Parti Baharu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Jan 2023 10:42:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Parti Baharu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Shahelmey nafi lima ADUN UMNO bakal tubuh parti baharu https://sabahmedia.com/2023/01/09/shahelmey-nafi-lima-adun-umno-bakal-tubuh-parti-baharu/ https://sabahmedia.com/2023/01/09/shahelmey-nafi-lima-adun-umno-bakal-tubuh-parti-baharu/#respond Mon, 09 Jan 2023 10:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27640
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya menyangkal dakwaan kesediaan pihaknya menubuhkan parti baharu seperti yang disiarkan di dalam beberapa laporan media arus perdana hari ini.

Sambil menyifatkan laporan atau siaran yang dikeluarkan itu adalah ditokok tambah, beliau berkata, ia dikeluarkan tanpa pengetahuannya dan juga empat ADUN BN yang lain.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan ini dan tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan merujuk kepada penubuhan parti baharu atau berkaitan dengannya.

“Kenyataan ini disiarkan tanpa pengetahuan kami (lima ADUN UMNO) dan ia juga dilihat berniat jahat.

“Seperti mana kami tegaskan sebelum ini, kami lima ADUN UMNO telah menetapkan pendirian untuk tidak menyokong perbuatan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan bersedia menghadapi apa juga tindakan daripada parti, “katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan itu berkata demikian ketika mengulas laporan dikeluarkan oleh beberapa media arus perdana yang menyiarkan lima ADUN UMNO akan menubuhkan parti baharu selepas enggan tunduk kemahuan pucuk pimpinan BN negeri yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sebelum ini, selain Shahelmey, empat lagi ADUN UMNO/BN Sabah yakni Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Arshad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut) bertindak tidak menuruti kehendak pimpinan BN Sabah.

Kelima-lima ADUN ini turut memberi sokongan penuh kepada Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/09/shahelmey-nafi-lima-adun-umno-bakal-tubuh-parti-baharu/feed/ 0 27640
Peter Umum Parti Baharu Kesejahteraan Demokratik Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/02/21/peter-umum-parti-baharu-kesejahteraan-demokratik-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/02/21/peter-umum-parti-baharu-kesejahteraan-demokratik-masyarakat/#respond Mon, 21 Feb 2022 11:46:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12414
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan parti baharunya yang dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Peter berkata, parti KDM ini akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mac depan dan ianya telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 18 Februari 2022 lalu di Kuala Lumpur.

Peter semasa sidang media di ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi.

“Sudah terjawablah parti ini (KDM) telah diluluskan oleh ROS dan akan bergabung di bawah parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), apa yang penting adalah kerjasama di peringkat Sabah.

“Sekiranya parti-parti politik di Sabah ini bersatu dalam bersama-sama memajukan Sabah, saya ingat ini adalah jalan menyelesaikan pembangunan yang dapat kita kecapi.

“Selaku parti yang kerdil ini kita akan ajukan permohonan untuk bersama-sama dengan GRS untuk bekerjasama termasuk gabungan parti-parti lain dalam GRS ini,” kata Peter semasa sidang Media di ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi. (21 Feb).

Barisan tertinggi Parti KDM ialah Presiden Datuk Peter Anthony, Timbalan Presiden Datuk Juil Nuatim dan Setiausaha Agung Dr. Gaim @ James Lunkapis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/21/peter-umum-parti-baharu-kesejahteraan-demokratik-masyarakat/feed/ 0 12414