parti warisan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Jan 2025 06:40:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png parti warisan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Azizah sindir tindakan Parti Warisan, label “macam budak-budak” https://sabahmedia.com/2025/01/09/azizah-sindir-tindakan-parti-warisan-label-macam-budak-budak/ https://sabahmedia.com/2025/01/09/azizah-sindir-tindakan-parti-warisan-label-macam-budak-budak/#respond Thu, 09 Jan 2025 06:39:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66680
Read Time:46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, secara lantang mengulas kenyataan Parti Warisan yang dilihat seolah-olah mahu memecahbelahkan GRS.

Menurut Azizah, tindakan Warisan yang hanya mahu bekerjasama dengan parti tertentu, seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), tetapi menolak Gagasan Rakyat menunjukkan sikap yang memecahbelahkan.

“Kalau betul mahu bekerjasama, bekerjasama dengan semua, kan? Tapi ini nampak macam mahu memecahbelahkan sahaja. Janganlah macam budak-budak, kami pun boleh nampak itu. Ingat kami ini bodoh sangat?” kata Azizah tegas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) di Wisma IDS di sini, hari ini.

Reaksi Azizah ini berikutan Ketua Biro Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman dalam satu kenyataan medianya semalam menyatakan parti itu hanya bersedia bekerjasama dengan parti tanpa isu integriti seperti PBS dan STAR sahaja tapi bukan Gagasan Rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/09/azizah-sindir-tindakan-parti-warisan-label-macam-budak-budak/feed/ 0 66680
G57 buat laporan polis Parti Warisan fitnah dan aib Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/#respond Tue, 27 Jun 2023 11:16:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37262
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) hari ini tampil membuat satu laporan polis ke atas beberapa orang pemimpin dan ahli Parti Warisan Sabah kerana telah memfitnah dan mengaibkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor kononnya sengaja menipu menangis dan tangisan ini adalah merupakan tangisan seorang munafik.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kota Kinabalu pada jam 1.30 petang tadi (27 Jun).

Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sebelum ini Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara spontan telah menangis semasa berucap merasmikan Wisma Parti USNO di Donggongon Avenue Jalan Penampang pada 25 Jun 2023.

“Beliau yang mengenang kembali perjuangan bersama parti USNO pada awal penglibatannya dalam politik, menceritakan pengalamannya ketika bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sewaktu Pilihan Raya pada tahun 1990.

“Bagaimanapun beberapa orang pemimpin Parti Warisan juga secara sengaja telah mengubah suai video Hajiji menangis dengan ditokok tambah ayat “dah tua pun bodoh termasuk perkataan ‘air mata munafik penuh dengan kepuraan’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkarnain berkata, pimpinan dan ahli Parti Warisan Sabah ini juga telah kongsikan video ini melalui sosial media kemudian telah tular. Perbuatan ini adalah jelas cubaan mengaibkan yang sangat jijik dan tidak boleh diterima.

“Pembangkang di Sabah ketika ini tahu Sabah berada dilandasan yang betul di bawah pimpinan Hajiji sebagai contoh Syarikat pengeluar kerajang tembaga untuk bateri kenderaan elektrik (EV) Korea Selatan, SK Nexilis telah melabur sebanyak RM2.3 bilion yang akan berpangkalan di Kompleks Industri KKIP,  Kota Kinabalu, Sabah.

“Kilang yang kini dalam pembinaan itu telah menawarkan pekerjaan kepada hampir dua ribu rakyat Sabah.

“Selain itu rekod menunjukkan pelaburan luar ke Sabah pada tahun 2022 berjumlah RM11.5 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi dan trend ini masih terus berjalan pada tahun 2023,” jelasnya.

Menurut Zulkarnain lagi, sebaliknya sepanjang Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah tidak ada satu pun pelabur asing yang berjaya di bawah masuk ke Sabah malahan kadar. KDNK Sabah sebelum Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah berada pada 8.2 peratus telah jatuh menjunam ke paras terendah 0.5 peratus.

“Mungkin atas faktor keupayaan Hajiji mentadbir Sabah fitnah dan rekyasa jahat telah dibuat ke atas Hajiji.

“Justeru G57 meminta agar pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas dan dapat mengheret pimpinan dan ahli parti Warisan ke muka pengadilan agar budaya fitnah ini dapat dihentikan,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 37262