Parti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Aug 2023 22:23:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Parti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Parti perlukan ahli komited, ikhlas berjuang – Redonah https://sabahmedia.com/2023/08/22/parti-perlukan-ahli-komited-ikhlas-berjuang-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/08/22/parti-perlukan-ahli-komited-ikhlas-berjuang-redonah/#respond Mon, 21 Aug 2023 22:23:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40489
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA BELUD: Ahli parti yang komited dan ikhlas berkhidmat amat penting dalam perjuangan membela nasib rakyat serta mengukuhkan kekuatan jentera parti.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda berkata, ahli parti yang komited mampu menggerak parti di peringkat akar umbi dengan lebih berkesan.

Katanya, parti merupa platform untuk berkhidmat dengan penuh ikhlas dan jujur kepada rakyat di semua lapisan tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

Justeru itu katanya, ahli parti yang mempunyai ciri-ciri itu sangat diperlukan dalam perjuangan khususnya Gagasan Rakyat yang baru dijenamakan atas aspirasi dan kehendak rakyat yang inginkan parti tempatan sebagai wadah perjuangan.

Redonah yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah berkata demikian semasa menyampaikan amanat pada perjumpaan dengan jawatankuasa Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Tempasuk di Kota Belud di sini kelmarin.

Redonah dalam ucapannya turut menggesa Wanita Gagasan Rakyat di bahagian agar turun padang dan mempelbagaikan aktiviti untuk mendekati rakyat di akar umbi yang bersesuaian dengan kawasan masing-masing dan golongan sasar.

“Dekatilah rakyat dan fahami serta perhatikan denyutan hati mereka sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh lebih kurang dua tahun lagi,” katanya.

Menurut Redonah, program ‘mirumo-rumo’ (ziarah) atau apa juga sebutan program yang menjurus kepada pertemuan dengan masyarakat akar umbi perlu kerap diadakan oleh Pergerakan Wanita.

Ini katanya, kerana program-program seumpama ini menjadi platform yang berkesan untuk menemui rakyat.

“Kalau di bahagian Beaufort ada program ‘Ringkat Kasih’ salah satu program yang membantu keluarga yang kurang mampu. Program ini boleh dicontohi oleh bahagian-bahagian yang lain,” jelasnya.

Pada masa sama Redonah mahu supaya pemimpin Pergerakan Wanita di bahagian, pandai bercakap dan pandai bekerja.

“Kita tidak mahu ada pemimpin yang pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Kita mahu yang seimbang,” tegasnya.

Hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Tempasuk, Nurul Fadzilah Noordin, Naib Ketua Wanita Najwa Shahida Yazid serta ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Tempasuk.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/22/parti-perlukan-ahli-komited-ikhlas-berjuang-redonah/feed/ 0 40489
Pemimpin, Ketua-Ketua Cawangan Warisan Tenom & Sepanggar Keluar Parti Sokong Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/#respond Mon, 03 Jan 2022 05:50:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10646
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Parti Warisan di Tenom terkesan dengan perkembangan politik semasa Sabah apabila pemimpin-pemimpinnya mengikut jejak Ketua Bahagian, Datuk Peter Anthony meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketua Bahagian, Donneysius Ansuku mengumumkan keputusan mereka itu pada jam 2.00 petang di Tenom, semalam (Ahad).

Donneysius yang juga Ketua Cawangan Warisan Kg Gumisi Laut berkata, beliau bersama-sama dengan AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan Warisan dan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) P181 Tenom, merestui keputusan Peter keluar dari parti Warisan.

“Dengan ini, kami dengan rela hati tanpa paksaan mengisytiharkan keluar secara rasminya dari parti Warisan berkuatkuasa serta merta dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Peter dalam parti baharu nanti,” katanya.

Sejam selepas pengumuman Donneysius, Warisan Sepanggar turut menerima tamparan apabila Ketua Wira-nya, Jumardie Lukman turut mengumumkan meninggalkan parti itu, di sini.

“Saya, ketua Wira P171 Sepanggar dan beberapa lagi yang bersama saya terdiri daripada AJK-AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan Parti Warisan serta beberapa orang-orang berpengaruh di seluruh kawasan P171 Sepanggar mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Parti Warisan serta-merta hari ini (2 Januari),” katanya.

“Bagi saya, politik ini hanyalah fahaman ideologi. Jika kita sudah tidak sefahaman dengan perjalanannya atau sudah tidak sehaluan dan berbeza hala-tujunya maka kita berhak untuk menarik diri secara peribadi daripada wadah ini dan ianya sudah pasti bersifat peribadi.

“Oleh itu, saya menyokong keputusan akar umbi dan Datuk Peter Anthony selaku Naib Presiden Parti Warisan keluar daripada Parti Warisan yang bakal menubuhkan parti baharu berbilang kaum mesra Kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan Negeri Sabah,” tambahnya.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mengumumkan bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim keluar dari parti Warisan pada 28 Disember lalu.

Peter akan menubuhkan parti baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/feed/ 0 10646
Peter, Juil Keluar Warisan, Tubuh Parti Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/28/peter-juil-keluar-warisan-tubuh-parti-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/peter-juil-keluar-warisan-tubuh-parti-baharu/#respond Tue, 28 Dec 2021 06:10:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10363
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN, ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony mengumumkan meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) berkata, parti yang akan dipimpinnya tu akan menjalin kerjasama dengan kerajaan Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, sudah tiba masanya pemimpin di negeri ini khususnya ahli politik untuk membina satu kesatuan untuk bekerjasama membangunkan negeri Sabah.

