparkir di petak OKU tanpa pelekat sah.

“Apabila saya pergi membayar kompaun dan bertanya kepada petugas, dimaklumkan pemilik kenderaan berkenaan hanya berada di situ untuk tempoh singkat.

“Saya berpusing hampir 20 minit dan meletakkan kenderaan di petak lain tidak sampai tempoh itu. Kereta saya jelas mempamerkan pelekat OKU tetapi saya tetap dikenakan kompaun, sedangkan dua kereta itu masih berada di situ tanpa sebarang saman,” dakwanya.

Francis berkata, insiden berkenaan bukan kali pertama berlaku kerana beliau pernah berdepan situasi sama sebelum ini, termasuk dikenakan saman walaupun mempamerkan pelekat OKU yang sah.

Bagaimanapun, katanya, saman tersebut dibatalkan selepas pegawai berkaitan memahami keadaan dan mengakui berlaku kesilapan.

“Ini bukan soal membayar kompaun, tetapi soal hak kami sebagai golongan OKU. Kami sudah berdepan pelbagai cabaran, namun masih ada yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang diperuntukkan untuk kami,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat agar lebih peka dan tidak menyalahgunakan petak parkir khas OKU, selain meminta pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan secara adil, tegas dan berperikemanusiaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/22/oku-kesal-petak-parkir-khas-disalah-guna-gesa-penguatkuasaan-lebih-adil/feed/ 0 92039
Kemajuan positif isu parkir di Hospital Queen Elizabeth 1 – Phoong https://sabahmedia.com/2025/03/07/kemajuan-positif-isu-parkir-di-hospital-queen-elizabeth-1-phoong/ https://sabahmedia.com/2025/03/07/kemajuan-positif-isu-parkir-di-hospital-queen-elizabeth-1-phoong/#respond Fri, 07 Mar 2025 03:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69919
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti lokasi untuk pembinaan kemudahan parkir di Hospital Queen Elizabeth I (QEH I).

Struktur parkir yang dirancang ini dijangka mempunyai kapasiti minimum 4,500 tempat letak kereta dan kini sedang menunggu kelulusan dasar serta konsep daripada Agensi Pusat.

Ini adalah respon yang diberikan oleh Menterinya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan serta Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Phoong Jin Zhe dalam satu pertemuan yang berlangsung selama satu jam di Putrajaya.

Phoong dalam kenyataannya pada Khamis, menyuarakan isu kekurangan tempat letak kereta di QEH I telah lama menimbulkan masalah kepada pesakit, kakitangan hospital serta menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu.

Phoong menekankan betapa pentingnya menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kesesakan lalu lintas di kawasan hospital sering mengganggu kelancaran urusan pesakit dan menghalang ambulans daripada memasuki hospital dengan cepat.

Beliau berterima kasih kepada Dr. Dzulkefly atas komitmen tersebut dan menekankan bahawa tindakan segera diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan ini.

“Selain itu, saya turut membangkitkan kebimbangan mengenai kemudahan infrastruktur di hospital-hospital lain di kawasan Luyang, seperti Hospital Queen Elizabeth II, Klinik Luyang, dan Klinik Kesihatan Jalan Kebajikan yang juga memerlukan perhatian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/07/kemajuan-positif-isu-parkir-di-hospital-queen-elizabeth-1-phoong/feed/ 0 69919