Parlimen Putatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 17 Aug 2025 11:45:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Parlimen Putatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji mahu tiga DUN Parlimen Putatan milik GRS https://sabahmedia.com/2025/08/17/hajiji-mahu-tiga-dun-parlimen-putatan-milik-grs/ https://sabahmedia.com/2025/08/17/hajiji-mahu-tiga-dun-parlimen-putatan-milik-grs/#respond Sun, 17 Aug 2025 11:45:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79487
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh Normimie Diun

PUTATAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan hasrat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menguasai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Putatan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Beliau berkata, kerjasama dan perpaduan antara rakyat di kawasan DUN Petagas, Tanjung Keramat dan Tanjung Aru penting bagi memastikan kemenangan calon GRS.

“Untuk anak-anak muda kita, kita beruntung di Putatan ini kerana ada seorang Timbalan Ketua Menteri dari Putatan dan wakil rakyat yang aktif membantu rakyat. Insya-Allah dalam pilihan raya kali ini GRS akan ambil alih ketiga-tiga kerusi ini.

“Yang penting perpaduan di antara kita. Orang Putatan, Petagas, Tanjung Keramat dan Tanjung Aru mesti bersatu hati, pastikan kerajaan yang baik ini untuk rakyat terus kita menangkan,” katanya ketika berucap selepas Program Pelancaran dan Penyerahan Geran Anak Muda di Dewan Sri Putatan, di sini, hari ini.

Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, berkata keyakinan itu turut diperkukuhkan dengan sambutan hangat rakyat terhadap program-program kerajaan di beberapa daerah yang beliau kunjungi baru-baru ini.

“Kemarin saya ada di Beluran, Sandakan dan Kinabatangan, sambutan rakyat cukup hebat di tiap-tiap perjumpaan. Kalau ini menjadi cerminan dan petunjuk, Insya-Allah kerajaan kita sekarang ini akan terus dipilih rakyat.

“Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran dan gelombang besar, kita akan tetap mengharunginya dan menang dalam pilihan raya negeri,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang masih di bawah Barisan Nasional, Hajiji berkata laluan pemimpin itu tidak sukar.

“Apa sukar, tetap menang punya. Dia lagi ADUN, dia lagi Parlimen, menang punya,” katanya ketika ditemui media selepas program tersebut.

Mengenai status Shahelmey yang masih bersama BN, Hajiji hanya menjawab ringkas: “Biar dia ikut corak…”

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/17/hajiji-mahu-tiga-dun-parlimen-putatan-milik-grs/feed/ 0 79487
Penduduk mohon PPR kawasan Parlimen Putatan ditambah – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/07/20/penduduk-mohon-ppr-kawasan-parlimen-putatan-ditambah-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/07/20/penduduk-mohon-ppr-kawasan-parlimen-putatan-ditambah-shahelmey/#respond Sat, 20 Jul 2024 05:45:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57783
Read Time:2 Minute, 41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Penduduk khususnya di daerah Putatan memohon agar rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) ditambah di kawasan daerah tersebut disebabkan dua PPR sedia ada telah penuh.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, setakat ini di kawasan Parlimen Putatan mempunyai dua PPR iaitu PPR Taman Sri Serigai dan PPR Taman Sri Keramat di Kampung Ketiau, dua-duanya sudah penuh.

“Jadi saya selaku wakil rakyat setiap hari mendapat permohonan rayuan daripada rakyat yang memerlukan rumah PPR, justeru itu, jalan penyelesaiannya adalah untuk mendapatkan PPR yang baharu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani di Dewan PPR Taman Sri Serigai di sini, hari ini.

Ditanya mengenai status perkembangan terkini permohonan membina dua lagi PPR kawasan Parlimen Putatan iaitu di Kg Potuki dan Pasir Putih, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) persekutuan pada tahun lepas.

“Pada tahun lepas kita telah mencadangkan dan memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan untuk dua tapak cadangan PPR iaitu di Kg Potuki dan juga Pasir Putih, walau bagaimanapun pihak Jabatan Perumahan Negara di bawah KPKT telah melawat tapak tersebut dan untuk belanjawan tahun 2024 untuk Sabah yang kita dimaklumkan hanya diluluskan tapak PPR di Kuala Penyu.

“Jabatan tersebut masih KIV (dalam perhatian) lagi, jadi pada minggu hadapan Menteri KPKT YAB Tuan Nga Kor Ming akan datang ke Putatan untuk merasmikan Balai Bomba Putatan dan juga Tamu Putatan dan malah akan datang ke PPR Taman Sri Seriagai ini untuk lawatan kerja, jadi saya telah memaklumkan pada Pegawai Eksekutif Daerah Putatan untuk mengemukakan sekali lagi permohonan untuk PPR dibina di Daerah Putatan dan juga Parlimen Putatan.

“Sekiranya kita dapat satu di Daerah Putatan dan satu di kawasan Sembulan dan Tanjung Aru, ianya akan merupakan satu rancangan atau pelaksanaan yang bertepatan sekali memandangkan Putatan ini berada di pinggir Kota Kinabalu jadi keperluan PPR ini begitu tinggi sekali,” jelasnya.

Terdahulu, pada Program Jiwa Komuniti Madani itu adalah bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Shahelmey (dua kiri) menerima cenderakenangan daripada Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor (kiri) selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani di Dewan PPR Taman Sri Serigai hari ini.

Lebih 100 penduduk sekitar Parlimen Putatan menghadirikan program tersebut.

Shahelmey berkata, tujuan program itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat ataupun komuniti madani di daerah ini tentang acara bersejarah yang diadakan pada pagi ini sekali dalam 5 tahun iaitu pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baharu.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengerusi dan ahli jawatan kuasa komuniti madani di Parlimen Putatan yang telah menjayakan program kali ini.

“Saya berharap komuniti madani ini akan dapat menjalankan tugas mereka di dalam berkongsi maklumat daripada pihak kerajaan untuk rakyat.

“Walaupun pihak media massa telah membuat liputan secara langsung yang boleh ditonton di rumah masing-masing tetapi dengan adanya program ini, kita dapat menontonnya secara beramai-ramai yang dapat bertukar-tukar fikiran ataupun komen berkenaan dengan adat istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong.

“Jadi ini sudah tentu menaikkan semangat yang memberi pengalaman yang baik bagi mereka yang berada di dewan pada pagi ini,” tambah beliau lagi.

Program diadakan dengan kerjasama Parlimen Putatan dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/20/penduduk-mohon-ppr-kawasan-parlimen-putatan-ditambah-shahelmey/feed/ 0 57783