“Tiada gunanya kita berbalah pendapat khususnya berkaitan ideologi politik dan menyebabkan kedudukan Sabah dan pembangunan di negeri ini terus mundur terutama sekali bantuan kepada rakyat khususnya di pedalaman.

“Saya percaya dengan kesatuan dan pendekatan baharu ini, maka kebersamaan dan permasalahan ekonomi orang Sabah dapat dibantu dan dipertingkatkan.  Rakyat pada ketika ini susah bukan sahaja dilanda COVID-19 malah masalah kemiskinan juga mereka hadapi.

“Jadi sebab itulah kami umumkan keluar dari WARISAN yang kami percaya perjuangan mereka tersasar apabila mereka beralih untuk pergi ke Kuala Lumpur,”katanya dalam sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disini hari ini.

Turut mengumumkan keluar bersama beliau adalah ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim.

Peter berkata, keputusan untuk meninggalkan WARISAN itu juga diambil bagi memastikan rakyat dapat dibela.

“Perjuangan ini bukan perjuangan perseorangan, menjadi wakil rakyat adalah tanggungjawab untuk membela rakyat, tetapi jika kita tidak bersama pemimpin dalam kerajaan bagaimana untuk kita membantu rakyat,”katanya.

Sementara itu, Peter berkata, sebuah parti “multi-racial” akan diumumkan dalam tempoh terdekat dan kini telah didaftarkan.

“Kita telah putuskan diperingkat kita, kita akan dan telah menubuhkan satu parti baharu dan kita akan umumkan dalam masa terdekat, kemungkinan selepas tahun baharu ini,”katanya.

Terdahulu, tiga termasuk dua pemimpin kanan Warisan bertindak meninggalkan parti itu.

Pada 25 Februari lalu, ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mengumumkan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.

Awal Oktober lalu, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan dan diikuti Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi pada 30 Oktober.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/peter-juil-keluar-warisan-tubuh-parti-baharu/feed/ 0 10363
Azhar Nafi 15 Adun Warisan Keluar Parti https://sabahmedia.com/2021/10/03/azhar-nafi-15-adun-warisan-keluar-parti/ https://sabahmedia.com/2021/10/03/azhar-nafi-15-adun-warisan-keluar-parti/#respond Sun, 03 Oct 2021 07:35:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7137
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau, Azhar Matussin menafikan laporan sebuah portal online kononnya 15 Adun keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), menjadi Adun bebas mesra kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sambil menyifatkan tindakan portal tersebut tidak berasaskan sekali gus hanya bersifat memburukkan Adun Warisan yang tetap kekal setia bersama-sama Warisan.

“15 Adun Warisan Sabah yang dilaporkan itu tetap dengan pendirian mereka membantu rakyat dengan mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -16 baru-baru ini.

“Saya bersama-sama dengan rakan-rakan lain akan berpengang kepada prinsip yang dilafazkan untuk terus kekal sekali gus setia kepada kepimpinan Presiden Parti Datuk Seri Mohd Shafie Afdal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu hari ini.

Azhar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan Sabah berkata, setakat ini beliau yakin rakan-rakan Adun lain tetap fokus membantu rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-19 sekali gus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang diwakili.

“Kita tetap fokus membantu rakyat yang sangat memerlukan perkhidmatan wakil rakyat di kawasan mereka. Kita tidak lari dengan pendirian asal selepas dilantik menjadi Adun untuk tetap dengan pendirian kekal bersama Warisan,” katanya.

Ketika mengulas mengenai dakwaan Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan media keluar daripada Warisan menjadi Wakil Rakyat Bebas menyokong GRS, Azhar berkata, baru beberapa hari lalu beliau bersama beberapa rakan lain duduk serta berbincang dengan Dr Yusof berkaitan hala tuju Parti Warisan Sabah pada masa depan.

“Dalam pertemuan ini tidak timbul soal beliau (Dr Yusof) akan keluar meninggalkan parti seperti mana yang ditimbulkan oleh sebuah portal online malam tadi,” katanya.

Azhar yakin, Adun Sindumin merupakan seorang rakan Ahli Politik yang matang disamping turut memberi nasihat serta berkongsi berpengalamannya sepanjang kariernya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/03/azhar-nafi-15-adun-warisan-keluar-parti/feed/ 0 7137
Tiada parti politik boleh bentuk kerajaan sendiri – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/#respond Tue, 17 Aug 2021 03:29:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4746
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Tiada parti politik yang dilihat boleh membentuk kerajaan secara sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, senario itu merupakan realiti sebenar kepada politik negara ketika ini.

Memetik kenyataan beliau dalam pautan Facebooknya pagi tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu turut menambah, terdapat keperluan untuk penjajaran semula dan kompromi melibatkan semua pihak.

“Tetapi fokus utama seharusnya kepada pemulihan.

“Parti politik perlu ingat perkara ini dan mempercayai Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk memilih Perdana Menteri yang akan memikul tanggungjawab ini.

“Perdana Menteri baru boleh pertimbangkan untuk mewujudkan kabinet yang kecil, mahir dan bipartisan untuk membina kestabilan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Perikatanan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas mendapat perkenan daripada YDPA, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perletakkan jawatan beliau turut disusuli dengan barisan kabinet yang lain namun Muhyiddin dilantik oleh Baginda untuk menggalas Perdana Menteri Sementara (caretaker) sebelum perlantikan Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/feed/ 0 4746