parlimen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Mar 2024 13:14:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png parlimen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Persekutuan Tiada Cadangan Bina Lapangan Terbang Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2024/03/11/kerajaan-persekutuan-tiada-cadangan-bina-lapangan-terbang-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/03/11/kerajaan-persekutuan-tiada-cadangan-bina-lapangan-terbang-baharu-di-sabah/#respond Mon, 11 Mar 2024 13:14:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50938
Read Time:1 Minute, 54 Second

BERNAMA

PARLIMEN — Kerajaan Persekutuan tiada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Sabah setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Sebaliknya, beliau berkata perancangan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada masa ini ialah mencari kaedah untuk mengoptimumkan sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) memandangkan pembinaan baharu melibatkan peruntukan besar.

“Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu ia jauh dari Kota Kinabalu, saya rasa 40 hingga 50 kilometer dari Kota Kinabalu.

“ … yang ada di Kota Kinabalu (KKIA) ketika ini agak strategik sebab dekat dengan pusat bandar raya tapi kekangannya ialah bagaimana kita lihat terminal dan landasan itu boleh dipanjangkan atau diperbesar dan (mencari cara) untuk optimumkan semula Terminal 2 KKIA, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini, bagi menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) sama ada terdapat cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di negeri berkenaan.

Loke berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga mempertimbangkan cadangan menaik taraf Terminal 1 KKIA untuk membolehkan pengendalian penumpang ditingkatkan daripada 9 juta penumpang kepada 12 juta penumpang setahun bagi mengatasi isu kesesakan.

Sebelum ini, media melaporkan pembinaan lapangan terbang baharu Sabah di Kimanis akan mengambil masa tiga hingga lima tahun sebaik kerajaan negeri meluluskan pemindahan semula KKIA ke satu lokasi di utara Sabah.

Dilaporkan, Qhazanah Sabah Bhd (QSB), cabang pelaburan strategik kerajaan Sabah, juga menjangkakan pemindahan KKIA akan dimulakan pada 2030, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi rakyat di negeri itu.

Dalam pada itu, Loke berkata inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi tiket penerbangan untuk pelajar yang layak bagi perjalanan ke Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diteruskan pada tahun hadapan dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar.

Berhubung cadangan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman supaya frekuensi penerbangan ke pulau bebas cukai itu ditambah, beliau berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan termasuk Batik Airlines untuk menambah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Labuan.

Sebagai respons kepada cadangan supaya diwujudkan penerbangan antarabangsa terus ke Sandakan, Sabah, Loke berkata MOT tiada masalah untuk mengadakan penerbangan terus ke mana-mana lapangan terbang kerana negara mengamalkan dasar langit terbuka.

“Mana-mana lapangan terbang yang mampu menerima pesawat-pesawat komersial boleh terus dapatkan penerbangan berkenaan. Perkara ini merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan sekiranya terdapat permintaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/11/kerajaan-persekutuan-tiada-cadangan-bina-lapangan-terbang-baharu-di-sabah/feed/ 0 50938
‘Hormati Kerajaan Perpaduan, tunggu peluang bersaing PRU akan datang’ – Sultan Ibrahim https://sabahmedia.com/2024/02/26/hormati-kerajaan-perpaduan-tunggu-peluang-bersaing-pru-akan-datang-sultan-ibrahim/ https://sabahmedia.com/2024/02/26/hormati-kerajaan-perpaduan-tunggu-peluang-bersaing-pru-akan-datang-sultan-ibrahim/#respond Mon, 26 Feb 2024 04:52:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50128
Read Time:1 Minute, 41 Second

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Justeru, baginda menitahkan agar semua pihak menerima menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara ketika ini.

Bagi yang hendak bermain politik, baginda memberi amaran supaya mereka menunggu peluang itu untuk bersaing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

“Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan melayan sebagai permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

“Semua pihak mestilah menerima dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggu masa pilihan raya yang akan datang,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan greenlight atau lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas, ketika bersidang.

Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari inibertitah tindakan itu, termasuk mengenakan penggantungan selama 14 hari kepada Ahli Parlimen yang terlibat, jika mereka masih berdegil.

 “Suka saya ingatkan bahawa Parlimen ini tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan yang Berhormat semua para penggubalnya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat.

Oleh yang demikian, saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini, Jaga adab dan tattertib serta gunakan tutur kata kata yang sopan, bukannya memaki hamu hamun orang lain. Kalau tengok perangai ahli Dewan Sebelum ini, Saya Pin rasa malu hendak masuk ke dewan ini, titah Sultan Ibrahim.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agog Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah untuk itu yang Dipertua Dewan dan Yang Dipertua Dewan Negara mesti menjalankan tugas dengan tegas, bagi memastikan semua Ahli Mesyuarat mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidangan.


]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/26/hormati-kerajaan-perpaduan-tunggu-peluang-bersaing-pru-akan-datang-sultan-ibrahim/feed/ 0 50128